“Siapa
nama you?” soal Hasef sewaktu mereka dalam perjalanan ke tempat parkir. Langkah
mereka terhenti dan mata Hasef mencari anak mata Zahra. Tangan Hasef masih di
pinggang. Hangat terasa. Pelukan di pinggang sedikit kuat bila lelaki itu
bertanya namanya membuatkan Zahra sedikit gugup. Serba-salah untuk memberikan
namanya. Namun dia tahu kalau dia berdegil, hanya ada dia dan lelaki itu sahaja
di tempat parkir. Apapun boleh berlaku.
“Zahra.”
jawabnya pendek menundukkan kepala. Tidak tahan renungan lelaki itu bila
serapat itu dan tangannya masih di pinggang. Dia merungkai pelukan lelaki itu.
Hasef tersentak namun melepaskan jua pelukannya itu. Mungkin gadis itu rasa
tidak selesa.
“Okay
Zahra…nice to meet you. Saya Hasef..” ujarnya memperkenalkan diri sambil
tersenyum sebelum langkah diteruskan. Pasti ke kereta lelaki itu. Zahra tidak
mengikut menyebabkan Hasef berpatah dan menarik tangan gadis itu. Dia hairan.
“Eh..jom
lah..” ajaknya. Lantas tangan Zahra ditarik.
“Encik
nak bawa saya ke mana ni?” soal Zahra takut-takut bila lelaki itu membawanya ke
sebuah kereta Range Rover Evoque berwarna merah. Lelaki itu merenungnya
seketika. Matanya meneguk wajah jelita gadis itu. Rapat sehingga boleh dengar
tarikan dan helaan nafasnya. Tangannya tiba-tiba menyelitkan anak rambut yang
sedikit terlepas ke belakang telinga Zahra. Kemudian jejarinya mengusap sedikit
pipi gadis itu. Zahra makin gugup. Jantungnya berdetak laju. Perlakuan seperti
itu menggetarkan hati perempuannya. Sedikit senyum di bibir terpamer di bibir
lelaki itu namun lelaki itu tidak menjawab. Bahkan dia membukakan pintu kereta
di bahagian penumpang dan memberi isyarat supaya Zahra masuk ke dalam. Zahra
tercangak-cangak.
“Masuklah,”
suruhnya lembut lantas menutup pintu penumpang. Lelaki itu ke tempat pemandu
pula. Hati Zahra terasa cair. Ah, gentleman pulak lelaki itu. Berbeza sungguh
dengan lelaki yang bergaduh dengannya di bus stand dan di restoran.
“Awak
dah makan?” soalnya. Matanya memandang sekilas pada Zahra. Zahra
mengeleng-ngeleng.
“Apa
kata kita pergi makan?” cadang Hasef dengan matanya masih di wajah gadis itu. Mata
hitam pekat berkening lebat. Renungan yang mempesonakan. Suara yang dalam dan
garau bila mengajak. Arghh! Zahra cuba fokus kembali dan tidak mengikut
perasaan. Dia sepatutnya tidak tergoda dengan lelaki itu. Zahra, you are stronger than this!.Yes, you are!
“Hmm…saya
dah kenyang.” jawab Zahra tiba-tiba bila mendapat suaranya semula.
“Tadi
awak kata belum makan?” ujar Hasef memandang gadis itu tidak lepas-lepas.
Aduhai…kenapa cantik sangat perempuan ni?? Matanya bundar berwarna coklat,
hidung mancung dan bibir penuh bersalut lipstick merah saga. Rambutnya panjang
ikal dan bersinar itu berwarna perang. bukan perang celup tetapi asli.
Sewaktu
dia memeluk gadis itu pula terasa rambutnya yang lembut dan seharum sutera.
Siapapun boleh hilang pertimbangan melihat wanita secantik wanita itu. Hasef
berdehem rasa tak selesa berduaan sahaja. Dia juga terbayang semasa memaut
pinggang gadis itu tadi dia dapat merasa rampingnya pinggang gadis itu. Sesuatu
yang sepatutnya dia tidak fikirkan tetapi itulah yang asyik bermain di fikirannya
saat itu. Justeru, matanya terus degil mahu memandang wajah gadis itu sahaja.
“Sorry…saya dah makan sebenarnya.” jawab
Zahra gugup sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi dan lebihan
rambut diselit ke tepi telinga. Mata Hasef mengikut arah jari jemari Zahra yang
membetulkan rambut. Perlakuan seperti itupun sudah buat dia terpana melihat
jari runcing itu. Argh!! aku ni dah kenapa? Zahra pula berdehem tidak selesa bila
direnung begitu menyebabkan Hasef tersedar.
“Mana
satu ni? Dah makan ke belum?” soal Hasef. Enjin kereta dihidupkan.
“Dah…saya
dah makan,” jawab Zahra pantas.
“Hmmm…tak
apalah kalau dah makan pun…tapi saya belum. Awak teman saya makan ye?.” ajak
Hasef menatap mata coklat itu lagi. Menunggu jawapan gadis itu. Zahra menggigit
bibir seketika.
“Sure.” jawab Zahra mengangguk menyebabkan
Hasef tersengeh lebar memancarkan deretan gigi yang rata.
“Great!” katanya lega lantas kereta itupun bergerak keluar dari
perkarangan bangunan kelab itu. Perutnya yang sejak tadi asyik memakan kentang
goreng terasa sebu. Hasef mahu makan sesuatu untuk menghilangkannya.
Mereka
tiba di sebuah restoran berdekatan. Apabila membawa seorang gadis seperti itu
sudah tentu pasangan itu jadi perhatian. Semua memandang pasangan yang kelihatan
sepadan itu dari serba-serbi dan segi ketinggian. Ditambah dengan wajah dan
gaya gadis itu yang kelihatan vogue. Silap haribulan seperti bintang filem atau
supermodel pula.
Hasef
memesan makanan dan minuman untuk dirinya manakala Zahra bertegas hanya mahu
minum jus epal sahaja. Patutlah slim, desis hati Hasef. Agaknya gadis itu
sedang berdiet seperti gadis-gadis yang berpotongan badan seperti Zahra itu.
Namun, satu pandangan ke susuk tubuh gadis itu Hasef terfikir yang Zahra
baginya terlalu kurus.
“Hmm
betul awak tak lapar? Sedap ni..” ujar Hasef kepada Zahra sambil menunjuk pada
Zahra spaghetti olio yang dimakannya. Wajah gadis itu direnung lagi menyebabkan
Zahra agak gugup.
“Tak
apa encik…” Zahra menolak. Dalam keadaan seperti itu seleranya memang hilang.
“Panggil
saya Hasef. Cubalah rasa Zahra…sedap ni.” ujarnya lalu menyua satu garpu terlilit
spaghetti itu kepada Zahra.
“Tak
apa. Hasef makanlah.”
“Open your mouth…awak kena rasa spaghetti
ni…rugi kalau tak makan..” suruh Hasef tegas. Mahu tak mahu Zahra terpaksa
membuka mulut dan memakan apa yang disuakan oleh Hasef. Hasef merenung gadis
itu makan seketika. Memang terpana melihat kejelitaan gadis itu.
“So?” tanya Hasef sambil merenung anak
mata gadis itu. Zahra mengangguk-angguk. Terpejam-pejam matanya merasa keenakan
spaghetti itu.
“Betul
kata awak..memang sedap,” ujar Zahra sedikit tersenyum sambil menjilat bibir.
Hasef terkedu sekejap. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Bahaya.
“Err…that’s what I told you,Zahra…memang
sedap.” ujar Hasef acuh tak acuh menahan getaran di dada. Zahra mengangguk
lagi.
“Nah..ambiklah
lagi.…dengan I tak payahlah diet. Lagipun you tu kurus sangat. Makan sikit lagi
biar berisi. Lagipun bagi I, perempuan kalau gemuk sikit tak apa. Barulah comel!,”
ujar Hasef tersenyum sangat manis. Zahra terlongo. Biar benar lelaki itu suka kalau
perempuan gemuk sikit? Selalunya lelaki suka potongan badan yang sempurna. Hasef
direnung tak percaya.
“Kenapa
Hasef cakap macam tu? Pelik saya dengar. Kebanyakan lelaki nak pasangan atau
isteri yang kurus. Kalau tidak tak kan lah laku ubat kurus dan suplemen untuk
kurus tu semua. Ada yang jadi rendah diri bila badan mereka gemuk sebab susah
cari pasangan dan kadang-kadang dicemuh pulak,” ujar Zahra. Hasef tersengeh
lagi.
“Itu
orang lain tapi bagi saya yang penting bukan potongan badan tapi hatinya. Buat apa
badan cantik tapi hati tak ikhlas. Biarlah badannya tak cantik, tak sempurna
tapi hatinya baik dan ikhlas. Bentuk badan tu nanti berubah juga lama kelamaan
tapi kalau kita ikhlas sampai dah kerepot dan gemuk macamana pun masih cantik
di jiwa. Lagipun nak cari yang hatinya ikhlas bukannya mudah zaman sekarang ni.
Wanita sekarang ni makin materialistik disebabkan oleh desakan hidup.” kata
Hasef panjang lebar. Zahra terdiam.
Betul
juga. Keikhlasan yang paling penting dan bukannya bentuk badan. Namun, berapa
ramai yang fikir begitu? Kebanyakan lelaki tergoda dengan bentuk badan kemudian
selepas itu baru lihat keikhlasan. Betulkah kata-kata Hasef itu? Entah-entah
sekadar menyedapkan hati? Dia pun berada di situ sebab lelaki seperti Hasef
yang mahukan peneman sepertinya. Yang sanggup membayar dia sebab rupa dan
potongan badannya.
Dia
memang tiada masalah berat badan kerana disebabkan kemiskinan makanannya sering
tidak cukup dan dia juga terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Manalah
sempat lemak mahu melekat di tubuhnya. Kata Hasef, dia terlalu kurus dan Hasef
suka kalau dia sedikit berisi?. Kenapa dia terasa seperti di awang-awangan pula
bila lelaki itu berkata begitu. Arghh Zahra, kau jangan berangan pula! marahnya
pada diri sendiri.
“Mungkin
sebab itu realitinya. Kalau tak dapat suami yang kaya dan berpendapatan tinggi
tak terjamin pula masa depan. Siapa nak hidup susah Hasef?,”
“Setiap
perkahwinan ada rezekinya tersendiri. Itu janji Allah. Mungkin lelaki itu tidak
kaya tetapi bila dia berkahwin rezeki tetap ada untuk isteri dan anak-anaknya.
Dan kalau dia berusaha dia juga akan kaya. Lagipun kaya tak jamin bahagia,”
“Mungkin
untuk orang berduit seperti Hasef fikir macam tu tapi golongan miskin yang
serba kekurangan tak fikir begitu. Bagi mereka wang boleh membawa bahagia
walaupun bukan sepenuhnya,”
“Talking from your own experience?” soal
Hasef penuh makna.
"Encik
Hasef….pengalaman saya berbeza. Saya bercakap ni lebih kepada pemerhatian saya.
Saya juga tak percaya wang itu punca dan puncak kebahagiaan tetapi kita perlu wang
untuk bahagia. Mana cukup dengan cinta dan kesetiaan sahaja,” Hasef terdiam. Matanya
merenung riak wajah gadis itu. Cinta dan kesetiaan sahaja tidak cukup? Dia
memerhatikan gadis itu.
Argh!! Aku bercakap dengan siapa? Gadis escort yang
bekerja meneman lelaki kerana wang. Dan ada masa pula sanggup mengikut
pelanggan pulang atau ke bilik hotel. Untuk apa? Untuk wang! Pastilah
pandangannya begitu! Seleranya terbantut. sah, gadis itu juga seperti wanita
lain.
“Well…saya
dah kenyang. Zahra nak apa-apa lagi?.” kata Hasef tiba-tiba dan mempelawa kalau-kalau
Zahra mahu memesan apa-apa lagi. Pantas Zahra mengeleng. Seketika kemudian bil
dibayar dan mereka kembali ke perut kereta Hasef.
Hasef
ingin terus menghantar gadis itu pulang tetapi akhirnya dia membawa gadis itu
ke sebuah hotel lima bintang di ibukota. Entah kenapa dia masih belum mahu
menghantar gadis itu pulang. Dia mahu berlama dengan Zahra malam itu walaupun
hanya berada di sisi.
“Hasef
nak bawa saya ke hotel ke?” soal Zahra cuak apabila kereta berhenti di tempat
parking sebuah hotel 5 bintang. Hasef lantas membukakan pintu penumpang.
“Ye..kenapa?
Kita masuk hotel dulu. Ada privacy sikit kalau kita nak berbual-bual. I still want to know you better,” kata
Hasef namun sedikit hairan kenapa gadis itu cuak semacam. Dia kan gadis escort
pasti sudah biasa meneman lelaki sehingga ke hotel. Apa masalahnya? Bukankah
dia sudah dibayar?
“Tapi..”
tanpa mengendahkan kata-kata Zahra, Hasef lantas menarik tangan gadis itu dan masuk
ke lobby hotel tersebut. Hasef mengambil sebuah bilik dan kemudian membawa
Zahra naik ke bilik yang telah ditempah itu. Cadang Hasef hanya untuk
berbual-bual sahaja untuk pastikan duit yang dibayarnya untuk harga escort
gadis itu semalam jadi berbaloi.