“Assalamualaikum
dan selamat pagi, Encik Bad!..” Norsyazwani memberi salam sebaik sahaja dia
menguak pintu pejabat Badrul.
“Waalaikumussalam.
Hah Wani… mana lapuran yang saya minta tu?” Badrul mendongak memandang tepat ke
arah wajah polos yang sedang menghampiri mejanya.
“Saya
dah emailkan soft-copy nya pada Encik
Bad malam tadi. Encik Bad belum tengok lagi ke? Saya ingatkan Encik Bad dah
buat semakan. Kan semalam Encik Bad kata nak buat cepat sebelum hantar pada
bank pagi ni…” Norsyazwani berkata dengan dahi yang berkerut seolah hairan
dengan pertanyaan ketuanya itu.
“Eeemmm…
ma’af. Saya ada family matters yang
perlu tindakan segera malam tadi. Jadi saya tak sempat nak tengok email yang
awak hantar tu…” balas Badrul dengan nada yang agak mendatar, mengakui
kekhilafannya.
Terbayang
di mata Badrul bagaimana dia terlantar di atas katil seorang diri sepanjang
malam. Menahan jiwa yang resah gelisah dan hati yang gundah gulana sehingga
badannya jadi lemah dan mindanya bagaikan buntu untuk berfikir. Perasaan
nalurinya yang membuak-buak terpaksa dikorbankan demi kasih sayang dan tanggung
jawabnya terhadap kedua ibu bapanya.
Ya
ALLAH… adakah semua itu adalah dugaanMU untuk menguji keimananku terhadap MU?
Jika itulah yang KAU aturkan untukku, aku redha tetapi janganlah aku terus
diuji dengan perkara yang tidak mampu aku menanggungnya. KAU yang maha
mengetahui segala keinginanku, maka aku memohon kepada MU, KAU permudahkanlah
segala usahaku untuk menyelesaikan segala permasalahan yang sedang keluargaku tanggung
sekarang ini… sempat hati kecil Badrul memanjatkan do’a.
“Jadi
Encik Bad nak saya buat apa sekarang?” Norsyazwani bertanya apabila melihat
ketuanya itu hanya merenungnya tanpa suara.
Mata
mereka bertembung. Hati Badrul jadi bergetaran setiap kali melihat sinar mata
Norsyazwani yang jernih dan wajah yang polos itu. Teringin benar Badrul
mengusap lembut pipi yang mulus itu. Meluahkan isi hatinya terhadap gadis itu.
Namun semua itu hanyalah bagaikan mimpi di siang hari. Badrul terpaksa memendamkan
segala keinginannya. Terpaksa membuang rasa cinta yang tumbuh dalam hatinya
kerana tidak mungkin dia boleh berkahwin dengan gadis lain selain dari yang
diwasiatkan oleh Tok Wannya.
“Okey!...
Awak pergi print report tu dan kita
bincang sekejap sebelum awak betulkan mana yang patut..” akhirnya Badrul
mengarahkan.
“Sempat
ke kita nak serahkan pada bank pagi ni?” soal Norsyazwani pula agak risau.
“Sempat.
Saya dah telefon Mr. Khoo dan dia post-pone
appointment kita pukul dua nanti…” balas Badrul selamba sambil membelek
kertas-kertas yang ada di atas mejanya.
“Hah?
Petang pulak?”
“Kenapa?”
“Habis
tu pukul berapa saya nak ke pusat pameran?”
“Hari
ni awak tak payah ke pusat pameran. Kan dah ramai pegawai-pegawai pemasaran
kita yang lain ada di sana!..” agak tegas kedengaran suara Badrul.
“Ta…
tapi saya dah…” Norsyazwani agak keberatan mahu meneruskan kata-katanya.
“Dah
apa?” Badrul kembali mendongak, memandang tepat ke anak mata Norsyazwani dengan
kening yang terangkat.
“Eeerrr…
sa… saya dah janji… Eeeemm… tak mengapalah!..” agak tergagap-gagap Norsyazwani
mahu menerangkan tetapi akhirnya mematikan sahaja niatnya itu.
Hakikatnya
Norsyazwani tidak mahu Badrul tahu apa-apa mengenai perkara-perkara peribadi
yang telah dirancangnya. Dia tidak mahu mencampur adukkan urusan kerja dengan
urusan peribadinya.
Norsyazwani
termenung seketika. Cuba mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan kedua-dua
perkara itu tanpa menjejaskan kepercayaan ketuanya terhadap kredibilitinya
sebagai seorang pekerja yang komited dan bertanggung jawab.
“Awak
dah janji apa sebenarnya, Wani? Janji dengan potential buyers ke? Cuba beritahu saya. Mana tahu saya boleh bantu
awak…” dengan nada prihatin, Badrul cuba membantu.
“Eeerr…
tak mengapalah Encik Bad. Tak mustahak sangat pun. Saya akan cuba selesaikan
kemudian…”
“Betul
awak tak perlu bantuan saya?” Badrul cuba mencari kepastian.
“Betul!..
Eeemm… kalau begitu biar saya pergi print
dulu report tu sekarang, jadi kita
boleh bincang segera…” Norsyazwani mencadangkan sambil berpaling mahu melangkah
pergi.
“Eeemmm…
okey!..” balas Badrul sambil terus memerhatikan Norsyazwani melangkah laju
meninggalkan bilik pejabatnya.
Sampai di mejanya, segera Norsyazwani
menguruskan apa yang dimahukan Badrul itu namun tiba-tiba konsentrasinya
terganggu apabila telefon bimbitnya berdering-dering minta dijawab.
“Hello!..”
Norsyazwani menjawab telefonnya tanpa sempat melihat siapa pemanggilnya.
“Assalamualaikum,
Hani!..” kedengaran suara mersik memberi salam.
“Oh!..
Waalaikumussalam!.. Ma’af saya tak perasaan Am yang telefon. Am nak apa?” agak
kalut kedengaran suara Norsyazwani menjawab salam.
“Nak
cakap dengan Hani lah...” agak nakal kedengaran suara Airil Amri.
“Iyalah!..
Tapi pasal apa?” soal Norsyazwani pula, masih dengan nada agak kalut.
“Kenapa
ni? Hani sebuk sangat ke sekarang?”
“Eeemm…
memang sebuk sangat kerana boss nak saya siapkan report sekarang…” cuba mengendurkan suaranya, Norsyazwani menjawab.
“Oh,
iya ke? Habis tu pukul berapa Am boleh datang jemput Hani untuk lunch dan hantar ke pusat pameran?”
dengan nada yang agak bimbang Airil Amri bertanya.
Norsyazwani
tersentak. Baru dia teringat yang dia telah berjanji untuk makan tengahari
dengan Airil Amri sebelum ke pusat pameran. Sebagaimana yang mereka persetujui
ketika lelaki itu menghantarnya balik semalam. Dan janji itu jugalah yang
membuat Norsyazwani agak serba salah di hadapan Badrul tadi. Namun tugasnya
yang begitu mendesak kini bagaikan telah menutup ingatannya terhadap janjinya
dengan Airil Amri itu.
“Eeerrrr…
ma’afkan saya, Am. Last minute boss
tak beri saya ke pusat pameran kerana ada mesyuarat tergempar petang nanti…”
agak berhati-hati Norsyazwani terpaksa memberitahu.
“Mesyuarat
dengan boss yang Am jumpa di bank hari tu?” Airil Amri merisik.
“Hhhmmm…”
Norsyazwani mengiyakan.
Airil
Amri terdiam. Terbayang di tubir matanya wajah Badrul yang tampan sedang
merenung Norsyazwani dengan penuh minat. Sebagai lelaki, Airil Amri dapat
melihat bahawa renungan itu bukanlah renungan biasa.
Mungkinkah
lelaki itu juga meminati Norsyazwani? Atau adakah mereka sedang bercinta, maka
sebab itulah mereka sentiasa bersama atas alasan tugas rasmi sedangkan
hakikatnya mereka mahu selalu bersama!.. Hati kecil Airil Amri seolah berbisik
cemburu.
Aku
mesti lakukan sesuatu sebelum terlambat!... Hati kecil Airil Amri memasang
tekad.
“Eeemm…
kalau macam tu, Am ambil Hani lepas pejabat. Kita pergi minum petang, boleh?” Airil
Amri terus mencuba nasib.
“Eeerrr…
tak payahlah kot. Menyusahkan awak sajer nanti. Lagi pun saya tak tahu pukul
berapa mesyuarat habis…” balas Norsyazwani, memberi alasan.
“Alaaahh…
apa pulak susahnya. Am pun ada kerja di pejabat. Jadi Am akan tunggu di pejabat
sehingga Hani selesai mesyuarat. Kemudian baru Am pergi ambil Hani. Boleh kan?”
Bagaikan
tidak kenal putus asa, Airil Amri terus memujuk dan mengharap. Benar-benar
membuat Norsyazwani terkedu. Tidak menyangka yang Airil Amri begitu
bersungguh-sungguh mahu bertemunya juga hari itu.
“Tiap-tiap
hari awak datang jumpa saya, tak mengapa ke?” duga Norsyazwani.
“Bukan
takat setiap hari, kalau boleh setiap sa’at Am nak jumpa Hani…” jelas
kedengaran suara Airil Amri yang penuh mengharap.
Norsyazwani
tergamam mendengar pengakuan Airil Amri. Hatinya tiba-tiba bergetaran apabila
wajah tampan dan senyuman Airil Amri yang menggoda seolah-olah melambai-lambai
di tubir matanya. Patutkah aku menerima sahaja pujukkannya sedangkan perkenalan
kami hanya baru beberapa hari dan aku pun belum mengenali hati budinya?... soal
Hati kecil Norsyazwani terus berbelah bagi.
Kalau
kau tak berjumpa dia dan selalu bersamanya, macam mana kau nak tahu hati
budinya? Inilah peluang engkau menduga kejujuran dan keikhlasan dia terhadap
kata-katanya itu… Sebelah lagi hati Norsyazwani bagaikan turut memujuknya.
“Awak
nak jumpa saya petang nanti, nak bawa ke mana?” Norsyazwani terus menduga.
“Agaknya
ke manalah yang boleh Am bawa Hani dalam
keadaan kita sekarang ini, tanpa melanggar syariat ugama kita?” terdengar Airil
Amri tertawa nakal seolah seronok dapat mengusik Norsyazwani begitu.
“Ada!..
Masjid…” jawab Norsyazwani nakal juga.
“Oh,
masjid? Boleh!.. Nanti Am telefon Tuan Kadhi dulu ya!..” Airil Amri terus
tertawa.
“Tuan
Kadhi? Untuk apa?” pintas Norsyazwani, hairan.
“Untuk
menikahkan kita!.. Kan selalunya kalau lelaki bujang dan anak dara pergi ke
masjid bersama mestilah untuk upacara akad nikah…” selamba sahaja kedengaran
suara Airil Amri.
Oh!..
mengapakah aku bertanya soalan yang boleh menjeratku kembali?... Hati kecil
Norsyazwani berbisik, kesal. Namun terdetik juga di hati Norsyazwani
bagaimanakah agaknya menjadi isteri kepada lelaki yang romantis begitu jika apa
yang dikatakan Airil Amri itu menjadi kenyataan. Jantung Norsyazwani tiba-tiba
berdenyut laju, tidak keruan.
“Huh!..
itu sajer ke yang awak ingat?” soal Norsyazwani, geram.
“Dah
Hani yang cakap masjid, jadi salahkah Am kata apa yang Am fikirkan?” balas
Airil Amri seolah membela diri.
“Tapi
maksud saya tadi, adakah awak nak bawa saya minum di restoran yang dekat dengan
pejabat saya ni sajer ke atau pun ke mana-mana restoran yang istimewa? Awak
sajer je nak pusing-pusing soalan saya kan?..” Norsyazwani membalas seolah merajuk.
“Kalau
dengan Hani, restoran mana sajer pun Am sanggup bawa. Jangan minta ke langit
dan ke bulan sudahlah!...” dengan terkekeh-kekeh Airil Amri menjawab.
“Huh!..”
kedengaran Norsyazwani mendengus seolah geram dengan usikan lelaki itu.
“Huhuhuhu…
ada orang dah merajuk…” semakin seronok Airil Amri mengusik.
“Eemmm…
okey, okeylah… Kalau macam tu, nanti bila dah habis mesyuarat saya beritahu
awak. Tapi…” Norsyazwani segera memintas namun terhenti kerana baru teringatkan
sesuatu.
“Tapi
apa, Hani?” soal Airil Amri seolah tidak sabar.
“Awak
kena hantar saya balik ke pejabat selepas kita pergi minum kerana saya pakirkan
kereta saya di pejabat ni…” jelas Norsyazwani.
“Oh,
iya ke? Kenapa hari ni Hani bawa kereta?” soal Airil Amri macam budak bodoh.
“Eh!..
memang saya bawa kereta sendiri ke pejabat setiap hari…” balas Norsyazwani.
“Tapi
semalam Hani tak bawa kereta, kenapa?”
“Sebab
semalam saya nak ke pusat pameran lewat sedikit, jadi takut susah nak dapat
pakir di sana. Sebab itu saya naik kommuter sahaja…”
“Habis
hari ni, tak takut ke susah dapat pakir kalau Hani jadi ke pusat pameran tadi?”
soal Airil Amri lagi seolah tidak puas hati dengan jawapan gadis itu.
Hakikatnya
Airil Amri bercadang untuk menghantar Norsyazwani pulang ke rumahnya lagi
seperti semalam agar mereka dapat lebih berlama-lama bersama.
“Dah
semalam awak janji nak hantar saya ke pusat pameran selepas bawa saya makan
tengahari, awak lupa ke?” Norsyazwani seolah menempelak.
“Eeemmm…
ya. Tapi tu sebab Am ingat Hani tak bawa kereta ke pejabat hari ni…” lagi
sekali Airil Amri membela dirinya.
“Saya
tak cakap pun yang saya tak akan bawa kereta ke pejabat hari ni. Eeemmm… tapi
apa-apa pun petang nantilah kita sambung balik pasal tu kerana sekarang saya
nak cepat siapkan report yang boss
saya minta ni. Ma’af ya!..” Norsyazwani bagaikan mahu memutuskan talian.
“Okey!..
Ma’af juga kerana mengganggu Hani. Jangan lupa call Am kalau Hani dah habis meeting
ya!.. Am tunggu Hani. Assalamualaikum!..” Mahu tidak mahu Airil Amri terpaksa
akur.
“Waalaikumussalam!..”
balas Norsayzwani sambil segera memutuskan talian.
Airil
Amri terus merenung telefon bimbit yang masih di tangannya dengan hati yang
penuh debaran. Khuatir kalau-kalau apa yang dirancangnya tidak akan menjadi
kenyataan. Bayangan wajah Norsyazwani yang tersenyum manis menambahkan lagi
gelora di hatinya. Perlahan-lahan Airil Amri menarik nafas dalam-dalam seolah
cuba mententeramkan hatinya yang sedang bergelodak itu.