Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,124
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Ting tong! Ting tong! 

Loceng gate di tekan. Dia pasti itulah rumah Amani. Pandangan di sekeliling rumah itu di perhati. Kelihatan segar dan  kemas, rumput di pandang kecil sebelah kanan rumah pula kelihatan baru sahaja dipendekkan. Terdapat beberapa pasu bunga yang cantik menghiasi sudut tersebut. Hatinya tertarik dengan rekaan ringkas landskap tersebut.

Ting tong! Sekali lagi loceng itu di tekan. Dari jauh kelihatan seorang wanita lingkungan empat puluh tahun hampir seusia ibu saudaranya mula menghampirinya. Dia cuba memberikan senyuman yang semanis mungkin.

"Apa khabar, mak cik. Saya kawan Amani. Nama saya Negoo. Amani ada tak makcik?" Soalnya dengan yakin sekali.

Riak wajah puan Mardiah sedikit terkejut. Jejaka di hadapannya ini kelihatan lain dari sahabat-sahabat anak gadisnya. Tidak pernah dikenalinya sekali. Jejaka yang memiliki bentuk mata yang sedikit sepet, berkulit cerah dan paras ketinggian agak enam kaki itu terpacak tersenyum lebar menatap wajahnya. 

Kawan Amani yang mana pula ni? Gumamnya dalam hati.

"Amani tak ada, dia kerja. Dah telefon Amani tak?" Jawab puan Mardiah namun penuh tanda tanya. 

"Owh, saya kawan dia dari China. Saya datang nak melawat dia. Mak cik, ibu Amani?" 

"Ya, ya saya." Pantas puan Mardiah menjawab dek terkejut anak gadisnya mempunyai sahabat dari China.

"Tak, saya tak maklumkan kedatangan saya sebab nak 'suprise'kan Amani." 

Suprise kepala otak hang, bukan Amani yang suprise ni aku yang tua ni yang terkejut beruk oleh hang!  Bebelnya dalam hati.

"Maafkan saya, sila-sila lah masuk." Sopan tutur puan Mardiah sambil membuka pintu gerbang rumah menjemput masuk. Dia tidak sangka  Amani mempunyai sahabat dari China. Agaknya apalah Amani buat sampai teruna cina datang ke rumah. Hatinya sedikit bingung.

"Duduklah dulu, mak cik buatkan air."  Jemput puan Mardiah sambil membetulkan kerusi rotan di sudut luar perkarangan rumahnya.

Harap-harap teruna ni betul kawan Amani. Kalau bukan, hish! Simpang malaikat empat puluh empat. Naya-naya dia biar orang luar masuk rumah.Kalau Naufal tahu siaplah dia dibebel. Ni semua Amani punya pasal. 

"Terima kasih." Kerusi rotan di tariknya perlahan. Matanya meliar memandang pandangan landskap rumah banglo milik puan Mardiah.

"Piào liang ..." Ucapnya perlahan.

"Jemputlah duduk dulu, mak cik cuba hubungi Amani ya" Jelas puan Mardiah bila melihat Negoo sudah selesa duduk di kerusi hadapannya. Kelihatan anggukan dan senyuman Negoo mengizinkan puan Mardiah pantas untuk masuk ke dalam rumah.

Dari tingkap dapur puan Mardiah sesekali memerhati Negoo yang sedang asyik menikmati pandangan di sekeliling rumahnya.

Amani! Amani! 

Pantas dia mendail nombor Amani. Nasib baiklah panggilannya di jawab pantas sebelum empat kali deringan. Kalau tak habislah Amani di bebelnya nanti.

"Assalamualaikum, bu..."  

" Walaikumassalam.." Air liurnya di telan perlahan masih lagi ligat mencari ayat yang sesuai .

"Ada apa bu? Hari ni Amani balik lambat sikit ya.."

"Amani ada kawan dari China?" Soalnya penuh tanda tanya sambil memerhati jauh Negoo yang masih lagi leka dengan landskap rumah mereka. Sedikit terkejut Amani bila puan Mardiah tiba-tiba bertanya soalan pelik terhadapnya. Duduknya yang malas seketika tadi di betul nya pantas.

"Emmmr..." Dia teragak-agak untuk menjawab.

"Kalau macam tu, kamu baliklah sekejap. Kawan kamu tu ada di sini." Puan Mardiah sudah dapat mengagak Amani ingin berahsia dengannya.

"What ?" Terpancul besar suaranya. Betul-betul terperanjat mendengar khabar dari ibunya.

"Kawan kamu namanya Negoo ada di sini, datang nak melawat kamu. Amani! Amani! Entah apalah kamu buat sampai teruna China ke rumah ibu ni."  Sempat puan Mardiah membebel. 

Bagaikan terkena pancaran kilat sepantas itu jantungnya berdegup kencang. Negoo di Malaysia? Di rumahnya? Bagaikan mimpi! Tak mungkin. Berulang kali dia menggeleng kepala, namun suara ibunya di talian mematikan persoalannya.

Bag sandang di atas meja di capai pantas. 

"Mira, aku keluar sekejap, ada hal penting."  Sempat dia berpesan dengan rakan sekerjanya sebelum menutup pintu biliknya. 

Pedal minyak di tekan, laju Myvi orennya meluncur pecut .  Nasib baiklah jalan tak sesak. 

Setibanya di perkarangan rumah, sengaja dia parkir  keretanya jauh sedikit dari pintu gerbang. Hatinya kian berdegup kencang, ibarat perahu yang terumbang-ambing dek ombak yang besar di laut. Sempat dia meneliti wajahnya di cermin dashboard kereta. Nafas di tarik dan di hempus perlahanRambutnya di atur kemas, perlahan masuk ke perkarang rumah.

Dari jauh kelihatan Negoo sedang berbual dengan ibunya. Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Ingin sahaja dia patah balik keluar, tapi tindakannya lambat bila puan Mardiah dan Negoo serentak memandangnya.

Negoo tersenyum riang , sekali mematikan degupan jantung Amani. Ya ternyata, jejaka itu lebih tampan dari  dunia  mayanya. Amani terkedu, mati akal. 

"Panjang umur, itu pun dia." Suara puan Mardiah.

Langkahnya di hayun perlahan, pandangan Negoo yang masih lagi ke arahnya membuatkannya bertambah tidak keruan.

"Kamu berbuallah dulu dengan Amani, mak cik nak masuk ke dalam dulu ya." Ucap puan Mardiahdia tahu Negoo memerlukan ruang untuk berbual dengan anak gadisnya itu. Amani pula, budak bertuah nanti siaplah kamu!

"Terima kasih mak cik."

Kerusi di hadapan Negoo di tarik perlahan, kelihatan Negoo  tenang menantinya melabuhkan punggung duduk di hadapannya.

"Hai...hǎo bu hǎo?" Soal Negoo bila Amani sudah selesa duduk di hadapannya. Sekali lagi dia membibitkan senyuman riang. Melihat wajah Amani di hadapan matanya membuatkan hatinya rasa penuh bahagia. Kalau sebelum ini dia hanya mampu melihat wajah Amani dari dunia maya. Tapi hari ini dia bukan sahaja dapat melihat wajah Amani tapi dia juga dapat melihat senyuman Amani dan mungkin juga tawa Amani.

"Fēi cháng hǎo..."  Ucap Amani kembali sambil melirik kearahnya. Dia cuba mengawal gugupnya. Senyuman Negoo betul-betul membuatkan hatinya tidak tentu arah.

"Nǐ néng tíngzhǐ wēixiào  ma?.. Can you stop smiling?.." Serta merta menggurai besar tawa Negoo. Amani hanya tersenyum nipis sambil menjeling manja ke arah Negoo. Dia sendiri tak sangka untuk mengeluarkan kata-kata tersebut. Niat dihatinya untuk mengawal gugupnya. Tak sangka pula Negoo mempertawakanya sebesar itu.

"Wèishéme?..Why?.." Soalnya namun masih lagi bersisa tawa dan senyumnya.

"You scared me..."Jelas Amani dengan wajah jengkelnya pantas membuat Negoo kembali tertawa.

"Apa? Saya senyum awak takut? Sebab tu awak tak nak saya senyum?" Soalnya kembali sambil membetulkan duduknya.  Gelihati dia melihat gelagat Amani.

"Awak ni betul-betul takutkan saya, tahu tak. Macam mana awak tahu saya tinggal di sini?" Soal Amani dengan wajahnya mencuka. Sedikit geram dengan tindakan Negoo.

"Awak ni betul-betul luculah. Saya betul-betul sukakan awak." Sekali lagi Amani tergaman dengan kata-kata Negoo. Kalau sebelum ini, jejaka itu hanya meluah rasa sukanya melalui panggilan telefon tapi kali ini dia meluah di hadapannya sendiri dengan bersahaja.

"Kalau kita sukakan seseorang, logiklah kalau kita  tahu tentang seseorang tu kan." Nadanya kembali serius. Matanya betul-betul memandang tepat ke arah Amani. Hanya Amani sahaja yang sengaja melirih ke arah lain. Tidak berani untuk bertembung mata dengan jejaka di hadapannya itu.

"Awak betul-betul takut pada saya ke? Hey, baby.. come on... tengoklah saya.."

Bergetar tulang rusuknya mendengar suara Negoo. "Yes, you really scared me." Dengan kekuatan yang ada Amani cuba menentang kembali sepasang mata yang sedari tadi menjamah wajahnya.

"Really... I'm sorry. I..don't mean it. Sorry." Mata sepetnya di redupnya sedikit, cuba menarik perhatian Amani. Dia cuba untuk tidak menegangkan perasaan Amani.

Amani hanya mengangguk perlahan. Sekali sekala cuba menatap kembali wajah Negoo yang kelihatan risau terhadapnya.

"Are you okay? I... really sorry. Actually i know it's from your social account. You had check in your home address. That how... i know it. I'm sorry." Lembut tuturnya namun penuh bertenaga untuk menyakinkan perasaan Amani yang kelihat tidak tentu arah.

"Oh... really? So suspend. I thought ..." Amani sedikit terkedu. Sedikit menyesal dengan tindakannya sendiri. 

"You thought what?..."

"Nothing... I just feel so surprised." 

"I know... I'm so sorry. I feel bad." Tercalit rasa bersalahnya. Dia tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan Amani. 

"No.. Please don't take me wrong. I feel really surprised but i'm so happy to meet you. I'm happy." Kegugupannya sebentar tadi tiba-tiba hilang bila melihat riak wajah Negoo yang sedari tadi gembira bertukar sedikit muram. Kalau ikutkan kata hatinya ingin sahaja dia melompat riang namun untuk pertemuan kali pertama, kalau mana-mana gadis pun pasti akan faham perasaannya kini. Gembira, takut semuanya bercampur baur. Namun hakikatnya dia merasa bahagia sekali. Siapa yang tak bahagia kalau ada yang suka, lagi-lagi orangnya tampan bergaya. Terasa dirinya diva! Nasib baik bukan teruna cina tua yang datang ke padanya.

"Well, tinggal kat mana?" Amani cuba menghidupkan suasana mereka kembali.

"Hotel... Emmrr, malam ni kita makan sama boleh tak?"

Ah! Sangat tak terduga, Negoo seorang yang bijak mengawal perasaannya. Baru sahaja sebentar tadi wajahnya bertukar cuaca, tapi kini kelihatan bintang itu betul-betul milik aku! 

Amani segera menganggukkan kepala tanda setuju. Negoo hanya tersenyum puas.

"I think i'm not falling in love with your voice but i'm falling in love with all about you." Terasa panas wajahnya bila mendengar kata-kata spontan Negoo. Hatinya kembali berdegup kencang tidak keruan.

"Your face look red. Awak..." Belum sempat Negoo menghabiskan kata-katanya, Amani sudah mengeleng-gelengkan kepala.

"Tak... Saya tak marah, saya tak takut." Cepat dia memintas. Risau Negoo tersilap tafsir.

"So..."

"Awak buat saya rasa malu..."  Negoo tersenyum riang. Menampakkan lagi ketampanan wajahnya. Dia tahu, Amani turut menyimpan perasaan yang sama sepertinya. Akhirnya dia menarik nafas lega.

"Malu tandanya suka...." Ucap Negoo seakan berbisik namun tetap jelas untuk di dengari. Amani hanya mampu tersenyum, tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia tidak mampu menyangkal perasaannya lagi. Kehadiran Negoo betul-betul mampu membuat jantungnya berdegup laju.

Saat mata mereka saling berpaut jantung mereka masing-masing berdegup kencang.  Mengabarkan hati mereka saling berpaut.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI