Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,085
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Terkebil-kebil matanya saat melihat keindahan banglo milik keluarga Negoo. Bagaikan istana Cinderella! Berhati-hati dia mengorak langkah. Di hadapannya kelihatan kelibat seseorang yang sedang duduk menanti mereka di ruang tamu. Mungkinkah Negoo telah mengakhbarkan kedatangan mereka. Hatinya kembali berdegup kencang malah semakin laju. Untuk menahan rasa gementarnya, berulang kali dia menarik nafas. Lengan baju Negoo masih di pegang kemas.  Beberapa pembantu rumah yang berdiri di beberapa sudut ruang tamu hanya tersenyum melihatnya.

"Zhè shì wŏ de yéye. This is my grandpa." Bisik Negoo ke telinganya saat mereka sudah berdiri di hadapan lelaki tua yang duduk menghadap mereka.

"Hǎo jiǔ bu jiàn... So what made you come back ..." Suaranya dengan riak wajah yang mengeluh. Kelihatan wajahnya penuh kecewa. Entah apa yang telah terjadi pada hubungan mereka. Negoo pantas mara ke hadapannya sambil melutut ke arahnya.

"Yéye... Wǒ láile..." Ucapnya sambil mengusap-usap tangan lelaki tua di hadapannya. Lagak mereka seperti drama-drama korea yang di tontonnya  di televisyen. Amani sungguh asyik menyaksikan mereka.

"Emmmr... Tā shì shéi? Pintas lelaki tua itu bila melihat Amani yang sedang leka memerhati mereka. Pantas Negoo berdiri menarik tangan Amani untuk berdiri bersama di hadapan lelaki tua tadi. Amani terkedu. Dia cuba menawarkan seindah-indah senyumannya. Nasib baik dia tidak melatah dek terkejut sebentar tadi. Kalau hari-hari begini boleh hidap penyakit jantung dia di buat lelaki kayangannya. Nasib baiklah engkau kacak kalau tidak entah bunga silat mana yang dia keluarkan tadi.

"Hǎo de, hǎo de." Ucapnya sambil mengangguk kepalanya. Negoo hanya membibit senyum. Menampakkan lagi kekacakkan nya. 

"Amani, kenalkan ini yéye. Yéye ini Amani. Amani Eldora. Bakal isteri saya." Terbeliak besar mata Amani bila di kenalkan sebagai bakal isteri. Lampu hijau tak ada, lampu merah tak ada, tiba-tiba dikenalkan sebagai bakal isteri. Pantas tangannya membilas lengan Negoo di sebelahnya. Kelihatan perit wajah Negoo menahan kesakitan. Serta merta itu berderai tawa lelaki tua di hadapan mereka.

"Baiklah... Marilah kita makan." Jemputnya lalu beredar ke sudut ruang makan dengan sisa tawanya. 

"Awak ... Kenapa buat perangai..." Bentak Amani dengan monyok. Geram melihat telatah Negoo.

"Wèi shéme ne..."

"Hish... Mulalah dengan bahasa dia. Hang cakap lah apa aku malas dah nak layan. Ni hantar aku balik sekarang." Bentaknya semakin geram dengan telingkah lelaki kayangannya. Naik pusing fikirannya, mana lagi hendak meneka-neka bahasa yang sedikit asing di dengarinya. 

"Bao bei... Jangan lah merajuk... Jomlah, yéye  dah tunggu tu. Please..."

"Tahu takut. Bawa lagi cakap bahasa tu aku bawa cakap arab! Entah-entah dia mengutuk aku." Seringgainya kembali. Negoo hanya tertawa kecil namun hatinya riang tidak terhingga. Hajatnya untuk membawa Amani bertemu yéyenya sudah kesampaian.

"Apa lagi yang kamu berdua tercegat di sana?" Kedengaran suara lelaki tua tadi bila melihat cucunya dan tetamunya masih lagi tercegat di ruang tamu bersebelah sudut ruang makannya. Dari bayangan cermin di hadapannya kelihatan seperti kedua mereka sedang berbalah kecil seperti aksi sepasang kekasih yang sedang pujuk memujuk.Hatinya gembira.

"Baiklah kami datang." Pantas Negoo menjawab. Amani turut mengekorinya dari belakang. Sekali lagi keindahan ruang makan tersebut mempersonakan Amani. Berhati-hati dia menarik kerusi untuk duduk.

"Jemput minum..." Pelawa seorang pembantunya. Amani hanya mengangguk.

"Janganlah segan-segan. Nanti kamu biasalah duduk di sini. Tak payahlah risau, atuk senang hati kamu sudi ke sini." 

"Kamu panggil saja atuk ni atuk. Biasakan diri kamu. Kalau kamu rasa segan panggil atuk Xu Song. " Jelasnya lagi.

Entah apalah yang atuk dia cakap kan ni. Ni semua pasal lelaki kayangan ni. Berani-berani dia kenalkan aku bakal isteri dia. Kalau ibu tahu habislah aku! Sekali lagi lengan Negoo di cubitnya geram. Namun Negoo hanya tersenyum ke arahnya. Berlagak tenang duduk di sisinya membuatkan hatinya semakin geram. Tapi betul juga, habis tu dia nak Negoo buat apa, tak kanlah nak dia buat hal lagi. Hal sekarang pun dia dah pening nak hadap. Entah bila masa pula dia setuju nak jadi isteri. Aduhai buah hati...

"Kamu nampak macam tak selesa." Soal atuk Xu Song. Amani sedikit tersentak, anak matanya pantas menerkam wajah Negoo.

"Betulkah?" Soal Negoo pula.

Alahai, kenapalah dia tanya soalan bodoh tu, nampak sangatlah aku tak selesa!

"Eh, janganlah salah anggap, saya okay. Saya okaylah atuk." Matanya sengaja dibesarkan terhadap Negoo. Reaksinya itu langsung membuat Negoo tertawa kecil.

"Baiklah kalau macam tu, kamu janganlah malu-malu, anggap saja atuk ni macam atuk kamu. Dah lama rasanya tak berbual dengan cucu-cucu atuk, kesudian kamu melawat atuk buat atuk rasa sangat bahagia." Jelasnya. Terpancar sinar kebahagian di kaca matanya.

"Kenapa cakap macam tu pula, bukankah saya selalu datang melawat atuk." Luah Negoo bila mendengar luahan atuk Xu Song.

"Yalah tu..." Jawabnya kembali sambil tertawa, Amani turut tertawa cuba mengikuti rentak mereka berdua.

"Dia ni degil sangat.  Sampai hati dia tinggalkan atuk." Amani seakan-akan dapat menangkap jalan cerita lelaki di hadapannya itu. Seorang lelaki tua yang di tinggalkan oleh cucunya yang ingin hidup bebas di luar istana bak istana Cinderella ini. Tapi kemana kedua orang tua Negoo. Kenapa pertemuan mereka hari ini hanya mereka bertiga sahaja selain di dampingi oleh beberapa pembantu rumah mereka. Dia sudah mulai tugasnya menjadi detektif.

"Tinggalkan atuk? Maksud atuk?" Soal Amani. Wajahnya kini beralih ke arah Negoo yang tenang duduk di tepinya. Sekali lagi senyuman Negoo mencairkan hatinya. Kenapalah lelaki kayangan ni suka sangat tersenyum. Tahulah awak tu kacak. Janganlah murah sangat dengan senyuman tu. Hati aku ni, dah macam ice-cream asyik cair sahaja, tahu tak.

"Saya tak tinggalkan atuk pun. Lijiang kan tanah air atuk. Atuk yang tinggalkan saya sebenarnya." Jawabnya tenang sambil menyuapkan perlahan makanan ke dalam mulutnya.

Dah mula drama dah... Entah apa masalah mereka berdua ni. Kalau sampai kesudah macam ni bila lah agaknya aku nak balik? Gumamnya dalam hati. Naik risau melihat sinetron di hadapannya. Nafasnya di hela perlahan. Dia perlu membuat sesuatu.

"Atuk,maaf... Boleh Amani tanya sesuatu?" Soal Amani tiba-tiba, wajah Negoo yang tadi tenang sedikit berubah. Niat atuk Xu Song untuk mencapai cawan di hadapannya sekali terbantut. Negoo cuba memberi isyarat dengan menaikkan alis matanya terhadap Amani.

Hah! Tahu pun takut. Riak muka dah tegang. Cemaslah tu.Gumamnya lagi sambil membalas menaikkan kembali alis keningnya ke arah Negoo.

"Berapa lama atuk menetap di sini?" Kelihatan wajah tegang Negoo sebentar tadi beralih tenang. Dia kembali tersenyum sinis. Entah apa di fikirnya. Berlainan pula reaksi atuk Xu Song.Kedengaran mesra tawanya saat mendengar persoalan yang tidak dijangka dari Amani.

 Amani turut tertawa kecil. Cuba mengikuti rentak orang tua di hadapnnya itu. Takut pula dia di anggap kurang sopan dengan soalannya sebentar tadi. Yalah, cara atuk Xu Song bercakap langsung tidak menunjukkan seperti dia adalah berbangsa cina.

"Soalan yang bagus..." Jawab atuk Xu Song sambil memandang ke arah Negoo. 

"Agak lama, atuk menetap di sini sudah puluhan tahun dan akan menetap di sini hingga akhir nyawa atuk, atuk ingin bersama mendiang isteri atuk di sini." Jelas atuk Xu Song dengan nada yang sedikit sedih.

"Oh, maafkan saya. Saya tak bermaksud ..."

"No worry Bao bei, yéye just fine with your question." Belum pun habis kata-kata Amani Negoo pantas memintas. Hati tamunya itu perlu di jaga, dia inginkan pertemuan mereka hari ini merupakan pertemuan yang paling indah dan akan diingati sampai bila-bila dan bukannya pertemuaan yang mengerikan.

"Ling! Mari bawakan saya album keluarga." Arah atuk Xu Song.

Amani sedikit teruja bila mendengar arahan atuk Xu Song. Rasa ingin tahunya terhadap keluarga lelaki kayangannya semakin membuak-buak. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah di kenalkan bakal isteri tak kan bakal isteri tak tahu siapa bakal suami.

"Beri pada Amani." Arahnya lagi bila Ling sudah sedia membawa album keluarganya. Ling di maksudkan atuk Xu Song tu, pembantu rumah. Agaknya nama dia Ling kot. Sebabnya sedari dia duduk di meja makan tersebut Ling lah yang menghidangkan jamuan mereka.

 Bungkusan kecil sudah beralih tangan. Pelahan Amani membuka bungkusan kotak album yang di sua kepadanya. Satu persatu gambar di dalam album tersebut di perhatinya. Sesungguhnya keluarga di hadapannya ini sememang berasal dari kayangan agaknya. Manalah tidaknya wajah atuk Xu Song saling tak tumpah lelaki kayangannya. Sungguh segak dan kacak. Berkulit putih dan halus. Hidung yang mancung bertambah-tambah indah dengan bentuk bibirnya yang sederhana mengangkat ketampanan wajahnya.

"Itu saya." Bisik Negoo ke arah Amani saat Amani menatap gambar seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola.

"Ini? Tapi tak macam awak. "

"Negoo ni, mirip wajah atuk masa kecil-kecil dulu, sebab itulah dia menjadi cucu kesayangan atuk." Sampuk Atuk Xu Song pula.

Negoo hanya tertawa. Kerana itu adalah kenyataan. Ya, benar. Dia adalah cucu kesayangan yéyenya.

"Jadi sekarang ni saya dah tahu wajah awak bila dah tua." Suara Amani pula dan kali ini bukan hanya Negoo yang tertawa atuk Xu Song turut tertawa.

"Awak beruntung, awak dah nampak wajah saya bila dah tua." Sambung Negoo, cuba menghidupkan lagi suasana mereka. Senang hatinya bila yéye dan Amani kelihatan mesra. Nampaknya impiannya sudah kesampaian.

"Wajah atuk ni masih segak dan kacak walaupun dah berusia. Wanita di luar sana ramai yang meminati atuk." Gurau atuk Xu Song pula.

Amani tertawa besar. Kali ini rasa gementarnya serta merta hilang entah kemana. Apa yang dia rasa dia kini semakin selesa berbual dan bergurau bersama Atuk Xu Song.

"Berlagak besarlah atuk ni, saya yang muda ni lagi susah nak cari teman hidup, dia pula yang ramai peminat." Usik Negoo kembali.

"Jadinya kamu harus memgikuti petua atuk." Negoo hanya tersengih. Amani pula masih lagi dengan tawanya, geli hati melihat gelagat kedua-keduanya.

"Bakal isteri saya dah ada di sini, saya sangat gembira. Atuk tak gembira ke?" Serta merta tawa Amani terhenti. Wajah Negoo dan atuk Xu Song di pandangnya kosong. Serta merta itu berderai tawa Negoo dan Atuk Xu Song.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI