Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
5,896
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 2
CERITA KONTOT 2: CACING TELINGA


Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 2:30 pagi. Tatkala penghuni kolej sedang lena diulit mimpi, Suhaila, pelajar tahun ketiga jurusan Sains Perpustakaan masih setia mengulangkaji subjek Computerized Cataloging sambil mendengar lagu menerusi Spotify. 

“A MARC-based record to identifies data for computer recognition...” Sedang mulutnya terkumat-kamit membaca nota, boleh pula ikut menyanyi lagu yang sedang berkumandang, “Ring Ding Dong Ding...”

Begitulah sampai tamat lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Shinee.

“Ah, fokus!” Suhaila menampar pipi sendiri berulang kali. “Kenapa dengan aku ni? Nak nyanyi ke nak study? Tolonglah...”

Suhaila kembali membaca, “Roles of national library...” Namun, tidak lama itu, lagu UR MAN oleh SS501 pula sedang dimainkan. “I’m your man...”

 Maka, dengarlah dia sampai habis. Begitulah rutinnya sampai tiba hari peperiksaan sebenar. Hampir sejam berlalu, kertas jawapan masih suci murni. Dahinya berkerut hebat. Otaknya sedang berperang antara hafalan dengan lagu-lagu KPOP Gen-2. Sesekali diketuk kepalanya dengan pen.

 ‘Ya Allah, aku dah kena cacing telinga ke? Kenapa pula lagu-lagu ni yang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku? Macam mana ni ya Allah? Aku blank! Tolonglah aku ya Allah. Aku langsung dah tak ingat apa yang aku study!’

 Tidak putus-putus lidahnya beristigfar untuk melawan godaan itu. Akhirnya, dengan terkial-kial mampu juga dia menuliskan jawapan meskipun tidak berapa tepat dan padu.

 Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, Suhaila membebel kepada diri sendiri, “Padan muka aku. Dah tahu nak periksa, pergi dengar lagu macam tu dah kenapa? Musim peperiksaan di Korea Selatan, lagu-lagu macam tu kena banned tahu tak sebab tak nak fokus pelajar terganggu. Ish, aku pun...”

- TAMAT -

27 OGOS 2024

Previous: CK 1
Next: CK 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.