Satu perkara yang dia tidak berapa gemar ialah
menghiburkan pelanggan seperti itu bahkan di kelab pula. Kadang-kadang
pelanggan minum-minum dan berpeleseran dengan wanita hingga ke pagi. Walaupun
dia tidak turut sama minum dan berhibur dengan wanita tetapi lebih kepada
meneman sahaja tetapi duit syarikatnya ada juga saham dalam aktiviti seperti
itu. Itu yang buat dia sedikit ralat.“Biasalah
Hasef. Nak buat macam mana client dah mintak. Kau hadap sajalah. Yang penting
kita dapat projek juta-juta lepas ni. Kita dah kena ada track record
kerja-kerja macam ni kalau nak diversify. Mereka nak gunakan sistem kita ni
untuk semua cawangan mereka. Dahlah syarikat ni ada merata cawangan seluruh negara.
Siapa nak bagi juta-juta?. Kaya kita
beb. Kaya. Jadi, tak ada apalah kalau setakat berhibur beberapa ribu ni, kan?”
kata Malek menepuk bahu Hasef yang berpakaian kasual dengan kemeja East India
berwarna biru tua dan seluar khaki. Rambutnya tersikat rapi dengan fesyen
rambut terkini.
. Bila dia berkeadaan relaks seperti itu wajahnya tampak lebih
tampan. Beberapa wanita di kelab mula tertoleh-toleh padanya, satu pemandangan
biasa bila Hasef ke mana-mana. Malek tersengeh melihat reaksi wanita-wanita di
situ, maklum benar dengan daya tarikan rakannya itu pada mana-mana wanita.
Lelaki melayu terakhir!
“Aku
harap client kita kali ni taklah macam tu. Setakat menari-nari sikit okaylah.”
ujar Hasef menyatakan kerisauannya.
“Tapi
mereka bukan Islam pun. Kalau orang Melayu mahu jugak mendidih hati aku ni
tengok perangai tak senonoh.” kata Malek menambah.
“Betul
tu. Tambahan pulak kalau tahu dah berkahwin dan berkeluarga pulak. Adui mahu
bernanah mata aku tengok. Tak rasa
bersalahkah buat macam tu sedangkan ada anak dan isteri di rumah?” sambung Hasef
pula. Malek mengangguk-angguk.
“Hah,
itu pun Eric dan Wong dah sampai.” kata Malek bila seorang lelaki berkepala
separuh botak melambai pada mereka di sebuah sudut yang bersofa. Suasana agak
mengujakan dengan music rancak bergema. Di sebelah lelaki botak itu seorang
lelaki turut tersenyum dan mengangkat tangan. Hasef dan Malek berjabat tangan
sebaik sahaja menghampiri 2 orang lelaki berbangsa cina itu.
“Dah lama sampai ke ?” tanya Hasef. “Sorry kami lambat sikit.
Traffic jam bila nak keluar dari pejabat tadi.” sambung Hasef memberikan
alasan. Eric dan Wong mengangguk dan tersengeh.
“Tak apa, kami pun baru sampai juga.
You allnak pesan minuman?” tanya
Eric sudahpun memanggil seorang pelayan lelaki yang berada berdekatan.
“Baguslah. Tak lamalah you all menunggu. Oh ya drinks…Coke untuk kami berdua.” pinta Hasef
kepada pelayan di situ. Pelayan itu mengangguk dan berlalu kemudian datang
semula dengan 2 gelas coke. Mereka berbual seketika, berbincang sedikit tentang
kerja dan kemudian meleret kepada hal wanita pula. Dari perbualan, mereka tahu
yang kedua-dua lelaki itu telahpun berkahwin. Namun kesempatan berada di situ
mereka gunakan untuk berhibur dengan beberapa wanita GRO yang berpakaian tak
cukup kain.
Beberapa
wanita telahpun mengambil tempat di
sebelah Eric dan Wong. Mana tidak, dua tauke kaya itu laksana gula dihurung
semut. Semut yang dapat menghidu manisnya duit. Hasef hanya memerhatikan. Ada
juga GRO yang datang padanya tapi Hasef menolak dengan baik. Jenuh juga menepis
tangan-tangan yang tidak malu ikut suka memegang lengan sasanya dan pipinya.
Dia hanya tersengeh dan berkata. “Sorry,
not interested.” menyebabkan wanita-wanita tersebut menarik muka seketika.
Berpeleseran dengan wanita bukan resam Hasef. Dia jenis lelaki setia pada yang
satu dan saat itu setianya hanya pada Zeti. Ye Zeti…dia meyakinkan dirinya.
Zeti yang mencuri hatinya sejak 5 tahun dulu.
Sedang
mereka berbual itu Malek mendapat satu panggilan telefon dan berlalu untuk
mengambilnya. Seketika kemudian dia datang kembali.
“Eh Hasef, aku ada emergency ni kena
balik awal. Mak bapak aku baru sampai dari kampung ni. Ada kat Teminal
Bersepadu Selatan. Aku kena jemput diaorang. Tak tahu pulak orang tua berdua tu
nak datang. Kau okay ke aku balik ni?” kata Malek tiba-tiba yang baru sahaja
menerima panggilan dari ayahnya. Hasef mengeluh. Rasa kurang selesa berseorangan
saja di situ memerhati kerenah client
mereka itu. kalau ada Malek boleh juga berbual dan menepis ajakan wanita-wanita
untuk menari di situ. Tapi apa pun family
comes first. Sudahlah tu ibubapa Malek datang dari jauh.
“Okay…okay. Kau baliklah biar aku temankan
mamat berdua tu ni. Jangan risau aku ok boleh handle sorang..” katanya separuh
benar. Dia kasihan pula ibu bapa Malek menunggu di stesyen bas malam-malam
begitu.
“Thanks. Sorry tau aku terpaksa
balik.” ujar Malek merasa bersalah.
“Pergilah balik…kalau aku kata okay
tu okaylah. Karang aku tak bagi kau balik baru kau tahu.” kata Hasef separuh
bergurau. Malek ketawa.
“Orait aku balik dulu. Kalau ada
apa-apa call aku. I owe you this one,”
ujar Malek bersungguh.
“Dah, tak payahlah nak buat drama
pulak kat sini. Nak blah kau blah la. Buat-buat kesian kat aku pulak,” marah Hasef
bosan. Malek tersengeh kemudian berlalu. Hasef hanya melambai sekilas pada Malek
yang berlalu.
HASEF
menebar pandangan bosan. Dah 3 jam dia di situ meneguk beberapa gelas coke dan
mengunyah kentang goreng. Silap haribulan boleh kencing manis dan darah tinggi
kalau dia berlama lagi di situ. Dan paling bosan bila ada wanita tidak tahu
malu yang tiba-tiba singgah untuk berbual. Penat dia menepis dengan
berbagai-bagai alasan. Wanita-wanita itu cantik dipandang tetapi plastik saja
baginya menyebabkan dia tiada mood untuk berbual. Mekapnya saja tebal entah
berapa inci. Bau minyak wangi yang macam-macam juga seolah meloyakannya.
“Hasef, come on. Pergilah menari.” Tiba-tiba Eric yang berpapasan dengan
seorang wanita seksi di sebelahnya menyuruh.
“Tak apa Eric. You go ahead.” suruh Hasef berbasa-basi. Adui, kau nak menari
pergilah menari. Mengapa pulak nak suruh aku? rungut Hasef dalam hati terasa
rimas.
“Inikan Friday night…lagipun you single. Pergi pilih mana-mana perempuan tu
dan ajak menari. ” suruh Eric lagi.
“Tak apalah tauke I tak pandai
menari.” ujar Hasef menolak. Adui! Melebih pulak tauke sorang ni, bisik Hasef dalam
hati.
“Iye ke? Hensem macam ni tak tahu menari?”
tanya Eric seperti menyindir.
“Betul…tak tau menari lah tauke.” Hasef mengulang lagi. Hai!
Tak percaya pulak! Eric ketawa berdekah-dekah. Jelas dia sedikit mabuk. Entah
apa yang kelakar sangat.
“Hasef, ini lagi satu… kami mau
ambik perempuan escort bawak balik hotel tau malam ni. You boleh bayarkan ke?”
tanya Eric tiba-tiba sambil memandang pada Wong berdekatan. Jelas mereka berdua
telah berbincang. Inilah satu perkara yang Hasef tidak suka. Apa hal pula mahu
bawa perempuan balik? Tak cukup berhibur di kelab itu sahaja,? rungut hatinya.
“Berapa harga?” tanya Hasef bila
melihatkan lelaki berdua itu bersungguh-sungguh.
“Dalam satu ribu. Ini fresh punya tau.” jawab Eric dengan
senyuman penuh erti. Fresh? Tauke itu
ingat perempuan macam ikan ke? bisik hati Hasef geram.
“Tauke, perempuan sini tak cukup ke
mahu ambik bawak balik pulak?” komen Hasef tidak puas hati tapi dari celah
senyuman tak ikhlasnya. Bunyi macam bergurau tapi sebenarnya menyindir.
“Aiyooo sunyilah outstation macam ni
tak de perempuan. Itu Wong pun mahu jugak,” kata Eric. Amboi! Kau berdua ingat
aku cap duit kah? Sekali dua orang pulak? 2 ribu tu kalau dua orang. Kemudian
untuk apa? Bayar perempuan escort sampai semahal itu. Entah apa pula aktiviti
di bilik hotel selepas itu sedangkan projek pula belum tentu dapat. Nanti tak
pasal-pasal aku terbabit dosa pulak, rungut Hasef dalam hati.
“Tak payahlah tauke. You minum-minum
sini sajalah. Tak perlu escort-escort.”
pujuk Hasef. Layu wajah tauke
berdua itu. Mereka saling berpandangan. Namun di sudut hati, syaitan mula
membisikkan jarum halus. Tapi apa peduli mereka bukan orang Islam pun. Kalau
orang Islam sudah tentu dia tidak mahu bersubahat.
“Hasef, kalau tak boleh tak apa.
Projek tu I akan pertimbangkanlah ye.” Tiba-tiba Eric berkata begitu. Bunyi
macam mengugut pula.
“Eh, apa kena mengena projek tu
dengan perempuan tauke?” tanya Hasef tak puas hati.
“Adalah. Kami nak bawak balik perempuan malam ni. Kalau tak, susah sikitlah dapat project tu. ” ugut Eric sambil tersengeh-sengeh sengaja. Wong juga
mengangguk-angguk. Hasef menghela nafas.
“Baiklah
tauke. Tauke pilih je perempuan mana buat escort. Nanti saya bayarkan.” kata Hasef
akhirnya menurut sahaja. Tu dia, terbanglah duit aku 2 ribu! Yelah, mereka
bukan Islam pun dan wanita yang jadi escort kebanyakannnya bukan Islam juga. Dia
cuba menyedapkan hati. Atas dasar itu dia sepatutnya tidak rasa bersalah pun.
Tapi entah kenapa dia terasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada rasa bersalah
itu. Hendak juga dia lihat secantik mana escort berharga Rm1 ribu. Hebat
sangatkah sampai satu malam 1 ribu? Hasef bersoal sendiri lantas meneguk lagi
air Cokenya.