Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
84,485
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Bab  11

KAK Ecah mengambil surat khabar yang baru dihantar. Sejak dahulu memang Laura Jane melanggan empat naskhah surat khabar, tiga dalam Bahasa Malaysia dan satu berbahasa Inggeris. Jika tiada shootingatau urusan lain di

luar rumah, dia akan menghabiskan masa dengan membelek akhbar. Selalunya dia akan lebih tertarik denganberita-berita hiburan tanahair berbanding hal-hal politik atau kebobrokan dunia sekarang.

Jika ada berita tentang kariernya atau gosip daripadasebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara, dia akan meminta Kak Ecah membuat potongan akhbar dan menyimpannya dalam fail. Sudah banyak fail-fail potongan akhbar itu disimpan di dalam perpustakaan di tingkat bawah rumah Laura Jane. Di Perpustakaan itu dilengkapi dengan komputer dan kemudahan internet.

Semasa Kak Ecah hendak masuk ke rumah, Ben datang dengan keretanya. Kak Ecah membuka pintu pagar. Ben memandu masuk ke ruang porchyang boleh memuatkan tiga buah kereta.

“Laura dah bangun?” tanya Ben sambil melangkah masuk.

“Belum. Senyap aje kat atas tu. Saya pun tak berani nak panggil.”

“Seminggu dua ni mooddia tak berapa baik. Pantang salah sikit dia cepat melenting.”

Bukan seminggu dua ni saja, tapi memang dah begitu perangainya. Pantang salah, silap cakap dia akan melenting, rungut Kak Ecah dalam hati. Aku ni dah masak dengan perangai dia!

“Akak ada buat potongan akhar dua tiga hari lepas?” Kak Ecah menggeleng. Kadang-kadang dia mengumpul

surat khabar untuk tempoh seminggu barulah melakukan pengasingan. Sambil membuat keratan, sempat juga dia membaca berita-berita atau gosip tentang Laura Jane.

“Dia bad moodtu pasal kenyataan Encik Rawal baru- baru ni dalam majalah dan surat khabar,” kata Ben.

“Apa katanya?” tanya Kak Ecah memerhati sahaja ke arah Ben yang mencapai akhbar yang baru diletakkannya di atas meja.

“Laura tidak akan diambil berlakon lagi dalam filem terbarunya. Sebab filem baru ni adalah kisah gadis remaja.

Filem muzikal, komedi romantik. 100 peratus pelakon adalah bintang remaja.”

“Oh, dia terasa hatilah?” Ben mengangkat bahu.

“Encik Rawal offerdia berlakon drama bersiri terbitan RTM. Wataknya sebagai seorang ibu yang membela lapan orang anak setelah kematian suami.Watak wanita kampung. Dia tak suka. Entah kenapa kalau cerita pasal kampung- kampung ni dia memang benci,” cerita Ben lagi.

“Jadi dia tak terima tawaran tu?”

“Tu lah, saya nak pujuk dia supaya terima. Kalau tak terima tawaran tu, dia langsung tak ada kerja sepanjang tiga empat bulan ni. Nanti dia lagi tambah tension. Duk fikir benda yang bukan-bukan.”

“Betul jugak tu,” balas Kak Ecah.

Ben berjalan lambat-lambat menghala ke perpustakaan lalu membuka pintu.

“Kalau dia bangun nanti, beritahu dia saya katlibrary.” Kak Ecah mengangguk.

“Kak, buatkan saya Nescafe. Kalau ada apa-apamakanan tu bawak sekali, boleh?”

“Boleh. Kebetulan Kak Ecah ada buat mi goreng tadi.” Ben tersenyum senang. Dia terus masuk ke dalam

perpustakaan lantas menuju ke arah sebuah meja yang terletak di tengah ruang. Kerusi berpusing berwarna hitam kulit terletak di belakang meja. Dia situ juga terletak sebuah komputer peribadi dengan skrin LCD. Di kiri kanan dinding terdapat rak yang dipenuhi denganbuku-buku, tersusun dengan teratur.

Ben melabuhkan punggung, mulai menyelak helaian akhbar sehelai demi sehelai. Kemudian berhenti di muka surat yang memaparkan berita tentang Laura Jane.

Laura Jane memaki hamun seorang jurugambar bebas. Ben tersentak. Dia membaca berita yang tertulis

sehingga habis. Peristiwa di coffee houseitu kembali terakam. Segala yang mereka bualkan turut dipetik di situ. Jelas sekali perbualan mereka berdua dirakam. Kepalanya tergeleng- geleng.Tidak sangka peristiwa malam itu termuat di akhbar. Ben pantas membelek tiga akhbar lain. Juga memuatkan berita yang sama tetapi dengan tajuk yang berlainan.

‘Pelakon terkenal Laura Jane, bergaduh dengan wartawan.’

Isinya masih sama, perihal Laura Jane mengeluarkankata-kata kesat terhadap jurugambar bebas itu di sebuahcoffee housedi ibu kota.Terpampang wajah Laura Jane yang sedang berang. Ada juga gambar kecil ketika dia sedang menghembus hingus. Nampak hodoh dan memalukan. “Ada apa-apa berita hangat?”

Suara Laura Jane terdengar jelas dari ambang pintu perpustakaan yang baru ditolak dari luar.

Ben mengangkat mukanya memandang tenang ke arah pintu. Laura Jane masih berbaju tidur warna pink. Baju tidur daripada kain satin itu menampakkan tubuh Laura Jane yang seksi.

“Err...berita biasa aje,” jawab Ben tergagap-gagap dan bagaikan terpukau pertama kali melihat Laura Jane berpakaian seseksi itu.

Dia segera melipat akhbar. Berita hangat itu tidak akan sampai ke pengetahuan Laura Jane. Dia tidak mahu wanita itu mengamuk. Dia akan meminta Kak Ecah menyorokkan surat khabar itu atau terus membakarnya.

“Ada gosip tentang I?” tanya Laura Jane. Ben menggeleng.

“You belum mandi ke? I ada hal nak bincang dengan you

ni.”

“Hal apa? Kalau soal kerja I tak nak dengar.”

Awal-awal lagi dia sudah memberikan amaran. Laura Jane masih terus berdiri di ambang pintu menanti jawapan Ben.

“Tak. Ni hal kita berdua,” jawab Ben tersenyum kecil. Dia bangun, berdiri di hadapan Laura Jane sambil

memeluk pinggang Laura Jane yang ramping. Dahi wanita itu diciumnya dengan lembut.

“I...I nak kahwin dengan you,” kata Ben sambil membelai lembut rambut Laura Jane.

Tubuh wanita itu dipeluknya kemas.Laura Jane meronta- ronta.

“Hei, I belum mandi! Rimaslah kena peluk macam ni!” Ben mengangguk, melepaskan Laura Jane. “Okey...okey, pergi mandi dan wangi-wangi dulu,” katanya sambil mengenyitkan mata.

Laura Jane tergelak kecil mendengar kata-kata Ben yang penuh godaan itu. Dia menggeleng-geleng. Namun hatinya girang bukan main.Tanpa berlengah dia terus bergerak naik ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap-siap.

Tidak lama kemudian Kak Ecah masuk membawa Nescafe dan sepiring mi goreng. Dia meletakkannya di hadapan Ben.

Ben melipat surat khabar itu lalu menyerahkannya pada Kak Ecah.

“Tolong bakar aje surat khabar hari ni.Saya tak nak Laura baca berita tentang dia. Teruk! Betul-betul teruk. Kalau dia baca pasti dia akan mengamuk. Saya nak ajak dia keluar, pergi kedai emas. Beli cincin.”

“Beli cincin?” tanya Kak Ecah dengan berkerut. “Ya, kami rancang nak bertunang,” beritahu Ben. Kak Ecah tersengih.

“Baguslah tu! Ni lah berita gembira yang semua orang tunggu,” kata Kak Ecah segera berlalu membawa surat khabar itu ke dapur.

Betulkah semua orang tunggu berita perkahwinan dia dan Laura? Ben hanya berbisik dalam hatinya sahaja.

Sebaik sahaja Laura Jane turun dari tingkat atas, Ben terus menarik tangannya keluar dari rumah. Laura Jane mengikut sahaja. Ben membawa Laura Jane ke Habib Jewel. Laura Jane tersengih panjang.

“Pilih cincin. Berapa pun harganya I bayar,” bisik Ben mesra sambil menggenggam erat tangannya.

“Lepas ni kita balik Ipoh, rumah ibu bapa I.”

“Oh, Ben! Happynya I hari ni!” kata Laura Jane terharu, air matanya tampak berlinangan dan hampir jatuh.

Tanpa segan silu dia memeluk Ben di hadapan khalayak ramai. Kemudian dia melepaskan pelukan itu dengan cepat. Dalam hati dipagut bimbang. Aksinya yang berlebihan akan menarik perhatian. Lebih malang lagi jika jurugambar bebas yang pernah dimakinya di coffee houseitu muncul dan mengambil gambarnya sedang berpelukan di hadapan kedai emas itu. Imejnya pasti tercalar.

Ben tergelak kecil.

“Ya, sayang. I mahu you happy.Kegembiraan you adalah kegembiraan I jugak,” balas Ben sambil menggenggam tangan Laura Jane dengan erat.

“Ben, I love you,”bisik Laura Jane ke telinga Ben.

“I love you too, Laura.”

Rumah keluarga Ben di Ipoh besar dan cantik, terletak di pinggir bandar. Rumah banglo setingkat itu mempunyai kawasan halaman yang luas dengan hamparan rumput yang menghijau. Terdapat dua beranda, di hadapan serta di bahagian sisi rumah. Lantainya berturap marmar biru.

Ben mengajak Laura Jane ke beranda bahagian sisi rumah kerana ibunya suka duduk berehat di situ. Suasana di bahagian sisi rumah itu lebih sejuk dan damai.Ada pohon mempelam rendang berdekatan.

Di bahagian hadapan rumah menghala ke matahari naik, jadi, suasana agak panas. Mereka tiba lebih kurang jam1.30 petang. Ibu Ben, Puan Rosna baru lepas makan tengah hari. Bapanya Encik Mujib Khan keluar, bersolat Zohor di masjid.

“Assalamualaikum, mummy,”tegur Ben sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

Puan Rosna memandang ke arah mereka, terus bangun dan tersenyum ke arah mereka berdua.

“Waalaikumussalam. Ben, tak beritahu pun nak balik,” kata Puan Rosna sambil memeluk anak lelakinya itu.

“Apa khabar mak cik?” tegur Laura Jane.

“Baik. Masuklah Cik Laura,” balas Puan Rosna sambil mengajak Laura Jane masuk ke bahagian dalam.

Di tengah rumah yang menjadi ruang tamu kedua, menempatkan kerusi kayu jati. Laura Jane duduk di salah satu kerusi. Ben masuk ke bahagian dalam mengekori ibunya. Puan Rosna masuk untuk menukar pakaian yang nampak lebih cerah dan kemas. Ben kelihatan sungguh rapat dengan ibunya. Dia duduk di sebelah ibunya, langsung tidak berganjak.

“Baru kali ini Cik Laura datang ke sini, padahal dah lama jugak Ben bekerja dengan Cik Laura,” kata Puan Rosna ramah.

“Ada hal apa di Ipoh? Ada shootingfilem ke?” soal Puan Rosna.

“Tak adalah mummy. Saja ajak Laura ke sini, berkenalan dengan mummydan daddy.

Puan Rosna tersenyum kemudian memanggil pembantu rumahnya supaya menyediakan minuman.

“Dah makan ke, Ben?”

“Dah mummy.Kami makan kat luar tadi,” kata Ben sambil memeluk bahu ibunya.

Puan Rosna tersenyum senang membiarkan Ben memeluk bahunya dengan mesra.

“Sunyi rumah ni, mak cik. Tinggal berapa orang kat sini?”

“Tiga orang aje. Mak cik, pak cik dan pembantu rumah,” beritahu Puan Rosnah.

“Anak-anak ramai sebenarnya, tapi semua dah kahwin. Kalau musim raya ataupun kenduri, penuhlah rumah.Tinggal Ben saja yang tak kahwin lagi. Dia ni anak bongsu,” kata Puan Rosna sambil menjeling Ben yang sedang tersenyum.

“Entah bila nak kahwin tak tahulah!” Puan Rosna melepas keluhan.

Ben hanya tersengih memandang Laura Jane. Wajah Laura Jane tiba-tiba bertukar serius. Jelas Puan Rosna belum tahu tujuan kedatangan mereka. Malah wanita itu langsung tidak tahu hubungan antara dia dengan Ben selama ini. Agaknya wanita ini tidak membaca surat khabar, bisik Laura Jane dengan hati mendongkol.

Mummy,Ben dah ada calon,” bisik Ben apabila dia mengesan wajah Laura Jane yang cemberut.

“Dah ada calon? Baguslah! Siapa? Kalau tak adamummycarikan.”

“Depan mummyni lah! Bakal menantu mummy,” jawab Ben terus tersengih lagi.

Puan Rosna nampak sangat terkejut.Wajahnya berubah. Dia merenung Laura Jane dengan pandangan tidak percaya kemudian merenung wajah anaknya pula. Dia terdiam beberapa ketika. Kemudian menghadiahkan secebis senyuman penuh paksaan ke arah Laura Jane.

“Bergurau ke serius ni?” “Seriuslah!” jawab Ben.

Dia terdiam sekali lagi. Tiba-tiba dia teringatkan pembantu rumahnya.

“Hisy, lambat betullah buat air!”

Dia terus bangun dengan wajah menahan marah.

“Biar mummypergi tengok sekejap. Duduklah ya Cik Laura, buat macam rumah sendiri.”

Dia terus bangun, berjalan laju menghala ke dapur. Dari arah dapur, Laura Jane dan Ben terdengar dia berleter memarahi pembantu rumahnya.Riuh rendah suaranya,semua yang dibuat tidak berkenan di hati. Segalanya diungkit.

Entah mengapa dia harus naik marah begitu sekalisemata-mata kerana air lambat disediakan, soal Laura Jane sendiri.

Suara pembantu rumahnya langsung tidak kedengaran walaupun sepatah. Sejurus kemudian pembantu rumah keluar dari dapur membawa sejug minuman sejuk bersama sepiring roti ban beriti kelapa.

Puan Rosna tidak keluar lagi. Suaranya juga tidak kedengaran meleteri si pembantu rumah. Semuanya sepi.

“Silakan minum,” kata pembantu rumah itu dengan santun sebelum berlalu pergi.

Laura Jane dan Ben saling berpandangan. Mereka tidak berkata apa-apa sejak tadi. Laura Jane tidak senang duduk.

“Jom minum, sayang!” kata Ben perlahan seolah- olah takut ibunya terdengar perkataan ‘sayang’ yang baru diungkapkannya.

Ben meneguk sedikit minumannya kemudian dia pergi ke bahagian dapur. Dia keluar semula dan memberitahu Laura Jane ibunya sedang Solat Zohor.

Di luar terdengar bunyi motosikal.

DaddyI dah balik,” kata Ben sambil memerhati ke arah pintu yang terbuka luas.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki berusia awal 60-an. Rambutnya sudah putih dan wajahnya agak gelap. Dia mengenakan kupiah.

“Ben, kau balik rupanya.”

“Ya daddy. Daddyapa khabar?” “Sihat.Alhamdulillah.”

“Ni Laura Jane, daddy,”kata Ben memperkenalkan Laura Jane pada ayahnya.

“Siapa yang tak kenal. Tadi ada terbaca dalam surat khabar berita tentang Cik Laura. Betul ke Cik Laura bergaduh dengan wartawan? Kan tak baik memaki hamun orang tak tentu pasal.Wartawan jugak yang menaikkan nama Cik Laura. Bukan begitu, Cik Laura?”

Wajah Laura Jane merah padam. Dia tidak menyangka soalan itu yang keluar daripada bibir lelaki yang menjadi bapa kekasihnya. Dan lebih mengejutkan dia tidak tahu pun berita tentang pergaduhannya muncul di akhbar hari itu. Sekonyong-konyong dia teringat pernah memarahi dan menjerit ke arah jurugambar bebas yang merakam setiap aksi dan gerak-gerinya.

Dia merenung Ben tajam. Rasa marah, kesal, sedih saling berbaur.Dia rasa dikhianati dan pengkhianat di sebalik semua itu belum menampakkan wajahnya.

“Semua berita tu tak benar daddy,” kata Ben dengan cepat.

“Berita tu tipu? Takkanlah tipu semata-mata. Ada disertakan gambarnya sekali. Kalau tak ada gambar bolehlah kata berita palsu atau gosip liar,” kata Encik Mujib Khan lagi dengan penuh yakin.

Encik Mujib Khan bekas seorang guru besar, sekolah menengah. Dia gemar membahaskan sesuatu sehingga dia berpuas hati.

“Ya! Jurugambar tu ada niat buruk pada Laura. Dia asyik ikut, intip Laura. Privasi hidup Laura diceroboh. Sebab itulah Laura marah. Dia jugak punya hak untuk hidup macam orang lain.Tapi kalau dah 24 jam kena ikut, tentulah rasa marah dan rimas,” ujar Ben cuba menerangkan satu per satu kepada bapanya.

Encik Mujib Khan terdiam mendengar penjelasan Ben. “Mana surat khabar tu, saya nak tengok!” kata Laura

Jane sambil memandang tepat ke wajah Encik Mujib Khan. “Ada,” kata Encik Mujib Khan lalu terus masuk ke

bahagian ruang tamu utama. Dia meninggalkan surat khabar itu atas meja kopi selepas membacanya awal pagi tadi.

“Sampai hati you tak beritahu I pasal berita tu. Tadi I tanya ada berita hangat ataupun tak,you kata tak adaapa-apa. Cepat-cepat you ajak I pergi beli cincin tunang kononnya! Sudahlah Ben!You sengaja tak mahu I tahu berita tu? Sengaja nak malukan I depan daddyyou? Kenapa you buat macam ni pada I?”

Ben menggeleng dengan cepat.

“Tak. I tak niat langsung nak malukan you depan daddy.I pun tak sangka dia baca surat khabar tu. Sebenarnya, I tak mahu you sedih.Tu aje niat I. Percayalah! I bukan sengaja nak sorok perkara tu daripada you.”

Dia telah pun menyuruh Kak Ecah membakar semua surat khabar itu. Dia memang tidak ingin Laura tahu.Aduh! Kenapa daddyboleh terbaca pasal Laura Jane? Langsung terus bertanya secara berdepan begitu? Bisik Ben di dalam hatinya.

“Argh! I tak percayalah! Agaknya you sengaja nak pujuk I ajak pergi kedai emas tadi tu sebab nak tutup pasal berita tu lah. Niat you nak ajak I tunang tu pun bukannya ikhlas. You langsung tak beritahu ibu bapa you pasal hubungan kita. Mereka tu pasti terkejut kalau tahu kita nak bertunang.”

“Laura, I nak beritahu mummydengan daddylah sebab tu ajak you ke sini. Janganlah marah macam ni. Kita ni kat rumah daddyI, tahu? Apa-apa hal, you nak marah, nak maki I tunggu kita balik KL nanti,” kata Ben dengan suara rendah sambil mendekati Laura Jane dan cuba menenangkan wanita itu.

Laura merengus,membuang tangan Ben yang tersangkut di bahunya.

“You tak jujur dengan I Ben. I kecewa dengan sikap you. I tertanya-tanya betul ke you cintakan I. Ataupun youberpura-pura saja.”

“Laura, takkan I buat you macam tu. Pura-puraapanya Laura? Dah lama I kerja dengan you. Dah berapa tahun pulak kita bercinta.Tolong jangan ragui perasaan I pada you,” ujar Ben cuba menyakin Laura Jane, namun dia tidak dapat menyakinkan diri sendiri.

Benarkah cintanya 100 peratus pada wanita yang lebih berusia daripada dirinya itu?

“Macam mana I tak ragu kalau sikap you macam ni, Ben! You tak mahu berterus-terang. Banyak perkara yang you rahsiakan daripada I.”

“Sayang, tolong percaya pada I. I love you so much.”EncikMujibKhanterdiammendengarsahajapertengkaran

antara Ben dan Laura Jane. Daripada pertengkaran itu sudah jelas tujuan dan maksud kepulangan Ben pada hari itu dengan membawa Laura Jane bersamanya.

Laura Jane terus terdiam mendengar ungkapan cinta Ben. Walaupun mulai tumbuh rasa ragu-ragu tetapi dia seperti ingin mempercayai lelaki itu.Dalam hatinya juga amat mencintai Ben.

Encik Mujib Khan meletakkan surat khabar di atas meja kayu jati berdekatan dengan Laura Jane. Laura Jane memandang surat khabar itu. Apakah dia akan membuka dan membaca berita yang mengaibkan namanya sendiri? Tangannya langsung tidak tergerak untuk mengambil surat khabar yang baru diletakkan.

“Jadi,kau balik hari ni sebab nak beritahu pasal rancangan kau orang berdua?” tanya Encik Mujib Khan meminta kepastian.

Ben hanya mengangguk sedangkan Laura Jane membisu. “Nak bertunang, bertunanglah. Sekurang-kurangnya dapat menghindari fitnah. Bertunang jangan lama-lama.

Segeralah menikah,” ujar Encik Mujib Khan memutuskan kata.

Puan Rosna yang mendengar dari arah pintu bilik tidurnya, menarik muka masam. Dia geram mendengar kata- kata suaminya itu. Dia tidak akan merestui perhubungan antara Ben dan Laura Jane.Wanita itu lebih tua daripada anak lelaki bongsu kesayangannya itu. Dia tidak rela mendapat menantu tua walaupun wanita itu terkenal dan kaya raya. Malah dia lebih rela Ben berkahwin dengan seorang gadis kampung.

Puan Rosna langsung tidak keluar semasa Ben dan Laura Jane beredar pergi tidak lama kemudian. Semasa Ben masuk ke bilik untuk mengkhabarkan kepada ibunya mereka akan kembali ke kota, Puan Rosna berpura-pura tidur.

“KAK Ecah, saya nak buat surprise partyuntuk Laura malam esok. Esok adalah hari lahirnya. Jadi Kak Ecah tolong saya buat persiapan. Saya dah tempah kek. Saya jugak dah uruskan jemputan. Kita buat jamuan kecil dalam rumah sahaja. Khas untuk kawan-kawan rapat.”

Kak Ecah mengangguk. Dia melihat senarai kerja-kerjayang baru ditulis oleh Ben. Dia mengajak Mimah yang juga pembantu rumah di situ melaksanakan tugas itu.

Rancangan Ben diatur dengan teliti. Pada hari itu jadual Laura Jane cukup padat. Laura Jane akan ke RKR ada meetingberkenaan dengan skrip drama bersiri. Budgetuntuk drama bersiri itu sudah diluluskan oleh RTM.Pemilihan pelakon juga sudah dibuat. Meetingberlarutan hingga ke waktu makan tengah hari.Waktu makan tengah hari, Ben membawa Laura Jane ke sebuah kafe di Bangsar.

Ben berjaya memujuk Laura Jane menerima tawaran itu.

Laura Jane sedar,popularitinya sebagai bintang filem semakin menurun. Tetapi dia tidak seharusnya putus asa. Sudah hampir 18 tahun dia berada dalam bidang ini. Dia masih boleh menyerlah sebagai pelakon drama televisyen, jika tidak lagi diterima sebagai heroin dalam filem. Bayarannya agak lumayan tetapi menuntut masa yang panjang.

Drama bersiri itu panjang mengandungi 40 episod untuk musim pertama. Kemudian akan bersambung lagi musim kedua, 40 episod lagi. Lokasi drama itu dibuat di sebuah kampung di pinggir kota.

Laura Jane tidak begitu gembira, kerana watak yang diberikan kepadanya bukanlah watak glamor. Namun dia setuju untuk menghayati watak yang diberikan. Watak seorang balu yang bersusah payah membesarkan anak-anakdisulam kisah cinta dengan seorang ahli perniagaan yang selalu datang membeli kuih jualannya. Namun dia menolak cinta yang dihulurkan kepadanya demi ingin melihat kejayaan anak-anak menjadi manusia berguna.

“Puas hati dengan bayaran yang ditawarkan?” tanya Ben semasa mereka sedang makan masakan kampung di Cafe Bara.

“Bolehlah,” jawab Laura Jane sambil menyuap nasi.

Dia jarang sekali makan nasi di waktu tengah hari.Tetapilauk-pauk kampung di situ menaikkan selera.Sudah lama tidak menikmati gulai rebung bercampur perut lembu. Terdapat juga sambal belacan dan kacang botol sebagai ulam.

“Sekurang-kurangnya you busy,ada kerja. Sementara tunggu filem yang lain.”

“Mungkin Encik Rawal tak nak ambil I main filem lagi.

Dah beberapa kali dia bagi hint kat I, katanya I dah tak sesuai jadi heroin,” kata Laura Jane tenang, bagaikan sudah menerima takdir dirinya.

“Heroin tua, siapa nak tengok,” kata Laura Jane seperti kecewa.

“Sayang, you belum tua.” “Nak ambil hati I ya?”

Laura Jane tersenyum sedikit kemudian kembali serius. “Ah...you yang ambil hati I dulu. Simpan kat hati you.

Kan dah lama you curi hati I?” Ben cuba bergurau.

Laura Jane tergelak akhirnya. “Pandailah you tu.”

Ben tergelak kecil.

“Lepas ni I hantar you pergi spa. Manjakan diri you. Rilaks. Nanti dah sibuk berlakon tak ada masa pulak.”

“Hmm...bagus jugak idea tu,” ujar Laura Jane setuju. Lebih kurang pukul 3.00 petang, Ben menghantar Laura

Jane ke spa kegemaran. Dia berjanji akan mengambil Laura Jane pukul 5.00 petang nanti. Ben pulang ke rumah Laura Jane untuk melihat persiapan yang dibuat oleh kedua-duaorang pembantu rumah. Pak Yop ikut membantu.

Ben singgah di kedai bunga sebelum ke rumah wanita itu, menempah jambangan bunga mawar merah 24 kuntum semuanya untuk Laura Jane.

Kak Ecah dan Mimah sibuk dengan kerja. Kek yang ditempah juga sudah diambil oleh Ben sebentar tadi. Ruang tamu sudah ditukar susun aturnya, jambangan bunga segar menghiasi sudut ruang. Seikat belon digantung di siling. Ben menjemput Laura Jane tepat pukul 5.00 petang. Laura Jane kelihatan ceria, wajahnya segar dihiasi make-uptipis.

“Kita nak ke mana lagi?” tanya Laura Jane apabila Ben membawanya ke arah yang bertentangan dengan rumah.

“Kita pergi butik ambil evening dress.

“Mana ada I tempah dress,” kata Laura Jane sambil mengerut dahi.

Ben tertawa.

“Sebenarnya I tempahkan untuk you kat butik kegemaran you tu.”

Laura Jane diam sahaja. Dia bagaikan dapat menghidu sesuatu.

“Apa yang you rancang ni, sayang?” “Tak ada apa-apalah.”

“I tahu you rancang sesuatu ni.”

Lebih kurang pukul 8.00 malam Laura Jane dihantar pulang. Suasana rumah gelap semasa Laura Jane tiba. Dia memerhati sahaja rumah banglonya yang sepi itu. Ke mana pula kedua-dua orang pembantu rumahnya?

Ben mengeluarkan kunci pintu hadapan lalu membukanya. Suasana di dalam rumah gelap gelita. Laura Jane ingin berkata sesuatu tetapi tidak sempat apabila terdengar jeritan yang riuh diikuti dengan lampu menyala terang.

“Surprise!!!”

Dia terkejut sedikit walaupun sejak tadi dia sudah mengagak Ben merancang sesuatu. Dia ingat hari itu adalah hari lahirnya. Memang dia menanti ucapan daripada lelaki itu tetapi tidak sangka sebuah majlis kecil tetapi meriah sudah dirancang untuknya. Semuarakan-rakan rapatnya hadir, termasuk Kak Dilla wartawan hiburan yang baru dinaikkan pangkat menjadi editor. Dia adalah kawan baik Laura Jane.

Demi melihat wajah Kak Dilla,Laura Jane terus mengadu dengan wanita itu.

“I tahu pasal berita tu,” kata Kak Dilla. “Tolong bersihkan nama I, Kak Dilla.”

“Okey.I akan tulis nanti.Jangan bimbang,I akan bersihkan nama you. I editor kanan kat situ. I akan pastikan esok berita gembira keluar tentang you. Jangan bimbang sayang. Bergembiralah malam ni,” kata Kak Dilla memberikan semangat.

Wajah Laura Jane kembali berseri.Ketika dia meniup lilin yang menggenapkan usianya yang ke-36 tahun, dia mendapat tepukan yang gemuruh. Lebih menggamatkan apabila dengan rasminya Ben menyarungkan cincin ke jari manisnya. Malam itu Ben sudah pun menjadi tunang Laura Jane.

Esoknya, hanya satu akhbar sahaja mengeluarkan berita tentangpertunanganBendanLauraJanelalumenenggelamkan berita buruk beberapa hari yang lalu. Gambar Laura Jane sungguh cantik berseri di sisi Ben.

Majlis hari lahirnya juga meriah walaupun kecil, diadakan di rumah sahaja. Dua hari kemudian sebuah sidang akhbar diadakan. Laura Jane mengumumkan pertunangannya dengan Ben. Semua wartawan majalah tempatan dan akhbar dijemput menghadiri perhimpunan itu.

Laura Jane menjawab semua soalan daripada wartawan yang hadir. Mata Laura Jane memandang tajam pada semua wartawan yang berkumpul di dewan persidangan hotel itu. Di muka pintu untuk masuk ke bilik persidangan, Ben mengawasi setiap wartawan dan jurugambar yang masuk.

Dia tidak melihat kelibat jurugambar yang amat dimusuhi oleh Laura Jane. Dia bimbang jurugambar itu akan menimbulkan keributan dengan bertanyasoalan-soalan sensitif.

Kemudian pada sebelah malam, syarikat produksinya RKR menaja sebuah majlis yang lebih besar di hotel,meraikan pertunangan antara Ben dan Laura Jane. Pertunangan pasangan itu berlangsung dalam suasana meriah, harmoni dan bahagia. Berita buruk tentang dirinya terus lenyap begitu sahaja ditindih berita pertunangan dalam majlis yang penuh gilang gemilang.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.