“PEGANG elok-elok la,”
tegur Tengku Irfan, serius.
Irdina
mendengus kasar. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu.
“Awak
nak saya maafkan awak, kan?” suara Tengku Irfan lagi.
Irdina
tidak membalas. Wajah Tengku Irfan ditatap tajam. Rasa kesal menghuni di hati
ketika ini. Kesal berjumpa dengan pemuda itu.
“Pegang
ni!” arah Tengku Irfan sambil menghulur sehelai baju kepada Irdina.
“Awak
tak nampak ke tangan saya dah penuh dengan barang?” tegur Irdina, menekan.
“Aku
peduli apa,” balas Tengku Irfan, selamba.
Dia
segera masuk ke dalam bilik persalinan pakaian. Senyuman sinis menghiasi bibir.
Niatnya untuk mengenakan Irdina terlaksana sudah. Rasa sakit di hati pada
peristiwa malam itu masih lagi bersisa. Tidak semudah itu dia akan memaafkan
gadis itu.
“Haishh!!!
Sakit hati aku dengan mamat tu,” luah Irdina, geram.
Dicampak
beg kertas yang dipegang sedari tadi. Melepaskan kemarahan kepada Tengku Irfan.
Marah terhadap Irshad turut sama menumpang di hati. Jika bukan disebabkan
Irshad, tidak mungkin dia akan menghadapi situasi sebegini.
Tengku
Irfan mengintai dari dalam bilik. Dia tersenyum kemenangan melihat tingkah laku
Irdina. Terlalu mudah untuk dia mengenakan Irdina.
“Kau
kata aku main macam orang cacat, kan? Sekarang, terimalah nasib kau,” kata
Tengku Irfan, puas hati.
Irdina
mundar-mandir di hadapan butik. Dikerling jam di pergelangan tangan buat
seketika. Masa sudah merangkak ke pukul empat petang. Terlalu lama dia berada
di butik itu. Menanti Tengku Irfan selesai membeli-belah.
Tanpa
berlengah, telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg tangan. Nombor telefon
Encik Razman didail. Dia perlu mengkhabarkan kelewatannya itu. Niatnya sekadar
untuk berjumpa dan meminta maaf. Tetapi, lain pula yang jadi. Bagaimana untuk
menjelaskan perkara yang sebenar kepada Encik Razman?
Sudahlah
tadi dia diberi tugasan yang agak sukar untuk dilaksanakan. Tugas di mana dia
perlu menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqarl sepanjang program team building berlangsung. Kenapa dia
yang dipilih? Tidak ada staf lain lagikah yang boleh dijadikan pembantu lelaki
itu?
“Tengku
Irfan Haiqarl?” ulang Irdina, berkerut.
Seperti
pernah mendengar nama itu. Bukankah nama itu yang dilihatnya di bilik Irfan?
Adakah orang yang sama? Adakah bos Irfan bernama Tengku Irfan Haiqarl?
Dipandang
Tengku Irfan yang sudah menapak keluar dari kedai. Di tangan pemuda itu
beberapa beg kertas. Pasti pemuda itu membeli pakaian lagi, fikir Irdina
sendirian.
“Nah!
Pegang ni!” arah Tengku Irfan.
Irdina
sedikit tersentak. Lamunannya yang pendek berterbangan entah ke mana. Dihalakan
mata ke arah beg kertas yang dihulur oleh Tengku Irfan.
“Saya?”
tanya Irdina kemudian.
“Yalah!
Kau ingat aku nak pegang semua ni ke?” balas Tengku Irfan.
“Ini
sudah lebih. Dia ingat aku ni kuli dia ke?” geram Irdina, berbisik.
“Semua
ni bos aku, Tengku Irfan Haiqarl yang punya. Dia mintak aku tolong ambilkan di
butik,” beritahu Tengku Irfan.
Sengaja
dia berkata begitu. Tidak mahu Irdina mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
Lagipun, pada permulaan perkenalan dia menggelarkan diri sebagai ‘Irfan’ dan
bukannya ‘Tengku Irfan Haiqarl’.
“Bos
awak?” Irdina terjerit kecil. Wajah selamba Tengku Irfan ditatap benci.
“Ya.
Bos aku. Kenapa?” soal Tengku Irfan, tenang.
Irdina
mengeluh berat. Dia meraup kasar wajahnya. Terasa diri dipermain-mainkan.
Tengku Irfan sengaja menyuruh dia ikut ke butik semata-mata untuk dijadikan
kuli membawa barangan milik bos pemuda itu. Rasa nak belasah saja mamat di
hadapannya itu.
Tanpa
membalas, dia segera beredar dari situ. Tidak dihiraukan panggilan Tengku
Irfan. Apa yang pasti, dia perlu meredakan kemarahan di hati.
Tengku
Irfan ketawa melihat tingkah laku Irdina. Senyuman puas terbias di wajah. Puas
hati mengenakan gadis itu. Telefon bimbit dari dalam poket seluar dikeluarkan.
Nombor pengawal peribadi didail.
Pengawal
peribadi yang diupah oleh Tengku Iqbal untuk mengekorinya ke mana sahaja.
Walaupun dia berasa rimas dengan keadaan itu, nak tak nak, terpaksa juga dia
menerimanya. Sebagai memenuhi permintaan Tengku Iqbal.
Setelah
berbual selama beberapa minit, kelibat pengawal peribadinya menyapa mata.
Sengaja dia meminta pengawal itu tidak mengekori terlalu rapat. Tidak mahu
Irdina mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Belum tiba masanya untuk dia
memperkenalkan diri sebagai Tengku Irfan Haiqarl Bin Tengku Iqbal.
“Bawakan
semua barang ni ke kereta,” arah Tengku Irfan.
“Baiklah,
tengku!” balas pengawal peribadi yang bernama Shamin itu.
Tengku
Irfan beredar dari situ. Entah kenapa senyuman terbit dengan tiba-tiba.
Peristiwa sebentar tadi bermain di minda. Rasa seronok mempermainkan Irdina.
Adakah dia berpeluang mempermainkan gadis itu lagi?
“JUMPA kau esok,”
suara Melisa.
Tersentak
Irdina dek kerana suara Melisa. Lamunannya pada peristiwa siang tadi termati
begitu sahaja. Terlalu lama dia mengingati peristiwa itu sehinggakan tidak
sedar siang sudah pun berganti malam.
“Esok
jangan lupa. Kita nak pergi beli barang-barang keperluan untuk team building tu,” kata Melisa,
mengingatkan.
“Barang?”
Irdina berkerut dahi.
“Kita
kan AJK hadiah. So, kena la beli
hadiah untuk program tu.”
“Tapi,
aku….”
“Kenapa?
Pasal arahan Encik Razman tu ke?”
Irdina
mengangguk perlahan.
“Hurm…
Aku pun tak tahu la. Kenapa Encik Razman tu pilih kau?” suara Melisa sambil
berfikir. Berkerut-kerut dahinya cuba untuk memikirkannya.
Irdina
tidak membalas. Otaknya turut sama ligat berfikir.
“Haa…
Jangan-jangan Tengku Iqbal berkenan dengan kau tak? Nak jadikan kau sebagai
isteri dia. Sebab itulah dia mintak kau jadi pembantu peribadi Tengku Irfan.
Yalah, suruh kau berkenalan dengan anak dia,” kata Melisa sekadar menduga.
Bulat
mata Irdina mendengarnya. Tidak masuk dek akalnya yang waras sebarang
kemungkinan Melisa itu.
“Mengarutlah
kau ni Mel. Tak ada benda lain ke yang kau boleh fikir? Benda mengarut dan tak
masuk akal tu juga yang kau fikir,” geram Irdina.
Tergelak
Melisa mendengarnya. Sengaja menduga perasaan Irdina. Selama ini, belum pernah
lagi dia mendengar Irdina menyukai seorang lelaki. Adakah Irdina tidak
mempunyai perasaan terhadap lelaki?
“Along!”
panggil Irdina kemudian.
Irshad
yang sedang melangkah menuju ke pintu rumah menghentikan langkah. Dihalakan
mata ke arah Irdina yang sedang duduk di halaman rumah.
Irdina
bingkas bangun dari duduk. Dia melangkah menghampiri Irshad berserta senyuman
di bibir.
“Along
dah makan?” tanya Irdina, berbasa-basi.
“Dah!”
jawab Irshad, acuh tak acuh.
Irdina
mengangguk. Matanya menatap wajah Irshad yang beriak kelat. Adakah Irshad masih
bersikap dingin dengannya?
“Along
masuk dalam dulu,” pamit Irshad memulakan langkah.
“Along
nantilah dulu,” tahan Irdina seraya memegang lengan Irshad.
Termati
langkah Irshad dek kerana pegangan itu. Dengusan terlepas daripada bibir.
“Sampai
bila along nak marahkan Dina?” soal Irdina ingin tahu.
“Irfan
dah maafkan Dina?” soal Irshad pula.
“Dina
dah pergi mintak maaf kat dia. Tapi, dia main-mainkan Dina. Dia…” Kata-kata
Irdina terhenti tatkala Irshad berlalu dari situ.
Irshad
tidak mengendahkan Irdina. Dia menapak masuk ke dalam rumah. Seharian bekerja,
sungguh memenatkan. Bertambah dengan masalah Irdina, membuatkan otaknya tidak
berfungsi dengan baik.
Bukannya
dia sengaja berbuat begitu. Sekadar untuk menyedarkan adiknya itu. Selama ini,
adiknya suka bersikap acuh tak acuh. Mungkin dengan cara ini, Irdina akan lebih
bersikap bertanggungjawab.
“Kau
janganlah risau, tak lama kemarahan along tu,” suara Melisa dari arah belakang.
Irdina
mengeluh berat. Wajah diraup kasar.
“Aku
balik dulu. Jumpa esok!” pamit Melisa dan beredar dari situ.
Irdina
hanya memandang. Setelah kelibat Melisa menghilang, dia segera masuk ke dalam
rumah. Nafas ditarik dan melepaskannya berat. Bagaimana untuk meminta maaf
daripada Irfan? Lelaki yang telah menyusahkannya ketika ini.
“APA cerita?” tanya
Naufal tidak sabar.
“Cerita?
Cerita apa?” soal Tengku Irfan, berkerut.
“Irdina!”
“Irdina?”
“Dia
ada datang jumpa dengan kau tak siang tadi?”
Tengku
Irfan sekadar mengangguk.
“So, betul tak dugaan aku? Dia datang
jumpa kau nak mintak maaf, kan?”
“Memang
dia datang nak mintak maaf dengan aku. Tapi, dia datang bukan atas kerelaan
hati dia. Terpaksa sebab abang dia.”
“Maksud
kau?”
“Dia
beritahu aku, dah dua hari abang dia dingin dengan dia. Sebab kes malam tu.”
“Hai,
takkan sebab tu kut?”
“Kau
sendiri dengarkan apa yang dia cakap hari tu. Bengang juga aku masa tu.”
Naufal
berfikir sejenak. Seminit kemudian, dia mengangguk. Mengiyakan kata-kata Tengku
Irfan.
“Abang
dia siap mintak bukti lagi. Bukti yang menyatakan aku dah maafkan dia. Kelakar
pulak aku rasa,” cerita Tengku Irfan lalu ketawa kecil.
Naufal
berkerut dahi. Wajah ketawa Tengku Irfan diperhati dalam diam.
“Aku
kenakan dia cukup-cukup tadi. Aku bawa dia pergi mall dan suruh dia pegang barang-barang aku. Last-last aku beritahu
dia yang barang-barang tu semua bos aku yang punya.”
“Maksud
kau?” tanya Naufal kurang faham.
“Aku
cakap yang barang-barang tu bos aku yang punya dan bos aku tu nama dia ialah
Tengku Irfan Haiqarl,” jelas Tengku Irfan, tergelak.
“Kau
biar betul?”
“Dia
ingat aku Irfan, pembantu Tengku Irfan Haiqarl. Dia tak tahu yang Irfan dan
Tengku Irfan Haiqarl adalah orang yang sama.”
Ketawa
kecil Naufal mendengarnya. Begitu sekali Tengku Irfan mempermain-mainkan
Irdina. Tidak menyangka juga yang Tengku Irfan berubah sebegitu sekali.
“Aku
suka tengok kau macam ni, Ir,” ujar Naufal sebaik sahaja ketawa reda.
Tengku
Irfan mematikan ketawa. Wajah Naufal ditatap berserta kerutan di dahi.
“Dah
lama aku tak tengok kau ketawa macam ni,” jelas Naufal lalu tersenyum.
Tengku
Irfan tidak membalas.
“Aku
rindukan Tengku Irfan Haiqarl yang aku kenali dulu. Sebelum peristiwa itu
berlaku dalam hidup kau.”
“Aku…”
Sukar untuk Tengku Irfan membalas. Dia menunduk memandang kaki sendiri.
“Aku
faham, Ir. Walau apa pun, aku bersyukur dengan perubahan kau sekarang ni.”
Tengku
Irfan membisu. Kata-kata Naufal bermain-main di minda.
“Mungkin juga disebabkan Irdina Asyikin,” usik Naufal
sambil tersenyum makna.
Terangkat
wajah Tengku Irfan mendengarnya. Irdina Asyikin? Hatinya mengulangi nama itu.
Kenapa Naufal mengaitkan Irdina dalam perubahannya itu?
“Gadis
tu menarik dan kelakar. Walaupun kurang cantik. Tapi, sedap mata memandang,”
puji Naufal kepada Irdina. Senyuman masih menghiasi bibir.
Tengku
Irfan tidak membalas. Otaknya cuba menerima pujian Naufal terhadap Irdina.
Menarik? Kelakar? Sedap mata memandang? Naufal ni memang dah buta. Minah macam
tu bukannya bagus sangat. Macam sengal adalah. Tengku Irfan bermonolog.
“Kau
pergi team building tu?” tanya Naufal
sekadar ingin tahu.
Tengku
Irfan tersentak. Dia mengangguk sebagai tanda jawapan kepada pertanyaan Naufal.
“Kalau
aku tak ada apa-apa, aku follow. Papa
kau ada beritahu aku pasal ni.”
“Hope kau boleh follow,” kata Tengku Irfan, berharap.
Naufal
sekadar tersenyum. Wajah Tengku Irfan masih menjadi tatapan mata. Jauh di sudut
hati, dia mengucap syukur. Bersyukur akan perubahan Tengku Irfan. Semoga Tengku
Irfan kembali pulih seperti sediakala. Doa Naufal buat Tengku Irfan.
IRDINAmengeluh berat.
Diperhatikan Irshad dari arah ruang dapur. Abangnya itu sedang khusyuk menatap
laptop. Bagaimana untuk memulakan perbualan. Sejak dari pulang, abangnya itu
hanya membisu dan dingin. Pasti Irshad masih menyimpan perasaan marah. Rasa
sesak nafas memikirkan sikap Irshad ketika ini. Perlukah dia memujuk dan merayu
Irshad?
Tanpa
berlengah, langkah dibawa menuju ke ruang tamu. Didekati Irshad dan berdehem
buat seketika. Sekadar menarik perhatian daripada Irshad.
Irshad
menyedari kehadiran Irdina. Matanya tertumpu ke skrin laptop.
“Along!”
panggil Irdina, lembut.
Irshad
mengerling buat seketika. Kemudian, dijatuhkan ke skrin laptop.
“Dina
mintak maaf. Dina janji lepas ni Dina tak buat macam tu lagi,” janji Irdina
sambil mengangkat tangan. Berharap, Irshad dapat menerima kemaafannya itu.
Irshad
yang mendengar mengangkat wajah. Irdina yang sedang mengangkat tangan dipandang
buat seketika.
“Along!”
panggil Irdina lagi.
Dia
segera melabuhkan duduk di sisi Irshad. Lengan abangnya itu dipeluk kejap.
Melepaskan kerinduan selama dua hari ini.
Selama
ini, jarang sekali Irshad bersikap dingin dengannya. Kenapa disebabkan lelaki
bernama Irfan itu telah menyebabkan Irshad jadi begitu?
“Along
maafkan Dina?” tanya Irdina seraya memandang ke wajah Irshad.
Irshad
menghela nafas ringan. Wajah Irdina ditatap kasih.
“Along…”
rengek Irdina, manja.
“Along
maafkan. Lain kali jangan buat lagi,” kata Irshad, serius.
“Dina
janji. Dina janji takkan buat lagi.” Irdina berjanji buat kali yang kedua.
Irshad
yang melihat ketawa kecil. Ditarik tangan Irdina dan tersenyum kepada adiknya
itu. Sungguh, dia amat menyayangi Irdina.
“Pengajaran
buat Dina. Jangan sakitkan hati orang. Ingat lagi tak pesanan ummi pada kita
dulu?”
Irdina
mengangkat muka. Otaknya cuba mengimbas semula kata-kata Hajah Basyirah tidak
lama dahulu.
“Jaga
tutur kata kita. Jangan sesekali sakitkan hati orang. Kita tak tahu hati orang
macam mana. Kalau kita bersalah, kita mintak maaf. Dengan kata-kata maaf, hati
yang keras dapat dilembutkan,” nasihat Hajah Basyirah, lembut.
“Ingat
lagi tak?”
Irdina
sekadar mengangguk. Senyuman diberikan kepada abangnya itu.
“Cuma
satu along nak tanya Dina.”
“Apa
dia?” tanya Irdina, berdebar.
“Dina
ada pergi jumpa dengan ‘dia’?” tanya Irshad, serius.
Tersentak
Irdina mendengarnya. Air liur ditelan terasa kelat. Apa jawapan yang harus
diberikan kepada Irshad?