“SO,
apa jawapan kau?” soal Melisa ingin tahu.
“Aku
berterus-terang sajalah yang aku pergi jumpa dengan mak aku,” jawab Irdina.
Tangannya
lincah mengambil barang dan memasukkannya ke dalam troli. Barang untuk
dijadikan hadiah sempena team building
syarikat mereka.
“Along
marah tak?” Melisa masih lagi bertanya.
“Mahunya
tak marah. Meletup satu rumah kau tahu tak,” balas Irdina lalu ketawa kecil.
Melisa
turut sama ketawa.
“Aku
tak tahu macam mana nak buat dengan along tu lagi. Sampai bila dia tak nak
terima mak aku?” keluh Irdina di hadapan Melisa.
“Kau
janganlah risau. Satu hari nanti along akan terima mak kau tu semula,” pujuk
Melisa, lembut. Wajah Irdina ditatap kasih.
Irdina
sekadar mengangguk. Dia turut mendoakan perkara yang sama. Berharap, Irshad
dapat menerima Datin Iznaini semula.
“Eh,
kau ada call Naufal tak?” tanya
Melisa, tiba-tiba.
“Naufal?”
ulang Irdina, berkerut.
“Ya.
Naufal!”
“Apa
kes aku nak call dia?”
“Ala…
Saja-saja. Tanya khabar.”
“Hisy…
Tak kuasa aku nak call dia.”
“Kau
ni, Dina. Macam orang tak ada perasaan saja aku tengok kau ni. Takkan kau tak
terpikat dengan kekacakan dia?”
Irdina
ketawa. Kepala menggeleng kecil.
“Naufal
tu handsome la. Lebih handsome dari mamat lagi seorang tu.”
Puji Melisa kepada Naufal. Sengihan terbias di wajah.
“Aduh!”
rengek Melisa kemudian.
“Berangan!
Jangan nak berangan Melisa. Perempuan macam kita ni, manalah dia nak pandang.
Sebelah mata pun belum tentu tau,” tegur Irdina masih menggeleng.
“Kau
ni, tak senang aku nak berangan,” geram Melisa sambil mengusap dahi.
“Aku
cuma nak ingatkan kau saja. Siapa diri kita yang sebenarnya?” kata Irdina
berlalu dari situ. Masih banyak barang yang perlu dibeli.
Melisa
masih lagi mengusap dahi. Matanya memandang langkah Irdina yang semakin
menjauh. Terkadang hatinya tertanya-tanya, adakah Irdina seorang yang tidak
berperasaan?
“Irdina
Asyikin?” tegur seseorang, tiba-tiba.
Irdina
mematikan langkah. Gerangan yang menegur menyapa mata.
“Naufal?”
tegur Irdina sedikit terkejut.
Naufal
tersenyum. Wajah terkejut Irdina ditatap.
“Eh…
Encik Naufal. Buat apa kat sini?” tegur Melisa dari arah belakang.
Naufal
menoleh. Wajah Melisa menyapa mata. Senyuman diberikan kepada gadis itu.
“Kami
baru saja sebut nama encik tadi. Tup-tup, muncul depan mata. Macam tau-tau
pulak,” kata Melisa bernada usikan.
“Sebut
nama saya?” tanya Naufal, berkerut dahi.
“A’ah.
Irdina baru puji encik ni handsome
dan smart.” Selamba Melisa menjawab.
Sengihan diberikan kepada Irdina.
Buntang
mata Irdina mendengarnya. Cubitan hinggap di pinggang Melisa.
“Puji
saya handsome? Smart?” Malu-malu Naufal menyebutnya. Wajah Irdina dan Melisa
dipandang silih berganti.
Irdina
tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. Dijegilkan mata kepada Melisa atas
kata-kata gadis itu sebentar tadi.
“Encik
seorang saja ke?” tanya Irdina kemudian.
“Tak!
Dengan…”
“Benda
ni, okey tak?” sampuk Tengku Irfan, tiba-tiba.
Mereka
yang berada di situ tersentak. Masing-masing menghalakan mata ke arah Tengku
Irfan yang sedang menghampiri mereka bertiga.
“Ir!”
tegur Naufal lalu tersenyum.
“Err,
kalau macam tu kami jalan dulu. Banyak lagi barang yang nak dibeli,” ujar
Irdina sambil tersenyum kelat.
Wajah
Tengku Irfan di hadapan ditatap meluat. Rasa sakit hati atas apa yang berlaku
semalam meniti di tubir mata.
“Apa
kata kita lunch sama?” cadang Naufal.
“Okey
juga tu,” sokong Melisa, selamba.
“Mel!”
tegur Irdina sambil memberi isyarat mata kepada Melisa.
“Ala…
Apa salahnya kita lunch sama-sama,”
keluh Melisa.
“Aku
tak nak!” bentak Irdina, keras.
“So, macam mana?” tanya Naufal sambil
memandang Irdina dan Melisa.
“No problem!”
balas Melisa berserta senyuman di bibir.
Irdina
mendengus ringan. Wajah Melisa ditatap tajam. Rasa nak hempuk kawan baiknya itu pun ada juga. Suka hati membuat keputusan
tanpa berbincang.
“Kau
macam mana, Ir?” tanya Naufal sambil mengangkat kening.
Tengku
Irfan berkira-kira dalam hati. Perlukah dia menerima cadangan Naufal itu?
Diperhatikan wajah Irdina. Riak tidak puas hati terlukis di wajah. Pasti gadis
itu kurang menyenangi dengan cadangan Naufal.
“Irfan!”
panggil Naufal lagi.
“Aku
follow!” balas Tengku Irfan dan
beredar dari situ.
Naufal
hanya memandang. Tanpa berlengah, mereka bertiga melangkah ke kaunter
pembayaran untuk membayar barangan yang telah diambil.
SUASANA sunyi di meja
makan. Masing-masing menikmati hidangan yang telah terhidang. Tatkala mata
bertentangan, hanya senyuman yang meniti di bibir mereka. Hanya mata yang membicarakan
segala-galanya.
Bagi
Irdina, dia tidak peduli dengan semua itu. Apa yang pasti, kenikmatan makanan
yang sedang dijamahnya. Tidak dihiraukan pandangan Tengku Irfan. Bukannya dia
tidak sedar. Sejak dari tadi, pemuda itu asyik memandang berserta cebikan di
bibir. Rasa meluat melihat Tengku Irfan.
“Ehem..
Ehem..” Naufal berdehem tatkala kebisuan menemani mereka berempat.
“Encik
Naufal sakit tekak ke?” tanya Irdina, lurus.
Naufal
yang mendengar melepaskan ketawa. Geli hati mendengar pertanyaan Irdina.
“Bodoh!”
kutuk Tengku Irfan, berbisik.
Irdina
yang terdengar bisikan dari arah Tengku Irfan menoleh. Wajah pemuda itu
ditatap. Hanya riak selamba yang terlukis di wajah itu.
“Beli
barang tadi untuk apa?” tanya Naufal sekadar ingin tahu.
“Tak
lama lagi syarikat kami nak adakan team
building. Kami berdua AJK hadiah. Jadi, barang-barang tu untuk dijadikan
hadiah,” jelas Melisa, tersenyum.
“Team building? Menarik!” kata Naufal
sambil mengangguk.
“Encik
Naufal nak join?” pelawa Irdina,
ikhlas.
“Join? Bila?” tanya Naufal lagi.
“Dua
minggu lagi,” balas Melisa.
Naufal
mengangguk. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Ir,
bukan ke dua minggu lagi team building
company kau?” tanya Naufal tatkala
teringatkan tentang itu. Wajah Tengku Irfan dipandang.
Tengku
Irfan sekadar mengangguk. Mengiyakan kata-kata Naufal. Matanya tidak lekang
memerhati tingkah laku Irdina. Sungguh khusyuk gadis itu dengan makanannya.
“Maaf
Melisa, saya follow Irfan,” beritahu
Naufal, tersenyum.
“Sama
la pulak. Hurm… Tak apalah,” keluh Melisa, mengangguk.
Naufal
masih lagi tersenyum. Tingkah laku Irdina menjadi perhatian.
Melisa
yang menyedari pandangan Tengku Irfan dan Naufal terhadap Irdina segera menyiku
lengan gadis itu. Rasa kurang enak melihat pandangan mereka berdua.
“Apa?”
tanya Irdina tatkala lengannya disiku.
“Control sikit!” tegur Melisa.
Irdina
berkerut dahi. Apa yang dimaksudkan oleh Melisa itu?
“Dia
orang tengah tengok kau la,” beritahu Melisa lagi.
Irdina
masih lagi berkerut. Kurang faham dengan penjelasan Melisa. Tanpa menghiraukan
Melisa, dia segera mencapai seketul ayam goreng. Belum sempat dia meletakkan
ayam itu ke dalam pinggan nasi, Tengku Irfan menegur.
“Awak
ingat awak seorang saja ke yang nak makan?”
“Kan
ada lebih.”
“Lebih?
Bila masa ada lebih?”
“Itu!
Kan ada lagi 3 ketul ayam.”
“Awak
dah makan sampai 3 ketul, tahu tak?” Tengku Irfan geram. Tajam matanya ke riak
selamba Irdina.
“Saya
bayar lebih la nanti,” balas Irdina, selamba.
Ayam
goreng dijamah tanpa menghiraukan pandangan tajam Tengku Irfan. Apa yang penting,
perut yang lapar diisi dengan makanan.
Tengku
Irfan mendengus kasar. Sakit hatinya melihat tingkah laku selamba Irdina.
Ikutkan hati, mahu sahaja disumbat mulut Irdina dengan nasinya itu.
“Dina,
control la sikit,” tegur Melisa,
keras.
Irdina
menghentikan suapan. Matanya memandang wajah Melisa. Kemudian, ke wajah Naufal
dan Tengku Irfan. Masing-masing sedang memandang ke wajahnya. Sengihan
diberikan kepada mereka semua.
“Tak senonoh!” kutuk Tengku Irfan lalu
bersandar ke kerusi.
Irdina
memandang ke wajah Tengku Irfan. Apa masalah Tengku Irfan? Kenapa Tengku Irfan
mengutuknya terang-terangan?
“Apa
masalah awak ni?” tanya Irdina kemudian.
“Tak
ada apa. Kenapa?” balas Tengku Irfan, selamba.
“Habis
tu? Yang awak nak kutuk saya, kenapa?”
“Mana
ada aku kutuk kau?”
“Awak
ingat saya pekak?”
“Memang
pun!” Selamba Tengku Irfan menjawab. Puas hatinya ketika ini.
“Kau!”
Irdina pantas berdiri. Sakit hatinya mendengar kata-kata Tengku Irfan.
Melisa
dan Naufal yang melihat turut sama bangun. Wajah tegang Irdina ditatap. Risau
berlaku peristiwa yang tidak sepatutnya.
Irdina
mengepal tangan. Wajah Tengku Irfan masih dipandang tajam. Tanpa berlengah,
seketul ayam dicapai lalu disumbatkan ke mulut Tengku Irfan. Seperti menonyoh
cili ke mulut. Baru puas hati aku. Main-main lagi dengan aku, geram Irdina
dalam hati.
Setelah
itu, Irdina segera beredar dari situ. Rasa sakit hati sudah pun dilepaskan.
“Padan
muka! Main-main lagi dengan aku. Baru puas hati aku! Mulut tak ada insuran
langsung!” bebel Irdina kepada dirinya sendiri.
Terkejut
Melisa dan Naufal melihatnya. Dihalakan mata ke wajah Tengku Irfan yang beriak
tegang. Rasa kelakar pun ada juga. Dikawal diri mereka agar tidak ketawa.
“Err…
Maafkan Irdina. Dia tak sengaja. Saya mintak diri dulu,” ujar Melisa sambil
mencapai troli. Rasa kurang enak melihat riak tegang di wajah Tengku Irfan.
“It’s okey Melisa,” balas Naufal.
Senyuman diberikan kepada gadis itu.
Melisa
hanya mengangguk. Dia beredar dari situ setelah mengucapkan terima kasih. Rasa
tidak percaya dengan apa yang telah Irdina lakukan sebentar tadi. Rasa malu
turut menumpang dalam hati.
“Dina
ni sengaja cari nahas!” rengus Melisa.
“Kau
okey, Ir?” tanya Naufal sebaik sahaja kelibat Melisa menghilang.
Tengku
Irfan menghalakan mata ke wajah Naufal. Tanpa membalas, dia bingkas bangun dan
beredar dari situ. Rasa sakit hati diperlakukan sebegitu oleh Irdina. Berani
sungguh Irdina.
“Kau
ingat aku akan lepaskan kau,” geram Tengku Irfan sambil menggenggam erat
tangan. Dengusan kasar terlepas daripada bibir.
Naufal
hanya memandang. Ketawa kecil terlepas daripada bibir. Geli hati memikirkan
tingkah laku Irdina dan Tengku Irfan. Semoga mereka berdua berbaik nanti, doa
Naufal dalam hati.
“HAHAHA… Padan muka dia! Kerek sangat dengan aku,” kutuk Irdina,
tersenyum puas.
Melisa
hanya menggeleng. Wajah puas Irdina ditatap.
“Dia
ingat dia tu bagus sangat ke? Ini Irdina Asyikin la. Jangan nak main-main,”
sambung Irdina lagi. Rasa bangga bila berkata begitu.
“Irdina
Asyikin konon. Pirahh!!!” kutuk Melisa, selamba.
“Betullah!
Jangan ingat aku ni perempuan yang lemah.”
“Ikut
suka kau la, Dina. By the way, kau
perasan tak dengan Irfan tu?”
“Perasan
apa?”
“Something la!”
“Somethingapa?”
“Aku
tak tau nak cakap macam mana kat kau. Tapi, aku pelik la tengok dia tu. Mood dia tu kadang-kadang okey.
Kadang-kadang tak okey.”
“Hai,
prihatin nampak?” tegur Irdina sambil mengangkat kening.
“Errr…”
Melisa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau
ada hati dengan dia ya?” tebak Irdina pula.
“Eh…
Mana ada. Aku perasan yang dia tu lain sikit. Tak macam Naufal,” tukas Melisa.
Irdina
berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya kata-kata Melisa itu. Dia turut
berfikiran yang sama. Seperti ada yang tidak kena dengan Tengku Irfan.
“Jangan-jangan
dia ‘gay’ tak?” komen Irdina, tiba-tiba.
Melisa
berkerut dahi. Apa yang dimaksudkan oleh Irdina itu?
“Eeee…
Geli aku. Patut la aku tengok dia macam tak ada perasaan dengan perempuan.”
Melisa
masih cuba untuk memahami kata-kata Irdina. Seminit kemudian…
“Mulut
kau Dina. Tak ada insuran betul. Pandai-pandai saja nak labelkan dia sebagai
‘gay’,” tegur Melisa kurang senang.
Irdina
ketawa. Entah kenapa dia boleh berfikiran begitu. Wajah Tengku Irfan meniti di
tubir mata. Kelat dan masam mencuka.
Geli hati memikirkan tentang pemuda itu.
“Aku
balik dulu la. Lebih lama aku kat sini, jadi sewel aku dengan tanggapan kau
tu,” ujar Melisa bingkas bangun. Ketawa terlepas daripada bibir.
Irdina
masih lagi ketawa. Dia turut sama bangun dari duduk. Setelah melihat pemergian
Melisa, dia segera masuk ke dalam rumah. Dikerling jam di dinding buat
seketika. Masa baru merangkak ke pukul 2.30 petang. Ada baiknya dia menunaikan
sholat Zohor sebelum menyambung tugas yang tertangguh.
TENGKU Irfan
menyandarkan tubuh di kepala katil. Dicapai telefon bimbit lalu membaca mesej
yang baru masuk. Mesej kiriman daripada Naufal. Dibaca dan difahami mesej itu.
“Minah
tu memang sengaja cari pasal dengan aku,” luah Tengku Irfan, geram.
Mesej
Naufal dibalas. Jika diikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja dia melepaskan
kemarahan di restoran itu tadi.
Bunyi
mesej mengejutkan Tengku Irfan. Pantas, dia membaca kiriman mesej itu.
Tapi, dia comel!
“Huh!
Comel? Mata kau ni dah buta Naufal,” cebik Tengku Irfan.
Lantas,
dia membalas mesej Naufal. Entah kenapa wajah Irdina meniti di tubir mata. Dia
mendengus kasar. Sungguh, dia bencikan Irdina. Seminit kemudian, telefonnya
berbunyi. Mesej yang dikirim dibaca.
Dia tetap comel!
“Mengarut!”
bentak Tengku Irfan lalu mencampak telefon bimbitnya.
Dia
bingkas bangun dari duduk bersandar. Dia perlu menyiapkan kerja yang tertangguh
dari hari itu. Ada baiknya dia membuat kerja daripada memikirkan tentang
Irdina.
“Comel?”
Meluncur
laju perkataan itu daripada bibir Tengku Irfan. Niat untuk turun daripada katil
termati begitu sahaja.