Home Novel Cinta Sindiket Cinta
Sindiket Cinta
awa
3/9/2024 10:15:04
7,941
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Epilog

HAZIRAH lajukan langkah. Hati dia tidak tenteram selagi tidak berjumpa dengan orang yang dicari sejak tahu orang tersebut terlibat dalam misi rahsia.


“Hana!” Hazirah menahan wanita yang baru saja berpampasan dengan dia.


“Bos ada?” Hana satu-satunya harapan untuk tahu di mana keberadaan orang tersebut.


“Tadi ada dekat dalam bilik mesyuarat. Dengan Tuan Adnan.”


Hazirah hela nafas lega. Pencarian dia bakal berakhir. Tak perlu lagi merasa risau. Selepas ini tidur dia akan lena tanpa ditemani mimpi-mimpi ngeri.


“Tapi dengar-dengar…Bos dengan Tuan Adnan nak keluar. Tak pasti nak pergi mana.”


“Thanks Hana.” Hazirah kembali kalut. Dia perlu segera. Takut hari ini dia akan terlepas peluang keemasan berjumpa dengan orang tersebut. Hanya orang yang bertuah saja mampu bertentang empat mata dengannya.


Sesampai saja di bilik mesyuarat, Hazirah tidak tunggu lama untuk menolak pintu. Namun belum sempat dia berbuat demikian, pintu terlebih dahulu dibuka dari dalam. Terjegul muka orang yang dia cari-cari bersama suaminya.


“Azi? Buat apa dekat sini?” Adnan bertanya. Bukan dia tak perasan seluruh tumpuan isterinya terhala pada orang sebelah.


“Azi nak jumpa dia…”


Jawapan Hazirah mengejutkan Adnan. Tidak hanya suaminya, orang di depannya juga memberi reaksi kurang senang. Mungkin orang itu tahu hubungan suami isteri dia dan Adnan.


“Bukan berdua, tapi bertiga dengan abang.”


Ada kelegaan terpancar di wajah orang sebelah Adnan.


“Kita orang nak keluar lunch. Boleh pergi sekali.”


Suaranya buat Hazirah puas hati. Suara yang mampu membuatkan semua wanita cair. Mujur saja dia sudah berkahwin. Dan dia belum buta jelingan bertali-arus suaminya. Jelingan berbaur amaran manja supaya tidak melampaui batas.


Kurang satu jam mereka bertiga sudah berada di sebuah restoran. Suasana lengang seolah-olah membuka ruang untuk Hazirah berbual santai dengan orang yang duduk di sisi Adnan.


Dia sedang menunggu peluang yang sesuai untuk buka mulut. Dia tidak akan sesekali menganggu waktu makannya biarpun kesabaran dia sedang diuji hebat.


“Puan nampak runsingkan sesuatu.” Suara garau itu berbunyi setelah pinggan ditolak ke tepi.


Hazirah senyum tipis. Desas-desus yang dia dengar benar sama sekali. Orang di depannya bijak membaca isi hatinya.


“Saya dengar Tuan Adam tengah intip seseorang.”


Terjongket kening Adam. Kagum bila ada yang tahu. Sedangkan dia berusaha keras supaya intipan dia tidak sampai ke pengetahuan orang lain. Dan dia tahu siapa pelakunya. Kerlingan dia singgah di sebelah.


“Sorry, Dam…Setiap malam aku kena desak. Aku terpaksa.” Adnan bersuara.


Tak jadi Adam mahu marah bila dengar kejujuran Adnan.


“Rasanya, puan tak terlibat dalam misi tu. Jadi puan tak perlu risau.” Adam berbalik semula pada Hazirah.


“Tapi Ayana kawan baik adik saya.” Keras sedikit suara Hazirah. Sampaikan dia berjaya menarik perhatian beberapa orang yang ada di situ.


Mujur perhatian mereka hanya sebentar. Hazirah kembali bersuara setelah mereka semua mengalihkan pandangan.


“Dia tengah hasut adik saya. Dan saya yakin adik saya akan termakan hasutan dia.”


“Jadi nasihat dia.” Pangkah Adam.


“Dia takkan dengar.”


Adam mengetuk perlahan meja. Dia juga bukan pakar penasihat. Itu tak termasuk dalam skop kerja dia.


“Hanya tuan mampu ubah adik saya.”


“Wait…Wait.” Adam betulkan duduknya. Perbualan Hazirah sudah lari dari misinya. Sedikit tersasar dari landasan.


“Ni gambar dia…Nama dia Hawa. Orangnya degil. Tapi masih mampu dengar cakap kalau berkeras sikit. Dalam berani, ada juga takutnya.” Sekeping gambar dikeluarkan lalu ditolak pada Adam.


“Saya harap tuan sanggup terima misi sampingan.”


Lama Adam menatap wajah di dalam gambar. Seolah-olah tuan punya badan ada di depan mata.


“Tolong pantau adik saya…Dan pastikan dia pulang dengan selamat.”


Adam diam. Amanah itu cukup besar. Keselamatan orang lain berada di tangannya.


“Saya tahu tuan tengah cari calon isteri.”


Mata Adam naik memandang Hazirah. Sedikit terkejut kerana terlalu banyak yang Hazirah tahu tentang dirinya. Sekali lagi dia mengerling Adnan yang pura-pura menghirup air.


“Kalau tuan berkenan, saya akan serahkan adik saya pada tuan sebaik saja semuanya selesai nanti.” Itu jaminan Hazirah.


Adam masih belum bersuara. Kebisuan Adam sedikit sebanyak meresahkan Hazirah. Sekiranya adiknya termakan dengan hasutan Ayana, bimbang adiknya tidak mampu meloloskan diri. Perlu ada bantuan jika mahu adiknya pulang dengan selamat.


“Jadi selepas ni saya akan ada abang dan kakak ipar yang sama bidang dengan saya, huh?”


Perlahan-lahan Hazirah melukis senyuman kemenangan. Rundingan dia berjaya dengan cemerlang.


Tersedak teruk orang di sisi Adam. Sampai merah-merah mukanya. Dia menjangkakan penolakkan Adam. Siapa tahu Adam terima tanpa berfikir panjang.


“Deal!”


Sekali pandang, Adam sudah tidak mampu menolak. Dia sudah jatuh cinta. Dan dia akan buatkan Hawa juga jatuh cinta padanya. Dia perlu rangka rencana dari sekarang. Dia bakal menggunakan semua kelebihan yang dia ada. Pasti!

Previous: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.