Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
146,235
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
10 - 4

“MANAyou pergi, Emma? Sekarang ni, jamsudah menghampiri pukul lapan malam! You baru jumpa jalan pulang ke rumah ke?You fikir I tunggul kayu ke? I ni suami you. You yang sepatutnya tunggu I,bukannya I!” herdik Haidar usai Emma muncul di muka pintu rumah.

            “I banyak kerjadi pejabat!” Emma memberi alasan, sambil melangkah menuju ke arah tangga.

            Haidar berasahilang sabar dengan tindakan Emma. Isterinya itu seolah-olah tidak endah akanamarahnya. Lantas, dihampiri tubuh Emma. Lengan Emma ditarik dengan kasar.

            “I tengahbercakap dengan you, Emma!” maki Haidar. Nafasnya turun dan naik tanda marah.

            Emma memusingkantubuhnya ke arah Haidar.

            “Kenapa tiba-tibasaja you nak mengamuk?” Emma meninggikan suaranya.

            “Jangan kurangajar dengan I! I bukan kawan yang you boleh bergurau sesuka hati!” tengkingHaidar.

            Emma ketawasinis.

            “Oh, jadi youmarah? Tenung diri you, Haidar! Pernah ke you menghargai I bila I berikanlayanan yang baik pada you selama ni? I semakin tidak faham dengan you. Apayang you mahu sebenarnya hah?” bentak Emma.

Lelaki itu sudah berubah sikap selepas merekamendirikan rumah tangga. Keprihatinan dan kasih sayang yang pernah dipamerkansebelum ini entah sudah hilang ke mana.

            Haidar tamparpipi Emma. Tindakan spontan.

Kepala Emma terteleng ke tepi. Pipi Emma terasapijar. Emma mengusap pipinya yang kemerahan-merahan dek tindakan kasar Haidar.

            “Sakitlah,Haidar!” rungus Emma.

            Haidar mencerlungmarah Emma.

            “Terus-terangdengan I, Emma. Kenapa you pulang lewat?”

Urat di leher Haidar tegang. Kemarahan yangdirasainya kini bak gunung api yang bila-bila masa sahaja akan memuntahkanlarvanya. Matanya dijegilkan.

            Emma mengetapbibir. Haidar akan mengasari tubuhnya sekiranya dia memberitahu perkarasebenar. Haidar kuat cemburu, terutama apabila melibatkan Safwan. Jika Haidartahu, maka dia akan menerima akibatnya. Mati dia dikerjakan Haidar kelak.

            “Cakap!” jeritHaidar.

            Emma tersentap.

            “Kereta I rosak,Haidar.” Menggigil suara Emma. Keberanianya hilang apabila Haidar mula naikhantu.

            “Kenapa takbagitahu I? I boleh datang ambil you!” bising Haidar.

            “I cuba telefon.Tapi tidak berangkat.” Emma membela diri.

            “Tipu! Jujurdengan I, siapa yang hantar you balik tadi?” Haidar dapat merasakan bahawa sipemilik BMW yang berhenti di perkarangan pagar rumahnya itu ialah Safwan.Bahang cemburu semakin membara-bara.

            “Dia…”

            “Siapa?” jerkahHaidar.

            “Safwan.” Gulp,Emma meneguk liur.

            Haidar berang.Tubuh Emma mula dibelasah sesuka hatinya. Dia bengang kerana Emma masihberhubungan dengan Safwan. Safwan bukan suami Emma lagi, tetapi dia! Emmamemang mencipta bahana! Haidar menarik kasar rambut panjang dan lurus milikEmma. Emma menjerit nyaring dek diperlakukan sebegitu rupa. Haidar mendekatkanwajahnya ke wajah Emma.

            “I pernah bagiamaran dulu, Emma. Jangan terfikir untuk mendekati Safwan. Tapi you degil! Youbuat benda yang tak senonoh di belakang I!” Keras suara Haidar.

            “I tak tahu nakminta tolong siapa.” Teresak-esak suara Emma.

            “Alasan! You buatsemua tu untuk pikat hati Safwan kan? I kenal youlah, Emma!” Haidar menuduhmembabi buta.

            “Tengku Haidar!”

            “Diam!”

            Emma tergamammembisu.

            “Listen here,Emma Atiqah. I tidak akan melepaskan you dengan mudah. You hak milik kekalI. I takkan biarkan you pulang ke pangkuan Haziq Safwan semula!”

Haidar tolak tubuh Emma. Lalu pergi meninggalkanEmma sendirian di ruang tamu itu.

            Emma menangis.Tingkah laku Haidahr dan Safwan berbeza. Safwan tidak pernah menaikkan tanganke tubuhnya, tetapi Haidar berkali-kali menderanya. Dia rindu pada Safwan.Sungguh, dia berasa amat kesal kerana telah melepaskan Safwan begitu sahaja.Kerana Haidar, dia sanggup meninggalkan Safwan.

 

Previous: 10 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.