Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,169
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
9 - 3

FARISH IQBAL melihat satu per satu gambar kenangannya bersama-samadengan Elis. Pada waktu itu, mereka baru sahaja melangsungkan majlispertunangan. Jujur, dia berasa amat gembira ketika itu. Setelah lama bercinta,akhirnya mereka bakal disatukan. Namun ada satu perkara yang sangat dia kesali.Mereka pernah terlanjur. Itu merupakan kesilapan terbesar yang pernah dialakukan.

            Farish mengeluh.

            “Maafkan abang,sayang,” ucap Farish serba salah.

            Kenangan lamamengimbau ingatan.

“Elis, I’ve something important to tell you. Abang berharap agar Elismampu menerima keputusan abang ni dengan hati yang terbuka. Abang tahu Elisseorang gadis yang kuat untuk menempuhi ujian ni,” tukas Farish dengan memekmuka serius.

            “Apa yang abang cubakatakan?” tanya Elis dengan hati berdebar-debar.

            “Abang sudah buatkeputusan. Abang putuskan pertunangan kita, Elis. Abang tidak mampu meneruskanimpian kita untuk ke jinjang pelamin. Abang nak kejar cita-cita abang untukbergelar seorang usahawan yang berjaya,” balas Farish.

            Elis tergamam.

            “Abang tak boleh buatElis sebegini rupa. Lagi beberapa bulan saja kita akan bernikah. Abang,tolonglah jangan pergi tinggalkan Elis,” rayu Elis.

            “Selamat tinggal, ElisNou’rell.” Farish terus pergi.

            “Abang! Abang!” jeritElis lalu pitam.

            Farishkembali semula ke alam nyata.

            “Sayang,andai kata abang mampu memutarkan masa semula, abang akan bawa sayang kemahligai cinta kita. Abang terlalu mementingkan diri. Abang janji, abang akanperbetulkan segala-galanya,” tekad Farish.

Previous: 9 - 2
Next: 10 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.