“YOU memang tidak reti faham bahasa ke, Shasha? I tidak pernahmenyukai you! Kenapa you terkejar-kejarkan I? You boleh dapat lelaki yang lebihbaik daripada I!” Shamil tidak gemar dengan sikap Shasha. Gadis itu terlalumendesak! Dia sudah bilang berulang kali. Dia tidak mahu menikahi Shasha. Bebalagaknya!
Shasha geleng.
“You yang kenafaham I, Shamil! Berilah peluang kepada I. I janji akan membahagiakan you.Kenapa you terus mengharapkan cinta perempuan yang tidak berguna itu? Takkanlahyou tidak sedar yang dia cuma mempermainkan diri you saja!” tengking Shasha.
Shamil mendengus.
“Jangan babitkan Elis!Dia tiada kena-mengena dengan kita!” maki Shamil.
“Kenapa, yousakit hati ke bila I sumpah seranah buah hati you tu?” Shasha ketawa sinis.
“Disebabkan sikapyou nilah yang membuatkan I menjauhkan diri. You sepatutnya cermin diri you.Bukan cari kesalahan orang lain. Elis sedikit pun tidak pernah mengata you!” makiShamil. Bagi Shamil, Shasha sudah melampaui batasan. Gadis itu tidak mempunyaihak untuk menghina Elis!
“Habis tu, younak I buat apa lagi, Shamil?” bidas Shasha.
Shamilmendekatkan wajahnya ke wajah Shasha.
“Tolonglahberhenti ganggu hidup I!” Shamil terus beredar meninggalkan Shasha.
“Shamil! Shamil!”
Shamil berjalantanpa tergerak hati untuk menoleh ke belakang.