Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SANG PENYAMAR HATI
Bab 3 : Cinta Tidak Semestinya Bersatu

BAB 3 : CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU

Sunyi sepi seketika di dalam bilik mesyuarat itu. Semua orang terpaku menyaksikan

drama sebabak yang diterajui oleh aku dan mamat pintu itu. Kemunculan Encik Razali

secara tiba-tiba terus mematahkan dialog-dialog hikmat yang baru sahaja ingin ku ungkapkan buat mamat itu.

“Baguslah Tengku dah ada kat sini. Perkenalkan, inilah Cik Safira yang saya bagitahu tadi.”TENGKU?? Habislah aku kali ini. Sudah semestinya mamat Tengku ini tidak akan melepaskan aku dengan semudah itu sahaja. Nampaknya drama sebabak di antara aku dengannya sudah bertukar menjadi sebuah telenovela.

“Oo..inilah Cik Safira tu ya? En Razali, I’m not agree with you decision. Please choose another candidate, anybody except her.”Wah, ini sudah lebih. Belum apa-apa lagi dia sudah berani menabur pasir dalam periuk nasi aku. Apa dia ingat aku teringin sangat ke nak bekerja di sini?

“Hello Tengku Pintu!! Saya pun tak teringin lah nak bekerja di sini!! Ada berlambak lagi

kerja kat Kuala Lumpur ni. Sekali saya petik, sepuluh kerja yag datang, tahu?”

“Sepuluh, ya? Pergilah petik jari you sekarang kat luar sana tu! Untuk pengetahuan you, I memang tak nak ambil perempuan gangster yang mereng macam you ni. By the way, my name is Tengku Aidil ok!! Please keep it in mind.” Berlagak betul anak Tengku ini! Memang dasar anak orang kaya semuanya sombang bongkak macam dia ini agaknya. Perasaanku bercampur baur di saat ini; malu, sedih, geram, bengang tapi malangnya ianya tidak mampu untuk ku luahkan. Dengan pantas ku capai fail dan beg tanganku ku yg terletak di atas kerusi. Tanpa berpaling lagi terus sahaja aku melangkah keluar dari tempat puaka itu.

“Cik Safira, betul tak kata-kata I pagi tadi yang you takkan berjaya dalam your interview today? See, masin kata-kata I!” Kurang asam betul mamat ni ! Nampaknya dia sengaja menjolok sarang tebuan! Jangan harap aku akan mengalah dengan lelaki bongkak macam kau, Tengku Aidil! Aku berpatah balik, sekarang aku betul-betul berdiri mengadap muka Tengku Aidil. Cuak seketika wajahnya apabila bertentangan mata denganku buat seketika. Baru kau kenal siapa aku yang sebenarnya. Dengan sekuat hati ku hempas fail dan beg tanganku ke badannya. Habis bertaburan semua barang-barangku di atas lantai.

“Apalah malang nasib hari ini! Macam mana I boleh terjebak dengan perempuan gangster macam U ni? Sayang seribu kali sayang, wajah you memang cantik tapi otak you memang mereng. Lain kali Cik Safira, berfikirlah dahulu dengan waras sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sekarang ni siapa yang susah? You juga yang susah. Sendiri mahu ingatlah.” Kata-kata sinis yang keluar dari mulut Tengku Aidil itu bagaikan cairan asid yang terus membakar jiwaku ini. Mujurlah kemunculan sesusuk tubuh yang tegap di muka pintu terus mematikan niatku untuk meneruskan perang mulut di antara kami. Dengan rasa berbuku di hati ku kutip semula satu persatu barang-barangku yang bertaburan di atas lantai. Tengku Aidil pula terus sahaja berlalu pergi dari situ.

"Are you ok?"Waduh! Sedapnya suara mamat ni! Aku mengerling ke arahnya. Seraut wajah kacak persis pelakon Zain Saidin terus terpapar di ruangan mata. Namun itu bukanlah kayu pengukur buatku untuk melayani jejaka tersebut, sementalah aku langsung tidak mengenalinya. Dengan serta-merta aku terus bangun.

"Saya ok." Jawapan ringkas itu sekadar untuk menyedapkan hati jejaka tersebut. Sebetulnya aku ingin segera berlalu pergi dari sini. Jujurnya aku sudah penat untuk memulakan pertelingkahan seterusnya kerana pertengkaranku dengan Tengku Aidil sebentar tadi benar-benar membuatkan hati kecil ini terguris. Namun perkataan tidak putus asa seakan-akan tidak terdapat di dalam kamus hidup jejaka kacak itu. Kali ini dia menghadangku di pintu masuk Teguh Bina Sdn. Bhd. Sambil menghulurkan tangannya, jejaka itu mula melempar umpannya. Tapi malangnya umpanmu itu tidak akan mengena kerana aku bukannya perempuan murahan yang bisa di goda dalam sekelip mata sahaja.

"Tengku Amir. Nama you? " Huluran tangan itu hanya dipandang sepi olehku. Maafkan aku wahai Tengku Amir, ini bukanlah masa yang sesuai untuk sessi perkenalan kita! Tanpa sebarang kata aku terus berlalu pergi dari situ.Ku mengorak langkah yang longlai, setapak demi setapak, tanpa ada hala tuju yang nyata. Nak pulang ke rumah, bimbang ibu akan bertanya. Ibu telah meletakkan harapan yang menggunung tinggi padaku tapi inikah balasan yg aku berikan pada ibu? Apa yang harus aku buat sekarang? Dengan lemah ku teruskan langkah sehinggalah kakiku ini menjejaki perkarangan MasjidAsy-Syakirin, KLCC.

“Nak solat zuhur awal lagi. Baik aku ambil air sembahyang, dapat juga menenangkan jiwaku yang berduka lara ni,” getusku di dalam hati. Serentak itu sepatu kesayanganku itu segera ku tanggalkan. Selesai sahaja aku mengambil air sembahyang, aku melangkah masuk ke ruangan solat wanita. Pada waktu begini memang biasanya tiada orang jadi aku pun melabuhkan punggung ke tepi penjuru ruangan itu. Entah bagaimana tanpa ku sedar akhirnya daku terlena di ulit mimpi yang indah di situ.

Hati Tengku Aidil berasa puas. Akhirnya perempuan ala-ala gangster itu berjaya juga di jinakkan. Ritma kelucuan semakin menghambat di dalam dada Tengku Aidil apabila terkenangkan amukan perempuan tadi. Garang-garang manja ibarat ngauman si kucing hutan yang lincah. Senyuman Tengku Aidil melebar sampai ke telinga apabila wajah comel itu menari-menari di ruangan matanya sehinggakan dia tidak menyedari kemunculan sesusuk tubuh di hadapannya.

“PAP!”

Dengan kuat Tengku Amir menepuk meja Tengku Aidil. Tanpa segan silu terus sahaja Tengku Amir melabuhkan punggungnya.

“Hei Aidil, apa yang seronok sangat sampai tersengih-sengih seorang diri ni? Dari tadi I perhatikan you tersenyum sorang-sorang, ada apa-apa ke?” Tengku Aidil hanya merenung tajam ke arah Tengku Amir yang merupakan sepupu merangkap musuh tradisinya. Mereka tidak pernah sependapat dalam apa-apa hal sekalipun dan selalu bersaing sesama sendiri dalam apa jua perkara.

“Wahai Tengku Amir yg dikasihi, perlukah I ingatkan you buat kesekian kalinya? Lain kali boleh tak you belajar untuk ketuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik Timbalan CEO Teguh Bina Sdn. Bhd.” Berbulu seketika Tengku Amir apabila Tengku Aidil sengaja menekankan tentang status dan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding dirinya.

”Tak payah nak ingatkan I pasal benda tu, ok? I sedar apa kedudukan I di dalam Teguh Bina Sdn. Bhd. ini. Sebenarnya I nak tahu siapa gadis comel yang bersama dengan you di dalam mesyuarat tadi?” Terbeliak seketika mata Tengku Aidil apabila mendengar soalan Tengku Amir yang langsung tidak disangkanya sama sekali. Memang dasar lelaki kasanova! Asalkan berdahi licin semuanya mahu di rembat!

“Excuse me?? Hai tak cukup ke semua stok-stok girlfriend you yang sedia ada tu?” Tujahan keras Tengku Aidil itu hanya disambut dengan hilaian tawa Tengku Amir.

“Itu lain. Itu setakat stok geli-geli, bolehlah. Tapi yang ini nampak suci murni, siap bertudung bagai. Sesuai sekali dijadikan calon isteri tau." Entah kenapa tiba-tiba hati Tengku Aidil digayuti dengan perasaan cemburu apabila mendengar kata-kata Tengku Amir itu.

"Dahlah tu Amir, mesyuarat lembaga akan bermula bila-bila masa sahaja dari sekarang. Daripada kita bercerita tentang perkara-perkara yang tidak bermanfaat untuk syarikat ini adalah lebih baik kita berbahas dalam mesyuarat nanti. Dah jom.” Tengku Amir agak kecewa apabila Tengku Aidil seakan-akan mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Namun dia tak akan berputus asa semudah itu. Gadis itu pasti akan berada di dalam genggamannya sedikit masa sahaja nanti. Buat masa ini dia harus fokus pada mesyuarat lembaga ini kerana dia tidak mahu Tengku Aidil sahaja yang akan menyerlah di dalam mesyuarat itu nanti. Dengan semangat yang membara Tengku Amir terus membontoti jejak langkah Tengku Aidil menuju ke bilik mesyuarat. Tidak lama kemudian semua ahli lembaga pengarah pun tiba. Mesyuarat pun dimulakan dengan Tengku Aidil bertindak selaku pengerusi majlis. Pelbagai pandangan dan idea-idea bernas dilontarkan. Seperti kebiasaan Tengku Aidil dan Tengku Amir akan memainkan peranan utama selaku pemidato-pemidato terhebat dan mula berbahas dengan gaya yang tersendiri.

“TOK! TOK! TOK!”

Mesyuarat itu terhenti seketika. Semua mata tertumpu ke pintu. Muncul Tengku Azman dan Tengku Azlan, ayahanda kepada Tengku Amir apabila pintu dikuak. Semua ahli lembaga yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut lantas bangun dan bersalaman dengan kedua-dua tokoh perniagaan yg berkaliber itu.

“Welcome my beloving daddy, Tengku Azman dan Tengku Azlan. Terima kasih kerana

sudi menghadirkan diri untuk mesyuarat kali ini.” Benak Tengku Aidil merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena apabila daddy dan Tengku Azlan mengerling ke arahnya dengan wajah penuh makna.

“ Assalamualaikum and very good afternoon to all of you. Mesti semua orang tertanya-tanya kenapa saya selaku CEO Teguh Bina Sdn Bhd tidak mempengerusikan mesyuarat ini seperti kebiasaannya, bukan? Sebenarnya, inilah masanya saya nak menonjolkan kebolehan anak saya, Tengku Aidil kerana tidak lama lagi, saya akan menyerahkan jawatan CEO kepadanya. Almaklumlah saya ni dah tua, dah tak larat lagi untuk memikul tanggungjawab berat ini. Sudah tiba masanya takhta ini di serahkan kepada tenaga muda untuk mengendalikannya.”

Bergemuruh tepukan dari semua hadirin yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Tengku Aidil tersenyum bangga apabila mendengar kata-kata daddy itu. Berlainan pula dengan Tengku Amir, sudahlah tidak bertepuk tangan malah dia mencebik pula bibirnya. Sakit benar hatinya apabila melihat musuh tradisinya berjaya maju setapak lagi ke hadapan dan mengatasinya dalam karier.

“Itu baru satu perkara. Ada satu lagi pengumuman penting yang saya nak umumkan petang ini. Saya,isteri dan juga keluarga Tengku Azlan dengan ini telah bersetuju untuk menggabungkan Teguh Bina Sdn Bhd dengan Indah Kabar Sdn Bhd milik Tengku Azlan dan upacara perasmian penggabungan ini dijadualkan akan berlangsung pada bulan hadapan bersamaan dengan majlis pertunangan di antara Tengku Aidil dengan Tengku Natalia.”

“KEBABOM!!!” Bagaikan guruh halilintar yg memanah ke dada Tengku Aidil sebaik sahaja Tengku Azman menghabiskan bait-bait ayat terakhirnya. Bertunang dengan Netty? No way!

“What is this daddy?? Why are you making such a decision without discuss it with me first??” bisik Tengku Aidil dengan nada geram kepada ayahandanya. Kemarahan yang meluap-luap di dalam dada terserlah lewat dari wajahnya yang bertukar menjadi kemerah-merahan. Mujurlah Tengku Azman bertindak pantas dengansegera menarik tangan Tengku Aidil ke penjuru bilik mesyuarat itu.

“My son, my decision is final. You should know me, right? Lainlah sekiranya Aidil sudah ada calon isteri sendiri tapi setahu daddy dan mummy, tak ada bukan?” Calon? Ada, daddy. Namanya Safira Rania binti Nordin. Aduhai kenapalah nama perempuan gangster ini juga yang terpacul di dalam pemikiran ini?

“Aidil, daddy dan mummy berniat baik sebenarnya. Daddy perhatikan, Aidil terlalu mementingkan kerjaya. Daddy dan mummy dah tua, Aidil. Sebelum kami berdua melelapkan mata buat selama-lamanya kami teringin sangat nak bermain-main dengan cucu.” Ayat-ayat Tengku Azman itu berjaya menjerat Tengku Aidil sehinggakan kelu seketika lidah Tengku Aidil dibuatnya.

“Aidil, cuba dengar cakap daddy kali ini. Daddy rasa kebanyakan masa Aidil hanya tertumpu dengan urusan pejabat sahaja sampaikan hari minggu pun Aidil datang ke pejabat juga, kan? Kalau melepak pun, balik-balik Aidil melepak dengan si Fikri tu saja. Aidil tak pernah nak ikut serta kalau mummy arrange kan event or party.” Kusut fikiran Tengku Aidil dibuatnya. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kalau dia menolak pasti daddy dan mummy akan berkecil hati tapi jika perkara ini dipersetujui pastinya dia akan memendam rasa dan berduka lara untuk seumur hidup.

“Daddy, you know how much I hate about party. Aidil rimas dengan perempuan yang tergedik-gedik, pakai baju semuanya tak pernah cukup kain di badan hingga terseksa jiwa raga Aidil melihatnya.”

“Come on my son, itu semua perkara normal lagipun masa muda macam inilah Aidil patut bergembira dan bersuka-ria. Takkanlah……Oh my god, don’t say you’re a GAY ?!” Tengku Aidil ketawa terbahak-bahak. Dia sendiri tidak menyangka yang daddy akan menebaknya sampai begitu sekali.

“Apa yang daddy cakap ni tak betul kan? Aidil, jangan risaukan daddy!”

“Daddy, apa yg daddy mengarut ni? Aidil lelaki sejati dan tulen, daddy. Aidil cuma tak suka berparti tapi tak bermakna Aidil tak ada perasaan pada perempuan,” jelas Tengku Aidil sambil tersenyum lebar.

“Maknanya tiada masalah, kan? Pertunangan Aidil kira jadilah ni.” GULP!! Tengku Aidil mula bingung. Di saat-saat genting seperti ini semua ideanya lari berterbangan tanpa sekelumit pun perasaan simpati.

“Daddy, janganlah macam ni. Aidil memang tak boleh masuk dengan si Netty tu. She’s not my type. Tak boleh bayangkan Aidil kena bersama dengan dia untuk seumur hidup ni.”

“Aidil, daddy dah buat keputusan, lagipun mummy memang berkenan sangat dengan Netty itu. Apa kurangnya Netty tu? Pada pandangan mata daddy, dia cantik, berpelajaran dan yang paling penting kedudukannya setaraf dengan keluarga kita. Tak apa kalau sekarang tak suka, lepas kahwin perasaan kasih sayang tu boleh dipupuk. Netty tu baik orangnya, daddy yakin Aidil akan bahagia dengan dia." Apa jampi serapah agaknya yang sudah digunakan oleh Netty sampaikan daddy dan mummy berkenan sangat nak bermenantukan dia ni? Otak Tengku Aidil ligat mencari ayat untuk menangkis segala hujahan daddy itu.

"Daddy, kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan segala-galanya. Boleh ke daddy jamin kami akan bahagia selepas kahwin? Kalau misal kata lepas kahwin,kami tak bahagia, daddy nak bertanggungjawab ke? At least kalau Aidil pilih sendiri pasangan Aidil, apa-apa jadi di kemudian hari nanti Aidil sendiri yang akan bertanggungjawab."

"My decision is final so it's mean fullstop. I don't want to hear any excuses," dengan tegas Tengku Azman bersuara sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Tengku Aidil termanggu-manggu seorang diri. Nampaknya Tengku Aidil benar-benar tersepit sekarang ini. Di kala ini hanya keajaiban yang mampu menyelamatkannya.

" Tengku! Tengku!," dengan nafas yg tersekat-sekat Mat Top berlari-lari anak ke arah Tengku Aidil.

" Kenapa ni Mat Top? Kelam kabut semacam macam terserempak dengan hantu je."

Sambil tersengih-sengih Mat Top menjawab, "Aha Tengku saya terserempak dengan hantu gengster…. hantu ni," seraya dihulurkan ke tangan Tengku Aidil sebuah telefon bimbit jenis Nokia Lumia.

"Apa ertinya ni Mat Top, I tak faham lah," tukas Tengku Aidil dengan wajah bingung. Disambutnya telefon bimbit itu sambil merenung muka Mat Top dengan seribu satu persoalan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.