Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 30

Aku membuka pintu bilik lalu menghidupkan lampu. Perasaan akuberbelah bagi. Adakah cara aku ini betul? Walaupun aku tahu Encik Faries tidakpernah memaksa aku menerimanya tapi aku kini isterinya. Derhakakah aku keranatidak menyenangkan hati Encik Faries? Tapi Encik Faries kata dia tidak sukamemaksa aku. Maka aku tidak berdosa kerana bukan aku tidak mahu tapi aku belumdapat menyesuaikan diri aku dengannya. Fikiran ku bercelaru bila memikirkannya.Aku menuju kearah laci lalu menarik sehelai night gown lalu mengantikan seluarpanjang dan t-shirt yang ku pakai tadi. Bila aku meluangkan masa bersama denganEncik Faries aku lebih selesa memakai seluar panjang dan t-shirt. Tapi bilahendak tidur tu aku suka memakai nightie atau pajamas.

 

Akumematikan lampu lalu baring di atas katil. Lampu sisi ku hidupkan. Aku sukakanEncik Faries. Setakat ini layanan yang dia berikan kepadaku semuanya baik-baikbelaka selain dari dia sedikit tegas dan garang bila aku melakukan kesilapan.Itu perkara biasa kerana dia berhak menegurku kerana dia suamiku. Cuma perasaanaku terhadap diri dia masih belum dapat ku pastikan lagi. Samada aku sayangatau hanya suka padanya. Tapi aku sedar sejak akhir-akhir ini aku merasa tidaksenang bila Faries kelihatan mesra dengan pelakon yang bernama Puteri Ernisaitu. Mesranya bukan main. Cemburu?? Bukankah cemburu itu tandanya sayang? Isskbetul ke aku cemburu atau aku cuma tidak boleh angkat perangai manja PuteriErnisa tu. Hmm.

 

DanEncik Faries? Bagaimana pula perasaan Encik Faries terhadap diri aku. Adakahdia cinta dan sayang pada aku? Atau perasaannya terhadap diriku masih samamacam dulu? Sepertimana yang aku katakan. Sukar untuk aku mentafsirkannyakerana Faries seorang pelakon hebat. Kadang kala stress juga memikirkannya.

 

Tapiwalau bagaimanapun aku bahagia dan selesa dengan kehidupan aku sekarang setelahberumahtangga. Aku tidak perlu risaukan tentang Rizal dan mak abah tidak perlukhuatirkan tentang diri aku kerana aku sudah bersuami. Aku hanya perlu belajarmenyayangi dan mencintai suamiku dan aku harus pandai memikat hati Faries agardia tidak akan mencari wanita lain bila dia tidak mendapat perhatian dan kasihsayang dariku. Encik Faries layak berkahwin lebih dari satu kerana dia mampu.Dan aku tidak berhak menghalang jika dia mahu berkahwin lagi, kerana akusendiri tidak dapat memberi kebahagian kepada Encik Faries. Ya Allah bukakanlahpintu hatiku untuk menerima suamiku. Kau lembutkanlah hati kami dan semaikandengan perasaan cinta dan kasih sayang. Amin.

 

Akutidak ingin melihat perkahwinan kami gagal sebelum kami cuba kearah kebaikanrumahtangga kami. Berilah kami kesempatan untuk bercinta dan mengenali hatimasing-masing.

 

Sungguhpunlayanan Encik Faries lebih kepada seorang teman dari seorang isteri tapi akubahagia. Pelik kan bunyinya. Mungkin kerana selama ini aku tidak di berilayanan baik sepertimana Faries memberi kepadaku bila aku bertunang denganRizal dahulu. Aku seringkali di buli Rizal. Apa yang dia kehendaki aku terpaksamemberi. Rizal selalu meminjam wang denganku. Dia juga mendesak aku memohon kadkredit dan memberinya kebebasan untuk mengunakannya. Tapi bila di minta untukmelunaskan kredit. Rizal buat tidak endah. Dia hanya mempergunakan aku untukkepentingan dirinya. Sebelum bertunang Rizal tidak begini. Dia seorang lelakiyang baik. Pandai menjaga hati kedua orang tuaku. Tapi perangainya berubahsetelah kami bertunang. Rizal tidak seperti lelaki yang pernah aku kenalidahulu. Seorang yang boros dan seringkali memberontak bila kehendaknya tidak ditunaikan.

 

SelepasRizal aku mengenali seorang lelaki bernama Ilhan. Seperti biasa pada zahirnyaIlhan tampak seperti lelaki yang baik dan penyayang. Dan aku tidak sukabersangka buruk terhadap diri seseorang. Sehinggalah aku mendapati bahawa Ilhanpunya isteri dan anak. Sejak hari itu kepercayaan aku terhadap lelaki yangberlagak baik tetapi sebaliknya tidak lagi aku percayai. Aku seakan sudah serikuntuk bercinta lagi. Sehinggalah sekarang, bila aku terpaksa berkahwin denganFaries Syamri. Setelah hampir sebulan kami berumahtangga. Aku belum melihatkeburukkan Faries. Suamiku itu seorang lelaki yang menghidap penyakit OCD danjuga seorang suami yang tegas. Faries juga seorang lelaki yang baik hati. Diaselalu ambil berat terhadap diriku.

 

Selesaimembaca doa tidur dan surah alyatul kursi. Aku mematikan lampu untuk tidur.Cuba untuk tidak memikirkan tentang Encik Faries. Semakin aku fikir semakin akurasa bersalah dengannya.

 

Nashasyurga di bawah tapak kaki suami. Kau sakitkan hati suami kau..kau tak akandapat cium bau syurga pun..aku bangun lalu menghidupkan lampu sisi. Ah sudahaku tidak dapat tidur kerana dibelenggu perasaan bersalah. Aduh macamana ni? Tidak senang hati kerana aku tidak menunaikan hasratnyatadi. Perkataan berdosa kerana menolak ajakan suami dan dilaknat oleh Malaikathingga waktu Subuh terngiang-ngiang di telingaku. Tapi aku belum bersedia? Akumasih malu pada Encik Faries. Argghh stress tahu tak? Harus ke aku kebilik Encik Faries?

 

Akumelirik kearah jam jarum jam menunjukkan hampir ke 11 malam. Encik Faries sudahtidur atau masih berjaga lagi? Minta-minta dia sudah tidur lah hendaknya. Aku bangkitdari katil lalu menuju ke almari, pintu almari ku buka. Aku mencapai sehelaicardigan dari hanger cardigan itu ku sarungkan ke atas badanku. Almaklumlah akusudah ganti kepada nightie yang tidak berlengan dan seksi tu jadi bila pakaicardigan tu tak lah tampak seksi sangat.

 

Dihadapan cermin sempat aku menyisir rambut ikal aku itu dengan jari agar tidaknampak berselerak. Sempat juga hendak check penampilan aku. Ini semua nervousaction. Yelah aku merasa rendah diri bila berada bersama Encik Faries. Diaselalu di kelilingi wanita-wanita cantik dan menarik. Dan aku tidak setandingdengan mereka. Jadi sedikit sebanyak membuatkan aku rasa tergugat. Aku merasabahawa diri ini tidak layak menjadi isterinya dan tidak sepadan dan juga keranaaku merasa gementar bila berdepan dengan Encik Faries. Ah apa-apa pergi toiletdululah. Aku dah seperti arwahyarham S. Samsudin dalam cerita seniman bujanglapok. Berapa kali ke toilet untuk terkucil hingga tidak ada apa lagi yangkeluar.

 

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.