Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,193
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 24

Dia hadir ketika aku dalam kegelapan. Di saat semua orang memandang aku lelaki yang hanya ada harta, wajah tetapi tiada agama dan didikan. Saat jiwa ku kosong, dia menerima aku dengan sepenuh jiwanya dan meletakkan darjat yang paling tinggi untuk diriku, iaitu bergelar suami kepadanya. Itu adalah sebuah pergorbanan yang terlalu besar di dalam kehidupan seorang gadis yang teguh akidah seperti isteriku, Aleeya.

Antara dia dan mama kandungku, aku memilih dia bukan kerana mama ku bukan muslim. Apa pun agama, dia tetap mamaku. Tetapi kerana dia, telah membawa aku ke jalan ilahi. Maka, aku engkar dengan larangan mamaku, agar meninggalkan dia. Derhaka kah aku yang memilih isteri beragama islam sehingga sanggup meninggalkan mama kandungku sendiri sedangkan kalau boleh aku mahu membawa sama mamaku ke jalan yang benar ini tetapi hati mama tetap keras. Sekeras-keras nasi boleh lagi dilentur dengan air tetapi hati mama kerasnya umpama batu. Tidak mampu dilenturkan dengan kata-kata dan pujuk rayu. Hmm..

Hari ini sudah boleh balik ke rumah setelah dua hari tinggal di hospital. Dua hari pun mcm dua tahun, tak sanggupnya nak tinggal lama-lama di hospital. Bosan!

Rayyan memimpin tangan Aleeya masuk ke dalam rumah. Husna dan Alvin tersenyum mendengar celoteh Rayyan dan Aleeya. Ada saja gurauan senda dari mereka berdua. Sekejap bergaduh, nanti baik kembali. Kami pun kena jadi seperti mereka berdua juga lah lepas ni, baru lah rumah tangga kami akan pulih kembali.

Rayyan bukanlah lelaki yang pentingkan kekayaan. Itu lah kata papa semalam, kalau papa dulu, dia tak akan balik ke rumah selagi tidak dapatkan projek yang dia idamkan, bezanya Rayyan. Tinggalkan kerja semata-mata kerana Aleeya pula. dan ini membuat urusniaga dibatalkan kerana pengarah dan timbalan pengarah melarikan diri sebelum mesyuarat selesai.

Antara syarikat dan Aleeya, mesti lah pilih Aleeya tetapi selepas ini kena banyak berusaha lah, sebab nasib orang lain di tangannya. Semuga keputusan tepatnya ini diberkati oleh ALLAH dan hanya ALLAH saja yang berhak memberi rezeki.

“Maaf!” ucap Aleeya sepatah ketika sampai di biliknya. Adam dan Ain sedang terlena di atas katil. Rindunya kepada si kembar ini.

“Untuk apa?”

“Kerana Liya, syarikat mengalami kerugian!”

“Hahaha...,”

“Jujur ni..,”

“Kalau ada rezeki tak ke mana lah, sayang!”

Dua hari Liya di hospital, dua hari juga lah Rayyan menjaganya. Sehinggakan mak mahu bergilir pun Rayyan tak benarkan. Mujur lah mak tak kisah tentang itu.

Waw, apa cerita tentang Razman dan Nany hah? Tak dengar pun apa-apa tentang dia orang. Aku nak tuntut keadilan untuk aku lah. Mana adil datang serang orang saat pembela tak ada di rumah.

“Abang dah cari Razman? “ soal Aleeya. Rayyan memandang wajah isterinya. Apa kes cari Razman pula ni?

“Kenapa?”

“Abang tak rasa nak cari Razman ke?” Aik, penumbuk handalan ni tak rasa apa-apa ke orang pukul isteri dia? Pelik lah pula perangai cek abang aku. Tak kan jadi baik sampai tak kisah orang buli isteri dia kut. Kalau baik sangat macam ni, Liya tak nak lah!

“Jawab dulu kenapa perlu abang cari si Razman tu?” tekan Rayyan.

“Liya nak tuntut keadilan lah, datang serbu rumah orang, ugut nak bunuh lah, apa lah!” jawab Aleeya berterus terang. Tempat pengaduan kat dah ada di depan mata, tunggu apa lagi kan? Cakap sajalah!

“Hehehe..,” Rayyan hanya ketawa saja. Aku bukan lelaki pengecut. Kau sentuh Aleeya, memang kau sengaja menempah maut.

“Abang!” jerit Aleeya. Geram dengan sikap Rayyan yang buat tidak peduli dengan kata-katanya.

“Tak payah lah susah hati, abang tahu lah kerja abang!” pujuk Rayyan.

Razman dibelasah cukup-cukup oleh Rayyan petang semalam. Mujur ada ayah dan papa, kalau tidak tak tahu lah nasib Razman macam mana semalam. Teruk dia dikerjakan oleh Rayyan. Sekarang Razman dan Nany sedang merengkok di dalam penjara. Sedang makan angin di situ. Biarlah, Razman dan Nany perlu diberi pengajaran. Itu yang penting.

“Liya nak tidur?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya seperti keletihan saja.

“Tak nak lah. Boring dah. Asyik tidur saja dua hari ni,” jawabnya.

“Bukan Liya kena berehat ke?” balas Rayyan kembali. Aleeya mengelengkan kepalanya. Hendak buat kerja rumah seperti biasa lah. Tak ada masalah rasanya setakat nak lipat kain baju yang menimbun tu.

“Ikut suka hati Liya lah, abang nak keluar sekejap lagi. Nak masuk ofis!” Budak Alvin ni masuk ofis ke, berkepit dengan Husna, sejak hubungan mereka berdua pulih kembali ni, bukan main mesra lagi Alvin dan Husna tu. Alhamdulillah.

Rayyan baru saja mahu keluar, tetapi mak pula yang muncul di depan muka pintu. Kedua-duanya terkejut dengan kedatangan mak.

“Kenapa Rayyan? Apa yang dikecohkan sejak dari tadi mak dengar..” soal mak. Rayyan duduk di kerusi berdekatan manakala Aleeya masih terbaring di atas katil sambil membelai Ain yang tidur di sebelahnya.

“Tak ada apa lah, mak!” jawab Rayyan sambil mengenyitkan anak mata kanannya ke arah Aleeya. Aleeya tersenyum. Dua hari berlalu, Rayyan tidak ungkit hal anak atau isu Aleeya keguguran. Tak disentuh langsung-langsung hal-hal itu, kerana Rayyan tahu, semua itu akan melukakan hati Aleeya. Bukankah dengan melukakan hati Aleeya, dia seperti melukakan hatinya sendiri.

“Ingatkan ada apa-apa tadi..,” balas mak sambil duduk di sebelah Aleeya.

“Tak lah, mak! “ balas Aleeya pula.

Hmm.. sejak dari kecil lagi aku tidak pernah manjakan sangat si Aleeya ini walaupun sebenarnya aku paling sayangkan dia. Cuba tidak kutunjukkan kasih sayang itu, tidak seperti suamiku, Haji Mohsin, yang seluruh dunia tahu, dia paling sayangkan si bongsu, dan anak perempuan tunggal ini. Haji Mohsin, kalau Liya minta bulan dan bintang pun dia sanggup carikan, kalau bulan dan bintang itu berada di atas bumi. Ini mujur jauh dari pandangan.

Sejak dari kecil sehingga dewasa dimanjakan ayah, sekarang bila kahwin, dimanjakan pula oleh sang suami. Aku tahu Rayyan terlampau manjakan Liya dan aku takut semua ini akan memakan diri Liya sendiri. Aku takut sifat kemanjaan yang diberikan oleh Rayyan akan membuatkan Aleeya melanggar batas-batasnya sebagai seorang isteri. Aku takut kerana terlalu manja, Liya jadi isteri derhaka pula. Astagfirullahalazim!

Jadi, kerana niat aku baik, aku perlu berterus terang di hadapan mereka berdua. Lagipun aku ibunya, dan sebagai ibu, aku mahu melihat anakku bahagia di dunia dan di akhirat.

“Mak nak tanya ni, Liya ada buat apa-apa salah ke kat Rayyan?” soal mak kepada Rayyan.. Aleeya melihat wajah suaminya tidak berkelip. Kenapa mak tanya soalan macam ini.

“Tak ada, mak!” jawab Rayyan ikhlas. Apa yang berlaku antara kami suami isteri, aku redha dengan sikap Aleeya.

“Liya, jawab terus terang dengan mak? Liya ada buat benda tak elok ke di belakang suami?” tanya kepada Aleeya pula. Aleeya sedikit terkejut.

“Tak!” jawab Aleeya sepatah sambil berfikir sikapnya selama ini. Sikapnya melayan Rayyan selama beberapa tahu mereka berkahwin.

“Liya, jangan main-main pula, biarpun keengkaran Liya pada Rayyan dalam keadaan gurauan sekali pun, tetapi kalau benda tu berdosa, liya tetap berdosa, tau tak?” ucap mak sebelum melangkah keluar meninggalkan keadaan Aleeya dalam keadaan terpinga-pinga.

Apa maksub mak ni? Liya kurang jelas lah. Maka Aleeya berfikir semula apa yang berlaku baru-baru ini. Bila sudah temui jawapannya, dia merenung ke arah Rayyan yang sedang berkemas untuk ke ofis.

Baru selangkah mahu berjalan keluar, Rayyan sendu dari Aleeya. Segera dia menoleh dan menghampiri Aleeya yang dalam kesedihan.

“Aik, kenapa pula ni? Niat mak tu baik lah, sayang. Yang Liya sedih ni apa hal?”

“Liya..,” kan banyak kali Rayyan suruh aku pergi buat pemeriksaan tetapi aku yang menolak dan menyangkal kenyataan.

“Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran,”

“Tapi..,”

“Cuba kuat semangat sikit, jangan lemah sangat. Liya bukan macam ni tau tak? Abang kenal Liya yang kental. Bukan yang lembik macam agar-agar saja. Tu, Adam, Ain, perlukan perhatian Liya lah,” tegas suara Rayyan membuatkan air mata aleeya mula mengalir keluar. Tengok, marah sedikit dah menangis.

“Abang memang tak sayangkan Liya!” rajuk Aleeya. Lagilah sensitif sekarang. Rayyan mengambil tangan kanan Aleeya lalu digenggamnya erat. Lalu Rayyan tersenyum. Tambahan lagi apabila Adam pula terjaga.

“Adam, tengok ibu. Ibu tak malu. Menangis mengalahkan Adam saja. Hahaha..,”gurau Rayyan. Aleeya melepaskan pegangan tangan suaminya. Diambilnya Adam lalu diletakkan di atas riba. Air mata dikesatnya. Sudah tidak mahu menangis. Betul kata Rayyan, tak malu ke kat anak-anak asyik menangis saja. Tapi sejak aku keguguran ni, entah kenapa air mata terlalu murah. Sensitif satu hal lah.

“Manja sangat lebih dari anak-anak sendiri. Cuba kuat sikit semangat tu. Abang tahulah liya sakit, tak kan nak abang berkepit dengan Liya siang dan malam kut. Malam tu lainlah kalau berkepit pun, ini siang orang nak pergi kerja lah, sayang!” sambung Rayyan sebelum sebuah kucupan singgah di dahi Aleeya. Aleeya mencium tangan kanan Rayyan. Aku perlu ke ofis kerana masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Tidak boleh lepas tangan kepada papa dan Alvin saja. Lagipun papa sudah meninggalkan syarikat itu kepadaku.

“nanti kalau rindu, call abang yer!”pesan Rayyan lagi. Sengaja mahu menyakat isterinya. Aleeya tersenyum saja

Perempuan, kadang-kadang dia tidak tahu haknya sebagai seorang isteri. Kadang-kadang dia tidak menjaga batas-batas larangan sebagai seorang isteri dan memandang remeh kepada hukam hakam agama. Suami itu ketua keluarga, jadi wajib dihormati selagi dia berada di jalan yang benar. Lainlah kalau suami itu orangnya jahat, dan menyuruh melakukan perkara-perkara yang jahat pula. Suami seperti itu, tidak layak lagi dipatuhi.

Betul kata Rayyan, jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan kita belajar dari kesilapan. Perjalanan hidup kami masih lagi panjang. Kalau dulu segala cabaran boleh aku atasi tak kan sekarang tak boleh pula? Ini baru salah satu ujian, dan tentunya banyak lagi yang kami akan hadapi di masa-masa akan datang.

Aleeya tersenyum penuh makna apatah lagi apabila melihat nama Rayyan tertera di skrin telefonnya. Baru keluar tak sampai 10 minit dah call, siapa rindu siapa nih?

“Rindu abang tak? “ soal Rayyan membuat aleeya mahu ketawa saja. Aku tak sempat pun rindu.

“Liya!” panggil Rayyan lagi, kerana Aleeya tidak menjawab soalannya.

“Aleeya...,” jerit Rayyan. Pecah anak telinga lah.

“hahaha..,” ketawa Aleeya pecah juga.

“Abang tanya lah, bukan suruh ketawa pun!” kata Rayyan. Sebenarnya dia sengaja menelefon untuk mengetahui keadaan isterinya. Itu saja.

“Baru sepuluh minit dah cari orang, abang memang teruk!” ulas Aleeya. Aleeya yang ini yang aku mahukan. Yang boleh membalas segala kata-kata ku. Bukan yang lembik seperti tadi.

“Teruk apa pula, abang call isteri abang lah, bukan buat apa pun!”

“Drive elok-elok, Liya nak buatkan susu untuk Adam nih!”

“Alasan lah tu, jangan lah beri alasan macam tu, abang tak suka lah!”

“Betul lah!”

“Betul apa sayang?”

“Betul, Liya nak buatkan susu untuk Adam, nanti kalau Ain pula yang jaga, lagilah susah!”

“Itulah abang nak carikan pembantu, liya tak nak, kalau tidak kan senang sikit!

“Tak nak lah Liya, nanti tak pasal pembantu rumah berkenan pula dengan suami liya!”

“Hahahaha... liya memang teruk dari abang!”

Mereka berbual sehingga Rayyan sampai ke ofis, baru berhenti.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.