“Apa
Am? Kamu nak kahwin? Dengan siapa?” bagaikan peluru machine-gun, Hajjah Salehah
bertanya dengan mata yang membulat.
“Iya!..Dengan
anak daralah, takkanlah dengan isteri orang pulak…” Airil Amri mengangguk,
mengesahkan apa yang telah dikatakan kepada ibunya tadi.
“Hei,
angin tak dak, hujan tak dak, ribut tak dak, tiba-tiba sajer kamu cakap kamu
nak kahwin. Betul ke apa yang kamu cakap ni, Am? Atau kamu sajer nak acah emak!...”
masih tidak yakin dengan anggukkan anak lelakinya, Hajjah Salehah terus menekan.
“Betul...
Takkanlah Am nak main-main pasal nikah kahwin ni mak!...” dengan
sungguh-sungguh juga Airil Amri cuba meyakinkan ibunya.
“Dengan
siapa? Hari tu masa arwah Shamsinar mula-mula meninggal, bukan main lagi kamu frust menonggeng. Cakap tak akan kahwin
sampai bila-bila kerana tak akan ada gadis lain yang dapat mengambil tempat
Shamsinar di hati kamu. Dan entah macam-macam lagilah kamu mengarut macam orang
hilang akal sebab tak sempat nak kahwin dengan arwah tunang kamu tu!.. Ni,
tiba-tiba sajer kamu nak kahwin. Emak memang rasa susah nak percaya!...” Hajjah
Salehah masih ragu dengan ucapan Airil Amri.
“Iyalah
mak… masa tu Am memang tengah kecewa dan bingung. Sebab itu terkeluar
cakap-cakap yang macam tu. Tetapi sekarang bila Am dah tenang dan boleh berfikir
dengan baik, baru Am terfikir mengapa Am perlu membiarkan diri Am terus
menderita dengan menolak nikmat hidup yang ALLAH beri pada Am, sedangkan Am
sudah mampu untuk berkahwin. Lagi pun kematian Shamsinar itu sudah takdir
ALLAH, jadi Am terpaksa terima juga apa yang terjadi itu …” Airil Amri
memberikan hujjahnya.
“Oooohhh!...
sekarang dah pandai Am cakap pasal takdir ALLAH… Dulu masa emak nasihat supaya
kamu bersabar dan redha dengan apa yang terjadi tu, bukan main lagi kamu
menolak kata-kata mak tu…” dengan nada nakal, Hajjah Salehah sengaja
menempelak.
“Habis
tu, takkanlah emak tak suka kalau Am dah boleh terima nasihat mak tu?” Airil
Amri sebaliknya menyoal.
Sempat
Airil Amri mengangkat-ngangkatkan keningnya seolah sengaja mahu menduga
perasaan emaknya terhadap soalannya.
“Alhamdulillah!...
Emak bersyukur kerana Am dah sedar dan dapat menerima segala itu sebagai takdir
ALLAH. Tapi apa yang emak agak ragu ialah macam mana Am boleh dapat wanita yang
berjaya menggantikan arwah Shamsinar di hati Am begitu cepat…” getus Hajjah
Salehah.
Airil
Amri hanya menarik nafas panjang sambil melemparkan pandangannya jauh ke luar
tingkap rumah mereka, menerjah kegelapan malam yang tidak berbintang. Tiba-tiba
terbayang wajah polos Norsyazwani yang lembut dan tenang. Jantung Airil Amri
berdenyut kencang seolah sedang menahan gelora yang sering bertandang dalam
hatinya kini.
“Di
mana kamu jumpa wanita itu, Am? Cantik sangatkah dia sampai kamu boleh terpikat
dan melepaskan kenangan kamu pada arwah Shamsinar begitu cepat?” Hajjah Salehah
terus merisik apabila melihat Airil Amri terus membisu.
“Ya,
mak!... Dia cantik, baik dan bijak. Am tahu ramai lelaki yang meminati dia. Dan
sebab itulah Am hendak cepat melamar dia supaya dia tidak terlepas kepada orang
lain. Am yakin emak juga akan menyukainya kalau emak bertemu dengan dia…”
akhirnya Airil Amri berkata.
Hajjah
Salehah hanya mengangguk-ngangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh anak
lelakinya itu. Namun kelihatan senyuman sinis di bibirnya bagaikan masih kurang
yakin dengan pengakuan Airil Amri itu.
“Kenapa?
Emak tak suka ke Am berkahwin?” soal Airil Amri agak curiga dengan reaksi
ibunya itu.
“Suka!...
Ibu mana yang tak suka kalau anaknya yang sudah mampu mahu berkahwin? Bukankah
berkahwin itu disyariatkan dalam Islam?...”
“Habis
tu, Am tengok emak macam tak percaya ajer pada apa yang Am cakap…”
“Apa
pulak tak cayanya. Cuma emak rasa agak terkejut bila anak emak ni tiba-tiba dah
terbuka hati nak berkahwin…”
“Jadi,
emak setujulah kalau Am bawa gadis tu balik rumah untuk jumpa emak?” Airil Amri
memohon persetujuan ibunya.
“Setuju…
kalau perkara yang baik, kenapa pulak emak nak halang. Elok jugalah emak dan
Aina dapat kenal-kenal dulu dengan dia, sekurang-kurangnya boleh kita kenal
hati budinya. Jadi, bila Am nak bawa dia datang sini?” balas Hajjah Salehah,
tiba-tiba bagaikan tidak sabar.
Airil
Amri merenung ibunya dengan pandangan yang sayu. Entah kenapa hati Airil Amri
tiba-tiba jadi agak sendu apabila melihat ibunya begitu teruja mahu bertemu
dengan gadis yang akan menggantikan arwah Shamsinar sebagai bakal menantunya.
Hati Airil Amri kembali bergelora menahan resah gelisah yang sering membuat dia
rasa pedih dan terluka.
“Kenapa
Am? Gadis tu tinggal di mana?” Hajjah Salehah bertanya lagi apabila melihat
Airil Amri terus membisu.
“Dia
tinggal di kawasan Lembah Klang ni juga. Cumanya Am tak pasti lagi bila boleh
bawa dia datang rumah kita kerana dia masih belum beri jawapan pada Am…”
“Jawapan
apa?” soal Hajjah Salehah agak keliru.
Airil
Amri kembali merenung ibunya seolah memohon simpati.
“Sebenarnya
Am sudah melamar dia secara peribadi...”
“Jadi
apa jawapan dia?”
“Dia
agak berbelah bagi. Mungkin dia juga agak terkejut dengan lamaran Am yang agak
mendadak itu…”
“Maksud
Am?” berkerut-kerut dahi Hajjah Salehah.
“Mungkin
dia masih sangsi dengan kejujuran Am mahu berkahwin dengannya sebab kami baru
sahaja berkenalan. Tidak sampai pun seminggu…” jelas Airil Amri, perlahan.
“Hah?
Betul ke Am baru sahaja mengenali dia?” soal Hajjah Salehah agak terkejut.
Airil
Amri segera mengangguk.
“Habis
tu, macam mana Am boleh melamar dia begitu cepat? Am tak kenal lagi hati budi
dia, macam mana Am yakin dia boleh membahgiakan Am nanti?”
Hajjah
Salehah semakin keliru dengan tindak tanduk anak lelakinya itu. Hatinya yang
telah mula seronok kerana Airil Amri telah boleh melupakan bekas tunangannya
dahulu dan mahu berkahwin dengan perempuan lain, menjadi kembali gusar apabila
Airil Amri mengakui baharu sahaja mengenali wanita itu.
Benar-benarkah
Amri mencintai wanita itu atau pun ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka
sehingga memaksa mereka berkahwin? Ya ALLAH, lindungilah anakku dari perkara
yang buruk atau sebarang kejahatan yang boleh mengaibkan keluarga kami… sempat
Hajjah Salehah berdo’a di dalam hati.
“Am
telah agak lama mengikuti perkembangan dirinya sebaik kawan Am menceritakan hal
dia kepada Am. Dan apabila Am bertemu dengannya baru-baru ini, memang betul dia
seorang perempuan yang bijak dan cantik. Itu yang membuatkan Am terus terfikir
untuk berkahwin dengannya agar dia tidak terlepas kepada lelaki lain…” Airil
Amri mengakui.
“Dia
tahu ke yang Am dah lama mengikuti perkembangan dirinya? Kalau dia tak tahu,
sebab itulah agaknya dia rasa agak pelik bila Am melamar dia sedangkan kamu
berdua baru sahaja berkenalan…” Hajjah Salehah pula memberi pendapatnya.
“Memang
Am sengaja tak mahu dia tahu yang Am dah mengikuti perkembangan dirinya kerana
Am mahu dia benar-benar merasakan bahawa Am memang amat mencintainya pada
pandangan pertama. Dengan itu Am harap dia tidak akan menolak lamaran Am…”
balas Airil Amri, menjelaskan tindak tanduknya itu.
“Am
benar-benar ke cintakan dia?” Hajjah Salehah terus merisik.
Airil
Amri menarik nafas panjang seolah sedang memikirkan kata-kata yang sesuai untuk
menjawab soalan ibunya itu.
“Kalau
tak cinta, macam mana Am nak kahwin dengan dia?”
Akhirnya
kedengaran Airil Amri membalas soalan ibunya dengan soalan juga, seolah sengaja
memesongkan jawapannya untuk difikirkan sendiri oleh ibunya akan fakta yang
dikatakannya itu.
“Alhamdulillah.
Kalau Am memang benar-benar ikhlas cintakan dia, mak yakin ALLAH pasti akan
bukakan hatinya untuk menerima Am!..” Hajjah Salehah berkata sambil memandang
Airil Amri dengan penuh kasih sayang.
“Cubalah
pujuk dia untuk datang jumpa emak, InsyaALLAH mak akan yakinkan dia yang Am memang
benar-benar ikhlas mahu berkahwin dan hidup bahgia dengan dia…” sambil mengelus
lembut lengan anak lelakinya itu, Hajjah Salehah menyuruh selanjutnya.
“InsyaALLAH,
mak. Esok Am akan cuba pujuk dia lagi kerana selepas itu emak kenalah pula
jumpa dengan keluarganya segera untuk melamarnya secara rasmi. Kalau boleh Am
mahu majlis pernikahan kami itu dilaksanakan segera sebelum Am berangkat ke
Alexandria hujung bulan hadapan atau pun selewat-lewatnya dalam tempoh dua
bulan lagi…” beritahu Airil Amri.
“Oh!...
Am kena pergi Alexandria ke? Berapa lama? Kenapa tak beritahu mak pun?” Hajjah
Salehah yang agak terkejut dengan berita itu bertanya bertalu-talu.
“Am
pun baru dapat surat arahan tu pagi tadi. Syarikat kami baru dapat kontrak
projek baru di sana. Am pun tak pasti berapa lama, mungkin setahun atau pun dua
tahun bergantung kepada berapa lama projek tu siap. Sebab tulah Am pun tak
sempat lagi nak beritahu mak pasal tu…” ujar Airil Amri menjawab pertanyaan
ibunya.
“Habis
tu, kamu nak bawa dia ikut kamu ke Alexandria ke?”
“Itu
sebab Am nak bernikah segera supaya Am boleh bawa dia bersama. Jadi tidaklah Am
keseorangan di Negara orang nanti…” Airil Amri menyatakan hasratnya.
“Eeemmm…
eloklah tu. Emak sentiasa do’akan kesejahteraan Am dan semoga ALLAH akan mempertemukan
jodoh kamu berdua dengan seberapa segera…” ujar Hajjah Salehah pula.
“Terima
kasih mak di atas do’a dan restu emak tu!.. Saaaayang mak!..” balas Airil Amri
sambil memelok lembut kedua bahu Hajjah Salehah dengan penuh manja dan riang
gembira.
“Iyalah
tu… nanti bila dah kahwin, entah-entah nak jengok mak pun dah tak sempat. Asyik
nak berkepit dengan isteri kamu ajer!...” acah Hajjah Salehah. Sengaja mahu
melihat reaksi anak lelakinya itu.
“Mak!...
jangan cakap macam tu. Am akan sentiasa ingat pada emak kerana Am nak masuk
syurga. Am tak mahu jadi anak derhaka. Am tahu syurga Am di bawah tapak kaki
emak bukannya di bawah tapak kaki isteri Am, walau macam mana sekali pun Am
mencintai wanita yang jadi isteri Am itu…” balas Airil Amri, lirih. Terus
memelok bahu wanita tua itu.
“Alhamdulillah!...
Emak tahu Am seorang anak yang baik. Emak sentiasa doakan agar Am juga akan
mendapat isteri yang solehah!...” sambil menepuk-nepuk lembut lengan Airil
Amri, Hajjah Salehah meredhai anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang.