Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,086
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Dari jauh sudah kelihatan kelibat figura seseorang sedang duduk di ruang menunggu hotel lima bintang tersebut. Kakinya di hayun laju ke arah figura yang setia menantinya. 

"Hai..." Sapa Amani sambil menyelit sedikit rambutnya ke arah telinga. Sedikit tercungap-cungap menarik nafas dek mengejar masa temu janji mereka. Jam di tangan di pandang sekilas, dia lambat hampir dua puluh minit.

Negoo hanya tersenyum melihat telatahnya. "Trafik jam?" Duganya sambil mengangkat bahunya lantas mara ke arahnya.

 Amani kelihatan tergaman. Begitu terpukau dengan penampilan casualnya. Jeans gelap dipadankan dengan baju suit kelabu beralaskan kemeja leher bulat berwarna putih. Rambutnya di atur rapi menampakkan lagi kekemasannya. Sangat berbeza dari penampilannya petang tadi. Dan yang paling manis sekali senyumannya yang mampu memikat sesiapa yang menatapnya. Bagaikan jatuh cinta pandang pertama!

"Have a sit." Jemputnya.

Amani hanya mampu tersenyum sambil mengangguk kepala. Nafasnya di atur pelahan. Cuba untuk menyembunyikan getaran di hatinya. Siapalah yang tidak jatuh cinta bila melihat keindahan ciptaan Allah di hadapannya ini! Hanya orang buta saja yang menidakkannya. Huh! Sungguh beruntung. Amani! Amani! Entah apalah yang kau doakan sampai dapat goda lelaki kayangan ni.

"Thank you." Ucapnya dengan tertib cuba berlagak sopan-sesopannya. Kalau dengan Naufal dan ibunya belum tentu dia  bersikap begitu. Nasib badanlah dapat lelaki kayangan, belajar jugalah dia tatasusila wanita melayu asli teranggun. Kalau Naufal melihatnya saat ini pasti tercekik air liur melihatnya! Ha!Ha!Ha!

"Rehatlah dulu, you nampak letih." Hampir terpancul keluar tawa Amani bila Negoo mengarahnya untuk rehat sebentar. Sentimental sangat! Tapi dia suka. 

"Kita makan kat sini?" Sengaja dia menduga sambil membetulkan duduknya di hadapan Negoo.

"What do you think?"

"Emmmrrr, di ruang menunggu?" Matanya sengaja di kecilkan cuba untuk meneka. Tapi dia tahu tak mungkinlah mereka makan di ruang menunggu tersebut.

"Owh...Nope..." Tangannya yang tadi di selang di dada di turunkan sambil badannya mara ke hadapan wajah Amani.

"More than this." Ucapnya sambil menguntum senyum.

"Hey! Banyak lah sangat teka-teki." Amani mula menyeringgai. Negoo terbahak ketawa.

"Teka-teki... you means puzzle? I love that sweat heart." 

"Apa-apa jer lah. Puzzle ke apa ker." Suara Amani seakan merajuk, penat bertanya-tanya. Namun hatinya riang bila di panggil 'sweat heart' oleh lelaki kayangannya. 

"Saya haus tahu tak. Kata nak makan malam, ni kalau sampai kenanti bila nak makannya." Suaranya lagi tanpa rasa malu. Di fikirannya hanya ingin meneguk segelas air. Tekaknya terasa haus sangat. Jika tadi jantungnya asyik berdegup kencang untuk bersama Negoo, kini hilang entah kemana. Dia betul-betul mengharapkan segelas air di hadapannya.

"Haus? Drink? Oh, duì bù qǐ... Come, let go." Tangan Amani serta merta di tariknya perlahan. Sedikit tersentak Amani di lakunya sebegitu.

"Emmrr.. Sorry, can you let my hand off?" Pinta Amani sedikit teragak.

"Omigosh! I forgot, muslim..." Luahnya turut tersentak.  Amani mengangguk tahu akan maksud jejaka di hadapannya itu. 

"Okay.. Come.." Ajaknya kembali sambil melepaskan tangan Amani. Mereka mula berjalan seiring. Namun arah yang di bawa oleh Negoo sedikit mengelirunya. Mereka berjalan menuju ke arah pintu keluar hotel dan bukannya ke arah restoran sebelah kanan ruang menunggu mereka sebentar tadi.

Amani semakin kehairanan. Langkahnya di henti seketika, dengan riak wajah dan signal tangan keluar masuk di muka pintu hotel, dia ingin kepastian arah tuju mereka. Geram hatinya melihat wajah polos Amani yang terpingga-pingga. Comel sungguh.

"Let's have dinner..." Jawabnya dengan riak selamba walaupun dia tahu Amani masih lagi tercari-cari jawapan untuk teka-tekinya. Sengaja dia berbuat begitu. 

"Where?" Soal Amani tidak puas hati dengan segala teki-teki di bawa oleh jejaka di hadapannya itu. Nasib baiklah lelaki kayangan kalau Naufal dah lama dia masuk ke restoran sebelah ruang menunggu mereka tadi. Siap pesan dua cawan air. Haus di tetaknya harus di selamatkan. Sesekali dia menelan air liurnya bagi melepaskan kehausannya yang semakin menjadi dek teka-teki oleh lelaki kayangannya. Pasrah!

"At my heart..." Hampir tercekik Amani bila mendengar. Pandai pula dia berlawak pick up line gini. Getusnya dalam hati. 

"Hey! you played me!" Negoo hanya tersenyum seperti kerang busuk. Spontan itu juga lengan Negoo di pukulnya dengan beg tangannya. Kelihatan Negoo cuba untuk mengelak namun tidak berjaya.

"What ?" Soalnya sambil bercekak pinggang dengan tawa kecilnya terhadap Amani.

"Dinner kat mana? Saya tanya betullah. I'm seroius."

"Ikut je lah. Janganlah risau. Saya tak apa-apakan awak. Saya orang yang baik." Pujuknya bila melihat wajah Amani yang penuh tanda tanya. Dia sedikit risau bila mendengar nada Amani beralih tegas sebentar tadi.

"Baiklah sangat. Datang sini tak bagi tahu. Lepas tu datang rumah orang tanpa minta izin." Bebel Amani dengan nada yang merajuk. Negoo tersengih nipis bila mendengar bebelan Amani. Dia tahu dia salah namun rancangannya harus di teruskan.

"Jomlah. Nanti lambat pula." Pujuknya kembali.

"Boleh percaya ke?"

"Yes... You can. Kalau you takut sangat, let me call the police asking them to following us..." 

Bergeliga pula dia nak cairkan mood aku. "Hish! Mengada-ngadalah. Jomlah."

"My good girl!" Matanya di kenyit sambil menyimpul senyum manis buat gadis pujaan hatinya.

Amani hanya mampu menggeleng kepala melihat kenakalan Negoo. Saling tak tumpah sikapnya yang suka menyakat tiap kali mereka berbual di talian. Dia kini mula rasa selesa bersama. Perwatakkan yang di kenalinya langsung tidak berbeza dari dunia realiti. Tiga belas bulan berkenalan di talian cukup untuk dirinya menyimpulkan separuh dari perwatakan Negoo.



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI