“Ma’af…
pejabat saya telefon beritahu esok ada mesyuarat tergempar dengan pihak Audit
dan memerlukan kehadiran saya juga…” Airil Amri memberitahu sebaik memutuskan
taliannya. Sempat dia menghirup minumannya yang masih bersisa.
“Oh!..
iya ke? Kalau begitu eloklah kita balik sekarang kerana Encik Amri pun sebuk
nampaknya tu!..” Norsyazwani segera menyarankan apabila melihat tiada
tanda-tanda lelaki itu mahu bangun dari kerusinya.
“Cik
Syazwani memandu kereta ke?” Airil Amri bertanya.
Norsyazwani
hanya mengangguk.
“Pakir
kat mana? Entah-entah dekat dengan tempat saya pakir kereta saya tadi. Jadi
bolehlah kita jalan ke situ sama-sama…” Airil Amri mencadangkan, bagaikan agak
keberatan untuk berpisah dengan gadis di hadapannya itu.
“Eeemmm…
tapi hari ini saya tak bawa kereta kerana saya datang lewat tadi. Takut susah
nak cari pakir. Jadi saya naik KTM commuter sahaja..” balas Norsyazwani, jujur.
“Oh,
iya ke? Kalau macam tu, biar saya hantar Cik Syazwani balik!..” dengan nada
teruja, Airil Amri segera menawarkan khidmatnya.
“Eh!...
tak payahlah!.. Saya boleh balik sendiri…” spontan Norsyazwani menolak.
Norsyazwani
sendiri bagaikan tidak sedar perkataan itu begitu laju meluncur dari mulutnya.
Tetapi hakikatnya memang dia selalu berhati-hati untuk tidak sewenang-wenangnya
mengikut lelaki yang tidak dikenalinya menaikki kereta atau ke tempat-tempat
yang dia tidak tahu.
Jenayah
yang melibatkan penganiayaan terhadap gadis-gadis yang ditipu oleh teman lelaki
atau lelaki yang baru dikenali, begitu berleluasa sekarang ini. Fenomena itu
benar-benar menakutkan Norsyazwani. Dan sebab itu jugalah, sedaya upayanya Norsyazwani
tidak akan sewenangnya menumpang kereta orang lain sekiranya dia tidak memandu
keretanya sendiri. Dia lebih selesa menaikki pengangkutan awam yang dirasanya
lebih selamat.
“Apa
salahnya saya hantar Cik Syazwani balik. Bukannya jauh sangat. Lagi pun ianya
sama jalan dengan saya balik ke rumah…” Airil Amri terus mempelawa.
“Encik
Amri tinggal di mana?” soal Norsyazwani sambil merenung tepat ke anak mata Airil
Amri. Seolah cuba mentafsir keikhlasan lelaki itu.
“Bandar
Sunway…” jawab Airil Amri bersahaja.
Mata
mereka bertautan lagi seketika apabila Airil Amri membalas mesra renungan
Norsyazwani dengan harapan gadis itu mahu menerima pelawaannya. Hati
Norsyazwani tiba-tiba bergetaran melihat riak anak mata Airil Amri yang begitu romantis
dan redup itu. Namun terdetik juga rasa curiga dalam hatinya. Lebih-lebih lagi
apabila melihat lelaki itu begitu bersungguh-sungguh mahu mendekatinya,
sedangkan mereka baru sahaja berkenalan.
“Oooh… Bandar Sunway. Tapi kalau hendak hantar
saya, Encik Amri kena pergi terus dulu ke Subang Jaya kemudian baru balik
semula ke Bandar Sunway. Itu kan menyusahkan Encik Amri. Jadi, tak mengapalah…
biarlah saya balik naik commuter sajer. Lagi pun…”
“Lagi
pun, apa? Cik Syazwani takut? Takut saya menipu?”
Bagaikan
dapat membaca apa yang berdetik dalam fikiran gadis itu, Airil Amri segera
memintas sebelum Norsyazwani sempat menghabiskan justifikasi penolakkannya.
Norsyazwani
terkedu. Tidak menyangka lelaki itu boleh menduga apa yang sedang berlegar di fikirannya.
Segera Norsyazwani menunduk, cuba mengelak dari tenungan Airil Amri yang
disedarinya sedang menelanjangi wajahnya.
“Cik
Syazwani… saya ikhlas nak tolong Cik Syazwani. Kalau Cik Syazwani tak
percayakan saya, nah!.. ambil gambar saya pakai handphone Cik Syazwani tu.
Kemudian upload dalam facebook ke, whatsapp
ke, atau pun e-mail Cik Syazwani sendiri…” kedengaran Airil Amri menyuruh
apabila Norsyazwani terus membisu.
“Untuk
apa?” soal Norsyazwani, hairan.
“Untuk
simpanan Cik Syazwani sebagai bukti. Jadi kalau pun handphone Cik Syazwani
hilang atau dimusnahkan orang, Cik Syazwani masih boleh retrieve gambar saya dari sistem-sistem tu di mana sajer untuk diberi
kepada polis…” ujar Airil Amri, menjelaskan.
“Tapi
untuk apa saya beri gambar Encik Amri pada polis?” Norsyazwani semakin hairan.
“Sebab
Cik Syazwani kan takut nak ikut saya!.. Takut saya menipu atau berniat jahat
pada Cik Syazwani!.. Jadi bila dah ada gambar saya tu, saya dah tak boleh lari
lagi. Polis pasti akan senang cari dan menangkap saya…” jelas Airil Amri lagi
sambil tersenyum mesra.
Norsyazwani
tergamam mendengar kata-kata Airil Amri. Tidak pernah terfikir di fikirannya
sehingga begitu sekali lelaki itu mahu membuktikan kejujurannya untuk
mendekatinya. Hati Norsyazwani jadi bertambah keliru dengan sikap Airil Amri
itu. Apakah sebenarnya lelaki ini mahu dariku?... hati kecil Norsyazwani terus
bertanya-tanya.
“Mana
handphone Cik Syazwani? Ambillah gambar saya sekarang!..” sambil memanjangkan
lehernya untuk lebih dekat dengan Norsyazwani, Airil Amri menyuruh lagi apabila
melihat gadis itu terus membisu.
Norsyazwani
terus merenung dalam-dalam ke anak mata Airil Amri dengan dahi yang berkerut.
Dia masih tidak tahu samada mahu menuruti perintah lelaki itu atau pun tidak.
Namun, terdetik juga di hatinya bahawa apa yang disarankan Airil Amri itu ada
juga baiknya sebagai tindakan berjaga-jaga bagi gadis-gadis yang baru mengenali
teman lelaki. Sekurang-kurangnya boleh membantu pihak polis mengenal wajah
lelaki yang cuba berbuat jahat kepada gadis-gadis yang telah diperdayanya.
“Kenapa
Cik Syazwani? Masih tak tahu apa nak buat?” perli Airil Amri lagi sambil
mengangakat-ngangkat keningnya.
“Perlukah
saya berbuat begitu?”
“Kalau
Cik Syazwani tak percaya pada keikhlasan saya!...”
“Saya
tak fikir Encik Amri sanggup menipu atau berbuat jahat pada saya kerana seorang
lelaki yang beriman tidak akan sanggup menganiaya sesama manusia. Saya yakin
Encik Amri seorang yang beriman. Sebab itu Encik Amri mahu menolong saya!..”
“Cik
Syazwani yakin?” Airil Amri pula menduga keikhlasan kata-kata Norsyazwani.
“Saya
selalu berserah kepada ALLAH untuk melindungi saya dari sebarang kejahatan
setelah saya berusaha menjaga keselamatan diri saya dengan apa yang termampu
oleh saya. Lagi pun saya percaya, walaupun Encik Amri mungkin terlepas dari
undang-undang dunia kerana menipu saya, tetapi Encik Amri tidak akan terlepas
dari hukuman ALLAH. Betul kan?...” ujar Norsyazwani sengaja pula bermain reverse psychology dengan lelaki itu.
“Awak
memang pandai bermain dengan psychology,Cik
Syazwani. Memang tepatlah awak jadi pegawai pemasaran. Awak pandai mempengaruhi
minda pelanggan..” sambil tersenyum nakal Airil Amri mengusik.
“Encik
Amri rasa begitu ke? Kalau saya pandai mempengaruhi orang lain, tentu Encik
Amri tak perlu berfikir-fikir panjang sampai sekarang untuk buat keputusan nak
beli rumah yang mana satu!..” seperti mengambil peluang yang ada, Norsyazwani
menyindir.
“Wah!..
pandai awak perli saya ya!..” getus Airil Amri melawan sindiran Norsyazwani.
“Bukan
perli tetapi hakikat. Tak betul ke apa yang saya kata? Kalau saya memang pandai
mempengaruhi orang lain, sudah tentu saya tak payah susah-susah terangkan pada
Encik Amri pasal kecanggihan rumah-rumah yang kami ada tu...” sambil turut
tersenyum nakal, Norsyazwani mempertahankan hujjahnya.
“Tapi
bagi saya, awak memang mempunyai kelebihan awak sendiri sebagai pegawai
pemasaran yang berkalibar. Frankly
speaking, I really admire you. And that made me want to be closed to you all
the times!..” tanpa mahu berselindung, Airil Amri mengakui.
Norsyazwani
benar-benar tergamam mendengar pengakuan Airil Amri. Hatinya bergetaran,
jantungnya berdenyut laju ketika anak matanya bagaikan dipanah oleh anak mata
Airil Amri yang dalam dan romantis itu. Jiwa Norsyazwani tiba-tiba jadi
bergelora bagaikan lautan dipukul ombak apabila melihat senyuman Airil Amri
yang begitu menggoda terus terukir di bibirnya. Seolah mengharapkan perasaan
yang diucapkannya itu akan ada juga di hati Norsyazwani.
“Encik
Amri, terima kasih dan Alhamdulillah sekiranya pujian itu adalah pujian yang
ikhlas dari awak. Tapi, saya rasa janganlah kita bincangkan lagi perkara tu
sekarang, sebab dah lewat ni. Jadi eloklah kita balik sekarang…”
Norsyazwani
menyarankan sambil cuba mengalih perhatian Airil Amri. Sebolehnya Norsyazwani
tidak mahu terpengaruh dengan reaksi mesra lelaki itu. Norsyazwani cuba untuk
menahan hatinya dari merasa syok sendiri. Norsyazwani tidak dapat menafikan
bahawa perwatakkan dan cara-cara Airil Amri melayannya memang boleh mencairkan
hati dan nalurinya. Itulah yang amat Norsyazwani takuti kerana belum pernah dia
merasa sebegitu dengan lelaki lain yang pernah dikenalinya.
“Eeeemm…
okey. Tetapi sebelum tu, Cik Syazwani senyum sikit!...” ujar Airil Amri sambil
menghalakan telefon bimbitnya ke arah Norsyazwani yang sedang menghadapnya.
“Nak
buat apa tu?” soal Norsyazwani agak hairan tetapi sempat melemparkan senyuman
sebagaimana yang dipinta Airil Amri.
“Nak
simpan buat tatapan di kala keseorangan!..” balas Airil Amri, bersahaja sambil
menekan sesuatu di atas telefon bimbitnya.
“Hah?..”
Norsyazwani bertambah hairan. Terlalu banyak kejutan yang dilakukan Airil Amri
petang itu. Hati Norsyazwani jadi bergetaran tidak menentu.