Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,084
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG
Wo Ai Ni



"Kenapa  pandang  macam tu?"

Dia hanya tersenyum. Tapi matanya masih terpaku, langsung tidak beralih. Hati sudah tidak keruan, malu tapi suka . Namun aku masih lagi terkendalikan. Wajahnya ku pandang bersahaja. Walaupun hakikat dalam hati memuncak rindu akan senyumannya. Aku tidak mahu terburu-buru. Senyumku hanya mampu ku rasai dari dalam hatiku. Nayalah kalau tersenyum sangat nampak pula aku gilakan dia kan.

"Huh... Kenapa? Kenapa asyik pandang  macam tu?" Kelihatan hembusan asap nafas mulai keluar dari mulut ku. Sesekali aku terlihat asap nafasnya bertembung asap nafas ku. Hand warmer pad  di dalam poket baju ku genggam erat.

"Wo ai ni..." Luahnya senafas tanpa berkalih. Matanya memandangku dalam seiringan senyumannya yang mampu menjatuhkan hati setiap wanita yang memandangnya. Hatiku terkulai layu. Mampukah aku mempertahankan keegoisan ku? Saat hati ku menduka lara namun aku rindu akan pelukan hangatnya disisiku. Mampukah aku untuk menidakkannya lagi?

"Betul ke apa yang saya dengar ni? Hey... Janganlah usik saya." Luah ku dalam nada bergurau. Saja, nak cover malu tapi dalam hati bersorak sampai rasa nak menari ballet! Duniaku kembali bersinar!

"Ya sayang, saya... cintakan awak... sepenuh hati."

Matanya ku pandang dalam, cuba mencari ketelusan di setiap bait kata-katanya. Ya, ternyata dia sangat merindui aku. Aku sedar namun aku yang sedaya upaya untuk menidakkannya. Hati ku menari-nari bersorak untuk mengatakan aku juga merinduinya dan menyintainya segenap hatiku, namun mulutku begitu berat untuk mengungkapkannya. Hanya pandangan mata yang mampu aku khabarkan betapa aku merinduinya. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI