Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
5,895
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 7

CERITA KONTOT 7: KOPI PERCUMA


Gadis lepasan SPM itu membaca hantaran Facebook Iskandar dengan mimik muka menyampah, “Sesiapa sahaja yang tengah broken, boleh datang ke Warung Citarasa Klasik. Abang Is nak belanja kopi sedap.” 

Iskandar tertawa lucu. Dia mengelap cawan yang baru selesai dibasuh. “Abang Is ingat tak trending. Sekali pergh, like aje dah nak 10k!” 

Berasap kepala Laila mendengar jawapan acuh tidak acuh abangnya yang berusia 35 tahun itu. “Seriously, abang Is?” 

Iskandar buat muka bodoh. “What?” 

“Cuba fikir ya... kalau dalam sehari 10 orang yang kononnya broken datang ke kafe kita... berapa banyak kerugian kita?” Laila pantas mencapai kalkulator dari kaunter.

“Alah, sedekah sekali-sekala apa salah...”

Laila memotong cakap abangnya sambil menekan kuat kalkulator. “Bayangkan 100 orang dalam sebulan makan free... silap-silap margin keuntungan kita negatif! Tak terfikir ke yang kita boleh gulung tikar?” 

“Dik...”

“Stop!” Laila menunjukkan telapak tangan. “Macam mana kalau ada yang berlakon broken? Abang tu nak jadi pemurah pun, agak-agaklah!”

“Abang tak terfikir...” Iskandar menggaru kepala. Tidak semena-mena, bola mata tertumpu ke permandangan luar. “Apa ramai-ramai tu? Terjenguk-jenguk?”

“Alamak, ni mesti acah-acah broken nak claim kopi free!” Laila menggelabah. Papan tanda ‘OPEN’ ditukar kepada ‘CLOSED’ dan sepantas kilat dia mengunci pintu.

“Eh, dik... kenapa adik kunci pintu tu? Kitakan dah mula operasi.”

“Are you out of your mind? Ramai tu. Lebih 5 orang.”

“Dah... abang arahkan adik buka pintu tu.”

“Tak nak!” bentak Laila, menghalang abangnya daripada membuka pintu.

“Helo? Boleh dengar tak ni?” Seorang perempuan dalam umur 40-an dengan gaya seperti datin-datin, mengetuk pintu kaca. Digegar-gegar pintu. “Belum buka kedai ke ni? Kami sebenarnya nak join charity kopi percuma tu. Daripada kami buang duit untuk benda lagha, baik kami join Warung Citarasa Klasik buat benda baik.”

“See... tak baik tau buruk sangka!”

“Ish... hmmph!” Laila memalingkan wajah sambil memeluk tubuh. Wajahnya masih cemburut masam.

“Bukalah cepat. Runtuh nanti pintu tu. Tak pasal-pasal kena keluar belanja. Makin negatif untung kita. Belum hujung bulan, terpaksa makan maggi hari-hari. Botak kepala,” usik Iskandar.

“Tak payahlah perli!” 

Seharian itu jugalah, Laila terpaksa memekakkan telinga dengan usikan abangnya.


- TAMAT -

26 OGOS 2024


Previous: CK 6
Next: CK 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.