Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,055
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

"Itu pun Amani." Bingkas Puan Mardiah bangkit, bila melihat kereta Amani sudah terpacak di pintu gerbang masuk. Naufal turut mengekori Puan Mardiah.

"Naufal minta diri dulu ya bu." Jelasnya bila melihat Amani terkedek-kedek membuka pagar dengan riak sedikit bersalah. Manalah tidak, tengoklah sekarang jam tangannya sudah menunjukkan hampir jam 11.00 malam.

"Baiklah. Hati-hati ya." Naufal hanya mengangguk.

"Dah balik dah?" Soal Amani sambil berdiri di sisi kereta Naufal. Risau pula dia di sembur ceramah dari ustaz celup malam-malam begini. Wrong timing pula dia datang. Bibirnya di cebik risau. Kelihatan Puan Mardiah sudah pun masuk ke dalam rumah.

"Macam mana tak balik, kalau orang tu tak sudi kita datang. Kita datang dia tak ada." Sindir Naufal. Pantas saja mulutnya menjawab. Hatinya sedikit kecewa. Baru sahaja dia berangan-angan untuk makan bersama puan Mardiah dan Amani namun setibanya di rumah Amani pula tiada. Bertambah-tambah hilang seleranya bila mengetahui Amani keluar makan malam bersama kawan. Agaknya makan malam bersama jejaka China yang di ceritakan puan Mardiah tadi. Bertambah-tambah geram hatinya mengenangkan jejaka misteri Amani.

Eh! kenapa pula dia terasa sangat dengan Amani malam ini. Persoalan yang belum terjawab sebentar tadi masih lagi ligat bermain-main di kepalanya. Adakah dia kekasih Amani. Oh! tidak. Mereka tiada apa-apa hubungan istimewa pun selain dari sepupu. Huh! Ni semua pasal Amani. Ngilu hatinya bagai di hiris.  Amani langsung tidak pernah menceritakan kepadanya kewujudan jejaka yang di cerita puan Mardiah sebentar tadi. Kenapa Amani membelakangkan dirinya? Betulkah mereka mempunyai hubungan atau hanya sekadar kawan biasa. Tapi bila di fikirkan pada akal logik, keluar berdua hingga larut malam, sanggup terbang dari China ke Malaysia, sungguh tidak logik di akal kalau tiada apa-apa yang istimewa di antara meraka. Fikirannya sudah mulai di racun prasangka.

"Apahal pula ni? Abang datang bulan ke? Hormon tak stabil ya?" Amani langsung tidak mengaku kalah. Tambah-tambah lagi sisa kemarahannya masih belum reda.

"Mengata orang, tak sedar diri dia yang lebih. Baru balik jumpa kekasih hati ke?" Kali ini Naufal langsung tidak dapat mengawal perasaannya. Langsung terus ke mulutnya tanpa berfikir panjang.

Amani sedikit terkedu. Wajahnya yang tadi riang nampak keruh sedikit. Anak matanya sepantas kilat menerkam ke segenap ruang wajah Naufal.

"Apa?" Soalnya.

"Apa yang apanya? Sudah gaharu cendana pula." Balas Naufal dengan nada tidak mahu kalah.

"Kalau macam tu, apa masalah abang? Tak kisahlah Amani nak keluar dengan siapa, mine our own business ! " Bentak Amani terus meniggalkan Naufal.

"Alamak!" Naufal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sedikit menyesal dengan tindak tanduknya sebentar tadi.

Apa nak jadilah dengan kau malam ni Naufal. Biarlah! Hidup dia. Suka hati dia. Yang kau nak tahu sangat buat apa! Kelibat Amani hanya diekorinya kosong. Tidak mahu berlama-lama di situ, pantas dia meninggalkan rumah puan Mardiah dengan sedikit kesesalan.

Amani pula dengan langkah geram  meninggalkan Naufal. Biar padan muka Naufal, sengaja mencari masalah. Baru sahaja sebentar tadi dia pening memikirkan hal lelaki kayangan  setibanya di rumah dia di peningkan lagi dengan sikap Naufal yang entah mengapa tidak serik-serik mencari masalah dengannya. Ada-ada sahaja yang tidak kena di mata jejaka itu. Walhal mereka baru sahaja berbaik.

Emmmr... lantak lah abang Naufal... Aku tak ada masa nak layan kau. Lebih baik aku fikirkan hal  aku dan lelaki kayangan aku! Gumamnya geram.

"Ni, kenapa muka monyok pula ni! Tak senonoh betullah budak ni." Cukup jelas suara Puan Mardiah di gegendang telinga Amani.

Tas tanganya di lempar ke arah sofa. Langsung tidak mengendahkan persoalan ibunya sebentar tadi.

"Tengok tu." Puan Mardiah menggeleng-geleng kepala. Sudah biasa dengan sikap angin anak gadisnya itu.

"Abang Naufal tu!" Bentaknya masih tidak berpuas hati dengan pertelingkahannya bersama Naufal sebentar tadi.

"Kenapa pula dengan Naufal. Emmmr, ni bukan masalah Naufal ni, sebenarnya masalah kamu! Angin satu badan. Tak habis-habis. Lelaki manalah yang bertuah sangat dapat kamu ni nanti." Perli puan Mardiah. Dia pasti Amani yang memulakan pertelingkahan mereka.

"Tengok lah tu, ibu asyik menangkan abang Naufal dari Amani." Monyok seribu wajah Amani bila mendengar puan Mardiah mulai berpihak kepada Naufal.

"Ya Allah , ya tuhan ku... Budak bertuah. Tengok muka kamu tu. Kalau arwah ayah kamu masih hidup mesti arwah ayah kecewa menatap kamu ni." Sengaja puan Mardiah menyebut sebegitu, dia tahu bagaimana untuk menawan kembali hati sang puterinya.

"Kenapa pula? Tak ada apa nak di kecewakanlah bu." Tingkahnya kembali.

"Mestilah kecewa, anak gadis, tapi macam bukan anak gadis. Tengok cara kamu tu duduk, tak langsung macam perempuan melayu terakhir impian arwah ayah kamu. Tak habis-habis jiwa mengada-ngada kamu tu."

"Amboi ibu, kalau bab mengutuk Amani bukan main lagi ya. Tak letih ke bu? Ni mesti nak tukar topik. Supaya Amani tak marahkan abang Naufal lah tu." Dia seakan dapat meneka muslihat ibunya. Kalau teknik ibu sendiri pun tak kenal tak tahulah nak kata apa. Anak derhaka kot? Oh ! tak mungkin. Dia bukan tergolong dalam kelompok itu. Walaupun dia tahu ibunya selalu menangkan abang Naufal jauh di sudut hatinya langsung tiada terselit rasa cemburu atau amarahnya. Dia tahu kenapa ibunya terlalu pentingkan abang Naufal. Bukan hanya ibunya seorang, arwah ayahnya dan juga dirinya sangat sayangkan abang Naufal.

Abang Naufal bagaikan penyeri hidup keluarga mereka. Hadirnya abang Naufal dalam keluraga mereka, ayah dan ibu dapat merasai kebahagian dari seorang anak lelaki dan dia pula tidaklah hidup bersendirian. Dia punya teman untuk berbual dan bermain dan paling dia bahagia bila saat abang Naufal selalu menjadi pelindung a.k.a bodguard nya. Jangan berani mimpi nak buli dia kalau tak mahu abang Naufal datang menyerang.

"Yalah, kamu berdua sejak kebelakangan ni asyik nak bergaduh saja. Sampai ibu naik rimas. Ada sahaja yang nak di gaduhkan."

"Itu semua salah abang Naufal bu, bukan salah Amani. Amani tak mulakan, abang Naufal yang mulakan." Petah Amani menyokong dirinya.

"Naufal ke kamu?"

"Betul lah bu, abang Naufal..."

"Agaknya, Naufal tu menaruh perasaan pada kamu..." Puan Mardiah sudah mula dengan firasatnya. Jika sebelum ini dia sengaja menutup firasatnya atas alasan kekeluargaan. Tapi hari ini dia perlu bertindak bijak kerana dia sedar ini salah satu langkah untuk dia mengorek rahsia besar sang puterinya itu.

"Ibu melalut apa pula ni, menangkan abang Naufal sampai nak kenankan abang Naufal dengan Amani sekali. Hebat betul penangan abang Naufal ni." Tak terlintas dalam fikiranya, ibunya akan berkata sedemikian rupa. Agaknya kali ini ibunya betul-betul inginkan abang Naufalnya menjadi anak lelaki keluarga mereka. Habislah cinta hatinya di luar sana kalau datang meminang esok lusa, pasti ditentang kuat.

"Melalut apanya, sudah terang lagi bersuluh. Kamu tu, langsung tak ada perasaan ke, dengan abang Naufal kamu tu?" Puan Mardiah sudah menyediakan pancingnya.

"Apalah yang ibu merepek ni. Masakan Amani suka pada abang sepupu sendiri." Jawabnya endah tak indah. Dia sendiri tidak pasti apa yang ada di hatinya. Yang dia pasti sisa kemarahanannya belum lagi reda dan sudah di tambah kembali oleh abang Naufal dan satu lagi hal yang memeningkan kepalanya ialah Negoo. Ya, Negoo jejaka yang mampu membuat hatinya bergetar saat mereka bertentang mata, saat mereka berbalas senyum dan saat mereka bersama.

"Amani letihlah bu, Amani masuk bilik dulu ya."

"Letihlah sangat. Kamu balik lambat sangat tadi kamu pergi ke mana?" Puan Mardiah seakan tidak mahu melepaskan Amani.

"Pergi keluar makan lah bu, nak pergi ke mana pula."

"Kamu makan apa sampai lewat macam ni."

Siaplah kau Amani, polis tidak berbayar sudah mula menjalankan tugasnya. Nasib baiklah abang Naufal tak ada, kalau ada lagi hebat dia di soal. Terselit juga hikmah abang Naufal tidak sebumbung mereka lagi.Gumamnya.

"Tak ada apalah bu, janganlah risau. Amani tahu jaga diri Amani." Suaranya sengaja di lembutkan, berusaha untuk meloloskan diri dari siasatan puan Mardiah.

"Yang mana satu betul kamu ni, tadi kata makan lepas tu tak ada pula. Sudahlah keluar dengan orang yang tak dikenali. Kamu tak takut ke? kamu tu perempuan." Puan Mardiah sudah mula membebel.

"Dia kawan Amani lah bu. Amani kenal dia dah lama. Tadi Amani makan bersama keluarga dia." Terbeliak mata Puan Mardiah mendengar penjelasan Amani.

"Betul lah bu, Amani pergi jumpa keluarga dia. Tak buat apa pun." Amani sedikit risau dengan tindak balas ibunya dan kelihatan riak wajah ibunya penuh dengan kegusaran.

"Amani. Kamu dah kenapa? Sepatutnya kamu yang perlu bawa dia jumpa ibu dan abang Naufal kamu." Sedikit tegang suara Puan Mardiah dan mampu untuk mengejutkan hati Amani.

"Maafkan Amani bu, Amani pun tak tahu sebenarnya, dia rancang tanpa pengetahuan Amani. Kalau Amani minta diri, seakan Amani bertindak tidak sopan. Lagipun budaya kita berbeza, walaupun hakikatnya Amani sendiri belum bersedia untuk berhadapan dengan keluarga dia tapi dalam keadaan yang Amani sendiri tak mampu untuk kawal, apa yang Amani perlu buat? Amani langsung tak berniat nak belakangkan ibu. Lagipun bukankah Negoo sudah menghadap ibu petang tadi..."Berhati-hati dia melontar katanya. Risau juga dia kalau ibunya marah akan tindakannya. Nak buat macam mana, dia sendiri pun tak menduga untuk makan malam bersama Negoo di rumah keluarganya.

"Kamu ni... Adalah yang kamu jawabkan. Kamu berdua ni sedang...?"

"Okay..., biar Amani berterus terang pada ibu. Ya, kami berdua sedang bercinta." Terbuntang besar mata puan Mardiah mendengar. Tidak menyangka yang Amani sedang bercinta dengan jejaka yang jauh dari budaya mereka. Walaupun hatinya sedikit risau namun dia gembira. Dia tidaklah terlalu memilih hal jodoh anaknya, sebolehnya dia ingin bermenantukan seseorang yang mampu membimbing Amani, tapi seandainya itu adalah jodoh Amani, dia akur.

"Kamu bercinta? Betul ke dia nak kan kamu?"

"Apalah ibu ni... Kalau tak betul buang masa dialah datang Malaysia hanya nak jumpa Amani." Puan Mardiah mengeleng-gelengkan kepala. Seakan tidak percaya akan penjelasan Amani sebentar tadi. Namun hatinya terasa puas apabila mengetahui hubungan Amani yang sedari petang tadi sudah dihidunya seperti ada sesuatu di antara mereka. 

"Nampak gayanya, melepaslah abang Naufal kamu tu." Seloroh puan Mardiah. Serta merta itu tawa mereka berlaga. Amani mengucap penuh syukur bila ibunya seakan merestui keputusannya. Green light in her pocket ! Gaun putih sudah menari-nari di anak matanya.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI