Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
1,789
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 9

CERITA KONTOT 9: BAYANG-BAYANG


Kau orang pernah ada pengalaman seram dengan bayang-bayang? Biar aku ceritakan pengalaman aku yang berlaku sekitar tahun 2007. Aku berumur 10 tahun ketika itu. Suatu malam, baru aje nak masuk tidur, adik aku tiba-tiba panggil aku. 

“Kak, kau tengok tu bayang-bayang di dinding!” 

“Mana?” 

“Tu...” jari telunjuk betul-betul dituju pada dinding di hadapan kami. “Kau tak rasa pelik ke bayang-bayang tu?”

Aku cuba amati bayang-bayang pada dinding. Bentuknya seperti dua orang lelaki yang memakai topi koboi. Dagu mereka runcing, tajam dan memanjang. Sekali imbas, seperti ahli sihir! Dalam masa yang sama, kami terdengar bunyi orang gelak ketawa. 

Kami merapati dinding itu perlahan-lahan. Kami saling berpandangan. Yang pelik tu, macam mana bayang-bayang itu terhasil? Sebab kawasan dinding tu kosong tak ada sebarang barang langsung! Perkara itu berlanjutan selama beberapa hari sebelum ia menghilang begitu sahaja! Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya apa benda sebenarnya tu?


- TAMAT -

27 OGOS 2024


Previous: CK 8
Next: CK 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.