Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,216
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 9

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 9)

Cuti lagi aku hari ini jawabnya. Tengok , baru beberapa hari kerja, nak kena ambil cuti pula. Tetapi memandangkan syarikat suami, jadi tak kisah lah sangat.

“Cuti?” soal Rayyan sambil tersenyum saja. Ah, kena layan suami semalam, selepas itu kena menyusu Adam sampai lewat pagi pulak, jadi tengok mata pun kuyu semacam saja.

“Tinggal kereta kat Liya, kalau okey Liya masuk lewat sikit!” rasa macam nak kena pergi ofis juga lah.

“Tak payah lah masuk kerja, tinggal kan saja di rumah!” sambil merenung Aleeya yang berdiri di hadapannya.

“Kenapa?”

“Dah kerja dah semalam. Tengok letih sangat tu,” kata Rayyan sambil membelai rambut Ayeela yang masih basah. Ooo, sebab abang dah dapat apa yang abang nak, jadi Liya boleh lah berehat. Abang memang pandai yer.

“Tu lah Liya nak duduk rumah, abang tak beri, kalau tidak..,” malu pula nak sebut benda-benda macam tu. Dia lain lah!

“Kalau tidak apa?” tanya Rayyan sambil tersenggih sambil merangkul Aleeya.

“Pergi lah kat ofis tu, abang tahu jam berapa dah sekarang?”

“8.30 pagi!” jawab Rayyan. Diciumnya dahi Aleeya seperti selalu.

“Kalau abang nak setiap malam pun, Liya kena beri lah. Tak kan ada anak-anak, dah tak jalankan tanggungjawab Liya kat abang? Ingat abang ni tunggul ke?” bisik Rayyan sebelum berlalu. Aleeya menjeling tajam. Tak payah lah nak ingatkan Liya dengan semua tu, Liya tahu lah, tetapi abang yang tak faham keadaan Liya.

Sembilan setengah dia masuk juga ke pejabat, sebab anak-anak tak ada. Rayyan dah membawa anak-anak ke ofis. Jadi kalau duduk kat rumah pun nak buat apa?

“Terbabas lagi lah tu!” ujar Akma sambil disambut ketawa oleh Puteri Shima.

“Ampa dua kahwin, baru ampa dua rasa macam mana? Teruk ooo, kena layan suami, anak-anak lagi,” jawab Aleeya, geram kerana diusik begitu. Cakap perlahan-lahan, nanti semua staf dengar pula.

“Kah kah kah..,” ketawa Puteri Shima.

“Itu asas perkahwinan, kalau kahwin, tapi tak ada semua tu, tak payah kahwin lah. Kahwin dan dapat anak tu namanya perkara normal. Semua orang kahwin untuk dapat anak lah, Liya.” Celah Akma pula. Aleeya terfikir sendiri. Kahwin dan ada anak adalah perkara biasa, bukan perkara luar biasa pun. Bukankah ALLAH ciptakan Hawa untuk Adam sebagai teman hidup. Dan teman hidup ini meliputi segala hal tentang kehidupan, tentang keinginan setiap manusia dan nafsu setiap manusia? Semua ini tak pelik lah Liya.

“Betul tu, kalau kahwin, dok asing, tak tidur sekali, tak ada anak-anak, baik tak payah kahwin. Baik duduk bujang macam kami..,” kata Puteri Shima pula. Orang yang tak kahwin pun faham konsep perkahwinan dan hubungan antara suami isteri lah. Kau ni lah Liya!

“Pandai lah kau orang tu, cepat-cepat kahwin, baru boleh cakap perkara ni kat aku!” kata Aleeya, ternampak Rayyan sedang berjalan datang ke biliknya. Bila Rayyan masuk, Akma dan Puteri Shima terus keluar.

“Petang ni balik awal, temankan abang pergi majlis tari menari!” beritahu Rayyan membuatkan mata Aleeya terbeliak luas. Buat tabiat ke apa ni?

“Apa? Majlis tari menari?” soal Aleeya. Majlis itu yang dianjukan oleh Joshua, sepupu Rayyan setiap kali hari lahir Joshua. Joshua ni sebelah papa, malah bekas kekasih Julia. Dulu bercinta bagai nak rak, malah dah dekat nak kahwin di gereja pun, tiba-tiba putus dan masing-masing memilih orang lain.

“Jom lah, temankan abang!” pujuk Rayyan. Setiap tahun pergi, tetapi selepas kahwin dengan Aleeya, tak pergi lagi. Tahun ini nak bawa lah tuan puteri kita ke sana pula. Tak salah kan, Liya menari dengan abang saja, dan tak dibenarkan mana-mana lelaki sentuh Aleeya pun.

“Liya tak pandai lah menari..,” Memang tak pandai pun. Liya mana pernah pergi majlis-majlis macam itu, lain lah abang tu.

“Abang ajarkan lah nanti,” kata suara Rayyan. Tak tinggal jugak lah benda-benda macam ini. Tetapi majlis ini dibuat di rumah Joshua, hanya akan ada saudara mara mereka saja, dan teman rapat Joshua, tidak seperti selalu Joshua menjemput ramai orang.

“Malas lah..,” ucap Aleeya. Tak reti aku!

“Abang nak menari dengan Liya lah, tak nak dengan org lain. Kalau abang pergi sorang, sahih lah akan ada perempuan yang nak menari dengan abang!” powernya ayat nak ajak Liya pergi sekali dengannya. Hati Aleeya kan mudah cemburu. Jadi kalau Liya fikirkan tentang itu tentu Liya akan ikut juga nanti.

“Ooo, abang ugut Liya nih?” Jangan mimpi lah Encik Rayyan nak menari dengan perempuan-perempuan lain, saya tak benarkan.

“Jom lah, abang teringin nak menari dengan Liya lah!”

“Menari kat rumah pun boleh!”

“Tak best!” Gian ni, lama dah tak menari. Ha ha ha. Rayyan memang tak boleh buang semua kesukaannya yer, lagipun apa salahnya sebab menari dengan isteri sendiri saja.

“Anak-anak macam mana?” pancing Aleeya lagi. Tak kan nak tinggalkan anak-anak pula.

“Papa ada, tinggal sekejap saja kat papa!” dah plan awal dengan papa pun. Jadi papa dengan rela hati sanggup menjaga cucu-cucunya.

“Kalau Liya terjatuh macam mana? Malu abang nanti?” duga Aleeya. Abang pegang lah tangan Liya tu kuat-kuat supaya tidak jatuh. Jadi isteri Encik Rayyan nie memang lah makan hati, sebab Encik Rayyan suka buat perkara yang isteri dia tak suka. Isteri sudah lah orang kampung saja. Memang lah tinggal di bandar, bekerja di bandar, tetapi majlis tari menari macam ini, mana lah kita pernah pijakkan kaki.

“Abang memang suka buat benda yang Liya tak suka!” rungut Aleeya. Tetapi datang juga ke majlis tersebut. Sebab Rayyan dan siap beli baju, beli tudung tadi. Lagipun beria benar ajak ke mari.

“Cantik isteri abang malam nih!” bisik Rayyan. Perang juga lah tadi, sementara nak setuju. Bukan abang ajak Aleeya buat benda tak baik pun lah. Rayyan telah kenakan syarat kepada Joshua minggu lepas, majlis ini jangan ada minuman keras, kalau tidak, jangan mimpi aku nak datang.

“Oo, selama ini, isteri abang tak cantik ke?” tanya Aleeya, kalau jawab tak cantik, aku balik tinggal dia seorang kat majlis ini.

“He he he..,” Liya memang cantik tetapi muka tu suka sangat tarik muka empat balas. Muka masam! Tetapi kalau Liya marah, abang suka, sebab nampak comel sangat. Paling comel waktu Liya menangis.

Joshua tu wajahnya seperti wajah Alvin. Muka orang cina. Dan dalam majlis ini ada beberapa orang saya orang melayu, dan yang beragama islam. Tetapi mereka memakai pakaian yang menutup aurat, pakaian yang sopan saja.

“Nak jemput kau, macam-macam syarat yang kau letak. Jangan ada arak lah, yang perempuan kena pakai sopan lah” kata Johsua sewaktu Rayyan memperkenalkan Aleeya kepadanya.

“Mestilah, aku nak bawa isteri aku ni!” Liya seorang saja yang pakai tudung.

“Cantik lah isteri kau!” puji Joshua sebelum seorang perempuan berbangsa cina menariknya pergi. Aleeya hanya mengelengkan kepalanya saja.

Pegang tangan Aleeya, dan tangan yang sebelah lagi, pegang pinggang Liya yang ramping itu.

“Kalau Liya terpijak kaki abang macam mana?” kata Aleeya sambil mengikut rentak suaminya yang menari perlahan. Sebab Liya rasa macam nak terpijak dah ni. Asyik berlaga kasut saja. Menyampah sungguh.

“Perlahan-lahan lah..,” pesannya. Sukanya hati sebab boleh menari dengan Aleeya di sini. Hari tu masa kahwin memang nak buat majlis tari menari pun tapi takut ayah mentua mengamuk pula. Tetapi nak buat jugak lah, sebab geram sangat dengan sikapnya.

“Tap!” kasut bertumit tinggi Aleeya mencecah atas kasut suaminya.

“Aduhhh..,” jerit Rayyan masih mengawal suaranya. Tetapi tangannya erat memaut tangan dan pinggang Aleeya. Malah semakin rapat.

“Liya tak pandai menari lah..,” kata Aleeya, menahan ketawa di dalam hati. Ha ha ha..

“Sengaja lah tu!”

“Org cakap org tak pandai menari lah!”

“Kalau gitu kena kerap lah datang majlis macam ni!” elok lah, kalau Liya mahir pun Liya pijak juga kaki abang tu. Tetapi tetap diteruskan. Bila muzik tukar menjadi perlahan. Rayyan memeluk erat Aleeya. Aleeya tersenyum saja, patut lah nak bawa aku. Aku tak dapat bayangkan kalau dia peluk perempuan lain, memang aku karete dia dengan perempuan tu, sebab rapat sangat. Sampai berlaga hidung, berlaga pipi.

Semua orang menari macam kami, harap-harap mereka ada lah pasangan suami isteri seperti kami juga. Tetapi ramai yang bukan muslim.

“Abang, dia orang ni pasangan suami isteri ke kekasih?” bisik Aleeya di telinga suaminya. Rayyan memandang sekeliling. Dia suruh Joshua jemput yang suami isteri saja kalau nak suruh dia datang.

“Yang muslim semuanya suami isteri, yang lain tu abang tak pasti sangat!” jawab Rayyan. Rata-rata yang dia kenal semuanya menari ikut pasangan suami isteri.

“Abang suka menari macam ni?”

“Mesti lah, sayang. Liya tak pernah rasa lagi kan pengalaman macam ni,”

“Tak best pun lah!” jawab Aleeya melemparkan senyumannya. Janganlah nak mintak aku datang kerap ke majlis macam ni, tak suka lah! Mujurlah tak ada arak, tak ada yang pakai tidak senonoh, kalau ada sahih aku muntah di sini juga.

“Ha ha ha..,” ketawa Rayyan. Sekali lagi Aleeya meletakkan kakinya di atas kaki suaminya. Rayyan buat tak tahu saja lah. Tahu Aleeya marah kepadanya. Di dekatkan hidungnya ke pipi Aleeya. Nampak sangat lah suami aku kebaratan. Dan benda-benda macam ni susah dia nak tinggal kut.

Tetapi sekejap saja kami di sini. Majlis belum pun berakhir, Rayyan mengajaknya balik.

“Tak habis lagi majlis kan? Tak kan dah nak balik kut!” perli Aleeya.

“He he he..,”

“Abang!” jerit Aleeya geram.

“Tak berdosa lah, abang menari dengan isteri abang saja lah. Abang tau dosa pahala lah,” Liya tak cakap pun kata berdosa, kata salah. Apa salah ikut Rayyan menari Liya, tak ada yang pelik pun kat situ. Semua orang menghormati majlis biar pun mereka bukan agama islam. Jadi, apa yang Liya bimbangkan!

“Abang nak menari lagi?” soal Aleeya sambil tersenyum. Kena faham juga lah hati suami awak tu.

“Tak nak dah, rasa-rasa kaki ni lebam dah sebab kena pijak dengan Liya!”

“Ha ha ha!” Rayyan mencuit hidung Aleeya.

“Jom lah, Liya teman abang, tapi sebelum pukul 11 kita balik, nak!”

“Jom lah balik, abang sakit kaki nih!”

Memang kaki Rayyan lebam pun. Kasihan abang, tapi nak tergelak pun ada juga lah.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.