15
“TAK
pernah saya tengok Atirah sedih macam ni sekali,”
Atirah senyap. Sejak berada di
dalam salah sebuah bilik di dalam hotel Grand
da Vista,dia mengunci mulutnya. Teringat sebelum meninggalkan rumah Hajah
Fatimah, Badli dan Dina sempat bertelagah lagi walaupun ditegah Hajah Fatimah
berulang-kali.
“Saya tahu apa yang berlaku pada
Atirah memang susah, tapi Atirah kena kuatkan semangat Atirah seperti selalu.
Walau apa yang terjadi, saya dan umi sentiasa ada menyokong Atirah,”
“Terima kasih, Bad!”
Badli hanya mengangguk. Dia
melihat jam di pergelangan tangannya. Hampir pukul dua belas tengah hari.
Sebelum dia meninggalkan Atirah di bilik itu, bersendirian, dia mahu memastikan
gadis itu selamat dan selesa. Sekurang-kurangnya sehingga dia kembali semula ke
situ. Badli memesan makanan tengah hari, kemudian dia menelefon Hakim untuk
bertanya khabar tentang urusan di pejabat.
“Tuan Rosli cari kau, Bad! Mana
aku tahu kau kat mana....Balik cepat, Bad!”
“Aku masuk lepas lunch, Kim!”
“Okay!”
“Atirah okaykan,
kalau saya tinggalkan Atirah kat sini?”
“Tak apa…awak dah banyak bantu
saya,”
“Bakal isteri saya, bukan orang
lain,”
“Bad!”
“Atirah, dah sampai masa untuk
Atirah pertimbangkan semula hasrat hati saya ni. Izinkanlah saya menjaga dan
menyayangi Atirah sepanjang usia saya dalam ikatan perkahwinan,”
“Apa yang berlaku pada saya sejak
akhir-akhir ni belum dapat saya lupakan lagi…Inikan pula nak berfikir soal
berkahwin,”
“Takkan Atirah nak biarkan diri
dibayangi cerita silam untuk selama-lamanya? Tak sudi nak bina masa depan baru
yang lebih cerah?”
*
* * * * * * *
“JANGAN
dekat!”
Atirah menjerit lalu terjaga dari
mimpi. Peluh mengalir turun dari celahan rambutnya.Masih terkejut dengan mimpi
yang disangkakan realiti itu, degup jantungnya terasa kencang. Mengapa mimpi
diperkosa itu menjadi mainan tidurnya hampir setiap malam?
Atirah
bangun lalu dinyalakan lampu bilik itu. Dia membasuh muka sebelum duduk di
birai katil. Hendak melelapkan mata, bimbang mimpi itu berulang lagi. Rasanya
tidak sanggup lagi dia hendak menanggung beban semalam. Berkali-kali dia cuba melupakan
peristiwa hitam itu, tapi ternyata dia gagal. Semakin hari, hidup yang dijalani
terasa semakin sulit.
Semenjak
kembalinya arwah emak dan ayahnya ke rahmatullah, dia dan adik-adik sering
menjadi mangsa cercaan. Apa sahaja yang hilang di kampung itu, pasti mereka
akan menunding jari pada mereka adik-beradik. Semasa bekerja di Kedai Runcit Ah
Sang juga dia kerap dituduh sengaja menghilangkan barang tetapi lelaki cina
40-an itu sering mempertahankannya sehinggalah lelaki cina itu bosan dengan
dirinya yang sering dikaitkan dengan pelbagai masalah, dia dipecat.
Ke
mana sahaja, kakinya melangkah, badi malang
seolah-olah tidak mahu berenggang dengannya sehingga penampilannya di mana
sahaja tidak menyenangkan ramai orang.
“Hodoh sangat ke aku ni?”
Atirah melihat wajahnya di cermin.
Dia memaksa diri untuk senyum. Ada
sepasang lesung pipit di pipinya, hidungnya mancung terletak. Kulitnya putih
gebu, rambutnya hitam lebat, lalu kenapa dia selalu disisihkan? Setiap kali
bertemu dengan sesiapa, pasti mereka akan menelitinya dari atas hingga ke bawah
tetapi pasti ada celaan pada akhirnya.
“Agaknya dah sampai masa aku
berubah. Kalau orang sentiasa mengambil kesempatan ke atas aku, kenapa aku tak
boleh? Aku nak tunggu sampai orang terima aku? Bila?”
Soalan paling akhir itu tidak
dapat dijawab. Selain Hajah Fatimah dan Badli, tiada sesiapa yang menunjukkan
tanda-tanda menerimanya, malah selalu pula memperlekehkan dirinya. Bahkan
adik-adik sendiri sudah menolaknya.
Hajah
Fatimah? Biar Allah sahaja membalas segala kebaikan yang dicurahkan untuknya.
Disayangi dan dilindungi oleh Hajah Fatimah memang mengasyikkan tetapi sampai
bila?
Badli?
Anak sulung Hajah Fatimah memang kacak orangnya tetapi hingga kini dia masih
tidak dapat menyelami apa yang tersirat dan tersurat di sebalik ketampanan
lelaki itu. Sesungguhnya, dia rimas setiap kali berdepan dengan lelaki itu.
Terkini, lelaki itu berniat mahu memperisterikannya tetapi dia menolak.
Agaknya,
sudah tiba masa buatnya menerima kehadiran Badli supaya dia dapat lari dari
semua beban yang menimpanya. Benar kata Badli, kenapa dia harus membenarkan
peristiwa hitam membayangi hari-hari esoknya. Bukankah dia kuat menghadapi apa
ditentukan untuknya. Pasti perkahwinan bersama Badli juga mudah dihadapi nanti.
Apa yang pasti, jika dia bersedia menjadi isteri Badli, bermakna dia sudah
bersedia untuk berubah.
Selamat tinggal, Atirah yang
miskin lagi hina!
*
* * * * * * *
BADLI
segera masuk apabila daun pintu bilik itu dibuka. Dia menyerahkan empat beg
kertas berjenama Voir, Diesel dan Triumph kepada Atirah.
“Minta maaflah kalau Atirah tak
berkenan dengan apa yang saya pilih tu. Jangan kecil hati juga dengan apa yang
saya terpaksa beli!”
Atirah tidak menjawab sebaliknya
dia berkerut kening dengan penjelasan Badli. Dengan cepat dia membelek isi beg
kertas yang sudah berada di tangannya dan akhirnya, dia memahami apa yang
dimaksudkan oleh Badli apabila tangannya membelek beg kertas Triumph. Ada baju dan seluar dalam!Oh, tidak!
Kepalanya tidak berani lagi diangkat sedangkan mukanya kemerahan menahan malu.
Badli ketawa melihat reaksinya yang tiba-tiba menjadi patung itu.
“Saya nyaris-nyaris lupa pasal tu
tapi bila tertengok kat patung, baru saya perasan, orang perempuan dan orang
lelaki ni lain. Saya harap padanlah, ya!”
Usik Badli lagi. Atirah tidak
menjawab sebaliknya dia menghempas beg kertas itu ke arah lengan Badli. Ketawa
lelaki itu semakin kuat ledaknya.
“Pakailah, saya nak ajak awak
makan tengah hari pulak ni,”
“Macam mana nak pakai, awak ada
kat sini?”
“Eh, apa masalahnya? Bilik air kan ada!”
“Memanglah masalah, kalau awak tu
perempuan tak apalah, bukan awak tu lelaki ke?”
“Memanglah saya lelaki!”
“Habis tu? Tunggulah di luar!”
“Garangnya!”
“Mestilah!”
Katanya, sambil menolak Badli
keluar dari bilik itu. Selepas menutup daun pintu itu, dia menepuk dahinya.
Malu benar dengan apa yang terpaksa dilaluinya hari itu.
*
* * * * * * *
HAJAH
Fatimah mengetuk pintu bilik anak sulungnya malam itu. Jarang benar dia masuk
ke kamar anak bujang itu sejak anak itu mulai dewasa. Badli bukan anak yang
suka berkongsi kisah peribadi dengannya. Dia menolak daun pintu apabila tuan
kamar itu mengizinkannya masuk.
“Bad belum tidur?”
“Rasanya lima tahun sekali Bad tidur pukul lapan,
umi!”
Jawab Badli, bersama senyuman
dihujungnya. Simpati pada uminya kian menebal sejak akhir-akhir ini. Mungkin
sebab itu umi mencurahkan sepenuh kasih sayangnya pada Atirah apabila anak
kandung sendiri tidak tahu menghargai.
“Di mana Bad tinggalkan Atirah?”
“Bad sewakan hotel untuk Tirah,
umi,”
“Oh…tapi umi tak galakkan Bad
jumpa Tirah selalu kat sana.
Tak manis kan?”
“Bad tahu tapi Bad pun bingung,
umi…kalau Tirah ada saudara mara lain, boleh juga kita minta mereka temankan
Tirah…Ini adik-adik pun lari dari dia. Sampai bila nak tinggalkan dia kat situ?
Kalau dah kahwin senang sangat…Umi pujuklah Tirah,”
“Umi pun tak boleh kerap
tinggalkan rumah. Nanti apa pulak kata ayah. Butik lagi tak ada orang nak
jaga...”
“Bukan umi tak mahu…Umi bersyukur sangat sebab
Bad berhajat nak beristerikan Tirah, tapi umi tak sampai hati nak buat macam
tu, Bad…Seolah-olah kita paksa dia untuk kepentingan diri kita,”
“Habis tu macam mana, umi? Bad ada
empat hari lagi sebelum berangkat ke Johor. Kalau Bad dah sampai sana, Atirah macam mana,
umi? Umi sendiri perlukan izin ayah untuk keluar, tambah pulak keadaan kita
sekarang macam ni,”
“Tak tahulah Bad…Umi memang
bimbangkan keadaan Atirah yang keseorangan…Cuma kadang-kadang umi
tertanya-tanya sendiri, Bad ni nak kahwin dengan Atirah, sebab Bad betul-betul
sukakan Tirah atau sebab Bad kasihankan Tirah?”
“Dalam keadaan macam ni pun, umi
masih berprasangka dengan Bad!”
“Tak kira macam mana keadaan pun,
erti perkahwinan tak berubah, Bad! Umi tak mahu berkahwin menjadikan keadaan
hidup Atirah bertambah buruk lagi…Bad faham, kan?”
“Umi, Bad dah tiga puluh tahun
umi…takkan Bad tak boleh nak menguruskan rumah tangga, Bad?”
“Tiga puluh tahun tak menjadikan
seseorang tu dewasa, Bad! Mengenai Bad boleh uruskan atau tak boleh uruskan,
umi tak boleh nak menjawab...Semuanya di tangan Bad,”
*
* * * * * * *
“HAH,
kan cantik!”
Puji Badli ketika dia baru menapak
keluar dari bilik penginapannya itu. Atirah tidak menjawab sebaliknya dia hanya
mencebik. Tidak semena-mena Badli mencuit hidungnya.
“Umi kirim salam pada Atirah…Umi
pesan supaya Tirah jaga diri baik-baik,”
“Waalaikumussalam, umi sihat?”
“Umi sihat… Ada jugak umi menyebut nak datang tengok
Tirah tapi tak ada orang nak jaga butik,”
“Kasihan umi…Sepatutnya saya yang
perlu jaga butik tu,”
Kata-katanya mati di situ.
Teringat tekadnya yang lalu, tiada lagi belas kasihan buat insan lain. Nafas
dihela perlahan. Perlu atau tidak meneruskan perubahan?
“Tirah jangan risau, umi faham apa
yang Atirah lalui…umi pun dah iklankan nak cari pembantu baru,”
“Habis, macam mana saya nak cari
duit?”
Tanyanya ketika mereka tiba di
restoran hotel. Pertama kali keluar dari bilik penginapan, dan makan pula di
restoran hotel membuatkan dirinya kembali kekok. Atirah menarik baju Badli yang
kemudian menoleh dengan pertanyaan pada kerutan di dahinya.
“Saya tak biasa,”
“Tak biasa? Biasakan ya mulai
sekarang…untuk pertama kali, I help you
for free,”
Atirah hanya mengikut dengan
debaran di dada. Sesekali dia menjeling juga kiri dan kanannya, takut jika ada
yang mentertawakannya. Dek kerana rasa takut itu, akhirnya dia memulas lengan
baju Badli.
“Tirah ni, kalau tak cubit baju
saya, dia cubit lengan baju saya,”
“Tak biasalah, takut!”
“Eh, kena belajar membiasakan
diri… Banyak lagi yang Atirah kena belajar...lepas ni kita nak kahwin, kan?”
“Bad!”
“Kenapa? Atirah masih belum sudi
nak jadi isteri saya?”
“Saya...mmm...okay Bad! Kita kahwin,”
Badli berhenti menyuakan makanan
ke mulutnya. Sesungguhnya dia tidak menyangka Atirah akan berubah hati. Pada
jangkaannya Atirah akan menolak seperti selalu.
“Serius?”
“Hmm,”
“Wow...good news for me. I don’t have an appetite anymore,”
*
* * * * * * *
IF the answer is no, it
means NO!”
“I don’t care, ayah because I don’t have any respect for you anymore,”
“Don’t be so rude, Badli!”
“I am, ayah!
Bad dah puas mengikut arahan ayah tapi ayah tak pernah menghargai apa yang Bad
buat untuk ayah. Sampai urusan kahwin pun ayah nak tentukan jugak,”
“Apa yang kau dah buat untuk ayah?
Kau ingat kerja kau selama beberapa tahun di syarikat tu, percuma? How much I paid your monthly, Bad? How
much?”
“Of course I am paying but you must forget about forcing me to be your
servant…I am about to leave that time…to be a marine engineer, but you ayah…you
teased me to help you running this like-hell company. It almost bankrupt six
years ago… I’m hardly fixed it but just now you said that I didn’t do
anything…Oh, I can’t believe this!”
Beritahu Badli, mengungkit kisah
silam. Mungkin ayah sudah tua tetapi dia pasti ayah masih akan saat-saat susah
enam tahun dahulu. Hanya itu sahaja senjata yang tinggal untuknya mendapat
kebenaran ayah tanpa paksaan.
Sebenarnya
dia tidak ingin sama sekali untuk berkeras dengan ayah tetapi beginilah
akhirnya setiap kali bersua muka sejak akhir-akhir ini. Hati mana yang tidak
sakit, jiwa siapa yang tidak merana dek tegasnya ayah yang tidak bertempat ini.
“Dengar sini, Bad! Kau tak perlu
nak meraih simpati dengan cerita lama. Kalau kau degil sangat nak berbinikan
perempuan tu, okay, go on but you must
quit!”
“At least! At last! Quitpun tak apa, ayah…Ada banyak punca rezeki lain selain apa yang
Bad dapat dari syarikat ayah ni,”
Katanya, dalam nada yang kian
kendur. Sekurang-kurangnya dia dapat juga memujuk ayah biarpun dia terpaksa
menggantikan hajat di hati dengan meletakkan jawatan yang tidak pernah disukai.
“One more thing, Bad…Jangan cuba-cuba balik rumah lagi lepas ni
sebab pintu rumah tertutup buat kau. Ayah juga tak akan benarkan umi menghadiri
majlis kau nanti!”
“Oh, sepatutnya Bad ikut jejak
Azlan dari dulu lagi…Kenapa Bad bodoh sangat ikut cakap ayah?”
“So, you can pack your stuff starting from now on,”