9
“UMI!”
Jerit Badli setelah melangkah
masuk ke dalam butik uminya, Hajah Fatimah. Hampir tiga bulan tidak menjengah
ke butik itu, banyak perubahan yang dapat dilihatnya walaupun dia tidak
memerhati dengan teliti perubahan tersebut. Ah, pedulikan!
“Umi!”
Sedang dia melangkah terus ke
hadapan, ada seorang gadis muda dilihatnya baru keluar dari stor belakang.
Sebuah senyuman dihulur untuknya, namun, sekejap cuma dan senyuman itu mati
perlahan-lahan.
“Boleh saya tolong, encik?”
“Boleh juga. Umi mana?”
“Umi?”
Badli mengangguk lagi. Gadis itu
diperhatikannya dari atas ke bawah, dan Atirah pula, apabila terasa dirinya
diperhatikan, dia terus bergerak ke meja kaunter. Melindungkan dirinya di
sebalik meja itu. Selama dia bekerja di situ, belum pernah lagi dia bertemu
dengan lelaki itu, dan pada amatannya, lelaki itu anak Hajah Fatimah yang
paling tua.
“Umi mana?”
Atirah tersentak apabila lelaki
itu memetik jari di hadapannya. Hilang terus satu kesimpulan yang dibuatnya
sebentar tadi sebaliknya perasaan malu pula yang bertandang hingga wajahnya
terasa panas berbahang.
“Oh, minta maaf encik, umi keluar
sekejap. Kejap lagi umi balik semula. Kalau encik nak jumpa umi, encik duduk
dulu, ya?”
Dalam kepayahan akibat menahan
rasa malu, Atirah menjawab juga. Selepas menunjukkan lelaki itu dengan sofa
yang terletak tidak jauh dari kauter itu, Atirah segera beredar semula ke stor.
Kebetulan tidak ada pelanggan yang masuk ke dalam butik itu dan kerana rasa
malu yang masih belum beransur pulih akibat memandang lelaki itu terlalu lama,
lebih baik kiranya dia menghilangkan diri buat seketika. Lelaki itu pasti
sahaja tidak mahu diganggu.
Kerja
melekatkan tanda harga pada baju-baju baru diteruskan mengikut penerangan umi
pagi tadi. Kerjanya lebih mudah ketika ini kerana pagi tadi dia telah
mengasingkan baju-baju baru itu mengikut fesyen dan jenis kain. Apa agaknya
kata lelaki itu kepadanya? Sudah dua kali dia terbabas ketika memerhati wajah
lelaki. Kali pertama dahulu ketika bertemu wajah dengan Azlan, anak kedua Hajah
Fatimah. Kali ini, dia terbabas lagi ketika memerhati wajah anak sulung Hajah
Fatimah dan kedua-dua peristiwa itu disedari dua jejaka itu. Pandangannya
terlekat pada wajah kedua anak lelaki Hajah Fatimah itu bukan kerana tertarik
pada dua raut wajah tampan itu tetapi kerana pertama kali bertemu dan dia
mencari persamaan antara dua wajah itu dengan wajah umi mereka dan padahnya?
Ya, dia tertangkap dalam dua-dua peristiwa itu! Di mana dia hendak meletak
mukanya? Di celahan susunan baju-baju itu? Di sebalik pasu bunga? Di sebalik
pintu?
“Sampai hati awak tinggal saya
seorang diri kat depan tu,”
Saat terdengar satu suara
menegurnya, spontan, penanda yang berada di tangannya tercampak ke atas.
Jantungnya yang berdegup laju akibat sapaan yang tidak disangka-sangka itu
melemahkan semangatnya buat seketika. Pada masa yang sama, Atirah terdengar
satu suara mentertawakannya. Ingin juga dia menghamburkan rasa marah kerana
lelaki itu mentertawakannya tetapi disabarkan juga hatinya.
“Ada lagi yang saya boleh tolong ke encik?”
Soalan itu disusun sebaik mungkin
walau perasaan marah masih belum reda. Perlahan-lahan Atirah bangun dan
mengambil semula penanda yang tercampak di atas susunan baju baru itu.
“Ada jugak.Apa kata
kalau awak buatkan secawan kopi ke untuk saya-”
Atirah tersenyum cuma, menutup
rasa marah yang semakin menindihnya ketika itu. Jauh benar perbezaan antara
anak sulung Hajah Fatimah dengan Azlan. Tanpa memberi sebarang jawapan, Atirah
berlalu untuk memenuhi kehendak lelaki itu.
“Kopinya encik,”
“Terima kasih, duduklah dulu, kita
sembang-sembang,”
Sambut Badli sambil menepuk sofa
di sebelah kirinya. Dia tahu gadis itu pekerja baru uminya. Tidak ada niat
untuk berkawan tetapi jika ada peluang untuk berhibur, rasanya tidak salah jika
dia mencuba. Jika hendak dibanding gadis itu dengan wanita-wanita yang pernah
didampingnya, perbezaan gaya
mereka jauh bagai langit dengan bumi. Tiada apa yang boleh dibangga dengan
gadis kampung itu, namun senyuman yang manis itu cukup untuk menyentak
perasaannya.
“Tak apalah encik, terima kasih...saya
ada kerja lagi nak dibuat dekat stor tu,”
Tolaknya, lembut walaupun mulutnya
ringan hendak membalas ayat yang lebih menusuk kalbu.
“La...”
“Bad, dah lama ke Bad sampai?”
“Umi!”
Badli bangun setelah meletakkan
cawan kopi ke atas meja yang terletak disebelahnya. Pipi uminya dicium penuh
rasa hormat. Atirah yang berasa lega dengan kehadiran Hajah Fatimah ketika itu
segera beredar ke stor.
“Atirah nak ke mana tu? Ke sini
dulu Tirah, umi nak kenalkan Tirah dengan anak sulung umi ni,”
Perlahan dia mendekati Hajah
Fatimah. Wajah anak lelaki Hajah Fatimah yang dipanggil Badli itu tidak pula
dipandangnya.
“Badli, umi kenalkan Badli dengan Tirah.Tirah, ini
Badli, anak sulung umi,”
Atirah sekadar melorekkan sedikit senyuman yang sengaja dipaksanya demi
menjaga
hati umi. Jika tidak kerana umi
yang memanggilnya, tidak mungkin dia mahu beramah mesra dengan Badli.
“Hai Tirah!”
Atirah sekadar mengangguk. Menjawab sapaan itu dengan sebuah lagi
senyuman.
“Umi, Tirah ke belakang dulu, ya?”
“Umi?”
Tanya Badli kepada Hajah Fatimah.
Panggilan yang biasa didengar dalam lingkungan keluarganya, mula didengar
keluar dari mulut pembantu butik uminya. Teringin juga dia hendak tahu tentang
sejauh mana eratnya hubungan dua orang wanita yang berada di dalam butik itu.
Lama tidak menjengah ke butik itu, banyak juga maklumat yang dia telah
ketinggalan.
“Umi yang suruh dia panggil umi
macam tu. Umi sayang dia lah, Bad...sayang macam anak-anak umi sendiri,”
“Dina tahu ke umi? Umi bukan tak
kenal dengan anak umi yang manja tu,”
Hajah Fatimah sekadar tersenyum.
Bahu anak itu digosok dengan lembut beberapa kali. Maksud yang hendak
disampaikan oleh anaknya itu amat jelas, namun sebagai seorang ibu, bukan semua
perkara perlu melalui tapisan anak-anaknya, lebih-lebih lagi Dina.
“Dia cuma tahu Tirah kerja dengan
umi aje. Umi taklah beritahu dia macam umi beritahu pada Lan dengan Bad. Hari
tu dia siap bertekak lagi dengan Tirah. Entah apa salahTirah pada dia. Lepas
bergaduh dengan Tirah, dia bertaki dengan Azlan pulak!”
Badli hanya mendengar. Sesekali
raut wajah Dina terlukis dalam mindanya. Sesekali raut wajah Atirah yang baru
ditemuinya sebentar tadi pula yang terlakar di ruang mindanya. Pasti Atirah
punya kelebihan sehingga mendapat tempat di dalam hati uminya.
“Umi,
Bad tanya sikit, umi janganlah marah, ya?”
Hajah Fatimah menggangguk.
“Apa lebihnya Tirah tu umi, sampai
umi boleh jatuh sayang pada dia?”
“Bad kenal lah sendiri dengan
Tirah kalau Bad nak tahu,”
Tidak berpuas hati dengan jawapan
Hajah Fatimah, Badli menuju ke arah stor. Gadis yang bernama Atirah itu sedang
sibuk menyiapkan kerjanya. Lama dia berdiri di pintu stor itu, memerhati gerak
geri gadis itu mengikut kehendaknya. Tekun, cermat, lembut! Lembut? Kemudian,
Badli kembali mendapatkan Hajah Fatimah. Belum sempat dia membuka mulut, tawa
Hajah Fatimah kedengaran.
“Bad hantar umi ambil kereta dekat
bengkel dulu, ya?”
“Okay,tapi sekejap ya, umi,”
Hajah Fatimah mengangguk lagi.
Terhibur dengan gelagat anak sulungnya ketika itu, sebuah senyuman terukir di
bibir tuanya.
“Ehemm,”
Sekali lagi, sapaan yang datang
tidak disangka itu menyebabkan satu susunan baju yang baru diangkat dari
lantai, jatuh bertaburan. Badli ketawa gelihati melihat gelagat Atirah lalu
terus meninggalkan gadis itu dengan kejutan yang masih bersisa pada wajahnya.
“Jom umi,”
“Nakalnya
anak umi yang tua ni,”
“Tirah, jangan ambil hati dengan
Badli ya, Tirah. Umi dah nak keluar dah ni. Tirah jaga diri baik-baik, ya.
Apa-apa hal nanti, callumi ya,
sayang,”
Atirah tersenyum cuma, kemudian
dia mendapatkan Hajah Fatimah untuk bersalam dengan wanita yang dipanggil umi
itu. Tangan yang dihulurkan Badli untuk bersalam tidak dihiraukannya,
sebaliknya dia terus bergerak menuju ke arah kaunter.
* * * *
* * *
BADLI
mencari kelibat Hakim dalam samar cahaya disko Emperoritu. Sekejap sahaja, kelibat sahabatnya itu sudah berjaya
dijejaki. Bukan susah hendak mencari Hakim. Sejak bertahun bersahabat
dengannya, disko itulah yang selalu menjadi tempat rehat mereka walaupun
adakalanya mereka bertukar angin ke tempat-tempat lain. Dari jauh, Badli dapat
melihat teman baru di samping Hakim.
“Meet my girl, Nadia!Nadia, ni kawan I,Badli,”
“Badli,”
Badli menyambut tangan yang
dihulurkan oleh wanita yang bernama Nadia itu. Tidak lama berbual, Hakim
meninggalkan Badli dan terus ke ruang tarian. Tidak lama dia bersendirian di
bar itu, datang seorang gadis lalu duduk di sebelahnya.
“Hi there!”
“Hi!”
“Iselalu nampak youlepak
kat sini. Kenapa seorang aje malam ni?”
“Kalau macam tu, youpun selalu lepak sinilah, kan? Taklah seorang pun,
my close friend still with me,cuma
dia tengah seronok menari tu,”
“Awak macam mana pula? Tak mahu
menari?”
Badli hanya tersenyum. Dia tidak
perlu bersusah payah untuk mendapatkan teman. Dia tahu, sekali pelawa sahaja,
pasti gadis itu tidak akan menolaknya. Dan tidak sampai sepuluh minit
berkenalan, mereka sudah berada di ruang tarian.
“Nice meeting you, Bad..Really enjoyed!”
“Of course my dear, you will enjoy more soon,”
Julia ketawa senang. Pertama kali
berbual dengan lelaki itu, dia sudah merasakan bahawa
lelaki itu bakal menjadi miliknya
kelak.
“You ada apa-apa rancangan hujung minggu ni? Inak ke Tioman, nak berehat di sana,
kalau you tak keberatan, you boleh ikut I. Really appreciate it!”
“Really, Bad?I love to join you!”
Akui Julia lalu terus memeluk erat
lelaki itu. Sebuah kucupan hinggap di pipi Badli. Betapa berbunga hatinya
mendengar pelawaan lelaki itu.
“Great, so, I call you later…I hope there’s no obstacles to have fun this
week,”
*
* * * * * * *
ATIRAH menongkat basikalnya di
tepi rumah Hajah Asmah. Dari jauh dia dapat melihat wanita tua terbaring di
atas pangkin, di bawah pokok rambutan. Dia mencari juga kelibat adiknya dengan
ekor mata. Selalunya, dari jauh gelak ketawa mereka sudah dapat dikesan.
Tertanya juga di dalam hati mengapa adik-adiknya membiarkan sahaja Hajah Asmah
bersendirian tidur di atas pangkin itu, tambah pula senja semakin hampir
melabuhkan tirainya. Perlahan, dia mendekati Hajah Asmah.
“Makcik, makcik...bangun makcik!
Dah nak masuk maghrib ni,”
Diusap lembut tangan tua yang sejuk
itu. Tiada jawapan. Atirah menarik nafasnya dalam-dalam. Sekali lagi dia
mencuba. Perlahan-lahan mata itu dibuka.
Hajah Asmah senyum melihatnya.
“Mari makcik, kita masuk ke dalam
rumah, dah menginjak malam ni makcik,”
Ajaknya lagi. Wajah lesu itu hanya
mengangguk. Atirah memegang kedua-dua bahu Hajah Asmah lalu menuju ke arah
rumah.
“Maghrib awal kan, Tirah? Makcik nak mandi, nak solat
maghrib awal,”
Atirah cuma menjawab dengan sebuah
senyuman. Setibanya di dapur, Atirah meninggalkan Hajah Asmah sekejap di depan
pintu bilik air lalu dia berpatah ke dalam bilik untuk mengambil tuala dan
pakaian bersih Hajah Asmah. Apabila dia tiba kembali di hadapan bilik air,
dilihatnya pintu itu sudah tertutup.
“Tirah letakkan tuala di atas para
ni, makcik,”
“Iya,”
Jawab satu suara dari dalam.
Kemudian, Atirah sibuk mengemas bahagian dapur. Selepas selesai menjerang air,
Atirah membasuh beras pula sebelum menanaknya di atas dapur kayu.
Baru teringat akan beg plastik
yang berisi sepasang baju buatnya masih tergantung pada handlebasikal. Hajah Fatimah bersungguh mahu dia menerima baju
kurung itu tetapi dia berkeras tidak mahu menerimanya melainkan duit gajinya
dipotong setiap bulan untuk melangsaikan harga baju itu. Padanya, baju bukan
keperluan utamanya. Apa yang ada di dalam almari masih boleh dipakai walau
telah lusuh. Yang penting padanya ialah persekolahan adik-adik. Beg plastik
yang masih tergantung itu terus di bawa masuk ke dalam rumah. Ketika dia
melintasi ruang tamu, Hajah Asmah sedang menunaikan solat maghrib.
* * * * * *
* *
LEBIH
sejam yang lalu, Hajah Asmah menunaikan solat maghrib. Ketika dia melalui ruang
tamu, Hajah Asmah sedang bersujud. Kini, ketika dia melaluinya sekali lagi
untuk membuang resah gelisah menanti adik-adik yang belum pulang, Hajah Asmah
masih lagi begitu. Hendak dikejut, memang tidak wajar rasanya. Hendak dibiar,
perasaannya berbelah-bahagi juga. Akhirnya,dia memutuskan untuk duduk sahaja di
muka pintu, menanti adik-adik yang masih belum pulang sedang malam beransur
gelap. Hajah Asmah pula mungkin akan menyudahkan solatnya sebentar lagi
“Bersabarlah wahai hati,”
Ucapnya perlahan. Ditoleh pula
kepalanya ke arah Hajah Asmah, mahu memastikan bahawa wanita yang banyak
berjasa kepada keluarganya itu dalam keadaan baik.
“Mana angah dan abang ni?”
Soalnya kepada diri sendiri. Jam
di dinding dijeling pula. Hampir menginjak ke pukul sembilan malam. Selalu,
jika adik-adiknya pulang ke rumah mereka pun, pasti mereka akan berada di rumah
Hajah Asmah sebelum maghrib. Patutkah dia menurut mereka dan meninggalkan Hajah
Asmah seorang diri? Sekali lagi dia memandang ke arah Hajah Asmah. Dia
mengamati dari jauh tetapi hati memintanya mendekati wanita itu. Dengan langkah
yang sangat cermat, dia menghampiri Hajah Asmah. Mengganggu atau tidak, dia
perlu memastikannya dahulu daripada membiarkan
dirinya gusar kerana berteka-teki.
“Makcik,”
Panggilnya perlahan. Tiada
sebarang reaksi. Dalam masa yang sama, belakang Hajah Asmah digosoknya lembut.
Mengharapkan ada tindak balas dari Hajah Asmah. Atirah mencuba lagi.
“Makcik, makcik tidur ke?”
Panggil Atirah lagi. Kali ini dia
berniat untuk menggoyang sedikit badan Hajah Asmah. Dan ketika dia baru hendak memegang bahu
Hajah Asmah, tubuh itu rebah dahulu di atas sejadah.
“Makcik!”
Kali ini lebih nyaring suranya memangggil.
Lebih jelas dan lebih cemas. Datang perasaan yang tidak enak pula mengganggu
benaknya ketika itu. Dengan tangan yang bergetar, dia meletakkan jari di bawah
hidung Hajah Asmah, dengan niat mahu memastikan nafas itu masih seperti selalu.
Gusar dengan penemuannya, dia mencuba cara yang sama sekali lagi.
“Apa yang kau buat ni hah? Kau ni
siapa?”
Terkejut dengan sergahan yang
datang secara tiba-tiba, Atirah menoleh ke belakang. Seolah-olah dia berada
dalam satu dunia asing. Begitu ramai orang yang tidak dikenali tiba-tiba berada
di rumah Hajah Asmah. Masing-masing memandangnya dengan seribu kerutan.
“Saya jiran makcik, duduk di
hujung kampung. Saya minta maaf kak, dah hampir sebulan saya dan adik-adik
tinggal dengan makcik,”
“Kak Long, mak!”
*
* * * * * * *