Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
221,006
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 11

” RAYYAN tak setuju,” bantah Rayyan kepada ibunya. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di ruang tamu. Hannah sudah berada di bilik pembantu rumah yang berada di tingkat bawah.

” Ibu tak perlukan persetujuan Rayyan.”

Puan Hajjah Salamah sudah nekad dengan keputusannya. Lagi pun siapa lagi yang akan membantu golongan wanita kalau tidak golongan wanita itu sendiri.

” Dia tu pencuri. Bekas pelacur! Macamana ibu boleh benarkan dia tinggal di sini pula? Tak pasal-pasal semua harta kita di curinya. Ibu..janganlah ambil risiko ini,” nasihat Rayyan kepada ibunya.

Puan Hajjah Salamah mengeluh lemah. Dia berpeluk tubuh sambil memandang tepat kepada Rayyan yang keresahan.

” Kau belum kenal dengan dia dan kau tak boleh tuduh dia begitu. Ibu tak sampai hati nak membiarkan dia hidup sendirian di luar sana. Ibu takut kalau-kalau dia dijumpai oleh sindeket pelacuran dan di paksa menjadi pelacur. Kasihan dia,” kata Puan Hajjah Salamah.

” Hah..ibu ni sikit-sikit nak kasihankan orang. Dia tu orang jahat. Budak tak baik. Latar belakang keluarga dia pun tak baik. Tak payahlah kita nak bantu orang macam tu. Silap-silap haribulan kita pula yang menjadi mangsanya.”

” Entahlah Rayyan, ibu dapat rasakan yang Hannah itu seorang perempuan yang baik.”

” Ibu...”

Rayyan cukup tertekan dengan sikap baik hati ibunya yang tidak kena tempat itu. Apatah lagi nasihatnya tidak pernah diendahkan oleh Puan Hajjah Salamah. Dia bimbang kalau-kalau Hannah mengambil kesempatan atas kebaikan ibunya itu.

” Sudahlah Rayyan, ibu nak ke balai polis. Nak bawa Hannah buat laporan polis.”

Rayyan mendenggus kasar. Nyata keputusan ibunya sudah nekad membuatkan Rayyan semakin dihimpit kebimbangan.

Previous: bab 10
Next: bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.