Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Hatinya bertambah girang bila yéyenya bersetuju dengan pilihan hatinya. Nampaknya niat yéyenya untuk melihatnya ke jinjang pelamin akan sampai tidak lama lagi. Sedang seronok mereka berborak muncul puan Liu Yang mula menghampiri mereka. Pantas mereka mematikan perbualan mereka. Negoo mula menyandar dirinya malas ke sofa empuk kemudian berpura-pura menatap telefon bimbitnya. Begitu juga atuk Xu Song yang mulai menunjukkan riak wajah culas dengan kehadiran menantunya itu. Tongkat di tangan di simpan rapi. Atuk Xu Song mula menyilangkan tangannya ke dada.

"What a surprise Negoo. I can't belive you are here." Tiada riak riang di wajah Negoo bila mendengar sapaan dari ibu saudaranya itu. Begitu juga atuk Xu Song. Masing-masing dengan perasaan meluat terhadap wanita di hadapan mereka terutama sekali Negoo. Loya tekaknya mendengar sapaan yang berbaur sindiran.

"Well, i need to go yéye." Serta merta Negoo bangkit meminta diri. Atuk Xu Song hanya mengangguk rela melepaskan pemergian cucu kesayangannya itu. Dia sendiri tidak mahu Negoo di sakiti oleh anak menantunya itu. Menantu yang tidak sedarkan diri. Tak kenang dek untung.

"I think we should have a tea time my dear." Ujar puan Liu Yang langsung tidak berputus asa untuk mendekati diri dengan cucu kesayangan ayah mertuanya itu. Kehadiran anak muda itu  adalah satu-satu pernantian yang amat di nanti-nantinya. Terlalu banyak hal yang perlu mereka bincangkan dan dia sudah tidak sabar untuk semua itu.

"I think so, but... not this time." Tegasnya sambil meninggalkan puan Liu Yang. Nasib baik Amani sudah di hantar pulang kalau tidak pasti haru biru kediaman atuk Xu Song. Puan Liu Yang bagaikan beruang buas, mana mungkin akan melepaskan mangsanya.

Amani! Ya, dia belum lagi menghubungi Amani. Telefon bimbit di kocek di seluk. Tiada apa-apa pesanan terpapar. Hatinya sedikit canggung.

"Hye, where are you?" Pesanan di hantar.

Kelihatan tertera typing di paparan skrinnya. She there. Dia kembali tersenyum.

"Tuan muda, ini kuncinya." Seorang dari pembantu atuk Xu Song menyerahkan segugus anak kunci. Ya, dia tahu kenapa yéyenya memberi kunci pendua kepadanya. Kereta juga telah di sediakan untuknya. Pantas dia masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke belakang lagi. Dalam fikirannya kini hanya ingin sampai ke hotel.

Ketika itu telefon bimbitnya berdering.

"Hi, where are you?" Lembut suara Amani mencecah ke gegendang telinganya. Mampu menyejukkan dirinya.

"Hi, i'm sorry my baby, i'm on my way to the hotel."

"Okay, take care. I haven't finished with you."

"What? Hahaha, Okay. I haven't finished with you tooHave a sweat dream." Jelasnnya kembali diiringi tawa kecilnya. Hatinya kembali riang dari sendu yang melanda setelah kedatangan puan Liu Yang seketika tadi.

"Bye."

"Bye..." Panggilan di matikan. GPS mula di hidupkan. Kereta milik atuk Xu Song pelahan-lahan meninggalkan banglo megah itu. Walaupun kehadiran puan Liu Yang sedikit menegangkan perasaannya namun panggilan dari Amani sebentar tadi cukup mampu menyenangkan hatinya. Tambahan impiannya untuk membawa Amani berjumpa yéyenya telah pun berjaya.

                                                               ***

Pagi itu awal atuk Xu Song bersiap untuk ke pejabatnya. Sudah hampir setengah tahun dia tidak meninjak kaki ke Hua View Hotel. Semuanya di serah kepada pembantu peribadinya. Hari ini dia tidak mahu membuang masa sebelum cucu kesayangannya bertukar fikiran dia perlu melakukan sesuatu. Tambahan Liu Yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

"Panggil semua ahli mesyuarat, adakan mesyuarat tergempar hari ini juga!" Tegas atuk Xu Song kepada pembantu peribadinya.

Serta merta itu keadaan di Hua View hotel menjadi sedikit tegang. Atuk Xu Song segera meninggalkan pejabatnya. Menuju ke arah bilik mesyuarat. Kali ini dia tidak mahu berlengah lagi dengan keputusannya. Pandangannya di buang ke arah dinding kaca di hadapannya. Tersegam megah bangunan-bangunan di sekitar Hua View Hotel yang sudah berusia tiga puluh tahun. Tidak kurang juga kemegahan Hua View hotel yang merupakan salah satu hotel lima bintang di Malaysia. Segala-galanya adalah hasil keringgatnya. Kalaulah Xiao Feng di sini, sudah tentu dia tidak segusar ini.

Kali ini dia perlu bertindak pantas, dia tidak tahu apa yang terselit di dalam fikiran Liu Yang. Anak menantu yang tidak kenang dek untung! Diam-diam dia cuba menikam ayah mertuanya sendiri. Sungguh keji! Tidak tahu malu. Kalau bukan kerana Xu Minghao sudah lama dia hapuskan wanita kejam itu. Sangat memalukan bila dia berlagak seperti tuan syarikat. Berani bertindak dengan membelakangkan dirinya. Diam-diam menyeleweng duit syarikat. Cis! Hari ini kau akan tahu betapa tingginya langit dan betapa rendahnya bumi. Jangan cuba bermain api!

"Maaf tuan, kami terlewat. Nampaknya seperti ada berita penting sehinggakan tuan sudah berada disini terdahulu." Sapa pengurus Lee. Salah satu pengurus yang paling setia berkhidmat dengannya.

"Emmmr." Keluhnya perlahan sambil menuju ke arah kerusi di meja mesyuarat.

"Tuan sihat ke? Wajah tuan seperti sedang penat. Apa yang tuan sedang fikirkan." Suaranya lagi. Sedikit gusar melihat wajah majikannya itu.

"Saya sihat. Terima kasih ambil berat tentang saya. Mana yang lain?"

"Masih lagi dalam perjalanan tuan. Oh, itu pun mereka." Kelihatan sekumpulan pekerja yang berumur pertengahan mula memasuki bilik mesyuarat tersebut. Semuanya sedikit terkejut bila melihat tuan pengerusi sudah mendahului mereka. Apa agaknya yang telah berlaku sehinggakan mereka di panggil dengan mesyuarat tergempar tersebut.

"Sudah maklumkan kepada pengurus logistik?" Soalnya bila tidak melihat kelibat Liu Yang di situ.

"Sudah tuan pengerusi." Pantas pembantu peribadinya menjawab.

Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Panggil dia cepat!" Marahnya.

Masing-masing mula mendiamkan diri bila mendengar suara atuk Xu Song yang sedikit kasar. Nampaknya suasana di bilik mesyuarat yang berkapet biru di hiasi meja mesyuarat memanjang itu seperti hujan petir di tengah hari walaupun hakikatnya cuaca di luar kelihatan terang di langit biru.

Tidak lama kemudian kelihatan kelibat Liu Yang memasuki bilik mesyuarat tersebut dengan wajah yang tidak bersalah akan kelewatannya. Gayanya mengalahkan tuan pengerusi.

"Maaf saya terlambat." Ucapnya sambil duduk tanpa memperdulikan keadaan di sekelilingnya. Namun begitu kedengaran dengusan atuk Xu Song. Cuba menunjukkan tanda protesnya terhadapat Liu Yang.

"Nampaknya seperti ada di antara kamu sudah buta akan masa!" Pedas sindiran atuk Xu Song.

"Baiklah, kalau begitu saya juga tidak mahu membutakan kamu dengan masa-masa yang kamu ada." Sekali lagi sindiran atuk Xu Song kepada menantunya itu. Pengurus-pengurus lain mulai saling berpandangan sesama sendiri mendengar kata-kata atuk Xu Song . Entah apa yang di maksudkan oleh atuk Xu Song.

Tidak lama kemudian kelihatan dua orang jejaka bersuit hitam pantas masuk ke bilik mesyuarat menghadap atuk Xu Song. Di tangannya membibit beberapa jenis fail lalu di serahkan kepada atuk Xu Song dan mereka selepas itu berbisik antara satu sama lain.

Wajah Liu Yang sedikit berubah bila melihat gelagat ayah mertuanya itu. Seperti ada sesuatu yang berlangsung pada hari itu. Fail di tangan ayah mertuanya itu sangat di kenalinya. Hatinya mula berdegup kencang, menahan kemarahannya yang mulai membuak.

"Baiklah, panggil dia segera masuk." Arah atuk Xu Song kepada pembantu peribadinya.

"Panggil siapa?" Sampuk Liu Yang. Beberapa pengurus lain juga turut kelihatan berbisik di antara satu sama lain. Kali ini atuk Xu Song memandang Liu Yang dengan wajah megahnya. Dia sudah tidak sabar dengan rancangannya. Rasakanlah anak yang tak kenang dek untung. Gumamnya marah.

Tidak lama itu, pintu mesyuarat di kuak besar oleh dua pembantu atuk Xu Song. Di hapadan mereka kini kelihatan seorang jejaka muda yang tampan segak bersuit penuh menarik perhatian mereka. Atuk Xu Song tersenyum puas bila melihat kehadiran cucu kesayangannya itu.

"Di persilakan tuan muda." Tanpa berlengah lagi seorang dari pembantu tadi mempersilakan Xu Zhimo untuk duduk.

Terbeliak besar mata Liu Yang bila melihat Xu Zhimo sudah selesa duduk selang beberapa kerusi darinya. Hatinya menjadi semakin sakit. Anak pungut yang tidak sedarkan diri!

"Hari ini saya telah menandatangani perpindahan syer milik saya kepada Xu Zhimo dan syer milik mendiang Xiao Feng dan Lucy yang telah di bekukan akan di miliki oleh Xu Zhimo anak lelaki tunggal mereka dan saya akan bersara." Ketika itu kedengaran sedikit huru hara antara mereka. Bukan kerana tidak bersetuju dengan atuk Xu Song tapi terkejut besar dengan keputusan atuk Xu Song untuk bersara.

Meluap-luap kemerahan wajah Liu Yang. Apa tidaknya usahanya bertahun-tahun untuk menakluki Hua View Hotel bagaikan kaca yang retak seribu.

"Tuan, betulkah apa yang kami dengar ni? Tuan betul-betul ingin bersara?" Soal pengurus Lee cuba mendapat penjelasan walaupun sudah jelas satu persatu di dengarinya sebentar tadi.

"Ya. Baiklah kamu semua dengar sini baik-baik. Xu Zhimo adalah pemegang syer terbesar di Hua View Hotel sekarang, maka sah dia adalah orang yang paling layak untuk mengganti tempat saya sebagai Presiden Hua View Hotel."

"Saya setuju." Balas pengurus Lee.

"Saya juga setuju." "Setuju" "Saya juga" kedengaran beberapa ahli pengurus Hua View turut bersuara.

"Tapi apa yang melayakkan syer milik mendiang Xiao Feng dan Lucy untuk dia tuan pengerusi!" Pantas Liu Yang membidas. Tidak bersetuju. Mana mungkin anak pungut itu senang lenang sahaja mendapat syer milik abang ipar dan kakak iparnya itu.

"Soalan yang baik. Xu Zhimo anak tunggal mereka. Kamu masih belum menerima hakikat? Peguam syarikat telah pun melaksanakannya. Bangunlah Liu Yang. Kamu nampaknya masih tidur di siang hari."Sindir atuk Xu Song sambil menyandarkan dirinya di kerusi empuk itu. Saat itu hatinya menjulang juara. Dia tidak akan sesekali membiarkan Liu Yang menikamnya sekali lagi.

Xu Zhimo hanya memandang kosong ke arah ibu saudaranya itu. Kalau bukan kerana desakan atuk dan wasiat ayah dan ibunya dia langsung tidak ingin untuk memiliki jawatan tertinggi di hotel milik atuknya itu. Dia lebih selesa dengan kehidupannya sebelum ini. Kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan yang hanya dapat di nikmatinya di Lijiang. Dia kembali merindui suasana Lijiang. Kalau bukan kerana wasiat ayahnya dia pasti akan menolak permintaan yéyenya.

"Baiklah kalau begitu mesyuarat kita di tangguh. Saya ucapkan tahniah kepada tuan muda Xu Zhimo." Pantas atuk Xu Song menutup tirai mesyuarat mereka. Serta merta keadaan bilik mesyuarat itu kembali bingar.

Liu Yang mencebik bibirnya. Geram dengan permainan ayah mertuanya. Pantas dia meninggalkan bilik mesyuarat sementara pengurus-pengurus lain masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada presiden baru mereka.

"Sungguh tak sangka, mendiang mempunyai anak lelaki. Tahniah tuan muda." Begitulah sapaan mereka kepada Xu Zhimo a.k.a Negoo.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI