SINOPSIS
Hasef Irfan bagaikan wira
buat Zahra Rais apabila lelaki itu membelinya dan melepaskan Zahra dari kancah
maksiat dan deraan ayahnya. Namun disebabkan oleh satu prasangka, Hasef memaksa
Zahra merahsiakan perkahwinan mereka dan melayan Zahra seperti orang gaji.
Hasef pening apabila ibubapanya yang berkunjung sukakan Zahra. Bila mereka tahu
gadis cemerlang dalam bidang akademik itu terpaksa bekerja kerana kemiskinan,
mereka memaksa Hasef melepaskan Zahra melanjutkan pelajaran dan mula menganggap
Zahra sebagai anak angkat. Di situ bermulanya masalah Hasef dan Zahra.