Seperti
biasa hujan yang lebat kadang-kadang cepat pula redanya. Zahra terasa lega bila
hujan berhenti tetapi bas yang ditunggu belum nampak kelibatnya pula. Untuk
melihat bas, Zahra bangun dan berdiri agak hampir dengan jalan menjenguk
kalau-kalau ada bas. Di hadapan bus stand itu ada lopak-lopak air berlumpur
yang terhasil dari hujan lebat tadi. Lopak-lopak itu disebabkan oleh beratnya tayar bas yang acap
kali menghunjam di situ bila berhenti mengambil penumpang. Biarpun diturap
berkali-kali kawasan depan perhentian bas tetap berlubang dan menakung air bila
hujan.
Sedang
Zahra berdiri berdekatan tercangak-cangak, tiba-tiba sebuah kereta Range Rover
Evoque berwarna merah berhenti mengejut dan melanggar lopak air tersebut. Impak
dari tayar SUV itu telah menyebabkan air lopak itu menyimbah tepat pada Zahra
yang berdiri di situ mengenai dirinya.
Zahra
yang terkena air tersebut menjerit kuat kerana terkejut. Semuanya berlaku
terlalu pantas dan Zahra pula tidak sempat mengelak. “Argggh!!!!!!” jeritnya
bila air lumpur mengenai muka dan bajunya. Tepat pula tu sehingga ada yang
masuk ke dalam mata dan hidungnya. Bila dia melihat kesannya dia lagi terjerit tapi
kali itu dengan perasaan marah dan geram.
“Orang gila mana bawak kereta berenti
ikut suka nih!!!!” jerit Zahra spontan dan agak kuat kepada kelibat SUV merah
itu. Dia terperasan pemandu di dalamnya memandang padanya sekilas sebelum
berhenti di hadapan.
Zahra mengesat lumpur yang mengenai wajahnya.
“Blerghh!!” lumpur yang termasuk ke dalam mulut diludah beberapa kali. Saat itu
terasa seperti mahu muntah mengingatkan entah apa yang ada pada lumpur itu.
“Buta
ke atau tak reti bawak kereta. Kalau tak reti bawak kereta tu jangan bawak.
Menyusahkan orang je. Harap kereta je besar tapi otak kecik, isyhhhh menyampah
betul. Tak semena-mena aku makan lumpur pulak. Memang aku tak cukup makan tapi
aku tak naklah makan lumpur ni….hiiii gerammnyaaaaa!!!” bebel Zahra seorang
diri melayan perasaan geram.
Dia menarik pula tudung dan baju yang basah yang
sudah tentu melekat pada tubuhnya saat itu. SUV di hadapan direnung. Pemandunya
masih belum turun.
“Entah-entah nak lari. Kurang asam betul…tahulah awaktu ada kereta hebat…orang kat
tepi tak nampak. Main berhenti je ikut suka. Tak semena-mena aku pulak jadi
mangsa," Zahra mengomel lagi.
Argghhh! Habislah muka aku, baju aku. Dahlah berlumpur entah ada tahi
anjing ke kucing ke…ishhh!! Bakteria…bakteria..Yang masuk mata, hidung dan mulut
aku lagi. Entah-entah aku kena samak pulak. Apa jadi kalau jangkit kuman pulak?
Geramnya.
Kalau dia ada depan aku ni aku tonyoh-tonyoh balik lumpur ni kat muka
dia. Manusia yang langsung tidak bertimbangrasa. Entah dari planet mana tah.
Argghhh! Tahi itikk….tahi ayammmm….tahi kudaaa….memanglah shitttt. Dahlah
busukkk.....yuckkk!” omel Zahra pula sambil menyapu lagi lumpur yang terkena pada
pakaian dan tudungnya. Baju kurung dan
tudungnya yang berwarna cerah itu telah berbelang-belang dengan lumpur.
Entah
apa malangnya hari itu. Dahlah basah, kena lumpur lagi. Nak menangis pun ada...
sabar Zahra, sabar, pujuknya sendiri. Arggh! Tapi hatinya geram!
“Tak
elok menyumpah orang macam tu…not so
sweet for a girl..” tiba-tiba kedengaran suatu suara garau seorang lelaki .
“Huh??!!” Zahra tersentak. Dia yang
sedang tunduk menyapu lumpur itu mengangkat muka. Matanya menangkap kelibat seorang
lelaki berpakaian kemas bertali leher sedang berdiri di salah satu tiang bus
stand sedang memandang padanya. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Matanya
tajam memerhati.
“Dah
habis sessi menyumpah saya?? Dah puas hati? Amboi…siap keluar semua tahi binatang
tu…rare sungguh sumpahan itu!” ujarnya dengan sinis. Zahra mencebik. Rare kata
dia? Mamat ni nak kena cekik ke apa? Zahra rasa seperti mahu keluar api saja
dari hidungnya seperti seekor naga. Kalau dia seekor naga pasti sudah rentung
lelaki di hadapannya itu.
“Look, saya memang tak nampak awak tadi. I am really sorry. I really do,” ujar lelaki
itu memandang gadis itu dengan rasa simpati berbuku di hati. Ada rasa bersalah.
Ada senyuman simpati di bibirnya melihat gadis bersalut lumpur kuning itu.
Namun,
senyuman lelaki itu tidak dapat memadamkan rasa geram yang bertakhta di hati
Zahra saat itu. Oh, senyuman apakah itu? Senyum gelihatikah itu?
Hatinya mencanak geram. Dahlah palitkan lumpur padanya dan
sekarang ikut suka pula tersenyum gelihati??
Tunggu!,
bisik hati Zahra, ada sesuatu yang sangat familiar
tentang lelaki itu. Mata mereka bersatu seketika. Renungan mata dan senyuman sinis itu? lelaki berpenampilan kemas itu seperti pernah nampak….serta-merta otak Zahra terpapar
peristiwa beberapa hari lepas.
Tak guna…lelaki itu ialah kawan abang Malek yang
menempah nasi lemak darinya beberapa hari lepas!!. Itulah lelaki yang emo
dengannya waktu itu!!!
Arggh!!! Zahra terasa seperti mahu menjerit. Dia geram. Sangat geram!