Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 41

Aku mengerutkan dahi bila kedengaran loceng bunyibertalu-talu tanpa henti. Aduh! Siapa pula yang mengacau pagi-pagi buta begini?Nak tidur pun tak senang. Rungutku dalam hati. Issk. Aku membuka mata perlahan.Terperanjat bila mendapati Encik Faries sedang tidur lena di sampingku. Akutersenyum sendiri bila mengimbas kembali saat kami bersama malam semalam.Terlalu indah untuk aku gambarkan. Aku menyentuh dan membelai wajah kacak EncikFaries perlahan, lelaki itu tidak sedar kerana lena beradu. I love you dearhusband!. Bisikku perlahan. Lamunanku terhenti bila loceng itu berbunyi lagi.Issk sibuk betul lah. Aku bangkit dari katil lalu mengenakan robe dan menujukearah pintu lalu membukanya.

 

Tercegat di hadapan pintu aku itu tetamu yang tidak diundang. Siapa lagi kalau tidak si Medusa tu. Apa yang perempuan ni hendakpagi-pagi buta begini. Pintu, aku hanya buka separuh. Aku memandang PuteriErnisa dari atas hingga ke bawah wanita itu sudah berpakaian lengkap sepertihendak keluar berjalan. Hendak kata dia pergi jogging tidak kerana dia tidakmemakai sport gear. Dia mengenakan mini skinny jeans dengan peplum blouseberwarna hitam di padankan dengan stiletto hitam. Seperti hendak keluarbersiar-siar.

 

“Eh?? baru bangun..you tak tahu ke boss you ada shootpagi ni?,” ujarnya terperanjat bila PA Faries masih berada di dalam robe danbelum bersiap lagi.

 

“Huh?? Shoot pagi-pagi buta gini..ada ke?,” soalkubila Ernisa mengatakan Encik Faries ada shoot awal begini. Subuh pun belummasuk lagi. Setahu aku schedule Encik Faries hari ni, dia hanya ada scene padapetang sahaja.

 

“Eh duh!!..semalam masa dinner..director dah text to bothof us..ada wee morning shoot..where is your boss?? I rang his doorbell manytimes dia tak buka pintu,” ujar Ernisa ingin tahu. Semalam makan malam merekahanya sekejap sahaja. Dia tidak puas makan malam bersama dengan Faries keranalelaki itu mengatakan dia penat dan hendak berehat dan pulang ke bilikhotelnya. Dan bila dia menawarkan diri untuk menemani Faries. Faries menolakkerana tidak mahu kelihatan bersama selalu. Khuatir ia akan menimbulkan gossipkatanya. Kalau gossip mereka bersama, dia tidak kisah kerana itu yang dia mahu.Dia senang dengan Faries dan mahu Faries menjadi teman lelakinya.

 

Boss? Ada bersama dengan aku? Senyumku sendiri bila mengenangkansaat kami bersama semalam aku dapat merasakan bahawa Encik Faries turutsayangkan aku. Bagaimana aku tahu? Dari cara layanan yang dia berikan padaku semalam.His touch. His kiss. Heaven.

 

“Eh I tanya you ni..yang you syok sendiri kenapa??,”ujar Ernisa baran bila dia tanya mana Faries, PAnya pula kelihatan berangansendiri dan tidak dengar apa yang dia katakan tadi.

 

Aku menjeling bila Ernisa aka ‘Medusa’ berkatademikian. Baru hendak berangan tentang Encik Faries sikit di ganggu pula.Sibuk!! cemuhku dalam hati.

 

“Ntah! Masih tidur lagi lah agaknya..kan ke sekarangpukul 4.18 pagi..yang you sibuk cari dia sampai ke sini kenapa?? Tak ada buzzboy yang boleh datang sini..,” sindirku kerana Puteri Ernisa beria-ia mahudatang ke bilik Encik Faries. Nak mengatal lah tu. Sorry sister he is mine!

 

“I nak breakfast dengan dia..dan pergi ‘set’bersama..,” jawab Puteri Ernisa cuba menolak daun pintu bilik Nasha bila wanitaitu hanya membuka pintu separuh. Apa yang Nasha cuba sembunyikan daripadanya?Ada orang lain di biliknya?

 

“Eh apa ni?? Tak boleh masuk bilik I berserak..,”ujarku tidak membenarkan Puteri Ernisa masuk ke bilikku. Pintu ku tahan. Kalaudia tahu Encik Faries bersama aku matilah. Encik Faries tidak mahu sesiapa tahutentang kami.

 

“I nak use your bathroom..tak tahan,” ujar Ernisamemberi alasan agar dia dapat masuk ke bilik Nasha.

 

“My bathroom toilet clog…my toilet banjir darisemalam..I baru nak call housekeeping..you balik bilik you lah eh,” ujarku mahumenutup pintu kerana takut si Medusa ni tidak makan saman. Buatnya dia melurumasuk tak ke haru biru bila dia mendapati aku bermalam dengan boss aku.

 

“Nasha..please?? I dah tak tahan ni?,” ujar Ernisa kaliini dia benar-benar mahu mengunakan bilik air dan bukan berpura-pura lagi.

 

“Er you try bilik Encik Faries..toilet dia ok,”jawabku lalu menutup pintu rapat. Fuhh aku mengeluh lega. Selamat. Aku segeramenuju kearah katil. Ingin mengejutkan Encik Faries. Pelik bila mendapatilelaki itu tidak berada di katil lagi. Uikk sekejap dia hilang. Hmm...agaknyadia dah balik ke biliknya, mungkin dia terdengar aku berbual dengan Ernisatadi. Hai sampai bilalah Encik Faries hendak merahsiakan hubungan kami. Aku taksanggup hidup berpura-pura begini. Lebih-lebih lagi setelah aku sedar bahawaaku sebenarnya cinta dan sayangkan Encik Faries. Tapi itu perasaan aku.Bagaimana pula perasaan Encik Faries? Adakah dia cinta padaku?

 

Aku terjerit kecil kerana terperanjat bila tiba-tibaseseorang memelukku dari belakang lalu mencium leherku mesra. Ah! my dearhusband Encik Faries. Faries mengenakan robe kerana baju yang dipakainyasemalam mungkin tidak di temui. Haha.

 

“Morning sayang..,” ujar Faries lalu memeluk Nasha erat.

 

“Morning abang..bang Ernisa cari you..she’s at yourdoor,” ujarku memberitahu Faries bahawa heroin sudah datang mencarinya. Terpaksaspoilt mood romantic Encik Faries kerana Medusa. Lagipun aku mahu melihatreaksi Encik Faries bila aku berkata demikian. Yelah hendak tahu samada diaakan membiarkan Ernisa tahu dan nampak kami bersama atau Encik Faries akankembali ke biliknya dan berlakon bahawa hubungan kami hanya PA & Boss.

 

“Ernisa?? I better get back to my room…see you latersweetheart,” ujar Faries memberi aku senyuman mengodanya lalu mengenyitkanmatanya kepadaku.

 

“See you..!!,” jawabku cuba tersenyum. Aku merasasedikit hampa bila apa yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan. Encik Fariesmasih mahu merahsiakan hubungan kami. Tak apalah Nasha. Bersabar sahaja. Inilahnasibku..sudah seperti tajuk lagu kumpulan Nico pulak bunyinya. Aku menujukearah katil lalu mengutip baju dan seluar Encik Faries untuk di hantarkan kelaundry.

 

Tiba-tiba aku di kejutkan oleh Encik Faries lagi bilalelaki itu menarik lenganku lalu memelukku erat. Lemah semangat aku di buatnyakerana tadi Encik Faries sudah ke biliknya. Entah apa angin masuk ke bilik akubalik. Miss aku lah tu. Aku pun miss dia jugak.

 

“Don’t worry dear this will end soon, I promise you,”bisiknya perlahan lalu mengucup pipiku sebelum menuju ke arah biliknya.

 

Aku hanya mampu tersenyum mendengar komen EncikFaries. Aku berharap Encik Faries akan kotakan janjinya pada aku. Aku tidakmahu hidup berahsia begini.


 

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.