Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
3,728
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 4
CERITA KONTOT 4: PERTUNJUKAN FESYEN UNIK


Tiap tahun, Kampung Kelinci pasti akan mengadakan pertunjukan fesyen unik. Hilmi, AJK pendaftaran sedang menyemak kehadiran peserta. 

“Amboi, kak Melah! Letup kebabom fesyen malam ni. Apa temanya ni? Siap pakai selendang corak kuih-muih tradisional. Tu dia... ada donut, karipap, kuih koci! Pergh, banyak sangat sampai saya tak boleh nak teka! Lapar pun ada juga ni.”

Kak Melah tertawa. “Tulah. Kak Melah memang saja pakai tema kuih-muih tradisional. Orang muda zaman sekarang dah tak kenal kuih-muih kita.”

“Erk, terasa pula saya!”  Hilmi beralih kepada peserta bernama Juliana. “Wow, tema alam sekitar ke ni? Siap ada daun. Siap ada ranting kayu!”

Juliana membelek-belek hiasan kepala daripada ranting kayu. “Betul! Saya membawakan mesej, selamatkanlah bumi kita! Apa kita nak wariskan kepada generasi akan datang kalau sana-sini pencemaran?”

Mereka bertepuk tangan. 

Tibalah pada peserta terakhir. Hilmi memandang atas bawah. Peserta itu berpakaian menyerupai hantu. “Cik adik siapa nama? Tema cik adik ni buat bulu roma saya naik.”

“Hmmm...” jawab cik adik itu dengan suara garau. Wajahnya pucat. Bola mata memerah. Perlakuannya seperti mahu menerkam Hilmi.

“Dipersilakan peserta ke-20,” panggil pengacara atas pentas.

Dalam masa yang sama, peserta terakhir dengan tema futuristik sudah di atas pentas.

Hilmi tergaru kepala. “Kalau itu peserta terakhir. Siapa pula kat belakang aku ni?”

Betul-betul di sebelah telinga, dia mendengar suara perempuan menghilai. Peluh sudah menitik turun. Bola matanya sahaja tergerak-gerak.

“Mi...” rakannya datang menegur dengan riak takut. Jari telunjuk sudah tegak. “Si... si... siapa tu?”

Hilmi diam. Dia membuka langkah seribu. Malam itu, Kampung Kelinci gempar dengan kemunculan PONTIANAK!

- TAMAT -

1 SEPTEMBER 2024

Previous: CK 3
Next: CK 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.