“YES!
Dina menang!” girang Irdina.
Irshad mendengus
kasar. Sakit hatinya melihat tingkah laku Irdina.
“Selama-lamanya
along akan kalah dengan Dina,” sambung Irdina lalu tersenyum senang.
“Ala… along bagi
chance saja. Kalau ikutkan along yang
menang tau,” balas Irshad tidak mahu mengalah.
Irdina mencebik.
Abangnya itu sukar untuk menerima kekalahan.
“Lagipun, kaki
along sakit. Bolehlah Dina menang. Kalau kaki along…”
“Ni la orang
yang tak boleh nak terima kekalahan,” pintas Irdina, laju.
“Bila masa along
tak boleh nak terima kekalahan?” soal Irshad bernada keras.
Irdina tidak
membalas. Botol mineral dicapai lalu meneguk air dari dalamnya. Tekak yang
terasa kering sudah pun dibasahkan.
“Lepas ni nak ke
mana?” tanya Irshad ingin tahu.
“Nak jumpa Mel,”
jawab Irdina sehabis sahaja air diteguk.
“Buat apa?”
“Window shopping.”
“Along ikut!”
“Tak boleh!”
“Kenapa pulak
tak boleh?”
“Hal perempuan.
Lelaki tak boleh masuk campur.”
“Ala… Bolehlah!
Along bosan la.”
“Along kata tadi
ada kerja. So, buatlah kerja along
tu.”
“Bosan la. Asyik
kerja saja. Sesekali, nak juga enjoy,”
rungut Irshad.
“Amboi..
Sedapnya ayat. Mentang-mentanglah bos, boleh la buat sesuka hati saja. Ingat
sikit along, business along tu baru
nak berkembang,” tegur Irdina sambil menggeleng.
“Eh.. Mana la
tahu, kan? Tiba-tiba along jadi kaya raya. Terbeliak mata Dina nanti.”
“Tak heran pun!”
Selamba Irdina membalas.
Raket dan bulu
tangkis dicapai lalu menyimpannya ke dalam beg. Nafas ditarik dan melepaskannya
ringan. Dikerling jam di pergelangan tangan. Masa sudah menginjak ke pukul
sebelas tiga puluh minit pagi.
“Along nak
ikut!” ujar Irshad.
Tingkah laku
Irdina diperhati penuh minat. Menanti jawapan daripada adiknya itu.
“Please….” rayu Irshad pula.
Dipamerkan riak
sedih kepada Irdina. Mengharap persetujuan daripada Irdina.
“Along ni, kan!”
geram Irdina.
Irshad
tersengih. Taktiknya mengena. Dengan hanya mempamerkan wajah kasihan, Irdina
sudah menyatakan persetujuan. Dia tahu, Irdina seorang yang lembut hati. Sukar
untuk menolak permintaan daripada sesiapa.
“KU…
ku punya cinta. Ku.. ku.. punya rindu,” nyanyi Irshad penuh perasaan.
Irdina dan Melisa
hanya mendengar. Tingkah laku Irshad yang sedang bergelek diperhati penuh
minat. Menggeleng mereka melihatnya.
“Asyik… asyik…
asyik… asyiknya bercinta. Seakan dunia milik berdua satukan rasa,” sambung
Irshad lagi. Tergoyang-goyang pinggulnya itu. Mengikut alunan lagu tersebut.
“Beb, hari ni
along dah makan ubat ke?” tanya Melisa sedikit tinggi.
“Ubat?” tanya
Irdina, berkerut dahi.
“Ubat la.”
“Ubat apa?”
“Ubat penenang.
Kau tengoklah along. Dari tadi dia saja yang menyanyi. Kita ni pun nak menyanyi
juga.” Rungut Melisa di hadapan Irdina.
Irdina masih
lagi berkerut. Kurang faham dengan kata-kata Melisa.
“Kau ni, bengap
sangat kenapa?” Melisa geram.
“Oh.. okey. Aku
dah faham. Maklumlah, hari ni aku belum brain
wash lagi. Itu yang jadi lembab sikit,” sengih Irdina sambil menggaru
kepala.
“Bengap!” kutuk
Melisa, selamba.
“Kau jangan
risau. Sekejap lagi, dia berhenti la.”
“Seratus percent cintaku. Hei.. hei.. hanya
untukmu,” suara Irshad, tiba-tiba.
“Aduh! Seratus percent pulak dah,” keluh Melisa sambil
menggeleng.
Irdina ketawa.
Gelagat Irshad menjadi tatapan mata. Seronok melihat abangnya itu.
“Berkali-kali
aku memandang. Gambarmu yang ku simpan di rumah,” nyanyi Irshad lagi.
Tidak diharaukan
Irdina dan Melisa di situ. Apa yang pasti, kepuasan diri ketika ini.
“Along!” panggil
Irdina sedikit meninggi.
Irshad tidak
mendengar. Dia masih meneruskan nyanyian sumbangnya.
“Along!!!” jerit
Irdina pula.
Terhenti
nyanyian Irshad dek kerana jeritan Irdina. Dia memberi isyarat kepada Irdina.
Sebagai tanda pertanyaan daripada adiknya itu.
“Dahlah! Orang
pun nak nyanyi juga,” kata Irdina, keras.
“Ala… along tak
habis nyanyi lagi. Sekejap la!” balas Irshad.
“Tak ada… tak
ada.. along dah nyanyi dua lagu. Kita orang pun nak nyanyi juga,” tegah Melisa
pula. Microphone di tangan Irshad
dirampas.
“Hisy… kau orang
berdua ni memang dengki betul. Tau la suara along ni mengalahkan suara Anuar
Zain. Bukan main cemburu kau orang ya,” bebel Irshad, serius.
Tergelak Irdina
dan Melisa mendengar bebelan Irshad. Tanpa menghiraukan Irshad, Irdina dan
Melisa memulakan nyanyian. Gembira dan ceria mereka berdua di saat ini.
Seolah-olah tidak mempunyai masalah.
Irshad mendengus
kasar. Dia segera beredar dari situ. Naik menyampah dia melihat gaya gedik
kedua-dua adiknya itu. Ada baiknya dia keluar dari bilik itu menghirup udara
segar buat seketika. Agak lama dia tidak berkaraoke bersama Irdina dan Melisa.
Dia tersenyum buat seketika. Rasa bahagia hidup mereka tanpa sebarang masalah.
“BAGAIMANA
keadaan Tengku Irfan hari ni, Shila?” tanya Tengku Iqbal, ramah.
“Seperti biasa,
tengku,” jawab Shila, sopan.
Tengku Iqbal
mengangguk. Senyuman diberikan kepada pembantu peribadi Tengku Irfan.
“Tengku nak
jumpa dengan Tengku Irfan?”
“Dia tak ke
mana-mana hari ni?”
“Tak tengku.
Seharian Tengku Irfan duduk dalam bilik,” lapor Shila.
“Hurm… kalau
macam tu, saya ke bilik Irfan sekejap,” ujar Tengku Iqbal.
“Baiklah,
tengku,” balas Shila sambil mengangguk.
Tengku Iqbal
masih lagi tersenyum. Tanpa berlengah, dia segera menuju ke bilik Tengku Irfan.
Sekadar untuk melihat keadaan anaknya itu. Adakah Tengku Irfan masih berkeadaan
sama ataupun berubah?
Tengku Iqbal
menguak perlahan daun pintu. Matanya meninjau ke dalam bilik mencari kelibat
Tengku Irfan. Ke mana anaknya itu pergi? Tidak kelihatan. Dia segera masuk ke
dalam bilik. Mencari kelibat Tengku Irfan.
“Ir!” panggil
Tengku Iqbal.
Namun, tiada
balasan daripada Tengku Irfan. Bilik Tengku Irfan diperhati dengan penuh minat.
Kemas dan teratur. Sejak dari dulu lagi anaknya menitik berat akan kekemasan
dan kebersihan. Tidak suka dengan keadaan yang bersepah dan tidak teratur.
Sikap Tengku Irfan hampir sama dengan sikapnya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi.
“Tengku Irfan!”
Tengku Iqbal masih lagi memanggil.
Dia meninjau ke
seluruh bilik. Tengku Irfan tidak juga kelihatan.
“Mana pulak Ir
ni pergi? Bukan ke Shila kata ada dalam bilik?” Tengku Iqbal bersoal sendiri.
Berkerut dahinya memikirkan ke mana Tengku Irfan ketika ini.
“Tidak! Tidak!
Jangan langgar aku! Jangan langgar aku!” luah Tengku Irfan, bergetar.
Tengku Iqbal
terkejut. Diamati suara yang datang dari arah bilik air. Adakah suara itu milik
Tengku Irfan?
“Jangan!
Jangan!” ucap Tengku Irfan lagi.
“Irfan!” panggil
Tengku Iqbal sebaik sahaja pintu bilik air dibuka.
“Pa… papa…”
Terketar-ketar Tengku Irfan memanggil. Rasa takut menguasai diri.
“Irfan, kenapa
ni?” tanya Tengku Iqbal sedikit terkejut.
“Ada orang nak
langgar Ir, papa.”
“Langgar?
Siapa?”
“Ir tak tahu.
Papa tolong bawa Ir pergi dari sini.”
“Mana ada orang
nak langgar Ir? Perasaan Ir saja.”
“Betul papa.
Orang tu nak langgar Ir.”
Tengku Iqbal
menghela nafas berat. Wajah Tengku Irfan ditatap kasih. Jelas riak ketakutan di
wajah itu. Adakah Tengku Irfan masih trauma dengan kemalangan yang lalu?
Kemalangan yang telah meragut ketenangan dan kebahagiaan Tengku Irfan.
“Papa!” Tengku
Irfan memanggil.
“Mari kita
keluar,” suruh Tengku Iqbal, lembut.
“Tapi…”
“Jom!”
Tengku Irfan
mengangguk. Dia bingkas bangun dari duduk sambil dibantu oleh Tengku Iqbal.
Peluh dingin yang membasahi dahi diseka.
“Ir duduk dulu. Papa
nak buat panggilan sekejap,” arah Tengku Iqbal pula.
Tengku Irfan
tidak membalas. Dilabuhkan duduk di sofa sambil melilaukan mata. Seperti ada
yang sedang memerhatikan dirinya. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku nanti.
“Terima kasih,
Saiful,” ucap Tengku Iqbal lalu mematikan talian.
Matanya
memandang Tengku Irfan yang sedang duduk di sofa. Rasa sebak hadir di hati
ketika ini. Sebak mengenangkan keadaan Tengku Irfan.
“Ir…” panggil
Tengku Iqbal kemudian.
Tengku Irfan
menghalakan mata ke wajah Tengku Iqbal.
“Ir nak ikut
papa tak?” tanya Tengku Iqbal.
“Ke mana?” soal
Tengku Irfan pula.
Tengku Iqbal
tidak menjawab. Hanya senyuman yang menghiasi bibirnya itu.
“ARGHHH!!!”
jerit Irdina, lantang.
“Wei mak cik.
Kau ingat kau seorang saja ke yang ada kat sini. Hormat sikit privacy orang lain,” tegur Melisa
bernada serius.
“Teruja! Tahu
tak?” balas Irdina lalu tersengih.
Melisa sekadar
menggeleng. Wajah Irdina diperhati dalam diam.
“Esok petang kau
pergi mana-mana tak?”
“Kenapa?”
“Kau temankan
aku boleh tak?”
“Ke mana?”
“Jumpa mak aku.”
“Mak kau?” ulang
Melisa sedikit terkejut.
“Syhhh.. kau
janganlah cakap kuat sangat. Nanti along dengar,” tegur Irdina, keras.
“Dina, kau kan
tahu….”
“Aku tahu. Along
tak benarkan aku jumpa dengan dia. Tapi, seburuk-buruk dia Mel, dia tetap mak
aku,” jelas Irdina, perlahan.
Melisa tidak
membalas. Wajah Irdina ditatap kasih. Riak sedih terlukis di wajah itu.
“Memang dia
pernah buat salah pada aku dan along. Tapi, dia tetap mak kami berdua,” suara
Irdina berserta keluhan berat.
“Aku faham,
Dina. Kau tersepit di antara mak dan abang. Apa orang kata, diluah mati mak,
ditelan mati bapak.”
“Aku harap suatu
hari nanti, along dapat terima mak aku dalam erti kata yang sebenar,” kata
Irdina penuh harapan. Diluruskan mata ke hadapan. Memandang laut yang
terbentang luas.
“Mudah-mudahan.
Aku pun doakan yang sama juga.”
Irdina hanya
tersenyum. Semoga doanya dimakbulkan Allah. Doa agar Irshad dapat menerima
Datin Iznaini sebagai ibu mereka.
“Perhatian…
perhatian…”
Suara seseorang
mematikan perbualan Irdina dan Melisa. Masing-masing menoleh ke belakang untuk
melihat. Buntang mata mereka berdua melihat Irshad yang sedang memegang microphone. Apa yang Irshad ingin
lakukan ketika ini?
“Sebelum saya
meneruskan nyanyian, saya nak ucapkan tahniah pada adik saya, Irdina Asyikin
Binti Izham kerana dinaikkan pangkat sebagai pembantu pengurus. Dah lama adik
saya kerja di syarikat tu dan akhirnya dia berjaya dinaikkan pangkat,” cerita
Irshad, bersungguh.
Irdina yang
mendengar sudah pun menepuk dahi. Rasa malu turut menumpang di hati.
Berpasang-pasang mata sedang tertumpu ke arahnya.
Tergelak Melisa
mendengarnya.
“Lagu ni saya
tujukan khas buat Irdina,” sambung Irshad lagi.
Sengihan
diberikan kepada Irdina tatkala adiknya itu menunjuk sebiji penumbuk ke
arahnya. Pasti Irdina tidak suka dengan tindakannya itu. Dalam erti kata yang
lain, malu.
“Cayalah,
along!” sorak Melisa, girang.
“Melisa!” tegur
Irdina, keras.
Melisa
tersengih. Wajah kelat Irdina ditatap.
“Senyumlah…
senyumlah… ah ha, cek mek molek,” dendang Irshad berserta gaya gelek ala-ala
Dato’ M. Daud Kilau.
Mereka yang
berada di situ bersorak gembira. Geli hati melihat reaksi Irshad yang sedang
menari dan bergelek.
“Along sempoi!”
jerit Melisa.
“Mak cik!” tegur
Irdina sambil menyiku Melisa.
Melisa
tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. Rasa bersyukur kerana mengenali
kedua-dua beradik itu. Dia dan Irdina bekerja di sebuah syarikat di Shah Alam.
Jawatan yang dipegang adalah kerani. Tetapi, Irdina sudah pun dinaikan pangkat
sebagai penolong pengurus. Dia tumpang gembira atas kenaikan itu.
“Terima kasih!”
ucap Irshad sehabis sahaja menyanyi.
Orang ramai yang
berada di pantai itu bersorak dan bertepuk tangan. Sebagai tanda penghargaan
buat Irshad yang sudi menyanyi buat mereka yang berada di situ.
“Along ni bikin
malu sajalah,” tegur Irdina setibanya Irshad di hadapan.
“Relax la. Along
tumpang gembira atas pencapaian Dina,” jelas Irshad lalu tersenyum.
“Betul kata
along,” sokong Melisa lalu tersengih.
Irdina tersenyum
kelat. Tajam matanya ke wajah Melisa. Kawan baiknya itu boleh diibaratkan
sebagai lalang. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri tatkala ditiup angin kencang.
“Along ke tandas
sekejap,” ujar Irshad lalu beredar dari situ.
“Amboi… sedapnya
mulut kau menyokong abang aku,” tegur Irdina, menekan.
“Ala… aku puji
dia la. Kau tetap dalam ingatan aku,” jelas Melisa, jujur.
Irdina tidak
membalas. Melisa, rakan yang dikenali sewaktu dia mula-mula bekerja di Suria
Holdings. Jawatan yang dipegang hanya sebagai kerani.
Irshad melangkah
menuju ke tandas. Meliar matanya melihat orang ramai yang memenuhi kawasan
pantai. Mungkin disebabkan cuti umum, maka orang seramai itu.
Seorang lelaki
tua bersama dengan seorang pemuda menarik minatnya untuk melihat. Malah, di
sisi mereka seorang lelaki sasa berkaca mata hitam sedang berpeluk tubuh di
situ.
“Siap bodyguard bagai. Mesti orang kaya.”
Irshad sekadar menduga.
Kakinya masih
lagi melangkah menuju ke tandas. Entah kenapa hatinya tertanya-tanya akan
gerangan kedua-dua lelaki itu. Seperti ada yang menarik kepada mereka berdua.
“Orang kaya,
biasalah. Mana-mana pergi, mesti jadi tarikan orang untuk melihat,” sambung
Irshad lagi.
Tanpa berfikir
lagi, dia segera masuk ke dalam tandas. Ada baiknya dia melepaskan hajat
daripada memikirkan tentang orang lain. Tidak sesekali dia mencampuri urusan
orang lain melainkan urusan itu melibatkan Irdina. Hanya Irdina kepentingan
selama ini.