Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
221,010
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 22

SUASANA di KLIA begitu bising dengan bunyi pengumuman ketibaan dan perlepasan kapal terbang.

“ betulkah tindakkan kau ni, Irene?” Tanya Megat Tajuddin.

“ Irene dah tak boleh terima Rayyan dalam hidup Irene lagi,” kata Irene dengan tenang.

“ Kau tak nak dengar penjelasan daripadanya dahulu?” Tanya Sharifah Suhana.

“ Buat apa mummy? Supaya Irene terus dibohonginya?” Kata Irene dengan lemah.

Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin hanya mampu mengeluh lemah. Sebenarnya mereka berdua begitu kecewa dengan tindakan yang telah di ambil oleh Irene. Namun untuk menghalang mereka tiada kuasa. Irene bukannya seorang anak yang mahu mendengar kata.

“ Mana tahu Rayyan diperangkap. Sepatutnya kau dengar dulu penerangannya. Ini tidak cepat sangat ambil keputusan ke Jepun,” nasihat Megat Tajuddin.

“ Betul tu. Lagipun persiapan perkahwinan Irene semuanya dah ready,” sokong Sharifah Suhana.

“ Irene tak boleh tengok muka dia lagi! Irene benci! Terlalu benci!” Kata Irene.

Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin hanya mampu mengeluh apabila mendengarkan bicara Irene itu. Nampaknya mereka terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Irene walaupun Rayyan itu adalah calon menantu pilihan mereka. Lamunan mereka terhenti apabila mendengar pengumuman yang dibuat untuk menjemput penumpang masuk ke balai berlepas.

“ Irene pergi dulu,” kata Irene sambil bangun menjinjing tas tangannya.

Sharifah Suhana dan Megat Tajuddin juga turut berdiri. Kemudian Irene menyalami kedua-dua ibu bapanya sebelum dia masuk ke dalam balai berlepas.

“ Harap-harap hati anak kita dapat dirawat di sana,” kata Sharifah Suhana ketika melambaikan tangan kepada Irene.

“ Dan dia berjumpa dengan teman lelaki yang seribu kali lebih baik daripada Rayyan,” tambah Megat Tajuddin pula.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.