Home Novel Cinta Salju Di Edinburgh
Salju Di Edinburgh
che'
4/6/2020 13:54:16
126,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
45


      “Bos panggil Ain kah?” Andy bertanya sewaktu kami sedang bermesyuarat di pejabat pada satu petang.  Aku merasa pelik ditanya begitu.  Memang baru sahaja aku melaung nama setiausahaku dari bilik ini.

      Aku mengangguk.  Memandangnya kehairanan.

      “Bukan apa, aku rasa Bos panggil nama lain tadi.  Amelia.  Begitulah yang aku dengar,” Andy mengulas lanjut sambil tersenyum memandangku.

      Wajahku menjadi pucat seketika.  Bagaimana aku tidak perasan pula?

      “Kalau ikutkan Ain pun ada beritahu aku.  Semenjak lima enam bulan selepas Bos balik dari London, ada sekali dua Bos panggil dia dengan nama lain.  Rasanya nama itu juga,” sambung Andy lagi.  Aku terdiam mengerutkan dahi.

      “Bos memang tak sedarkah?” tanya Andy lagi sambil ketawa kecil.

      Aku menggeleng.  Tersenyum kelat mendengar Andy mengetawakanku.

      Andy berhenti ketawa setelah melihat riak wajahku berubah.

     “Siapa Amelia itu, Bos?” tanya Andy.  Suaranya bernada bimbang.  Berbeza dengan raut wajahnya yang keras tidak ubah seperti anggota tentera.  Ditambah pula dengan rambutnya yang dicukur botak.  Dengan ketinggian yang mencapai 6 kaki, adakalanya dia kelihatan seperti pengawal peribadiku sewaktu kami berjalan bersama di tapak pembinaan.

      “Entah.  Perempuan mana.  Aku tak ingat,” aku menjawab.  Kembali meneliti laporan kertas kerja di atas meja.

      Tidak semena – mena tanganku sibuk menyelak lembaran – lembaran kertas di hadapanku.  Segan pula tersasul menyebut nama yang bukan – bukan dalam mesyuarat kerja ini.  Seolah – olah tiada kawalan diri pula.

      “Andy.  Tolong panggilkan setiausaha aku,” ujarku tanpa membuang masa.



Previous: 44
Next: 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.