Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
466,379
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 9

     “Ayah, tolonglah pertimbangkan. Jangan buat macam ni pada saya.” rayu Zahra sebagai ikhtiar terakhir sewaktu di dalam kereta buruk ayahnya itu. Dia masih berharap kalau-kalau ayahnya berubah fikiran. Menyinga wajah Rais.

      “Kita dah sampai sini kau masih nak buat masalah lagi?? Baik kau diam kalau tak aku belasah kau!” marah Rais telah pun keluar dari kereta lantas menarik Zahra keluar. Zahra hanya menurut. Air matanya sejak semalam sudah tumpah sampai sudah tiada lagi di matanya. Kecewanya dia diperlakukan begitu oleh seorang ayah. 

Sebaik dia sampai di syarikat yang menawarkan perkhidmatan escort itu, dia diperkenalkan dengan Mr Rocky. Mr Rocky memandangnya ke atas ke bawah.

   “Rais…perempuan ni memang superb la. Kau boleh dapat banyak duit ni..” ujarnya pada Rais dengan sengeh semacam. Kalaulah Zahra ada pemadam dah lama senyum itu dipadamnya. Menyampahnya dia Tuhan sahaja yang tahu. 

Selepas itu Zahra dibawa  ke sebuah bilik. Untuk grooming katanya. Di situ, rambutnya di dandan kemas dan wajahnya di solek tebal sehingga Zahra pun tidak kenal dirinya lagi. Kemudian dia dibawa ke kelab hiburan yang ekslusif itu. Menurut ayahnya hanya orang yang “super” kaya dan VVIP sahaja berada di situ. Orang yang sanggup membayar wanita escort dengan harga yang sangat mahal. Ada yang hingga sepuluh ribu semalam. 

    “Kau jangan nak lari. Kalau kau lari aku jual adik kau.” ugut ayahnya. Justeru itu Zahra terpaksa mengikut sahaja biarpun hatinya sangat memberontak.  Sebenarnya dia mahu lari dan menjauhkan diri dari semua itu tapi bagaimana pula dengan adiknya?. Disebabkan itu dia masih di situ pasrah menerima apa yang akan berlaku padanya. Hanya dalam hati Zahra masih tidak putus-putus berdoa supaya dia dilindungi dari noda dan dosa. Dia berharap dia hanya sekadar wanita peneman dan tidak lebih dari itu. Apa lagi yang dia boleh lakukan? Dia benar-benar terpaksa.

Sejak memasuki kelab itu, Zahra memang tidak selesa ditambah dengan berpakaian seperti itu. Dress pendek merah itu menyerlahkan kulit putih melepak Zahra yang terdedah di bahagian peha dan lengan. Dengan solekan tebal, dia berubah menjadi seorang wanita seksi yang vogue seperti model dengan ketinggian dan badannya yang berpotongan menarik memukau sesiapa sahaja yang melihat. Begitu juga dengan 2 orang wanita escort yang bersamanya itu.

Tadi semasa dia bertanya dan mengenalkan diri dia tahu yang mereka berdua itu bukan orang tempatan. Seorang dari negara timur tengah dan seorang lagi dari tanah besar cina. Mereka juga sudah lama berada dalam syarikat itu bekerja separuh masa untuk mendapatkan duit lebih.

Sempat juga Zahra bertanya kenapa mereka bekerja di tempat itu semasa menunggu tadi. “I need extra money to pay for my study.” kata Neem yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej. “I have family to support in China. My uncle said I can get lots of money if I work here,” ujar Fang Zhao pula terpaksa bekerja di situ untuk menyara keluarga di tanah besar. Zahra perhatikan mereka berdua sangat jelita dan asset kecantikan mereka itu digunakan untuk membawa pulangan yang berbaloi untuk mereka. Berbaloi jika tidak ingat dosa dan pahala. Apalah harganya seorang wanita bila hanya kecantikannya sahaja yang dilihat? Zahra bertanya sendiri dengan hati yang hampa.

Are you happy working here?” tanya Zahra dalam Bahasa Inggeris. Dia bukanlah fasih sangat tetapi bolehlah sedikit-dikit. Kedua-dua mereka berpandangan.

We have to work here….just for the money. We need money to be happy.” jawab Neem pantas. Fang Zhao hanya diam kemudian termenung. Selepas itu perbualan mereka terhenti. Dia dan dua orang lagi wanita itu kemudiannya di bawa ke satu sudut kelab itu oleh seorang lelaki, agen kepada perkhidmatan escort itu. “Relax!” bisik Neem sambil menepuk bahunya. Zahra tidak berkata apa-apa. Bagaimana dia mahu relaks sedangkan dirinya merasa salahnya semua itu.

 Mereka terus berjalan. “Smile!” suruh Rocky yang membawa mereka itu dengan garang. Zahra dan ketiga-tiga mereka mula mengorak senyum. Senyum plastik.

Di sudut kelab ada tiga orang lelaki sedang duduk di sofa berbual-bual sambil minum. Memerhatikan mereka dari jauh, Zahra sudah tahu yang mereka bertiga akan dipilih untuk meneman mana-mana tiga lelaki itu. Dari jauh Zahra memerhatikan ketiga-tiga mereka yang terpana memandang mereka bertiga. 

Kalau boleh Zahra mahu lari tapi kakinya degil terus melangkah menghampiri lelaki-lelaki itu dengan senyuman palsu di bibir bergincu tebal.

Dari jauh Zahra dapat lihat 2 lelaki berbangsa cina dan seorang lelaki Melayu. Namun bila terpandang lelaki Melayu itu darah Zahra tersirap. Lelaki itu!. Bukankah lelaki itu yang makan di restoran Mak Midah tempohari? Lelaki yang memalit dia dengan lumpur semalam! Apa dia buat di kelab itu???

Ya Allah, apa yang aku harus lakukan?? Apakah mainan takdir ini?? Zahra rasa seperti mahu berpatah balik dan lari tetapi dia teringat nasib adiknya. Tidak mungkin dia dapat berpatah lagi. Cuma Zahra boleh berdoa sungguh-sungguh di dalam hati supaya lelaki itu tidak ingat siapa dia. Semoga solekan dan pakaian sebegitu mengabui mata lelaki itu dari dapat mengecam siapa dirinya yang sebenar. Dia malu.

Hasef memandang gadis berbaju merah yang berjalan ke arahnya dengan mata tidak berkelip. Dia terpana seketika bila si gadis berjalan lenggang lenggok menghampiri tempat dia bersama Eric dan Wong duduk. Wajahnya yang jelita, eksotik dengan mata menggoda memaku dia di situ. Bila makin dekat, hati Hasef berdebar-debar seperti dipanah sahaja lakunya. Tidak pernah dia lihat wanita secantik itu. Hasef menelan air liur. Zetinya entah tertinggal di mana. Waktu itu hanya dia dan gadis berbaju merah itu. Dia statik . Hanya deruan nafas sendiri kedengaran dengan debaran jantungnya saja kedengaran.

“Eh Hasef, ada 3 orang ni. You ambik soranglah.” hasut Wong tiba-tiba bila melihat Hasef yang sejak tadi tidak lepas-lepas dari memandang gadis berbaju merah itu.

 Hasef terpempan dengan teguran Wong itu. Rupanya Eric dan Wong telahpun mendapatkan wanita pilihan mereka. Kedua-duanya telahpun melekat di lengan tauke berdua itu. Hanya tinggal Hasef dan gadis berbaju merah sahaja waktu itu. Gadis itu pula sedang merenung padanya dengan riak muka serba salah dan  risau.

Hasef merenung lagi gadis itu dan mula perasan ada sesuatu yang dikenalinya tentang wajah gadis itu. Seolah pernah dilihat tetapi dia tidak ingat di mana. Tapi mustahil lah dia pernah melihat gadis itu kerana baginya itulah kali pertama. Dia pasti kalau dia pernah melihat gadis seksi seperti itu di mana-mana pun sudah tentu dia perasan. Siapapun akan perasan dengan gadis yang cantik dan seksi seperti itu.

Tarikan gadis berbaju dress merah terasa begitu kuat padanya menyebabkan Hasef makin tidak keruan bila gadis itu makin dekat. Keinginannya mengatasi rasionalnya. 

“Okay, saya ambil yang ini.!” ujarnya lantas menarik gadis itu rapat ke sisinya. Gadis itu seperti enggan dan menolak tarikan tangannya tapi deheman Rocky yang sejak tadi memerhatikan menyebabkan Zahra terpaksa akur. Akhirnya Zahra rapat ke sisi Hasef.

Sebelum pergi, wajah gadis itu yang nampak sedikit terketar-ketar dan pucat itu direnung Hasef seketika. Matanya meneroka ke bibir gadis itu yang merah. Oh, imannya terasa mahu terlerai di situ juga bila meneguk kecantikan itu. Mengapakah tarikan terhadap gadis itu begitu kuat? Kalau boleh dia mahu terus memeluk gadis itu dan tidak mahu berenggang. Pelukan pada pinggang gadis itu semakin kemas seolah tidak mahu lepas. 

Eric dan Wong hanya tersengeh. Mereka seperti syaitan kecil merasa seronok yang Hasef juga seperti mereka. Biarpun tadi Hasef seolah tidak berminat berhibur seperti mereka namun akhirnya tergoda juga. Namun sekarang Hasef juga telah memilih seorang gadis escort untuk dibawa pulang. Si gadis cantik berbaju merah berwajah eksotik dan bermata coklat!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.