QISHA
Mirza merenung
telefon bimbit selepas habis mengajar. Ramai anak muridnya sudah dibawa pulang
oleh ibu bapa masing-masing menandakan waktu persekolahan sudah tamat dan kini
tibalah masanya untuk Qisha Mirza berehat sebentar.
Entah
kenapa, matanya tertumpu pada nama Fulshan. Namun, berat sungguh jari-jemarinya
hendak mendail nombor itu mahupun menghantar mesej. Makin lama direnung makin
goyah hatinya.
Hisy,
macam mana ni? Nak hantar mesej ke tak? Kalau aku hantar, nampak sangat aku
rindu kat dia. Tapi kalau tak hantar, jiwa aku yang sakit menanggung segunung
kerinduan yang membanjiri lubuk hati aku. Ceh! Bermadah pujangga pulak. Sejak
bila kau pandai bermadah-madah, Qisha? Qisha Mirza tersenyum tiba-tiba. Untuk
apa sengihan itu, hanya dia sahaja yang tahu.
Kenapalah
rindu ni boleh membuak-buak terhadap dirinya? Kenapa dia? Mungkinkah dia
ditakdirkan untuk aku? Qisha Mirza mengeluh. Namun matanya masih terlekap pada
sebaris nama di dalam telefon bimbitnya.
Egolah
kau ni, Qisha. Kalau dah rindu tu hantar ajelah. Terdengar suara hatinya
mendesak.
Tapi macam mana kalau dia tak
balas? Malulah aku. Tak boleh. Tak boleh! Aku tak boleh terhegeh-hegeh.
Sabarlah wahai hati. Qisha Mirza masih menolak kemahuan hatinya untuk
menghubungi Fulshan. Dia tidak tahu kenapa jari-jemarinya berat hendak menekan
teks walaupun hanya bertanya khabar.
Aku
tak boleh terburu-buru, nanti aku jugak yang akan kehilangan semuanya. Wahai
hati, sabarlah kau dalam menanggung rindu yang terlalu mendalam, pujuk hati
Qisha Mirza sambil menarik nafas dalam-dalam.
Pada
waktu yang sama, Fulshan juga sedang merenung nama Qisha Mirza di dalam telefon
bimbitnya. Dia ingin sekali mendengar suara Qisha Mirza yang cukup menawan
kalbunya namun ego lelakinya melarang keras dia menghubungi gadis itu. Dia amat
mengharap agar Qisha Mirza menghubunginya terlebih dahulu. Adakah penantiannya
akan berakhir? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Hisy,
kenapa berat sangat aku nak callatau WhatsApp Mirza? Walhal aku lelaki
dan tak perlu ada perasaan tu. Dah rindu sangat nak dengar suara dia ni. Hati
Fulshan berbolak-balik.
Macam
mana kalau aku calltapi dia tak layan? Malulah aku. Aku pun ada maruah
jugak. Mirza tu bukan gadis sembarangan. Silap-silap hari bulan aku yang akan
ditendangnya. Habis macam mana dengan perasaan aku? Tak boleh! Tak boleh! Aku
kena sabar, bisik hati Fulshan, memujuk diri sendiri. Dia yakin sedikit waktu
lagi, Qisha Mirza pasti akan jatuh ke dalam pelukan asmaranya.
Wah,
bercita-cita tinggi rupa-rupanya Fulshan ini. Hebat. Namun persoalannya, dapatkah
dia menawan hati Qisha Mirza yang akan berubah anginnya pada bila-bila masa
sahaja? Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa sahaja yang tahu apa yang telah
direncanakan buat mereka berdua.
Aduh! Sakit betul kepala aku
menanggung semua perasaan yang membara dalam hati ni. Kenapalah aku yang
terpilih untuk merasakan semua ni? Seksa tahu tak nak menanggungnya, getus
Qisha Mirza, masih merenung nama Fulshan di skrin telefon bimbit.
Hisy,
astaghfirullahalazim. Tak baik aku merungut macam tu. ALLAH dah bagi aku
perasaan ni, sepatutnya aku bersyukur, bukan merungut. Nanti kalau DIA tarik
balik, haa... aku jugak yang gigit jari. Ya ALLAH, ampunilah aku. Qisha Mirza
beristighfar setelah tersedar daripada kesilapannya.
“Haa...
cikgu teringatkan pakwe ya?”
Tersentak
Qisha Mirza menerima teguran secara tiba-tiba itu. Dia ingatkan semua anak
muridnya sudah pulang, tetapi entah bagaimana Hafinas boleh tersesat dan masih
belum pulang. Aduh! Malunya dia dengan Hafinas. Mana hendak diletakkan mukanya?
Entah berapa lama Hafinas melihat keadaannya begini. Ya ALLAH, kenapa semua ini
harus berlaku pada aku? Qisha Mirza cuba tersenyum sambil memandang si cilik
yang comel.
“Hisy,
kenapa cakap macam ni? Macam mana Finas tahu yang cikgu teringatkan pakwe?”
soal Qisha Mirza, melayan kerenah anak muridnya.
“Hmm...”
ujar Hafinas, berfikir seketika.
Gelagatnya
itu mengundang senyuman di bibir Qisha Mirza.
“Kakak
saya selalu termenung macam cikgu. Lepas tu, dia mesti tengok handphonedan
senyum seorang-seorang. Bila saya curi-curi tengok apa yang dia tenung dalam handphone,
rupa-rupanya ada gambar pakwe dia. Sebiji macam gaya cikgu,” ujar Hafinas,
membuka rahsia kakaknya.
Tergelak
Qisha Mirza mendengarnya. Budak-budak zaman sekarang memang cepat matang. Malah
kalah orang dewasa.
“Cikgu beritahulah saya, cikgu teringatkan
pakwe cikgu kan?” desak Hafinas, ingin tahu.
Hafinas
bukanlah seorang budak yang cepat mengalah. Dia akan terus menagih jawapan
sehinggalah dia berpuas hati. Begitu juga di dalam kelas, dialah yang paling
banyak bertanya dan kadang-kadang pening juga kepala Qisha Mirza untuk
membentuk ayat.
“Hisy,
cikgu mana ada pakwe. Cuba tengok handphonecikgu ni. Kan dah buruk.
Cikgu tengah fikir sama ada nak tukar handphonebaru atau tak,” ujar
Qisha Mirza, berdalih.
Tidak
mungkin dia akan berkongsi perasaannya dengan si cilik yang baru berusia enam
tahun.
Berkerut
wajah Hafinas, cuba mencerna apa yang dikatakan Qisha Mirza. Benarkah cikgunya
berfikiran begitu atau ada benda lain yang mengganggu hati cikgunya itu?
“Betul
ke cikgu tengah fikir nak tukar handphoneaje? Bukan teringat pakwe?”
soal Hafinas, masih tidak puas hati.
“Betul.
Lagipun, cikgu mana ada pakwe. Dah, jangan nak merepek. Cikgu tak suka dengar
Finas cakap macam ni lagi. Cikgu tak ajar Finas cakap macam ni. Nanti ibu bapa
Finas salahkan cikgu pulak,” tegas Qisha Mirza sambil membelai wajah Hafinas.
Hafinas
hanya mengangguk.
“Saya
mintak maaf, cikgu. Saya janji, lain kali saya takkan cakap macam ni lagi,” ujar
Hafinas sambil mengangkat tangan, seolah-olah sedang melafazkan janji.
“Baguslah
macam tu. Cikgu bangga dengan Finas. Balik rumah nanti jangan lupa ulangkaji
pelajaran. Barulah apa yang Finas belajar kat sekolah, Finas takkan lupa semasa
balik rumah. Cikgu sayang Finas,” ucap Qisha Mirza, memberi nasihat.
“Saya
pun sayang cikgu,” ucap Hafinas lantas memeluk Qisha Mirza membuatkan gadis itu
tersentak untuk kali kedua.
Apa kena pulaklah dengan anak
murid aku yang seorang ni? Macam-macam betul. Qisha Mirza tidak dapat
mentafsirkan perasaannya ketika itu. Terharu, sedih, semuanya bercampur-baur.
“Finas!”
laung Puan Shima, ibu Hafinas.
“Saya
balik dulu, cikgu. Assalamualaikum,” ucap Hafinas, kemudian mencium tangan
Qisha Mirza.
Qisha
Mirza membalas dengan melayangkan ciuman di dahi Hafinas.
“Waalaikumussalam.
Hati-hati dan jaga diri baik-baik,” pesan Qisha Mirza.
“Baik,
cikgu. Bye,” ucap Hafinas sambil melambai-lambaikan tangan.
Qisha Mirza tersenyum.
Alangkah bahagianya jika dia juga mempunyai anak seperti Hafinas. Qisha Mirza
memejamkan mata seketika apabila keinginan itu singgah di sanubarinya.