“Ayah,
tolonglah pertimbangkan. Jangan buat macam ni pada saya.” rayu Zahra sebagai
ikhtiar terakhir sewaktu di dalam kereta buruk ayahnya itu. Dia masih berharap
kalau-kalau ayahnya berubah fikiran. Menyinga wajah Rais.
“Kita
dah sampai sini kau masih nak buat masalah lagi?? Baik kau diam kalau tak aku
belasah kau!” marah Rais telah pun keluar dari kereta lantas menarik Zahra
keluar. Zahra hanya menurut. Air matanya sejak semalam sudah tumpah sampai
sudah tiada lagi di matanya. Kecewanya dia diperlakukan begitu oleh seorang
ayah.
Sebaik
dia sampai di syarikat yang menawarkan perkhidmatan escort itu, dia diperkenalkan
dengan Mr Rocky. Mr Rocky memandangnya ke atas ke bawah.
“Rais…perempuan
ni memang superb la. Kau boleh dapat banyak duit ni..” ujarnya pada Rais dengan
sengeh semacam. Kalaulah Zahra ada pemadam dah lama senyum itu dipadamnya.
Menyampahnya dia Tuhan sahaja yang tahu.
Selepas
itu Zahra dibawa ke sebuah bilik. Untuk grooming katanya. Di situ, rambutnya di
dandan kemas dan wajahnya di solek tebal sehingga Zahra pun tidak kenal dirinya
lagi. Kemudian dia dibawa ke kelab hiburan yang ekslusif itu. Menurut ayahnya
hanya orang yang “super” kaya dan VVIP sahaja berada di situ. Orang yang
sanggup membayar wanita escort dengan harga yang sangat mahal. Ada yang hingga
sepuluh ribu semalam.
“Kau
jangan nak lari. Kalau kau lari aku jual adik kau.” ugut ayahnya. Justeru itu Zahra terpaksa mengikut sahaja biarpun
hatinya sangat memberontak. Sebenarnya dia mahu lari dan
menjauhkan diri dari semua itu tapi bagaimana pula dengan adiknya?. Disebabkan
itu dia masih di situ pasrah menerima apa yang akan berlaku padanya. Hanya dalam hati Zahra masih tidak putus-putus berdoa supaya dia dilindungi dari noda
dan dosa. Dia berharap dia hanya sekadar wanita peneman dan tidak lebih dari
itu. Apa lagi yang dia boleh lakukan? Dia benar-benar terpaksa.
Sejak
memasuki kelab itu, Zahra memang tidak selesa ditambah dengan berpakaian seperti
itu. Dress pendek merah itu menyerlahkan kulit putih melepak Zahra yang
terdedah di bahagian peha dan lengan. Dengan solekan tebal, dia berubah menjadi
seorang wanita seksi yang vogue seperti model dengan ketinggian dan badannya
yang berpotongan menarik memukau sesiapa sahaja yang melihat. Begitu juga
dengan 2 orang wanita escort yang bersamanya itu.
Tadi
semasa dia bertanya dan mengenalkan diri dia tahu yang mereka berdua itu bukan
orang tempatan. Seorang dari negara timur tengah dan seorang lagi dari tanah
besar cina. Mereka juga sudah lama berada dalam syarikat itu bekerja separuh
masa untuk mendapatkan duit lebih.
Sempat
juga Zahra bertanya kenapa mereka bekerja di tempat itu semasa menunggu tadi. “I need extra money to pay for my study.”
kata Neem yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej. “I have family to support in China. My uncle
said I can get lots of money if I work here,” ujar Fang Zhao pula terpaksa
bekerja di situ untuk menyara keluarga di tanah besar. Zahra perhatikan mereka berdua sangat jelita
dan asset kecantikan mereka itu digunakan untuk membawa pulangan yang berbaloi
untuk mereka. Berbaloi jika tidak ingat dosa dan pahala. Apalah harganya
seorang wanita bila hanya kecantikannya sahaja yang dilihat? Zahra bertanya
sendiri dengan hati yang hampa.
“Are you happy working here?” tanya Zahra
dalam Bahasa Inggeris. Dia bukanlah fasih sangat tetapi bolehlah sedikit-dikit.
Kedua-dua mereka berpandangan.
“We have to work here….just for the money. We
need money to be happy.” jawab Neem pantas. Fang Zhao hanya diam kemudian
termenung. Selepas itu perbualan mereka terhenti. Dia dan dua orang lagi wanita
itu kemudiannya di bawa ke satu sudut kelab itu oleh seorang lelaki, agen
kepada perkhidmatan escort itu. “Relax!” bisik Neem sambil menepuk bahunya. Zahra tidak berkata apa-apa. Bagaimana dia mahu relaks
sedangkan dirinya merasa salahnya semua itu.
Mereka terus berjalan. “Smile!” suruh Rocky yang membawa mereka
itu dengan garang. Zahra dan ketiga-tiga mereka mula mengorak senyum. Senyum
plastik.
Di sudut kelab ada tiga orang lelaki sedang
duduk di sofa berbual-bual sambil minum. Memerhatikan mereka dari jauh, Zahra
sudah tahu yang mereka bertiga akan dipilih untuk meneman mana-mana tiga lelaki
itu. Dari jauh Zahra memerhatikan ketiga-tiga mereka yang terpana memandang
mereka bertiga.
Kalau boleh Zahra mahu lari tapi kakinya degil terus melangkah menghampiri
lelaki-lelaki itu dengan senyuman palsu di bibir bergincu tebal.
Dari
jauh Zahra dapat lihat 2 lelaki berbangsa cina dan seorang lelaki Melayu. Namun
bila terpandang lelaki Melayu itu darah Zahra tersirap. Lelaki itu!. Bukankah
lelaki itu yang makan di restoran Mak Midah tempohari? Lelaki yang memalit dia
dengan lumpur semalam! Apa dia buat di kelab itu???
Ya Allah, apa yang aku harus lakukan?? Apakah mainan
takdir ini?? Zahra rasa seperti mahu berpatah balik dan lari tetapi dia
teringat nasib adiknya. Tidak mungkin dia dapat berpatah lagi. Cuma Zahra boleh berdoa sungguh-sungguh di dalam
hati supaya lelaki itu tidak ingat siapa dia. Semoga solekan dan pakaian
sebegitu mengabui mata lelaki itu dari dapat mengecam siapa dirinya yang
sebenar. Dia malu.
Hasef
memandang gadis berbaju merah yang berjalan ke arahnya dengan mata tidak
berkelip. Dia terpana seketika bila si gadis berjalan lenggang lenggok
menghampiri tempat dia bersama Eric dan Wong duduk. Wajahnya yang jelita,
eksotik dengan mata menggoda memaku dia di situ. Bila makin dekat, hati Hasef berdebar-debar
seperti dipanah sahaja lakunya. Tidak pernah dia lihat wanita secantik itu. Hasef
menelan air liur. Zetinya entah tertinggal di mana. Waktu itu hanya dia dan
gadis berbaju merah itu. Dia statik . Hanya deruan nafas sendiri
kedengaran dengan debaran jantungnya saja kedengaran.
“Eh
Hasef, ada 3 orang ni. You ambik
soranglah.” hasut Wong tiba-tiba bila melihat Hasef yang sejak tadi tidak
lepas-lepas dari memandang gadis berbaju merah itu.
Hasef terpempan dengan
teguran Wong itu. Rupanya Eric dan
Wong telahpun mendapatkan wanita pilihan
mereka. Kedua-duanya telahpun melekat di lengan tauke berdua itu. Hanya tinggal
Hasef dan gadis berbaju merah sahaja waktu itu. Gadis itu pula sedang merenung
padanya dengan riak muka serba salah dan risau.
Hasef merenung lagi gadis itu dan mula perasan
ada sesuatu yang dikenalinya tentang wajah gadis itu. Seolah pernah dilihat
tetapi dia tidak ingat di mana. Tapi mustahil lah dia pernah melihat gadis itu
kerana baginya itulah kali pertama. Dia pasti kalau dia pernah melihat gadis
seksi seperti itu di mana-mana pun sudah tentu dia perasan. Siapapun akan
perasan dengan gadis yang cantik dan seksi seperti itu.
Tarikan gadis berbaju
dress merah terasa begitu kuat padanya menyebabkan Hasef makin tidak keruan
bila gadis itu makin dekat. Keinginannya mengatasi rasionalnya.
“Okay,
saya ambil yang ini.!” ujarnya lantas menarik gadis itu rapat ke sisinya. Gadis itu seperti enggan dan menolak tarikan tangannya tapi deheman Rocky yang sejak tadi memerhatikan menyebabkan Zahra terpaksa akur. Akhirnya Zahra rapat ke sisi Hasef.
Sebelum pergi, wajah
gadis itu yang nampak sedikit terketar-ketar dan pucat itu direnung Hasef seketika. Matanya meneroka ke bibir gadis itu yang merah. Oh, imannya terasa
mahu terlerai di situ juga bila meneguk kecantikan itu. Mengapakah tarikan
terhadap gadis itu begitu kuat? Kalau boleh dia mahu terus memeluk gadis itu
dan tidak mahu berenggang. Pelukan pada pinggang gadis itu semakin kemas seolah
tidak mahu lepas.
Eric
dan Wong hanya tersengeh. Mereka seperti
syaitan kecil merasa seronok yang Hasef juga seperti mereka. Biarpun tadi Hasef
seolah tidak berminat berhibur seperti mereka namun akhirnya tergoda juga. Namun
sekarang Hasef juga telah memilih seorang gadis escort untuk dibawa pulang. Si
gadis cantik berbaju merah berwajah eksotik dan bermata coklat!