Home Novel Cinta Akan Ku Tunggu Cinta Mu
Akan Ku Tunggu Cinta Mu
IFFAH IMANI
23/4/2019 09:51:14
45,064
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

"Miss you...."

Pesanan ringkas itu di tatapnya berulang kali. Teragak-agak untuk membalas kembali. Satu minit, dua minit sehinggalah setengah jam berlalu, pesanan itu akhirnya di biar sahaja.

"Are you busy ?"

Bibirnya di gigit sedikit, memandang penuh makna ke arah skrin handphonenya.

"Yes, i will text you later. Sorry." Pesanan di hantar. 

"Really miss you, call me back once you free."

Kali ini pesanan itu tidak di balasnya. Fikirannya masih lagi hanyut. Tidak pasti apa yang harus di lakukannya. Suasana petang tadi kembali bertandang di fikirannya. Wajah abang Naufal mula menghantui perasaannya.

"Kenapa terus tinggalkan abang macam tu? Antara Amani dan Nadia siapa lebih kenal abang? Amani kan. So what the problem?" Dia masih lagi ligat memikirkan makna kata-kata Naufal petang tadi. Entah apa maksudnya. Antara aku dan Nadia, siapa yang lebih kenal akan dirinya...

Apa maksud abang Naufal sebenarnya. Abang Naufal simpan perasaan terhadap aku? Tak, tak mungkin. Abang Naufal memang rapat dengan aku dan ibu, mungkin itu maksud abang Naufal sebenarnya. Tapi kenapa aku begitu kisah dengan kata-katanya petang tadi? Satu lagi, kenapa Nadia marah sangat dekat aku. Apa yang Nadia tahu tentang aku? Kenapa dia terlalu cemburukan aku sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesatnya terhadap aku dan sanggup mengada-adakan cerita antara dia dan abang Naufal. Lagipun baru sekali sahaja aku betemu dengannya. Itu pun semasa abang Naufal paksa aku ke pejabat untuk mengambil beg dompetnya yang tertinggal. Kalau bukan sebab di paksa tak adanya aku mengada-ngada ke pejabat abang Naufal. Faham-fahamlah sikap abang Naufal, suka memaksa. Hakikatnya aku tahu dia sengaja jemput aku untuk menunjukkan keadaan pejabat barunya. Yalah sewaktu perasmian pejabat guaman abang Naufal aku tak datang, hanya ibu yang datang. Aku perlu terbang ke Sabah untuk mengikut program team building selama seminggu di Kundasang. Sah-sahlah abang Naufal nak show off dekat aku. Tapi yang itu aku tak kisah sangat, yang aku kisah sangat si Nadia ni. Apa dosa aku sampai dia tak suka aku. 

"Hey, perempuan! Kau tak malu ke menumpang kekayaan Naufal. Dia penat-penat berusaha sampai ke tahap dia sekarang ni dan kau pula senang lenang di atas usaha dia. Sedarlah sikit siapa diri kau tu. Lepas ni aku tak nak tengok muka kau lagi. Dah lah rosakkan temujanji aku, lepas ni kau nak rampas teman lelaki aku pula ke?"

Oh My god ! Sopan sangat kata-kata dia kan. Kalau aku tak ingatkan abang Naufal, memang aku kerjakan dia habis-habisan kat sana. Ya Allah ya tuhan ku, nasib baiklah ibu sering mengajar ku untuk berwaspada dengan sikap marah. Kalau tak tak pasal-pasal viral. Ish! Seram pula aku. Tak dapat nak bayangkan wajah aku kerjakan Nadia.

Nadia... Nadia.  Entah apa sangatlah yang ada pada aku ni yang kau takut sangat aku nak pikat abang Naufal tu. Kalau aku nak pun lambatlah cerita kau. Tapi aku ni waras lagi. Abang Naufal tu abang sepupu aku. Entah apa agaknya dia fikirkan antara aku dengan abang Naufal tu. Aku tak pernah simpan perasaan lebih daripada seorang abang terhadap abang Naufal. Dah macam abang kandung dah aku rasa. 

Tak kan lah aku nak bercinta dengan abang sepupu aku sendiri. Lagi satu, abang Naufal tu ibu yang asuh selepas aunty Marlina tinggalkan abang Naufal untuk berkahwin baru setelah pak Razak meninggal. 

Abang Naufal pun satu dah tahu Nadia tu tergedik sangat sukakan dia, dia buat-buat tarik tali pula. Kejap layan kejap tak. Nadia tu bukannya tak cantik pun, wajah ala-ala gadis Filipina, tinggi lampai pula tu. Memang padan dengan abang Naufal. Ni tak buat nahas dekat aku adalah. Tak pasal-pasal di serang, Ish! Haru biru aku disebabkan abang Naufal.

"Amani, nanti tolong ibu hantarkan makanan ni ke rumah abang Naufal kamu ya. Ibu ada masak lebih bubur kacang ni." Sergah puan Mardiah bila melihat Amani terbaring di atas sofa empuknya sambil asyik memandang ke arah kipas antik di langit rumah banglo miliknya.

"Amani! Dengar tak apa yang ibu cakap ni." Sergahnya lagi.

"Dengarlah bu... Baru jer nak baring ibu dah minta itu minta ini." Omelnya manja.

"Amboi! Pintar merunggut ya sekarang ni. Ibu tak nak dengar alasan tu, nanti kamu hantarkan makanan abang Naufal kamu tu. Kasihan dia."

"Asyik-asyik abang Naufal. Telefon jerlah abang tu jemput makan kat sini. Sudah. Ni tak, nak juga hantarkan ke sana. Letihlah nak drive." Sengaja dia merunggut agar ibunya prihatin dengan kehendaknya. 

Pashh! Hinggap tamparan kecil puan Mardiah di paha anak gadisnya.

"Ibu..." Sengaja dia membuat bunyi merajuk terhadap puan Mardiah. Puan Mardiah tidak menghiraukan langsung, dia sudah lali dengan sikap manja anak gadisnya itu. Bekas yang berisi bubur sudah sedia di tangannya.

"Dah, jangan nak mengada-ngada. Bubur ibu dah siap dalam bekas ni."

"Telefon jerlah abang Naufal tu bu, Amani nak rehat ni. Bolehlah bu." Amani tidak berputus asa memujuk ibunya.

"Hantarlah sana, kalau dia makan kat sini, aunty Marlina kamu tak merasalah." Sedikit terkejut Amani dengan alasan ibunya. Ya, dia betul-betul lupa akan kewujudan aunty Marlina. Baru dia teringat yang aunty Marlinanya kini sudah kembali tinggal bersama abang Naufal. Itupun setelah di pujuk rayu oleh ibu. Mungkin ibu sengaja merapatkan hubungan abang Naufal dan aunty Marlina.

Aku betul-betul faham akan perasaan abang Naufal, perasaan kecewanya dulu ketika di tinggalkan oleh aunty Marlina tak akan lenggang semudah itu. Perasaan kecewa itu tetap menerawang di pelusuk hatinya. Tapi itulah ibu, walau di hindar sekali manapun tetap ibu. Lagi-lagi bila di asuh oleh ibu bernama puan Mardiah, jangan mimpilah nak melawan mahupun melakukan perkara-perkara yang tak elok. Siap siagalah.

Nasihat demi nasihat,pujukkan demi pujukkan akhirnya abang Naufal bersetuju  juga dengan ibu untuk menemui aunty Marlina yang menderita sakit kanser payudara tahap empat. Walaupun sebelum ini aunty Marlina bencikan ibu dan abang Naufal.

Tapi hati ibu kuat, dia tidak pernah mengambil hati atas apa yang aunty Marlina lakukan. Walaupun aunty Marlina tak pernah melayan ibu dengan baik, ibu langsung tidak berkecil hati mahupun mengambil hati malah sering kali mencuba untuk menghubungi kembali aunty Marlina. Sehinggalah dia tahu keadaan aunty Marlina yang kini sedang menghidap kanser payudara. Kata ibu, jahat mana pun aunty Marlina dia tetap ahli keluarga ibu. Aunty Marlina tetap ibu kepada abang Naufal dan ibu tetap satu-satunya sepupu aunty Marlina. Pernah suatu ketika dulu, ibu di halau dari rumah aunty Marlina yang ketika itu sudah berkahwin baru. Itupun atas sebab abang Naufal yang deman panas. Abang Naufal rindu sangat nak jumpa aunty Marlina. Tapi panas tidak sampai ke petang, aunty Marlina marah pada ibu dan memberi amaran pada ibu untuk tidak menjejakinya. 

Aku yang terkesan akan tindakan aunty Marlina terhadap ibu langsung menceritakan semuanya pada abang Naufal. Abang Naufal sedih sangat. Dia betul-betul terluka dan mulai dari hari itu abang Naufal berjanji pada ibu untuk tidak akan sesekali mencari ibu kandungnya lagi. Namun, doa ibu setiap hari untuk melembutkan hati aunty Marlina dan abang Naufal tidak terbiar begitu saja. Kuasa Allah yang maha besar, suami aunty Marlina telah menghubungi ibu dan menceritakan keadaan aunty Marlina yang sedang di rawat di hospital kerana menghidap kanser payudara.

Satu tamparan yang hebat buat abang Naufal, kalau aku di tempat abang Naufal hati mana yang tidak di rundum luka. Tapi demi janjinya dia menolak untuk menjumpai aunty Marlina. Namun ibu berkeras. Dia tidak mahu abang Naufal menjadi seorang anak yang derhaka kepada orang tuanya.  Pujukan demi pujukan akhirnya abang Naufal bersetuju untuk menemui ibu kandungnya. Air yang di cincang tak akan putus begitulah perumpamaannya.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IFFAH IMANI