SUNGGUH
Zahra merasa kekok sebaik sahaja pintu bilik hotel dibuka oleh Hasef. Kalau
boleh dia tak mahu masuk. Dia seolah dapat mengagak apa yang menanti.
“Jom
masuk…don’t worry, I tak makan
orang.” gurau Hasef. Zahra hanya tersenyum senget. Mungkin dia tak akan dimakan
tapi ada yang lain yang dia lebih bimbangkan.
Hasef lantas menarik tangan gadis
itu. Pelik kerana gadis itu seperti malu-malu pula. Bukan dia dah biasa ke?
desis hati Hasef. Dia kan gadis escort. Dah biasa meneman lelaki yang
kesunyian. Hah, kesunyiankah aku ni? bisik hati Hasef lagi. Wajah Zahra
ditenung sekilas. Alamak makin comel pulak dia ni??? Kau jangan buat masalah
pula Hasef! marah Hasef pada dirinya.
Zahra
masuk juga bila ditarik begitu. Pintu bilik hotel itu tertutup di belakangnya.
Zahra tersentak. Perkara pertama yang dia nampak adalah katil King yang terhias
kemas nampak sangat besar di bilik itu. Mata Hasef juga di katil itu sebentar
sebelum mengalih pandangan. Haish, bahaya, desis hati Hasef.
Zahra
memandang pada Hasef dengan wajah bimbang. Mana tidaknya, sekarang hanya dia
dan lelaki itu sahaja berdua dalam bilik itu. Apa pun boleh berlaku. Zahra
menelan air liur.
Hasef
pula hairan melihatkan Zahra yang tercangak-cangak. Sesuatu yang tak dijangka
dari seorang gadis escort. Adakah ini satu lakonan sahaja? Lakonan malu-malu
untuk menggoda seorang lelaki sepertinya? Okay, pastikan aku tak tergoda! Hasef
mengingatkan dirinya. Niat asalnya hanya untuk berbual-bual sahaja.
Dia
cepat-cepat menarik Zahra ke bahagian hotel yang terletak sofa dan meja kopi. Tak
sanggup berlama di ruang yang ada katil itu. Tangan Zahra dilepaskan.
“Okay…duduklah… make yourself comfortable..”
kata Hasef.
“Saya nak minum kopi lah. Awak ada
nak pesan apa-apa?” pelawa Hasef pada Zahra yang sedang melabuhkan punggung di
salah satu sofa di bilik itu. Zahra pantas mengeleng. Dia bukanlah peminat
kopi. Dan jarang dia makan minum di waktu malam untuk kopi dan kuih muih. Untuk
orang miskin seperti dia, dapat makan 2 kali sehari pun sudah cukup.
“Jom
lah minum dengan saya. Kopi?” Zahra geleng lagi. “Teh??? Jomlah Zahra. Awak kan
peneman saya malam ni. My escort girl. Please
be sportingboleh?. Saya pesankan
teh ye?” Barulah Zahra mengangguk.
“Okay
teh pun teh la…asal awak teman saya. Dan juga
cheese tart and churros, my favorite. Pernah makan?” Zahra geleng. “Awak
patut cuba,” ujar Hasef riang lantas mencapai telefon di dalam bilik itu.
Zahra
hanya memerhatikan sahaja. Bukankah tadi mereka sudah makan malam dan sekarang lelaki
itu mahu makan lagi? Melirik pada susuk tubuh lelaki itu tak nampak pula dia
ada masalah berat badan pula. Malahan
badannya kemas dan segak sahaja. Abang sado lagi, bisik hati Zahra melirik pada
Hasef. Namun, segera dia mengalihkan pandangan. Bukan boleh pandang lama-lama!
“Okay,
mereka akan hantar supper kita
sekejap lagi.” ujar Hasef mengambil tempat di sofa bertentang dengan Zahra. Dia
tersenyum pada Zahra yang hanya tersenyum nipis. Risau dia melihat senyuman
Hasef itu. Senyumnya seperti meleret sahaja dengan mata tak lepas-lepas dari
wajahnya. Zahra berdehem tak selesa. Arggh! Kenapa pandang-pandang pulak ni?.
Buat hati dia kian berdebar sahaja.
“Zahra…saya..”
ujar Hasef namun apa yang hendak dikatakan terbantut bila satu panggilan telefon
kedengaran. Hasef melirik pada telefon bimbitnya. Tertera nombor tunangnya
Zeti. Alamak!. Zeti ni macam tahu-tahu sajalah, desis hatinya. Dia bingkas
bangun lantas keluar dari bilik itu untuk mengambil panggilan tersebut.
Zahra yang melihat lelaki itu mendapat
panggilan menjadi resah sendiri. Entah-entah itu panggilan dari ayahnya atau
Rocky yang ingin tahu sama ada dia menjalankan tugasnya atau pun tidak.
Habislah dia kalau lelaki itu merungut tentangnya. Dia tidak mahu ayahnya
bertindak terhadap adiknya pula. Zahra menggigit bibir risau.
Seketika
kemudian makanan yang dipesan tiba namun Hasef masih lagi belum pulang ke bilik
itu. Zahra kebosanan lantas memasang televisyen. Dia kemudian tmenekan remote untuk memilih
beberapa saluran sebelum sampai ke saluran yang memaparkan rancangan yang
menarik baginya. Kebetulan ada tayangan filem lama “Pretty Woman.”
Melihatkan
Julia Roberts di dalam rancangan itu menyebabkan dia makin risau. Eh, macam
tahu-tahu pula. Kisahnya seperti Pretty Woman kah? Menjadi seorang prostitute yang kemudian mendapat
cintanya seorang lelaki kaya raya? Oh tidak…dia tidak mahu menjadi seperti itu. Dia bukan prostitute. Dia mahu cerita yang lebih baik dari itu untuk dirinya. Tapi mampukah dia?
Lelaki seperti Hasef memang mampu mencairkan hati wanitanya dengan sifat
gentlemannya. Tapi dia nekad. Apa pun terjadi, dia akan mempertahankan
kehormatannya. Biar pun dia akan mati mempertahankan dirinya dia sanggup. Apa jadi kalau dia dipaksa? Zahra makin galau. Ya
Allah bantulah aku! Tolong Ya Allah peliharalah aku kerana aku bukan wanita
seperti itu. Dia wanita yang tahu dosa pahala.