Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
5,896
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 10
CERITA KONTOT 10: HIKMAH

Sejak dari dulu, kawasan rumah Suraya sering menjadi tempat buangan kucing oleh individu tidak bertanggunjawab. Suraya bukanlah pencinta kucing. Tapi, sesekali itu adalah juga diberi kibbles mahupun wetfood. Dia tidak sampai hati melihat kucing-kucing itu merayu simpati meminta makan dan minum. Disebabkan dia ada perasaan takut dicakar dan geli dengan bulu kucing, selalu juga Suraya melarikan diri tatkala kucing-kucing itu datang menghampiri. Dia hanya memerhati dari jauh sahaja.

Suatu hari, ada seekor anak kucing yang baru lahir. Entah macam mana, Suraya jatuh sayang kepadanya. Didukung anak kucing itu seperti bayi baru lahir.

“Comelnya kamu! Kakak tak pernah nampak kucing warna kelabu putih. Dah macam bebola salji pula kakak tengok! Oh, kalau macam tu... kakak panggil kamu Snowball!” 

Tidak sampai seminggu kelahiran anak kucing itu, dia mendapat perkhabaran buruk daripada kekasih hati menerusi panggilan telefon.

“Saya dah tak ada hati kat awak.” Itulah yang Suraya dengar sebaik sahaja menyambut panggilan itu.

“So?” Hati Suraya sudah hancur berkeping-keping. Memang hubungan mereka semenjak berlainan tempat belajar sudah menunjukkan bibit-bibit perbalahan.

“Kita putus! Saya dah jumpa orang lain. Awak dah boleh move on.”

Bagai dipanah petir. Suraya seperti mahu pitam. Air mata selaju air terjun. “Mudahnya awak berkata-kata!”

“Sorry. Awak boleh block nombor saya. I don’t mind!”

Suraya menamatkan panggilan. Dia menjatuhkan tubuh. 

“Meow... meow...” Snowball yang sudah bertatih jalan merapati tuannya.

“Snow...” Suraya mendakap sayu anak kucingnya. Anehnya, kesedihan itu seakan pergi perlahan-lahan. Ditenung Snowball dengan penuh kasih sayang. “Snow... Allah hadirkan kamu tepat pada waktunya. Kakak kehilangan lelaki tak guna tu tapi, kakak ada kamu. Maksudnya, sesuatu yang jadi bukan kebetulan. Tapi, ada hikmahnya. Mungkin kamu hadir untuk mengubati luka kakak.”

Semenjak itu, Suraya sudah tidak geli untuk membelai kucing. Bahkan, jika ada kucing kurap mendatangi rumah, dia sukarela membawanya ke klinik haiwan.

- TAMAT -

27 OGOS 2024


Previous: CK 9
Next: Iklan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.