Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,114
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Naufal merasa tidak senang duduk. Segala kertas di hadapannya kini bagaikan kertas kosong tiada bermakna walhal segala - galanya data penting untuk di selesaikan secepat mungkin. Wajah Amani malam tadi masih lagi menganggu dirinya. Hatinya tidak keruan dan dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya terlalu bingung akan hal yang baru di ketahuinya malam tadi.

"Tuan, maafkan saya. Saya dah ketuk bilik beberapa kali, tapi tuan langsung tak dengar." Sedikit terkejut Naufal bila mendapati Nadia sudah terpacak di hadapannya dengan beberapa fail di tangannya.

Sapaan Nadia langsung tidak di jawab, hanya dengusan kecil darinya sambil mengemas kertas-kertas yang sedikit berselerak di hadapannya.

"Kes ni dah seminggu kiv macam mana, nak saya telefon customer ni tak?" Pancing Nadia , cuba menarik perhatian Naufal yang sedari tadi kelihatan sengaja sibuk dengan kertas-kertas di atas mejanya.

"Kamu buat apa yang patut, sekejap lagi saya nak keluar dan tolong pastikan kes semalam selesai. Oh, ya. Satu lagi nanti kalau ada siapa-siapa yang menghubungi saya, minta mereka tinggalkan pesan. Saya tak masuk pejabat petang ni." Pantas Naufal bangkit seperti memberi arahan untuk Nadia keluar dari biliknya.

Dia perlu bertemu Amani. Dia ingin mendengar sendiri penjelasan dari Amani. Kunci kereta di atas meja di capai. Pantas dia meninggalkan pejabatnya. Nadia seperti akur dengan permintaan Naufal. Segera mengekori Naufal keluar dari biliknya.

Wish merahnya di pandu laju. Dalam sekelip mata sahaja dia sudah terpacak di hadapan pejabat Amani. Telefon bimbitnya di keluarkan terus membuat panggilan. Empat kali dia mendail nombor Amani. Langsung tidak di jawab. Akhirnya dia memutuskan untuk menemui Amani di pejabat.

"Maaf cik, Amani ada tak?" Soalnya kepada penyambut tetamu pejabat tersebut.

"Tunggu sebentar ya encik, boleh duduk dulu." Mereka saling tersenyum.

"Baiklah." Ucapnya sambil akur duduk di ruang yang telah di sediakan. Hatinya yang tadi tidak keruan tiba-tiba bertukar rentak penuh debaran. Nasib baiklah Amani sudi untuk menemuinya. Lega rasa hatinya saat melihat Amani mulai mendekatinya di ruang menunggu tersebut.

"Abang. Ingatkan siapa ..." Sapa Amani. Naufal melemparkan senyuman manis cuba meraih hati gadis di hadapannya itu. Hatinya semakin berdegup kencang saat mendengar suara Amani yang kini sudah berada di hadapannya. Namun dia hebat menggawal golakan perasaannya.

"Tadi abang lalu kawasan ni, abang call tapi Amani langsung tak angkat." Ujarnya dengan senyuman.

"Handphone Amani tertinggal..." Jelasnya. Baru beberapa minit tadi dia mencari-cari telefon bimbitnya. Sedar-sedar telefonnya itu tiada di dalam tas tangan.

"Memang cuai sangat." Putus Naufal sebelum Amani menghabiskan kata-katanya.

"Yalah..." Balas Amani kembali sambil menunjukkan anak matanya ke atas tanda protes kembali.

"Temankan abang makan boleh? Abang tak sempat breakfast tadi."

"Ish, tak nak lah. Nanti cik Nadia abang tahu." Pantas Amani menolak. Waktu-waktu begini pula dia di ajak makan. Alah sebenarnya dia tahu, pasti Naufal ingin memujuknya. Bukan dia tidak masak dengan perangai jejaka di hadapannya itu. Lebih dari masak! Pandai jer dia nak pancing hati aku.

"Kesitu pula dia, ke dah tak sudi keluar dengan abang? Emmmr, maklumlah orang dah ada teman." Naufal memulang paku dua kerat. Terselit rasa pilu di hatinya apabila ajakannya pantas di tolak Amani.

"Abang ni kan! Mengada- ngada sungguh."

"Abang ke? Amani?"

"Okaylah! Tunggu kejap Amani nak ambil barang." Akhirnya Amani mengalah. Naufal tersenyum riang walaupun Amani sedikit kelihatan terpaksa hatinya puas. Ini sahaja lah jalan untuk memulihkan keadaan mereka.

"Line clear  ka ni bang? " Soal Amani dengan wajahnya yang sedikit canggung bila Naufal mengajakknya makan di sebuah restoran yang agak mewah di sebuah hotel lima bintang tersebut. Canggung rasanya menjejak kaki ke hotel lima bintang tersebut hanya kerana ingin menikmati minum pagi. 

"Apa yang clear ?" Naufal sedikit berkerut dahi. Pelik dengan soalan yang diaju oleh Amani.

Amani hanya mengangkat bahunya, lagak seperti tidak tahu apa yang disoalkan kembali oleh Naufal terhadapnya. Walaupun dalam hatinya sedikit gabra, manalah tahu kes Nadia dahulu berulang kembali. Abang Naufalkan banyak peminat! Oh! tidak. Kalau kali ini dia di serang siaplah kau abang Naufal.

"Duduklah, tercegat macam tu kenapa pula. Nak duduk atas riba abang ke?" Sakat Naufal sambil tersenyum nakal ke arahnya.

Besar mata Amani mendengar usikan Naufal. Pantas tangannya memulas lengan Naufal dengan sekuat hati. Geram! Naufal hanya mampu mengadu sakit. Padan muka! Puas hati kali ni! Kalau berani nak sakat lagi kali ni meh lah rasakan cubitan maut sekali lagi.

"Sakitlah!" Adu Naufal sambil mengusap-usap lengannya.

"Padan muka! Nak lagi ke? Amani boleh tolong cubitkan lagi."

"Garang sangatlah!

Amani menarik muka. Sengaja.

"Nak makan apa? Hari ni abang belanja. Tapi janji jangan garang lagi tau." Dengan lagak yang macho buku menu di atas meja di serah kepada Amani. Dia pula mula menulis menu di atas kertas memo yang telah tersedia.

"Nak yang paling mahal sekali!" Cebiknya sambil mengecilkan matanya ke arah abang Naufal yang masih lagi menulis-nulis di kertas memo menu.

"Okay. Menu nombor berapa." Soalnya lagi tanpa memandang wajah Amani. Egoisnya sudah mula keluar! Alamak siaplah Amani kali ini.

"Oh! My god ! Bala apa pula ni." Ketika itu kelibat seseorang yang amat di kenalinya mula memasuki ruang restorant tersebut bersama beberapa orang jejaka yang kemas bersuit hitam. Sangat segak. Bagaikan melompat jantungnya seketika itu. Pantas buku menu di tutup ke arah wajahnya.

Kaki abang Naufal di tendangnya sikit. Cuba menarik perhatian Naufal untuk memandangnya, meraih simpati untuk berlindung di sebalik tubuh sasa Naufal.

"Abang! Pandang sinilah!" bisiknya sambil menendang kaki Naufal sekali lagi. Tindakan drastik Amani membibitkan rasa hairan Naufal. Memang betul angin selaut gadis di hadapannya ini. 

"Duduk menyenget ni dah kenapa pula ni?" Soal Naufal penuh hairan.

"Pandang sini lah! And static !" Pintanya.

"Ish! Dah kenapa pula ni? Cepat betul kena sampuk." Luah Naufal. Sengal pula dia melayan karenah monsun Amani.

"Please ! Pandang sini jangan goyang dan jangan toleh kiri kanan. Statik!" Bisiknya lagi.

Naufal cuba menjeling di sekelilinya, tiada apa-apa yang meragukan. Namun sepantas itu fikirannya teringat akan Nadia. Dia tahu Amani begitu alergik dengan wanita bernama Nadia itu. Bukan setakat Amani kadang-kadang dia sendiri turut rimas dengan Nadia. Tapi nak buat macam mana hanya dia sahaja calon yang layak untuk menjadi setiausahanya merangkap pembantu peribadinya. Tapi tidak mungkin Nadia turut berada di tempat itu.

"Janganlah pandang sini..." Bisik Amani namun cukup jelas untuk di dengari oleh Naufal di hadapannya. Sedikit berkerut dahinya mendengar rungutan Amani.

"Siapa? Ish, budak ni dah betul ke tak? Kejap tak suruh pandang kejap tak suruh goyang. Ni dah kenapa? Nadia betul-betul ada ke? Biar jer lah." Bisik Naufal kembali. Malas melayan karenah Amani. Kalau pun Nadia ada di situ, apa masalahnya. Eh, apa pula Nadia buat di restoran tersebut. Bukan harus dia perlu berada di pejabat ke? Atau dia memang nak mengintai? Tapi mana pula dia tahu sedangkan dia langsung tidak meninggalkan apa-apa info setelah keluar pejabatnya tadi. 

Kelihatan Amani hanya mencebik bibirnya sambil menutup mata. Risau akan kelibatnya disedari oleh figura di sudut hadapannya itu.

Hish! Budak ni kan memang angin selautlah. Rungutnya dalam hati terus menoleh ke arah belakangnya. Andai kata Nadia sudah sedia mara ke arah mereka kali ini dia tidak lagi membagi muka kepada Nadia. Bukankah dia patut bekerja dalam waktu begini. Jika selama ini dia agak berlembut dengan setiausahanya itu, namun tidak untuk hal hari ini. Ini sudah melampau sehingga sanggup menjadi stalker.  Geram pula hatinya. Baru sahaja dia berasa senang menikmati masa bersama Amani tiba-tiba pula di kacau daun. Tak boleh jadi ni...

Dia memerhati di setiap pelusuk ruang di restoran itu. Tiada apa - apa yang meragukan hatinya. Hanya kelihatan sekumpulan ahli perniagan sedang berbual di hadapan ruang kaunter. Mungkin tuan restoran tersebut atau vendor kepada hotel tersebut. 

"Tak ada siapa pun." Luahnya kembali ke arah Amani yang masih lagi menutup wajahnya dari buku menu tadi.

"Bukan Nadialah bang..." Bisiknya lagi.

"Habis tu, siapa?" Dan ketika itu ingatannya kembali terhadap jejaka China yang di ceritakan puan Mardiah malam tadi.

What a small world ! Jadi dialah jantan tu. Pandangannya di alih kembali ke arah kumpulan tadi, kelihatan dua orang jejaka muda dan ada tiga darinya agak berusia. Semuanya segak bergaya. Kalau betul salah seorang adalah dia, hebat Amani! Citarasa yang hebat. Namun hatinya penuh rasa cemburu.

"Teman lelaki ke?" Soalnya tapi kali ini wajahnya sedikit berubah. Hatinya berkalam gelora cemburu.

"Apa?" Waktu macam ni pula dia buat hal. Gerutu Amani dalam hati.

"Yang mana satu?" Soalnya lagi dengan nada yang sedikit tegas.

"Bukanlah..."

"Habis tu kenapa tutup muka? Dia cemburu? Hah! Bagus sangatlah tu, mari sini menu tu." Sengaja Naufal menarik menu dari tangannya dan ketika itu wajahnya tepat memandang ke arah Negoo. Namun pantas dia menutup wajahnya dengan rambutnya yang terurai. Selamat dia. Mamat sorang ni pula waktu gawat macam ni pula sengaja buat hal. Kaki Naufal di tendangnya geram.

"Aduh! Gila ke? Biarlah dia." Marah Naufal namun dalam bentuk berbisik.

"Buatlah lagi!" Cebiknya.

"Kalau bukan kenapa takut sangat?" Naufal cuba memancing jawapan Amani.Bibit-bibit cemburunya sudah mula menebar di pelusuk hatinya.

"Ini bukan masanya nak tanya hal macam ni lah." Balasnya dengan nada geram.

Dia kembali memerhati gelagat kumpulan jejaka tersebut. Matanya di kecilkan sedikit. Cuba meneka. Mungkinkah dia? Hatinya penuh tanda tanya dan hati kecilnya sedikit rasa tercabar. Namun tidak lama kemudian mereka beredar. Kelihatan ke sudut lobi.

"Dah-dah. Dia dah beredar dah tu." Rambut Amani yang menghalang wajah dielusnya lembut ke telinga Amani. Namun kelihatan Amani menutup matanya rapat. Mulut di cebik rapat.

"Betullah, abang tak tipu. Bukalah mata tu. Lagipun dalam restoran ni pelanggan dia banyak, takkanlah dia nak perasan kita. Lainlah kalau kita berdua sahaja yang duduk di sini. Emmr, kalau abang tahu, siang-siang abang dah tempah khas untuk kita berdua tadi. Baru thrill kan."

"Yalah tu! Lepas ni Amani tak nak keluar makan dengan abang dah!" Runggutnya bila melihat Naufal semakin menyakatnya. Namun hatinya sedikit lega bila melihat Negoo sudah beredar dari restoran hotel tersebut.

"Macam tu pula, ke takut buah hati cemburu. Ini lah namanya mengata orang dia pula yang lebih."

"Abang ni!"

"Kenapa? Betul kan? Habis tu, siapa jantan tu?" Soalnya cuba meraih jawapan dari Amani.

"Emmmmrrrr... Dia..." Amani teragak-agak untuk menjawabnya. Hatinya mula risau. Ternyata pasti ada sesuatu diantara jejaka tadi dan Amani.

"Dia apa? Dia teman lelaki Amani kan." Jawapnya bila melihat Amani seakan sukar untuk berterus terang kepadanya.

Amani hanya mengangguk perlahan. Masih was-was untuk mengaku di hadapan Naufal. Dia sendiri kurang tahu kenapa dia berlagak sebegitu. Sebolehnya dia ingin merahsiakan hal tersebut dari jejaka di hadapannya itu. Dia masih belum bersedia untuk menjelaskan kepada Naufal. Tapi apakan daya masa lebih pantas mendahului dirinya.

"Sampai hati belakangkan abang..." Ucapnya. Jelas ada sendu di hujung suaranya. Amani sedikit kaget. Tidak berniat untuk membelakangkan hal tersebut. Cuma dia belum bersedia untuk menceritakan segalanya kepada Naufal. Lagi-lagi selepas hal Nadia tempoh hari.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI