Home Novel Cinta AKU TAK SALAH
AKU TAK SALAH
Kamsiah Abu
1/1/2014 18:47:29
79,314
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 2

“Eeeemmm… buat masa ini, saya tak fikir Cik Syazwani dapat bantu saya…” akhirnya kedengaran Airil Amri berkata perlahan.

“Kenapa tidak?”

“Saya masih belum nampak jalan bagaimana saya boleh mendapatkan apa yang saya mahu!..” jawab Airil Amri selamba, sambil terus melemparkan senyuman nakal.

Norsyazwani menarik nafas dalam perlahan-lahan. Terdetik juga di hatinya perasaan meluat akan sikap lelaki itu yang kelihatan agak cerewet. Tapi dalam masa yang sama, jantung Norsyazwani akan terasa bergetaran setiap kali melihat senyuman yang seolah sengaja mahu menggodanya terus terukir di bibir lelaki yang berkumis rapi itu.

“Kami ada banyak projek yang lain-lain lagi. Mungkin ada salah satunya yang boleh memenuhi citarasa dan budget Encik Amri. Kenapa Encik Amri tak cuba tengok semua model-model yang lain dulu?” kedengaran Norsyazwani kemudian mencadangkan.

Kelihatan Airil Amri mengangguk-ngangguk seolah sedang memikirkan cadangan Norsyazwani itu sambil matanya terus merenung ke wajah yang polos di hadapannya itu. Cantik juga Minah ni ya!.. hati kecil Airil Amri berbisik sendirian. Entah kenapa tiba-tiba jantungnya bergetaran apabila melihat bibir Norsyazwani mengukirkan senyuman. Walaupun hanya senyuman kecil tetapi tetap nampak manis.

“Eeemmm… boleh juga!..” akhirnya Airil Amri menyetujui.

“Kalau begitu, silalah Encik Amri lihat model rumah teres 2 tingkat tu. Projek yang tu dijangka siap dalam masa dua tahun lagi tapi dah banyak unit yang telah ditempah oleh pembeli. Kalau Encik Amri berminat, boleh semak spesifikasinya yang ada dipamerkan di dinding tu..” Norsyazwani menerangkan sambil menudingkan jarinya ke arah yang dimaksudkan.

“Okey, terima kasih!..“ balas Airil Amri sambil segera menuju ke tempat model bangunan itu diletakkan.

Norsyazwani jadi agak terpinga-pinga apabila melihat Airil Amri segera meninggalkannya tanpa sempat dia berkata apa-apa. Khuatir kalau-kalau lelaki itu tidak berpuas hati dengan layanannya tadi kerana sebagai pegawai pemasaran yang komited, sebolehnya Norsyazwani mahu setiap pelanggan yang datang akan dapat memberi pulangan yang baik kepada Teguh Sejati Holding sebagaimana yang sering diingatkan oleh majikannya.

Mahu tidak mahu, Norsyazwani memberanikan diri menghampiri Airil Amri yang sedang terbongkok-bongkok meneliti model rumah teres 2 tingkat yang ditunjukkannya tadi. Cuba menarik perhatian lelaki itu supaya terus mahu membeli salah satu jenis rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Teguh Sejati Holding itu.

“Macam mana Encik Amri? Okey tak rumah teres ni?” Norsyazwani menegur sebaik dia berdiri di belakang lelaki itu.

Spontan Airil Amri mendongak dan memandang tepat ke arah Norsyazwani dengan pandangan seolah amat terkejut dengan kehadiran wanita itu di sisinya.

“Oh!... saya ingatkan awak dah tak mahu temankan saya tadi…”

“Mana boleh saya tinggalkan highly potential customer saya!..” balas Norsyazwani cuba menceriakan suasana.

“Eeemmm… awak memang seorang pegawai pemasaran yang berwibawa. Kalau saya jadi majikan awak, dah lama saya naikkan pangkat awak!..” sambil tersenyum nakal, Airil Amri bagaikan seronok membalas usikan Norsyazwani.

“Terima kasih atas pujian Encik Amri itu. Saya harap ianya jujur. Bagaimana pun saya hanya menjalankan tanggungjawab saya bagi memastikan semua pelanggan kami berpuas hati dengan syarikat kami. Jadi, macam mana? Encik Amri berminat tak?” dengan nada yang tenang tetapi mesra, Norsyazwani berkata sambil merisik.

Dengan menggigit bibirnya, kelihatan Airil Amri mengangguk-ngangguk seolah sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia segera kembali memandang ke arah model bangunan rumah teres 2 tingkat yang sedang di telitinya tadi tanpa memberi apa-apa jawapan ke atas pertanyaan Norsyazwani yang masih setia menunggu jawapan darinya.

“Harga rumah teres ini lebih murah dari rumah berkembar tadi tu. Mungkin ianya boleh memenuhi keperluan budget Encik Amri. Lagi pun ia ada banyak jenis unit yang Encik Amri boleh pilih…” Norsyazwani berkata, cuba mempengaruhi Airil Amri apabila melihat lelaki itu terus membisu.

Airil Amri segera berpaling memandang ke arah Norsyazwani dengan mata yang tidak berkelip-kelip dengan dahi yang berkerut seolah masih berbelah bagi untuk memberi jawapan.

“Eeerrr… macam inilah… boleh tak Cik Sazwani beri saya business card Cik Syazwani untuk saya hubungai Cik Syazwani nanti. Saya perlu sedikit masa lagi untuk menyemak beberapa perkara yang perlu saya ambil kira sebelum membuat keputusan…” akhirnya Airil Amri meminta.

“Oh!... no problem. Nah, ini kad saya. Encik Amri boleh hubungi saya bila-bila masa kalau Encik Amri sudah membuat keputusan. Atau pun Encik Amri boleh datang lagi ke sini kerana pameran ini akan berlangsung sehingga hujung minggu ini…” sambil menyuakan business card yang diambil dari poket jaketnya, Norsyazwani menyetujui.

“Okey!.. Ini pula kad saya untuk rujukan Cik Syazwani. Kalau begitu, nanti saya akan hubungi Cik Syazwani dan terima kasih kerana melayan saya tadi. Assalamualaikum…” balas Airil Amri sambil menyuakan kadnya sebagai tukaran kepada kad yang diberikan oleh Norsyazwani itu sebelum berpaling untuk melangkah pergi.

“Waalaikumussalam…” Norsyazwani menjawab salam Airil Amri sambil membelek kad yang diberi Airil Amri itu.

Oh!.. Jurutera Kanan syarikat petroleum dan gas. Patutlah sebuk nak cari rumah harga juta-juta walau pun masih muda!.. hati kecil Norsyazwani berbisik sendirian sambil terus memerhatikan Airil Amri melangkah laju meninggalkan dewan pameran itu.

Perlahan-lahan kemudian Norsyazwani memandang sekeliling kalau-kalau ada pengunjung lain yang boleh dibantunya sebaik kelibat Airil Amri hilang dari pandangannya. Namun hati Norsyazwani terus bergetaran mengharapkan akan bertemu lagi dengan lelaki itu kelak. Norsyazwani sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu boleh membelenggunya kini.

Walhal Airil Amri bukanlah pelanggan lelaki pertama yang pernah ditemui oleh Norsyazwani kerana telah ramai pelanggan-pelanggan lelaki yang lebih hebat, kaya dan kacak yang telah ditemui Norsyazwani sebelum ini. Perlahan-lahan Norsyazwani menelan liurnya, cuba menghentikan debaran yang masih terasa di hatinya itu.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.