LOBI Menara Budi kelihatan lengang. Mungkin
ramai pekerja sudah memulakan tugas masing-masing. Aku melihat sekali lagi jam
tangan berjenama Polo yang terletak kemas di pergelangan tangan kiri. Hampir
jam sepuluh pagi.
Along
menghantar aku ke sini setelah berjaya dipujuk rayu. Pada mulanya, alang yang
mengikat janji tetapi janji manisnya itu menjadi pahit apabila dia tidak pulang
daripada tempat kerja sehari suntuk.
“Minta
maaf, saya ingin bertanya, saya ada interview
di Syarikat Jjang Concept jam sepuluh. Macam mana caranya untuk saya ke situ?”
Pergh! Skema dan santun habis! Bravo
Aryana!
Mamat
di meja resepsi lobi yang sejak daripada tadi terkaku di situ mengangkat
kepalanya tatkala mendengar suara menggoda kepunyaan aku.
“Masuk
situ dan naik ke tingkat lima.” Hanya sesaat mungkin dia memandang aku tanpa
memberikan senyuman. Terus mati senyuman manisku apabila dia hanya buat tak
tahu. Ingat aku nak sangat kat kau? Tak pasal-pasal emosi jadinya kan?
Buka
sahaja daun pintu lif, pandangan mataku disambut dengan dua buah daun pintu
lutsinar yang tertulis Jjang Concept. Aku tidak pasti apakah tulisan tersebut
diperbuat daripada chrome ataupun
hanya sticker warna perak yang
dilekatkan di atas kaca.
“Hai!”
Hilang sekejap semangat aku tatkala mamat handsome
kawan along yang selama ini menjadi igauan aku menegur. Uh, igauan mimpi indah?
Aku hanya tersenyum panjang, padahal dalam hati tiada siapa yang tahu.
“Jom
masuk.” Dia membukakan pintu pejabat. Macam ni ke layanan yang diberikan kepada
pekerja? Kalau macam nilah, sanggup aku buat rayuan kemasukan kalau tak dapat!
Warna
suci putih bersih menyambut kedatangan aku di lobi pejabat. Sana sini berwarna
putih. Memang tak pakai warna lain ke? Aku mengerutkan dahi sambil duduk di
salah sebuah sofa di situ setelah di persilakan oleh Yonghwa.
Seminit
kemudian, seorang gadis keluar. Ah! Joohyun pastinya! Amboi, pakwe dan makwe
satu pejabat. Mesti rasa bahagia selalu! Syoknya!
“Oh,
you dah sampai rupanya. Hi! Ingat I lagi tak?” Seo Joohyun berkata sambil
tersenyum melihat aku. Tenang hati aku melihat kelembutan wajahnya yang begitu
mempesonakan.
“Mestilah
ingat.” Aku ketawa kecil sambil menyalaminya.
Perjalanan menyusuri bilik temuduga
kelihatan sangat indah dengan ruang laluan berkarpet warna kelabu hitam,
berdinding warna putih tetapi terisi dengan beberapa hasil kerja projek
syarikat tentunya.
“Tunggu
di sini ya.” Joohyun memberikan aku laluan masuk ke sebuah bilik. Sempat aku
melihat daun pintu kacanya yang mempunyai blok-blok huruf yang kecil membentuk
perkataan Interview Room.
Aku
cuba melihat sekali lagi daun pintu kaca tersebut. Kalau tak salah aku, nampak
seperti ada tulisan lain yang berbentuk tegak dan bulat. Tulisan apa ya tu
agaknya?
Bunyi
pintu dikuak mengembalikan aku ke alam yang nyata. Oh, Yonghwa kah yang akan interview aku? Fuh, minta-mintalah aku
boleh bertenang dengan panahan mata cokelatnya itu.
Aku
menyerahkan resume kepadanya dan dia
juga meminta portfolio yang mengandungi hasil-hasil kerjaku semasa belajar dan
juga projek secara sambilan.
“Sebelum
I tanya you soalan, biar I jelaskan serba sedikit tentang syarikat ini. Oh,
tak! You kena teka dulu I ni berbangsa apa.” Eh, tadi kata nak jelaskan, ni
soalan merepek apa pula ni?” Bingung sekejap aku jadinya. Trick temuduga ke?
“Err…”
Pandangan tajam Yonghwa menyebabkan aku terkesima. Aku memandang kembali
pandangannya, mahu mengenal pasti spesis bangsa kacak manakah sebenarnya dia.
“Cina?”
“Salah!
Okay tamat sesi temuduga.”
“Eh??”
Yonghwa
kemudian bangun sambil tersengih. Takkan habis macam tu je? Oh no! Gagal? Oh noooo!! Rasa mahu menjerit dan merayu supaya adegan tadi
diputarkan semula supaya aku dapat jawab dan… dan…
“Jom
saya kenalkan awak dengan stafflain.”
Teguran Yonghwa membuatkan aku terasa seakan di cekik hidup-hidup. Dia ni
main-mainkan aku ke apa???
Berat
sahaja kakiku melangkah menuruti jejaknya. Yonghwa membawa aku menyusuri sebuah
lagi laluan ke bahagian pekerja. Sekali pandang sahaja, aku tahu aku akan
menyukai pejabat baru ini. Eh, macam confirm
je aku kerja sinikan?
Beberapa
orang pekerja wanita dan lelaki sedang tekun membuat kerja di cubicle terbuka masing-masing. Sempat
aku mengira jumlah mereka, tidaklah ramai. Cuma ada tujuh orang sahaja.
“Excuse me guys. This is our new staff, she
will start working after Aidilfitri. Sila perkenalkan diri.” Terbeliak
mataku mendengar kenyataannya. Bermakna? Yeay! Aku dapat kerja!
“Err…
My name is Aryana Shafnie, you can call
me Yana. Nice to meet you all.”
Ewah, terus keluar bahasa penjajah! Aku menelan air liur, terasa kelat apabila
melihatkan wajah-wajah mereka yang pelbagai rupa itu. Ini betul-betul 1
Malaysia namanya.
Setelah
selesai sesi pengenalan yang menyeksakan itu, aku kembali terhenyak di atas
sofa lobi. Secara kasar, mereka semua nampak menyenangkan. Aku menarik nafas
lega. Walaupun melalui proses temuduga yang amat pelik, tetapi aku gembira
akhirnya aku memperolehi kerja yang aku idamkan.
Lupakan
seketika tentang bos muda yang handsome
itu, tetapi inilah impian aku! Mahu pekerjaan yang tetap, kehidupan yang
bahagia dan tentunya mencari seorang jejaka yang bakal menjadi pasangan aku
sehingga akhir hayat!
“Cik
Aryana?” Wajah putih bersih seseorang menyapa pandangan. Ni gadis mana pula?
Pelik betul pejabat ni. Setiap kali aku pandang, mesti ternampak muka pekerja
baru. Main sembunyi-sembunyi ke diorang ni?
“Ye
saya.” Gadis tersebut terus duduk di sofa bertentangan dan menghulurkan salam
perkenalan. Tanpa banyak soal, aku turut membalas huluran tangannya.
“Hai,
saya Qaisara. Panggil Sara saja.” Senyuman yang terukir di wajahnya menandakan
dia seorang yang mudah di ajak berbicara.
“Saya
Yana.”
Qaisara
yang merupakan pembantu ketua bahagian pentadbiran pejabat menerangkan secara
ringkas tentang pejabat yang bakal menjadi rumah keduaku itu.
Katanya
bos besar pejabat tersebut asalnya berbangsa Korea tetapi telah menetap di
Malaysia sejak kecil. Mr. Jung Yun Ho telah berkahwin dengan gadis sebangsanya,
Mrs. Kim Tae Yeon dan dikurniakan dua orang anak iaitu Jung Yong Hwa dan Jung
Soo Yeon.
Kata
Qaisara lagi, kedua-dua anak Mr. Jung masih belum berkahwin dan masing-masing
bekerja di dalam pejabat ini.
“Ada
apa-apa Yana mahu tanya?”
“Em,
Sara dah lama kerja sini?” Itu sahaja soalan yang mampu keluar untuk seseorang
yang baru dikenali. Yalah, takkan mahu tanya awak dah kahwin ke belum? Tak ke
bunyinya mencurigakan?
Qaisara
tersenyum manis. Geram pula aku tengok. Ops! Bukan geram apa, terlalu comel
pada pandangan mata aku. Skirt tirus paras lutut berwarna hitam dan dipadankan
dengan baju blaus longgar warna krim itu terletak elok di tubuh sederhananya.
Bukan
sesuatu yang salah untuk kaum wanita memuji wanita! Cuma mungkin kedengaran
janggal bila kaum lelaki memuji kaum lelaki. Emm…
“Saya
sudah hampir tiga tahun di sini. Alhamdulillah, segalanya okey, kami semua
sudah macam sebuah keluarga.” Terangguk-angguk aku mendengar ceritanya.
Sepuluh minit kemudian, aku menekan butang lif dan
menunggu dengan sabar mesin itu bergerak menuju ke tingkat aku berada. Seluar
slack kelabu bersama blaus lengan panjang bercorak zigzag itu mula terasa
rimas. Jarang benar aku bersiap sebegitu elok. Inipun angkara make over Angah, kononnya…
Lif
berdenting nyaring. Aku menarik nafas lega kerana sudah selesai urusan temuduga
dan yang paling menarik, terus di terima! Seronoknya tidak terkata, terasa
dunia ini aku yang punya! Tanpa mempedulikan isi perut lif, aku melangkah masuk
sambil tersenyum seorang.
“Hai!”
Siapa pula ni? Aku terus memandang ke hadapan. Siapakah? Terjegil mataku
seketika. Dia? Tidak!!!!!
------------------------------------------------------------------------
“SERIUS… I tak sangka dapat jumpa you kat
sini.” Iya, aku tahu tu. Dah beratus kali kau ucap benda yang sama Zafran!
Mujur aku tak muntah kat sini.
Aku
tersenyum kecil. Entah gembira atau berduka bila bertembung dengan kekasih
monyet, eh! Kekasih zaman cinta monyet dulu. Oh Zafran! Kenapa kau tak hilang handsome kau tu? Menyampah pula rasanya
asyik nampak orang kacak sepanjang hari. MasyaALLAH, tak bersyukur langsung aku
ni!
“Ada
rezeki, bolehlah kita lunch sama-sama.
Atau kita boleh balik sama-sama.” Aku terdiam seribu bahasa. Amboi, panjangnya
fikiran? Kalaulah dia tahu Along yang akan jadi driver tak rasmi aku selepas ini, dah tentu dia tak akan berani
mengajak.
“InsyaALLAH…”
Itu sahaja yang mampu aku katakan.
Kenangan
silam antara aku dan Zafran terawang di fikiran. Dia hanya dua tahun lebih tua
daripada aku. Kami sempat bermadu kasih selama dua tahun saja ketika aku di
tingkatan dua.
Uish, baru aku sedar, daripada
sekolah lagi aku telah menunjukkan sikap playgirl
yang sebenar! Kasihan ummi dan ayah, harapkan anak belajar bersungguh-sungguh,
rupanya di cari kumbang yang akhirnya tak ke manapun. Sia-sia saja.
Lama
aku menatap Zafran yang kini berbadan sasa, tidaklah kering kontang seperti
tingkatan lima dahulu. Lebih nampak kelelakian dan yang pastinya berduit.
Kenapa? Tengok jam tangan saja cukup. Jenama Tag Heuer lagi! Atau mungkin sebenarnya
dibeli daripada butik PS? Petaling Street…