“Eh!...
ini Cik Syazwani kan?” kedengaran suara mersik lelaki yang cuba menyaingi
langkahnya menegur.
Norsyazwani
yang baru mahu melangkah keluar dari bank untuk menuju ke kereta Badrul segera
berpaling, memandang ke arah lelaki itu dengan kening yang berkerut. Sempat
Norsyazwani menjeling ke arah Badrul di belakangnya yang masih kelihatan berbual
mesra dengan pegawai bank yang mereka temui tadi.
“Ya!...
Saya Syazwani. Eeerrr…”
“Saya
Airil Amri. Cik Syazwani dah tak kenal ke?”
Kerutan
di kening Norsyazwani bertambah dalam apabila anak mata mereka bertembung. Segera
Norsyazwani menundukkan pandangannya apabila anak mata Airil Amri bagaikan
sedang memanah anak matanya. Tiba-tiba hati kecil Norsyazwani bagaikan
tersentak apabila teringat akan tenungan tajam itulah yang telah membuat dia kelam
kelibut tempoh hari.
“Airil
Amri?... Eeeemmm… Ooohh!.. okey, okey… Encik Amri yang minta brochurestetapi dah habis semasa datang
ke pameran syarikat kami tempoh hari kan? Ma’aflah kerana saya tak berapa kenal
tadi…” sambil menepuk-nepuk lembut dahinya sendiri, Norsyazwani cuba memesrakan
suaranya apabila telah mula mengenali lelaki yang berdiri di sebelahnya itu.
“Iyalah…
ramai sangat kan orang yang datang jumpa Cik Syazwani, jadi tentu susah nak
ingat semuanya. Tambah-tambah macam saya yang hanya baru sekali jumpa kan?..” sambil
terus merenung Norsyazwani dengan penuh minat, Airil Amri membalas dengan nada
yang seolah merajuk walaupun bibirnya tetap mengukirkan senyuman mesra.
“Bukan
macam tu… Cuma saya terkejut bila ada orang memanggil nama saya ketika di
tempat awam begini…” Norsyazwani segera membela diri, khuatir kalau potential customernya itu berkecil
hati.
“Eeerrrr…
Cik Syazwani buat apa di sini? Tak jaga di pusat pameran ke?” tanya Airil Amri
dengan ramahnya.
“Saya
dan big boss saya ada mesyuarat di bank ni tadi. Encik Amri pula nak ke
mana? Cuti ke hari ini?” Norsyazwani pula cuba berbasa basi.
“Oh!..
mana big boss Cik Syazwani?” soal Airil Amri sebaliknya sambil memanjangkan
lehernya, memandang sekeliling ruang di dalam bank itu.
“Tu!..
Entah apa lagi yang masih tak habis-habis mereka bincangkan. Padahal mesyuarat
dah selesai tadi. Dia kata nak balik cepat, tapi masih lagi ngok-ngek-ngok-ngek
sampai keluar bilik mesyuarat…” sambil memuncungkan bibirnya ke arah Badrul
yang masih kelihatan seolah berbisik-bisik dengan pegawai bank itu, Norsyazwani
sempat mengomel.
“Orang
business memang macam itulah. Tidak
kira di mana sahaja, kalau ada peluang business
mereka pasti tidak mahu melepaskan peluang itu…” komen Airil Amri pula sambil
turut memandang ke arah Badrul.
Entah
mengapa tiba-tiba terdetik rasa cemburu dalam hati Airil Amri apabila melihat
Badrul yang masih muda dan kacak bergaya itu.
“Wah!..
nampak muda lagi big boss awak tu
ya!... Untunglah muda-muda dah banyak duit!..” Airil Amri bagaikan tidak mahu
menyembunyikan rasa cemburunya.
“Dah
rezeki dia ALLAH beri. Lagi pun Teguh Sejati Holding ni adalah syarikat milik
keluarga dia, jadi memang patut pun dia jadi big boss kami..Tapi, Encik Amri pun apa kurang? Muda lagi dah mampu
nak milikki rumah sendiri harga juta-juta.” Ujar Norsyazwani sambil cuba mengusik lelaki
yang di hadapannya itu.
Kelihatan
Airil Amri hanya mengangguk-ngangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh
Norsyazwani sambil terus memandang ke arah Badrul.
“Encik
Amri nak ke mana ni?” Norsyazwani mengulangi lagi pertanyaannya apabila lelaki
itu masih belum menjawab pertanyaannya tadi.
“Saya
pun ada urusan sikit dengan bank ni. Jadi dah kebetulan nak masuk waktu makan
tengahari, saya singgahlah dulu sekejap. Tak sangka…”
Airil
Amri yang pada awalnya kedengaran seronok berbicara tiba-tiba bagaikan terputus
kata-kata apabila terpandang Badrul yang kelihatan tergesa-gesa menghampiri tempat
di mana mereka sedang berdiri itu.
“Tidak
sangka apa, Encik Amri?” Norsyazwani segera bertanya, agak hairan.
“Wani…
ma’af kerana terpaksa menunggu saya tadi. Tak sangka pulak Mr. Khoo minta kita
sahkan terlebih dahulu beberapa isu yang telah kita kemukakan tadi sebelum apa
yang dipersetujui di mesyuarat di tanda tangani...” kedengaran Badrul mengomel
dengan rasa terkilan sebaik dia sampai di tempat Norsyazwani berdiri.
“Ops!..”
Norsyazwani yang tidak menyedari ketuanya itu sudah pun berdiri di sebelahnya,
segera berpaling memandang ke arah lelaki itu dengan rasa amat terkejut.
Manakala Airil Amri terus memerhatikan mereka tanpa sebarang suara.
“Kenapa
Wani? Saya buat awak terkejut ke?”
Segera
Badrul bertanya dengan nada agak prihatin apabila melihat Norsyazwani begitu
terkejut dengan kehadirannya tanpa mempedulikan Airil Amri yang sedang
memerhatikan mereka. Badrul menyangkakan Airil Amri hanyalah salah seorang
pelanggan bank yang sedang menunggu giliran untuk berurus niaga di kaunter bank
itu.
“Eemm… saya terkejut sebab tiba-tiba sajer
Encik Bad dah ada sebelah saya. Tadi saya lihat Encik Bad masih sebuk
berbincang dengan Mr. Khoo…” Norsyazwani cuba menstabilkan suaranya yang agak
bergetar kerana terkejut tadi.
“Itulah…
macam-macam pulak yang Mr. Khoo nak kita sediakan. Tadi masa mesyuarat dia tak
cakap pun. Tapi… eeemmm… tak mengapalah, nanti kita bincang lagi di pejabat.
Sekarang… jom cepat kita ke pusat pameran dulu!..” Badrul segera mengajak
sambil mahu melangkah.
“Eeerrrr…
Encik Bad!.. saya nak kenalkan Encik Bad dengan salah seorang highly potential customer kita yang kebetulan juga ada urusan di bank ni…”
Norsayzwani yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri segera berkata
sambil berpaling memandang ke arah Airil Amri yang begitu setia memerhatikan
mereka sejak tadi.
“Oh!..
mana? Siapa dia?” dengan agak teruja Badrul bertanya sambil turut membatalkan
langkahnya.
Norsyazwani
memandang tepat ke anak mata Airil Amri seolah cuba memohon persetujuan lelaki
itu untuk mengenalkannya kepada Badrul. Airil Amri yang bagaikan faham niat
Norsyazwani segera mengenyitkan matanya sambil terus tersenyum nakal seolah
seronok melihat Badrul begitu teruja.
Hati
Norsyazwani bagaikan melayang-layang dan bergetaran apabila melihat kenyitan
mata dan senyuman nakal Airil Amri yang tidak diduganya itu. Dirasanya amat
romantis dan benar-benar berjaya menyentuh naluri kewanitaannya. Segera
Norsyazwani mengalihkan pandangannya ke arah Badrul kerana tidak mahu Airil
Amri mengesani apa yang sedang dirasanya itu jika mata mereka terus bertautan.
“Encik
Bad, ini Encik Airil Amri, one of
potential customers who is very interested in our project around Klang Valley…
Encik Amri, ini boss saya Encik Badrul…” Norsyazwani segera mengenalkan kedua
lelaki itu.
Badrul
segera berpaling memandang ke arah Airil Amri lalu menghulurkan tangannya untuk
bersalaman.
“Assalamualaikum
Encik Amri. Nice to meet you. Sorry!..
Tak sangka you dah kenal Wani. Saya
ingatkan you is one of the bank’s customer yang sedang menunggu giliran…” dengan
nada mesra Badrul menegur.
“Waalaikumussalam.
It’s okey. Saya pun tak sangka boleh
berjumpa Cik Syazwani tadi kerana kebetulan saya pun memang baru sahaja
selesaikan sedikit urusan di bank ni tadi…” sambil menjeling mesra ke arah
Norsyazwani yang sedang memerhatikannya, Airil Amri membalas salam perkenalan dari
Badrul.
Hati
Norsyazwani terus bergetaran apabila anak matanya sekali lagi bertembung dengan
anak mata Airil Amri yang begitu bercahaya memanah anak matanya. Norsyazwani
jadi lemas sendirian kerana dia tidak pernah merasa begitu walaupun telah bertentang
mata dengan ramai lelaki sebelum ini. Perlahan-lahan Norsyazwani menarik nafas
dalam-dalam seolah mencari lebih oksigen untuk membolehkan dia terus bernafas.
“Oh,
iya ke? Habis tu macam mana? Dah buat keputusan nak pilih rumah yang mana
satu?” cuba mengambil hati pelanggan, Badrul bertanya mesra.
“Eeemm…
masih berfikir-fikir lagi. InsyaAllah dalam sedikit masa lagi saya akan hubungi
Cik Syazwani..” balas Airil Amri sambil terus melemparkan senyuman yang
menggoda ke arah Norsyazwani.
“Jangan
fikir lama-lama Encik Amri. Takut nanti kehabisan unit kerana rumah-rumah di
kawasan tu memang popular demand...”
cuba menstabilkan suaranya, Norsyazwani segera menyarankan bagi menonjolkan
kredibilitinya sebagai pegawai pemasaran yang berkelibar.
“Ya!..
betul apa yang dikatakan oleh Wani tu. Saya cadangkan Encik Amri segeralah buat
keputusan sebelum terlambat. Pasal pembiayaan kewangan, kita sudah ada
kerjasama dengan bank ini dan tawarannya amat menarik untuk sesiapa yang layak.
Saya harap Encik Amri akan membuat keputusan segera..” Badrul menyokong saranan
Norsyazwani.
“Wah!..
Bank ni ada beri tawaran menarik ya? Bagus tu. InsyaAllah, InsyaAllah… Saya
akan hubungi Cik Norsyazwani segera nanti..” balas Airil Amri dengan nada
riang.
“Okeylah,
kalau macam tu, kami minta diri dulu Encik Amri. Sampai jumpa lagi,
Assalamualaikum!..” ujar Badrul seolah tidak mahu lagi berlengah-lengah.
“Waalaikumussalam.
Cik Syazwani, nanti saya hubungi Cik Syazwani ya!..” sambil melemparkan
senyuman mesra, sempat Airil Amri sekali lagi mengenyitkan matanya pada
Norsyazwani, bagaikan ada rahsia antara mereka.
Norsyazwani
hanya mampu mengangguk kerana lidahnya bagaikan kelu untuk bersuara apabila
kenyitan mata Airil Amri benar-benar telah menusuk ke lubuk hatinya yang paling
dalam. Norsyazwani jadi lemas dan malu pada dirinya sendiri kerana syok
sendiri. Dia yakin lelaki itu tidak bermaksud apa-apa selain mahu menunjukkan
sikap mesranya bagi memudahkan mereka berurusan lagi kelak sebagaimana
pelanggan-pelanggan syarikatnya yang lain.