HASEF kembali ke dalam bilik.
Lama pulak dia berbual dengan Zeti yang seperti curiga itu. Terpaksa dia menipu.
Kemudian dah menipu kena pula memujuk. Pujuk pula bukan boleh sekejap. Mahu
setengah jam. Dia turutkan sahaja kerenah Zeti kerana rasa bersalahnya itu.
Bila semua elok-elok sahaja baru lah dia boleh memutuskan talian.
Sekembali
dia ke bilik hotel bunyi televisyen kedengaran. “Zahra!” panggilnya. Dia ke
bahagian sofa dan dia terpempan seketika. Dari tempat dia berdiri dia melihat
sekujur tubuh yang duduk tapi tertidur di sofa. Hasef menelan air liur. Dengan
baju merah tidak berlengan dan pendek itu Zahra yang lena tidur itu tampak
sangat menggoda.
Hasef menghampiri
Zahra perlahan-lahan. Dia duduk di sebelah gadis itu lantas mengusap pipi gadis
itu. Zahra tersedar bila tangan Hasef yang hangat berada di pipinya.
Zahra
panik. Darah terasa kering di tubuhnya. Ya Allah bantulah aku! Peliharalah
diriku Ya Allah, bisik hatinya lantas menolak tubuh sasa Hasef yang
mendekat sekuat hati sehingga tangannya merasa sakit. Hasef terpempan.
“Tolong saya Hasef, jangan apa-apakan saya,”
kata Zahra bila dapat melepaskan diri dari Hasef dan cuba ke sudut bilik hotel
itu. Dia ingin berlari ke pintu tetapi Hasef menghalangnya.
“Zahra…nanti
dulu…what’s wrong?” soal Hasef hairan
dengan penolakan gadis itu. Mata Zahra bulat memandang pada Hasef. Dia tidak
rela dirinya dicemari. Tolong Ya Allah peliharalah aku. Doa Zahra tidak berhenti
dalam hati bersama debaran yang seolah mahu terkeluar jantungnya. Tolong aku Ya
Allah hanya engkau yang mendengar rintihan hati aku ini.
“Tolong
Hasef…jangan buat saya macam ni.” rayu Zahra. Hasef cuba mengejar gadis itu
tetapi Zahra sebolehnya mahu mengelak darinya.
“Zahra…nanti.
Nak lari ke mana tu?? Dengar dulu…saya…” soal Hasef mengekori. Zahra tidak
mengendahkan. Gadis itu berlari ke arah bilik air pula tetapi secepat kilat Hasef
menarik gadis itu tetapi entah bagaimana
dia tertarik baju gadis itu dari belakang sehingga terkoyak. Prakkk!!! Gadis
itu terkejut. Bahagian belakang bajunya terlerai.
“Tolong
Hasef…tolong jangan…” Hasef lagi terkejut bila baju itu terkoyak sahaja,
belakang gadis itu yang berbirat hodoh kelihatan. Bila melihat kesan pukulan di
belakang gadis itu terus dia terhenti.
“Damn!”
Hasef statik di situ. Dia terkejut. Hasef terkedu lantas merungkai rambut
lebatnya. Ya Allah! Terlongo dia melihat bekas luka di belakang gadis itu!. Ada
yang masih merah dan ada yang hanya tinggal parut sahaja. Apa yang sudah berlaku
pada gadis itu??? Tiba-tiba hati Hasef terasa dipalu. Dia terduduk. Hasef meraup
wajahnya. Astaghfirullahilazim!
“Siapa pukul awak macam ni teruk sekali???”
tanyanya lagi pada gadis yang ketakutan itu. Si gadis memeluk baki baju yang
sudah terkoyak agar dapat menutupi bahagian tubuhnya yang tidak sepatutnya
ditunjukkan pada seorang lelaki. Tubuhnya terketar-ketar.
“Aaa…ayah
saya….tolonglah Hasef. Tolonglah saya. Jangan apa-apakan saya.. Saya buat ni
semua atas paksaan ayah saya. Saya bukan gadis macam ni. Saya tak biasa buat benda
macam ini. Jangan apa-apakan saya. Saya merayu Hasef. Tolong jangan apa-apakan
saya,” rayu Zahra ketakutan. Tubuhnya masih tergigil-gigil. Air liurnya kering.
Hasef
menghela nafas. Dia meraup wajahnya. Jelas gadis itu mangsa penderaan dan
paksaan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dan dia mula tersedar
salahnya semua itu. Apa yang dia terfikir untuk lakukan tadi?. Tipulah kalau
dia kata dia hanya ingin memegang pipi gadis itu tadi. Di sudut hati dia
terniat untuk lebih dari itu. Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni?? Aku dah
gila ke apa?
Hasef
bangun lantas ke bilik air. Seketika kemudian dia mandi membasahkan badannya
dengan air shower bersama rasa menyesal
yang bertindan-tindan. Teringat ibu dan ayahnya. Sudah tentu mereka malu kalau
tahu apa yang dia lakukan sekarang, di bilik hotel pula. Dia juga rasa bersalah
pada Zeti. Rasa bersalahnya naik entah ke darjah berapa. Hasef mengeleng-ngeleng.
Dia sangat kecewa dengan dirinya sendiri. Baru diuji dengan wanita seperti itu
sudah goyah. Tipisnya iman ku ini! Mujurlah dia nampak bekas-bekas luka itu.
Mujurlah Allah ingatkan dia! Allahuakbar, ampuni aku!
HASEF
keluar semula dengan rambut yang basah. Dia sedikit tersentak. Gadis itu masih
di situ. Kini telahpun duduk berselubung dengan selimut membatu di satu sofa. Jelas,
dia telahpun membalut dirinya dengan selimut yang ada di situ hanya wajahnya
sahaja kelihatan dan ada air mata yang mengalir berderaian.
Kalau dilihat lucu
pula melihat gadis itu berselubung begitu seperti hantu bungkus. Namun, Hasef tidak
sampai hati untuk ketawa. Dia benar-benar simpati dengan gadis itu. Jelas,
gadis itu sebaik mungkin mahu menutup tubuhnya seterusnya mempertahankan
kehormatannya.
Hasef
merungkai rambut yang masih basah. Zahra memandang pada Hasef tepat-tepat. . Mengira-ngira sama ada boleh
dipercayai atau tidak. Sama ada lelaki itu berkata begitu untuk memperdayakan
dia. Namun, nampaknya lelaki itu seperti boleh dipercayai.
“Err…jangan
marah kalau saya tanya. Kenapa awak ikut saja kata ayah awak tanpa melawan?
Kalau betul awak bukan gadis macam tu?” tanya Hasef lembut ke arah gadis itu. Matanya
merenung tepat. Gadis itu tidak menjawab hanya memandang Hasef dengan wajah
yang bimbang.
Keyakinannya terhadap lelaki tiba-tiba goyah
bila lelaki itu merenung begitu. Manalah tahu lelaki itu boleh berubah fikiran
pula. Dia menarik selimut yang membaluti rapat-rapat. Hasef tersenyum seolah mengerti
perasaan takut dan bimbang gadis itu. Dia kemudiannya
“Don’t worry, saya tak akan apa-apakan
awak. Lepas ni saya akan hantar awak balik.” kata Hasef seolah dapat membaca
apa yang dirisaukan oleh gadis itu. Gadis itu merenung lagi. Masih cuba menelah
keikhlasan kata-kata lelaki itu. Setelah dia pasti baru dia bersuara.
“Terima
kasih Hasef kerana tak…” kata-kata itu tidak dapat diteruskan. Tak sanggup dia
teruskan, membayangkannya pun tidak sanggup.
“Don’t thank me. Saya ni bukanlah baik
sangat. Saya nak hantar awak balik. Saya harap awak dapat lupakan semua ini.
Lepas ni jangan lagi kerja macam ni. Buatlah apa pun asalkan bukan kerja
seperti ini,” ujar Hasef panjang lebar seolah menasihati pula. Zahra
mengangguk.
“Apa
lagi…siaplah.” arah Hasef. Zahra yang berselubung mengeleng-ngeleng.
“Tak
mau balik??” soal Hasef hairan.
“Bukan…baju
saya tadi tu tak boleh pakai lagi. Koyak semua. Macamana nak balik?” soal Zahra.
Hasef menepuk dahi. Betul juga. Bagaimana gadis itu mahu balik kalau pakai baju
koyak. Kalau nak beli pun, kedai pakaian pula pasti sudah tutup dalam waktu
lewat malam begitu. Salah dia juga. Menarik baju gadis itu tak agak-agak.
“Hmm…baiklah.
Kalau macam tu. Awak tinggal dalam hotel ni malam ni. Esok barulah saya hantar
awak balik. Saya kena cari baju untuk awak dulu,” ujar Hasef.
Zahra
mengangguk lagi. Senyuman terpapar di bibir Hasef. Kasihannya dia melihat gadis
itu terpaksa membuat pekerjaan seperti itu kerana desakan dan penderaan. Hasef benar-benar
simpati.
“Berapa
umur awak sebenarnya?” tanya Hasef lembut. Baru terperasan selama-lama itu dia
tidak bertanyakan umur gadis itu. Dengan solekan tebal itu Zahra nampak agak matang.
“Umur
saya 19 tahun.” jawab Zahra.
“19
tahun? Kenapa tak sambung belajar lagi Zahra?” tanya Hasef. Zahra mengeluh.
“Itulah
cita-cita saya sebenarnya Hasef, tapi dengan keadaan keluarga saya yang miskin
saya tak ada duit nak sambung belajar. Ibu saya pun dah meninggal dunia. Lagipun
ayah saya mahu saya bekerja macam ni…. bukan belajar. Bagi dia seorang
perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Dia kata kalau saya belajar, saya
akan menyusahkan dia kerana tiada siapa yang akan jaga adik saya dan nenek
saya,” terang Zahra membuka sedikit rahsia kehidupannya kepada lelaki itu.
"Kenapa
tak melawan? Kenapa ikut saja kata-kata ayah awak?”
“Ayah
tu….dia ugut akan jual adik saya kalau saya tak kerja macam ni.” Hasef
tersentak lantas mengeleng-ngeleng. Rupa-rupanya masih ada lagi pemikiran
sebegitu dalam zaman internet seperti itu. Manusia yang masih berfikiran lama.
Dulu dia menyangka seorang wanita yang bekerja seperti itu pasti kerana untuk
mendapatkan duit lebih sahaja tetapi dalam kes gadis itu, dia dipaksa pula.
Entah
berapa ramai lagi wanita diperdagangkan secara paksa seperti itu. Dalam banyak
kes yang mengeksploit mereka bukan orang lain, malahan ahli keluarga atau kawan.
Orang-orang yang dipercayai dan sebenarnya bertanggungjawab terhadap wanita
tersebut tetapi telah mengkhianati wanita itu.
Apalah nak jadi dengan dunia?
Zaman telah canggih tapi pemikiran sesetengah manusia masih di takuk lama.
Masih mental dunia ketiga sanggup buat apa sahaja asal mendapat wang dan
sanggup mengkhianati kepercayaan. Biarpun orang itu darah daging sendiri.
Suasana
senyap seketika. Hasef berdehem tidak selesa. Makin lama dia di situ matanya
macam tak lepas-lepas memandang gadis itu. Bahaya!
“Baiklah.
Sebelum saya hilang pertimbangan baik saya pergi. Seriously, you are too
beautiful Zahra. I don’t trust myselfkalau saya terus berada di sini!”
bisiknya lirih menahan gelora di dada. Memang gadis itu terlalu menggodanya.
Dan dia tidak mahu hilang pertimbangan lagi. Perasaan takut Zahra datang kembali.
Dia menarik selimut di bawah dagu rapat-rapat.
“Esok
saya akan kembali dan bawa baju untuk awak.” sambung Hasef. Tiba-tiba Hasef
terfikir. Setiap hotel seperti itu ada yukata seperti kimono yang disediakan. Hasef
bangun menuju ke wardrobe bilik itu dan mengambil kimono atau yukata dari
almari hotel itu dan memberikannya pada Zahra.
“Nah,
buat sementara ni awak pakai kimono ni dulu dan tutup badan awaktu.” suruh Hasef.
Zahra mengambil kimono tersebut dari tangan Hasef pantas. Kemudian terus ke
bilik air. Hasef hanya tersengeh. Gelihati melihat telatah Zahra itu.
Aduhai
kalau tiada iman mahu saja dia memeluk gadis itu tadi. Tapi dia sedar kalau dia
berbuat demikian sudah tentu dia tidak dapat berpaling lagi dan seterusnya
musnahlah segalanya. Bukan sekadar diri gadis itu tetapi dirinya juga musnah,
fikir Hasef lalu keluar dari bilik hotel itu. Dia masih rasa begitu ralat namun
dia bersyukur tiada apa-apa yang berlaku yang dia perlu sesalkan. Ingatan itu
membuatnya sedikit lega.