PUAN Sri Marisa tersenyum. Wajahnya ceria setiap kali menyambut
kepulangan Azizan. Dengan penuh hormat, Azizan bersalaman dan mengucup lembut tangan
Puan Sri Marisa. Dileraikan kerinduannya dengan pelukan ringan.
“Mama, apa khabar?” tanya Azizan.
“Alhamdulillah Izan. Mama sihat. Izan pun sihat, kan?”
Puan Sri Marisa mengusap bahu Azizan.
“Sihat, mama.” Senyuman wanita itu menyenangkan hatinya.
Walaupun sentiasa tersenyum, Azizan tahu Puan Sri Marisa
menanggung tekanan perasaan. Garis-garis usia matang pada dahi dan sudut
matanya Puan Sri Marisa sudah mulai kelihatan. Tubuhnya yang sihat dan cergas
suatu ketika dulu kini kian susut. Namun wanita itu tetap anggun di mata Azizan. Dahulu, Puan Sri Marisa rajin menyertai aktiviti socialdan amal. Malah wanita itu rajin memelihara
kecantikan danpenampilan diri. Namun semua
itu hanya tinggal kenanganmanis buat Puan Sri
Marisa. Wanita
itu seakan-akan turut tenggelam dalam kesedihan. Menjaga Azrina yang tidak mahu
mengurus diri, menjauhidunia luar. Azrina lebih
selesa hidup dalam kesamaran biliktidurnya.
Tidak memerlukan sesiapa pun melainkan PuanSri
Marisa, Tan Sri Zukri dan Azizan. Azrina juga hidup tidakmemerlukan cahaya matahari!
Azizan
belum puas menghadap Puan Sri Marisa. Hampir dua minggu tidak menatap wajah
wanita itu. Dia rindu dan rasa hatinya dia tidak ingin pergi lagi. Azizan ingin
terus bersama keluarganya tetapi sejak akhir-akhir ini tugasnya banyak yang
mendesak.
“Mama
sunyi bila Izan tak ada,” keluh Puan Sri Marisa.
“Mama,
maafkan Izan!” Jari-jemari Puan Sri Marisa digenggam lembut. Hatinya dibalut
sayu. Wajah Puan Sri Marisa jelas membayangkan dia sedang memendam rasa.
“Mama
tak apa-apa, Izan. Jangan risau, mama faham.
Semua orang sibuk. Papa juga sibuk tapi mama masih ada Rina di sini.”
Kata-kata
Puan Sri Marisa mengundang simpati hatinya. Azizan tahu mama cuma ingin
menyenangkan hatinya. Wanita itu memang
sering kesunyian. Azrina tidak mungkin mampu
merawat kesunyian Puan Sri Marisa.
“Mama,
Izan janji akan balik lebih kerap. Mama doakan kerja Izan di Sabah cepat selesai.
Izan akan cepat-cepat balik ke sini.” Azizan melafazkan janji.
“Betul
ke? Mama tak sabar. Sudah lama Izan tinggal kat sana, baliklah kat sini. Suruh
saja pekerja yang uruskan perniagaan kat Kota Kinabalu tu. Papa Izan pun dah
tua. Kesian mama tengok papa tu...” Kian
panjang keluhan Puan Sri Marisa.
Hati
Azizan tercuit. “Nanti Izan balik, mama jangan risau. Ada kerja sikit lagi Izan
perlu selesaikan di sana. Mama sabarlah, ya?”
Azizan
mencapai tangan Puan Sri Marisa. Bukan sedikit pengorbanan wanita itu
terhadapnya dan Azrina. Sayangnya pada Puan Sri Marisa tidak bertepi.
“Ya,
mama faham. Tak mengapalah, selesaikan dahulu kerja-kerja Izan di sana.”
Senyuman
wanita itu melegakan perasaan Azizan.
“Mama,
Izan nak jumpa Rina. Rina apa khabar?” Azizan mengalih bicara.
“Seperti
selalu juga, Izan. Rina tak mungkin berubah dalam sekelip mata. Mama harap
sebelum mama tutup mata, Rina tu pulih seperti dulu.” Sungguh sayu nada Puan
Sri Marisa.
“Mama,
jangan cakap macam tu. Kita masih boleh berusaha. Izan janji, Rina akan pulih.
Sikit masa lagi. Sama-samalah kita berdoa, ya mama.”
Azizan
tahu janjinya mungkin keterlaluan namun itulah azamnya. Dia berharap dan tidak
putus-putus berdoa dalam setiap solatnya agar dia akan melihat perubahan pada
Azrina setiap kali kepulangannya.
“Mama,
mari kita jenguk Rina.” Azizan masih menggenggam jari-jemari Puan Sri Marisa.
Puan
Sri Marisa mengangguk. Azizan mengukir
senyuman pada wanita sanjungannya itu. Sayangnya terhadap Tan Sri Zukri dan
Puan Sri Marisa memang tidak dapat diukur dan ditukar ganti.
Puan
Sri Marisa menghentikan langkah, menatap wajah Azizan seketika. “Izan jumpa
Rina dulu, mama minta Wati sediakan minum. Kita minum petang kat bilik Rina,
ya.”
“Baiklah,
mama.”
Buat
beberapa detik Azizan terpaku di tengah ruang tamu. Sayu matanya memandang langkah
perlahan Puan Sri Marisa. Azizan tidak tahu sampai bila hidup mereka dalam keadaan
begitu. Rumah besar penuh dengan kemewahan itu bagaikan kehilangan sinar
semenjak ayah dan ibu kandungnya pergi buat selama-lamanya. Manakala Azrina pula
terlantar di tempat tidur. Azizan menghela nafas lebih dalam lalu mengorak
langkah perlahan-lahan.
DI
HADAPAN pintu bilik, Azizan mengetuk daun pintu dengan perlahan sebelum
memusing tombol pintu. Pintu bilik itu tidak pernah berkunci dan Azrina juga
tidak pernah peduli apakah pintu biliknya pernah dibuka atau tidak. Dunianya hanya di dalam bilik itu. Saat pintu terkuak, Azizan memberi salam.
Azrina senyap. Bilik itu memang sangat
sepi seakan-akan tidak berpenghuni. Mereka
berdua ditakdirkan lahir ke dunia sebagai pasangan kembar. Azrina yang dilahirkan
hanya selang beberapa minit lebih awal dari Azizan itu menjadi penghuni setia
di bilik itu. Azrina tidak pernah mahu
keluar sejak tiga tahun lalu. Tidak mahu
melihat cahaya matahari dan keindahan alam di luar sana. Sudah lama Azrina membekukan
hati dan perasaannya.
Azizan
memerhati sekeliling bilik tidur yang luas dan lengkap. Cantik, kemas dan mewah
tetapi hanya untuk tatapan mata. Semua itu tidak mampu membuatkan pemilik bilik
itu menjadi cantik, kemas dan hidup mewah semula. Azizan tidak pernah berputus asa, Azrina
harus dibawa kembali ke dunia asalnya. Azrina yang hilang ingatan kini sedang
belajar mengingati. Hampir setahun baru Azrina mampu mengenali Azizan. Sebab
itulah Azizan berazam akan terus berusaha memulihkan semangat Azrina yang
hilang.
“Izan...”
Suara lemah Azrina kedengaran tatkala menyedari kehadiran Azizan di bilik itu.
“Assalamualaikum...”
Azizan memberi salam sekali lagi.
Sahutan
Azrina kedengaran perlahan dan lemah.
Azizan
merapati katil mewah dengan alas dan selimut yang sedondon itu. Azizan tahu,
Azrina tidak akan mempunyai perasaan terhadap barang-barang di sekelilingnya.
Mungkin jika
Azrina ditempatkan di sebuah bilik kosong dan gelap sekali pun, gadis itu tidak
akan ambil peduli.
“Izan...”
Suara Azrina kedengaran lagi.
Azizan
duduk di birai tilam yang empuk dan lembut.
Tangan kurus milik Azrina dicapai, jari-jemarinya diusap lalu digenggam
perlahan. Sebak dadanya setiap kali menatap keadaan Azrina yang tidak bermaya.
“Rina...”
Azizan menarik tubuh kurus Azrina lalu dipeluk berhatihati. Hanya itu yang mampu dia lakukan sejak Azrina
berkeadaan seperti itu.
“Rina
mesti sembuh seperti dahulu. Izan nak tengok Rina seperti Rina kami yang
dahulu,” bisik Azizan. Belakang Azrina dielus penuh kasih.
“Izan,
maafkan Rina,” kata Azrina terputus-putus. Dia menatap Azizan dengan pandangan
yang sayu. Air matanya mulai bergenang. Pantas Azizan mengusap pipi cengkung itu.
Dia tidak mahu Azrina menangis.
“Esok
Izan nak bawa Rina keluarshopping,” pujuk Azizan. Dia tidak akan pernah berputus asa sehingga
Azrina mampu melihat dunia luar semula.
“Rina
sakit, Izan. Rina tak boleh,” kata Azrina.
“Boleh,
Rina. Izan akan bawa Rina. Kita pergi dengan mama, ya?” pujuk Azizan.
Azrina
terdiam. Matanya yang cengkung masih basah terkelip-kelip menatap wajah Azizan.
Mama?
Kenapa mama? Kenapa tidak bersama ibu? Namun
pertanyaan itu hanya terbuku di hatinya. Beberapa saat kemudian air jernih mengalir
lagi dari tubir matanya. Terlalu sendat
dadanya mengumpul kepedihan.
“Rina...
tak mengapa. Izan cuma bercadang, tak pergi pun tak apa. Lain kali kita boleh
pergi.”
Azrina
tahu, dirinya bagaikan mayat hidup dalam tempoh yang lama. Ingatannya masih
belum pulih. Banyak ingin diingatinya dalam hidup yang lepas namun dia tidak
mampu.
Kepalanya
terasa hendak pecah jika dia berusaha mengingati. Namun ingatan terhadap ibu dan ayah sudah
jelas dalam fikirannya. Tidak perlu dipaksa lagi, dia sudah mampu mengingati
raut wajah ibu, kelembutan dan kewangian tubuh ibu.
“Jangan
menangis, Rina. Izan tak akan paksa kalau Rina tak mahu. Lain kali pun kita
masih boleh jalan-jalan,” pujuk Azizan lalu memeluk kembarnya itu semula.
Azrina
masih teresak-esak. Terlalu banyak ingin dikatakan kepada Azizan. Selama ini
dia tidak mampu mengutarakan apa yang menyeksa perasaannya. Setiap saat dia
menunggu kemunculan ayah dan ibu ke biliknya. Terlalu besar kesalahannya pada
mereka. Juga pada Azizan.
“Sudahlah
Rina, jangan bersedih. Rina kuatkan semangat supaya cepat pulih,” pujuk Azizan.
Keadaan Azrina terlalu menyayat perasaannya.
“Izan,”
bisik Azrina.
“Ya,
Rina?”
Azizan
merenung wajah sembap Azrina. Bibir Azrina terketar-ketar ingin mengatakan
sesuatu. Jari-jemari Azrina yang dingin digenggam lembut. Azizan tahu Azrina memerlukan
sokongan dan semangat tika itu.
“Izan,
Rina minta maaf. Rina banyak susahkan semua orang. Ibu ke mana, Izan? Rina
rindu sangat pada ibu, pada ayah. Rina nak mintak ampun kat ibu, ayah.”
Azizan
terkesima. Serta-merta jantungnya melantun deras. Ingatan Azrina sudah pulih? Azizan
tidak tahu bagaimana perasaannya saat itu.
Azizan mengucap syukur berulang kali.
“Rina...
Rina... dah boleh ingat?” Azizan teruja inginkan kepastian.
Azrina
mengangguk lemah. “Rina ingat ibu. Rina rindu sangat kat ibu.”
Tanpa
sedar air matanya gugur. Azrina segera didakap erat. Sekali lagi dia mengucap
syukur.
“Ayah
dan ibu pun dah tak nak jumpa Rina lagi sebab Rina banyak buat salah, kan? Izan...
Rina nak ibu. Ibu tak sudi maafkan Rina ke? Rina menyesal... Rina jahat, Izan.”
Azizan
memejamkan matanya. ‘Ya ALLAH... tolonglah berikan aku kekuatan.’ Bisik hatinya
yang sangat sebak.