Bab 9
ENCIK Anuar
dan isterinya tergesa-gesa keluar
tanpasempatbersarapan.PakLatifsudahmenunggu di dalam kereta.MakTimah menghantar
pemergian majikannya di muka pintu.Tidak sempat menegur Puan Anom yang menonong
laju mengikut Encik Anuar.
MakTimah
menutup pintu lalu kembali semula ke ruang. Di atas meja makan besar itu
tersedia roti bakar dan seteko Nescafe panas. Dia termenung sendiri. Siapalah
yang minum kopi seteko penuh ni? rungutnya sendiri.Akhirnya dia duduk, menuang
kopi ke dalam cawan yang tersedia. Dia minum seorang diri.
Terasa sudah
lama tidak melihat wajah Hawa Fatihah. Kehadiran gadis itu di sisinya amat
dirindui. Sebulan lalu Hawa Fatihah menelefon Mak Timah. Dia memerlukan duit
untuk membeli komputer riba. MakTimah memasukkan duit sebanyak RM2,000 ke dalam
akaunnya. Selepas itu Hawa Fatihah terus tidak menghubunginya lagi. Mungkin
sibuk dengan pelajaran, Mak Timah memujuk hatinya sendiri.
Mak Timah
cuba menghabiskan kopi di dalam cawan. Terasa kopi itu amat pahit melalui
tekaknya.Hidupnya berasa begitu sepi sejak Hawa Fatihah menyambung pelajaran.
Begitulah
pahitnya hidup tanpa insan yang disayangi, bak kopi kekurangan gula dan susu.
MakTimah
memerhati sesekeliling,objek kaku membeku. Dia sering bersendirian di rumah
itu. Encik Anuar dan Puan Anom sentiasa sibuk di luar. Hari minggu begini pun
jarang sekalipasanganitududukberehatdirumah.Sufianpulasudah lama tidak pulang.
Khabarnya dia menghabiskan masa cuti musim panas dengan bercuti ke beberapa
negara Eropah.
Beruntungnya
anak orang kaya lagi berada, fikir Mak
Timah. Dapat
melancong ke luar negara, melihat tempat orang. Pun dia tetap bersyukur,
cucunya nan seorang dapat melanjutkan pelajaran walaupun hanya belajar di dalam
negeri. Di mana pun berada, jika ilmu yang bermanfaat itu tidak disalahguna,
pasti akan mendapat keuntungan juga. Seperti kata orang, benih yang baik tidak
memilih tanah. Akan tumbuh pohon yang subur memberi faedah kepada orang lain.
Mak Timah menanam harapan, semoga suatu hari nanti Hawa Fatihah akan menjadi
seorang insan yang berguna kepada agama dan bangsa.
SELESAI meetingdengan bakal
pelanggannya, Encik Anuar kembali ke hotel. Puan Anom sengaja mengikutnya
datang ke Kuantan kerana merindui pantainya yang bersih dan angin laut yang
segar. Mereka menginap di Hotel Hyatt, pesisir Teluk Cempedak.
“Macam
mana meetingtadi?” tanya Puan Anom sambil memerhati Encik
Anuar yang menghuraikan tali lehernya.
“Nampaknya
mereka berminat nak beli sistem Alto- Link kita.”
Alto-Link adalah
satu jenis sistem yang dibangunkan di dalam komputer peribadi yang boleh saling
berhubung antara satu komputer dengan komputer dalam satu-satuorganisasi,
syarikat ataupun koperasi. Ia mengandungi sistem untuk
memeriksa data-data, kewangan, maklumat dan sebagainya. Jika
digunakan oleh sesuatu koperasi, sistem ini berupaya untuk memeriksa setiap
kegiatan ahli koperasi, seperti memeriksa sama ada ahli sudah memasukkan wang
keahlian, mengemas kini data-data,menerima ahli baru dan sebagainya.
Pengendali
sistem hanya perlu menekan kekunci, tidak perlu membuka membuka fail ataupun
mengisi borang ataupun ke sana sini mencari maklumat dalam fail bercetak. Kerja
jauh lebih mudah, semua ada di dalam sistem.
Sudah 10
tahun Encik Anuar menjalankan perniagaan menjual sistem itu, dan sudah banyak
syarikat dan koperasi yang menjadi pelanggannya. Setiap kali ada masalah atau
troubleshooting,juruteknik syarikat EncikAnuar akan datang membantu,
membuat penyelenggaraan dan lain-lain. Encik Anuar mempunyai ramai
kakitangan, di bahagian marketingtetapi apabila bakal
pelanggan mereka adalah sebuah syarikat besar, dia lebih suka datang sendiri
membuat presentation.
Dia yakin
kedatangannya ke Kuantan tidak sia-sia.Projek itu akan menghasilkan wang
yang lumayan dan perkhidmatan akan berjalan dalam masa yang panjang. Sistem itu
akan sentiasa diperbaharui.Dia memiliki juruanalisa dan juruteknik yang mahir.
Encik Anuar
sendiri pernah bekerja sebagai juruanalisa sistem sebelum dia mengambil
keputusan untuk membuka syarikat sendiri.
“Abang, jom
kita keluar makan malam kat Beserah. Saya teringat nak makan sotong bakar,”
ujar Puan Anom separuh merengek sambil memandang pada Encik Anuar yang sudah
pun membuka baju kemejanya lalu berbaring di atas katil.
“Saya nak
tidur kejap. Lepas Maghrib nanti kita pergi ya,” balas Encik Anuar, tersenyum
malas ke arah Puan Anom kemudian memejamkan mata. Tidak lama kemudian terdengar
dengkur kecil terbit dari bibirnya.
Hmm...letih
betul dia, bisik hati Puan Anom memandang simpati pada suaminya itu.
MALAM itu mereka
berdua menikmati sotong dan ikan bakar di Beserah. Mereka makan di gerai yang
banyak terdapat di sepanjang jalan itu. Puan Anom makan dengan berselera
sekali, sudah lama tidak menikmati sotong bakar yang dicicah dengan sambal
kicap. Sotong yang manis dan lembut itu benar-benar menambat selera.
“Apa kata
dalam perjalanan balik ke KL esok,kita singgah di Jengka. Jumpa Hawa.”
Encik Anuar
yang sedang mengunyah nasi berlauk ikan bakar mengangguk dengan cepat setelah
mendengar usul Puan Anom.
“Boleh
jugak. Lama tak jumpa. Tapi kesian dengan Mak Timah. Kalau dia tahu kita pergi
tengok cucu dia tak ajak dia sekali, kecil hatinya.”
“Yalah
kesian jugak. Tapi kita kan tak rancang pun nak pergi ke Jengka. Kebetulan
dalam perjalanan balik kita singgah. Lagipun dah dekat. Nantilah bila free,
kita ajak dia sekali,” balas Puan Anom.
Hawa Fatihah
terkejut melihat kedatangan Encik Anuar dan Puan Anom. Kebetulan hari itu hari
Sabtu, tiada kuliah ataupun kelas. Semasa pasangan itu tiba lebih kurang pukul
10.00 pagi dia baru sahaja menyiapkanassignmentdi bilik. Encik
Anuar dan Puan Anom bertolak awal pagi dari Kuantan.
Hawa
Fatihah terjenguk-jenguk ke dalam kereta tidak terlihat seraut wajah
neneknya. Pak Latif setia bersama pasangan suami itu, memandu kereta BMW 5
siries warna hitam yang menjadi kebanggaan orang berduit.
“Maaflah tak
ajak nenek sekali,” kata EncikAnuar.
“Mama dan
papa dari Kuantan ada urusan bisnes.”
“Tak apa,
papa, mama. Hawa tak kisah. Lagipun cuti semester tak lama lagi. Hawa nak balik
jumpa nenek.”
“Baguslah.
Jom kita keluar pergi makan tengah hari kat pusat bandar.Hawa tentu dah tahu
mana tempat makan yang sedap, kan?” ujar Puan Anom seperti memujuk.
“Hmm...tak
awal sangat ke mama? Baru pukul 10.00 lebih ni.”
“Kita keluarlah bersiar-siar dulu.
Kat sini ada tempat menarik untuk dilawati?” tanya Encik Anuar.
“Tak adalah
papa. Sini keliling hutan. Kadang-kadangcoverage handphonepun
tak ada. Kalau pergi ke Temerloh tu okey jugak, boleh pergi berehat kat esplanade.”
“Eh, bagus
jugak. Boleh makan ikan patin kat gerai tepi sungai,” sampuk Puan Anom.
“Hisy, awak
ni Nom, kemaruk betul! Semalam nak makan sotong bakar sekarang nak makan ikan
patin pulak. Awak mengidam ke?”
“Hisy! Apa
cakap gitu. Malulah dengan Hawa ni,” kata Puan Anom sambil mencubit lengan
suaminya.
Encik Anuar
mengelak sambil ketawa. Hawa Fatihah tersenyum manis, sudah lama tidak melihat
kemesraan pasangan itu.
“Ehh...apa
salahnya mama. Mama kan muda lagi. Hawa boleh dapat adik.Tentu Abang Pian pun
suka!”
“Malulah kalau
mengandung, dah tua.”
“Awak belum
tua lah sayang,” balas Encik Anuar. “Tengok, rambut pun hitam lagi. Muka
tegang. Mana ada
tua. Muda
lagi, cantik,” puji Encik Anuar berlebih-lebihan.Kembang kempis hidung
Puan Anom. Dia tersenyum
panjang.
Namun senyumannya hanya sebentar. Dia sedar umurnya sudah 43 tahun.Terasa takut
hendak mengandung pada usia yang sudah lewat begitu. Cukuplah hanya Encik Anuar
seorang anaknya. Lagipun Hawa Fatihah seperti anaknya juga.
“Tak
payahlah! Hawa dengan Pian dah cukup sebagai anak mama,” kata Puan Anom sambil
memaut bahu Hawa Fatihah.
“Pergi
bersiap. Mama dan papa tunggu. Kita keluar,” gesa Puan Anom.
“Jomlah naik
bilik Hawa, mama,” kata Hawa Fatihah manja.
“Ha, yalah.
Saya pergi sekejap ya bang,” ujar Puan Anom memandang lembut pada suaminya
kemudian terus berlalu mengikut Hawa Fatihah.
Bilik itu
dikongsi Hawa Fatihah dengan seorang rakan sekampus. Tetapi kala itu teman
sebiliknya sudah keluar ke perpustakaan. Sementara menunggu Hawa Fatihah
bersiap, Puan Anom duduk di hadapan meja tulis. Kebetulan laptopHawa
masih terpasang.
Di desktop
terpampang gambar Laura Jane. Gambar itu dimuat turun dari laman web. Puan Anom
hanya tersenyum sendiri melihat wajah bintang filem anggun itu.Hawa Fatihah
sama seperti dirinya yang turut meminati Laura Jane kerana lakonannya yang
berkesan dan menyakinkan.
“Lawanya
gambar Laura Jane,” komen Puan Anom. “Tapi bila
tengok betul-betul Laura Jane seiras dengan
Hawa tau!”
Puan Anom
memandang gambar di desktop kemudian memandang pula ke wajah Hawa Fatihah yang
sedang bersiap.
“Eh, ya ke?”
tanya Hawa Fatihah sambil tergelak-gelakkecil.
Dia menyikat
rambut yang panjang mengurai di hadapan cermin. Sepasang baju kurung biru muda
sudah tersarung di badan. Hawa Fatihah kelihatan ayu mengenakan baju kurung
itu.
“Ya.”
“Kat manalah
muka Hawa ni sama dengan Laura Jane pulak?
Kelakarlah!” balas Hawa Fatihah sambil tergelak kecil. Sebenarnya hatinya
senang sekali dikatakan seiras dengan bintang filem pujaannya.
“Tengoklah
hidung dengan mata tu. Kanhampir-hampir sama.”
Hawa Fatihah
tersengih.
“Agaknya
sebab tu lah Hawa minat sangat dengan dia,” kata Puan Anom mengusik.
“Filem
terbaru dia, mama dah tengok? Sejak belajar ni Hawa dah tak ada masa nak tengok
wayang. Sibuk sangat. Kuliah, assignment. Studysampai pukul
1.00 pagi tu perkara biasa dah,” cerita Hawa Fatihah.
“Mama dulu
belajar macam tu jugak, Hawa.Tapi curi-curijugak pergi tengok wayang, baca
novel,” balas Puan Anom.
“Sesekali tu
dapat tengok majalah pun jadilah.Filem baru Laura dah tayang.Tak ingat tajuk
apa, tapi nampaknya Hawa tak ada can lah nak tengok.”
Puan Anom
sekadar mengangguk sahaja. Dia pun sudah jarang menonton wayang sejak sibuk
membantu EncikAnuar di syarikat.
“Nantilah
kita tengok sama-sama masa Hawa cuti semester. Kita cari CD. Boleh
tengok banyak kali.”
Hawa Fatihah
mengangguk.
“Jomlah
mama. Hawa dah siap ni. Lama pulak papa tunggu nanti.”
Kedua-duanya berjalan
keluar, turun ke tingkat bawah di mana Encik Anuar sedang menanti.
“NANTI! Nanti dulu!
Jangan ambil gambar I lagi!” jerit Laura Jane ke arah jurugambar yang terus
mengekorinya sehingga dia kembali ke ibu kota. Ketika itu dia baru sahaja
keluar dari pintu hadapan hotel Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail.
“Ben! Tolong
halang dia! Dia asyik ekori I ke mana saja I pergi. Masa I shootingkat
kampung dulu pun dia ikut I!” adu Laura Jane pada Ben yang ada di sisinya.
Ben
memandang tajam ke arah jurugambar itu. Ben cuba mendekati tetapi dengan cepat
lelaki itu segera berpaling, melarikan diri menghala ke medan letak kereta.Ben
mengejar tetapi jejaknya hilang begitu sahaja.
Wajah Laura
Jane masam mencuka sepanjang jalan pulang ke rumah. Ben cuba memujuk.
“Biasalah
Laura!You sekarang ni tengah topgila.Apa lagi sekarang ni
filem baru you tengah ditayangkan.Kutipan pun melonjak hampir satu juta.”
Di hotel itu
tadi mereka baru meraikan majlis kejayaan filem yang baru ditayangkan. Pihak
media turut dijemput meraikan majlis berprestij itu. Mereka telah mengadakan
promosi besar-besaran, yang membantu melonjakkan filem lakonan Laura
Jane.
“Tapi...photographerni
lain Ben! Dia asyik ekori I. I rimas tau! Masa kat kampung dulu dia pun ada
dicelah-celah orang ramai yang tengok I tengah berlakon.”
Laura Jane
tidak puas hati apabila Ben meremehkankata-katanya sebagai tidak penting.
“I rasa
macam hak peribadi I dirampas tau! Rimas!” luah Laura Jane dengan wajah keruh.
Ben terdiam.
Sepatutnya Laura Jane sudah lama tahu bahawa dia adalah hak masyarakat. Sesiapa
sahaja boleh mengambil gambarnya, boleh menyimpannya di mana sahaja. Dia juga
tidak tidak boleh merungut bila diekori, ditegur dan minta dilayani bila berada
di tengah-tengahmasyarakat. Ben tidak membalas kata-kata Laura
Jane. Dia tahu jika dia berkata sesuatu, pasti akan lebih menyakitkan hati
wanita itu.
Tiba di
rumah Laura Jane terus masuk ke kamar tidur. Ben tidak masuk ke rumah
kekasihnya itu, hanya menghantar di hadapan
pagar dan terus berlalu. Di ruang porchdia lihat kereta Laura
Jane ada di situ. Selalunya jika Ben sibuk, Laura Jane akan dihantar oleh
drebarnya ke mana sahaja.
LauraJaneterusmenolakdaunpintubilik.Diamencampak
beg tangannya ke atas katil. Keningnya bercantum kala melihat sehelai kertas
terdampar di atas comforterberwarna putih susu itu. Dia
memandang lalu terus terbaca ungkapanhuruf-huruf daripada potongan kertas
surat khabar itu.
Masanya
sudah tiba. Aku akan buka topeng yang menutup wajah kau yang jelita. Peminat
dan masyarakat akan tahu siapa sebenarnya LAURA JANE.
Laura Jane
merengus kasar. Geram.
“Kak
Ecah!!!” jeritnya dengan sekuat hati.
Kak
Ecah tergocoh-gocoh datang. Nafasnya tercungap- cungap selepas
memanjat tangga lalu terus menerobos masuk ke dalam bilik tidur Laura Jane.
“Macam mana
surat layang ni boleh ada kat atas katil aku?” tanya Laura Jane dengan keras.
“Tak...tak...
tahu Cik Laura.”
“Tak tahu?
Kau buat apa sepanjang masa duduk dalam rumah ni? Kau tidur ke? Tak sedar orang
masuk letak surat layang ni?”
Kemarahan
Laura Jane sudah hampir meletuskan laharnya.
“Saya...saya
kat belakang tadi. Tapi...tapi pintu depan sentiasa berkunci. Pintu pagar jugak
macam tu.”
“Jadi, macam
mana surat layang ni boleh ada atas katil aku?” soal Laura Jane sambil merenyukkan
surat itu dan dibalingnya ke dinding.
“Ada sesiapa
datang hari ni?” Kak Ecah diam sejenak.
“Err...ada
katanya nak periksa meter elektrik. Pagi tadi tak ada
elektrik sekejap. Kebetulan kontraktor membaiki elektrik ada kat depan rumah ni
tadi.”
Laura Jane
membeliakkan mata. Dia geram kerana Kak Ecah
tidak berhati-hati membenarkan orang asing masuk ke rumah.Benarkah
orang yang masuk ke situ adalah kontraktor atau orang yang menyamar?
“Lain kali
mintaklah kad pengesahan ataupun kad pengenalan dia sebelum benarkan dia masuk.
Sudahlah! Pergi!” Halau Laura Jane sambil menuding jarinya menghala ke pintu.
Dia benar-benar sakit
hati hari ini. Tiada sesiapa pun yang akan berjaya memujuknya.Tidak juga Ben,
si buah hati yang jauh lebih muda daripadanya. Lelaki keturunan mamak itu baru
berusia 30 puluh tahun sedangkan umur Laura Jane, hampir 36.Tidak lama lagi
hari lahirnya akan tiba.
Laura Jane
menghumban tubuh ke atas katil. Matanya menentang siling. Demikian lama masa sudah
berlalu meninggalkannya, bisik Laura Jane sendiri. Baby, tiba-tibaibu
rindu padamu!
Aku dah 36
tahun, serunya sendiri di dalam hati. Masih belum terlewat baginya untuk
memulakan kehidupan berumah tangga. Dia boleh
mendapat sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum mencapai usia 40
tahun. Bukankah Ben ada di sisinya? Walaupun Ben tidak pernah menyebut tentang
perkahwinan, tetapi lelaki itu setia bersamanya.
Dia
menggagau beg tangan mencari telefon bimbit. Segera dia menghubungi si buah
hati.
“Ben, apakata
kalau kita bertunang?” Ben kaget, dia terdiam beberapa saat. “Laura, you
bergurau ke serius?”
Kemudian Ben
tergelak kecil. Rasa lucu kerana Laura Jane mengajaknya berkahwin.
“I seriuslah
takkanlah hal ni nak buat main-main. Kita bertunang, enam bulan lepas
tu kita kahwin. I nak mulakan hidup
berkeluarga. I teringin nak ada anak dengan you.” Ben terdiam beberapa saat
lagi kemudian bersuara. “Nantilah, malam ni kita jumpa dan bincang hal ni,
okey?”
Ben terus
memutuskan talian. Laura Jane merengus kasar. Ben seperti mahu mengelak.Apakah
Benbenar-benar mencintainya ataupun tidak? Mengapa dia berasakan bahawa
Ben tidak ikhlas mencintainya? Tetapi mereka sudah lama bersama menjalin kasih.
Pada mulanya hubungan mereka berdasarkan tugas namun lama kelamaan Laura Jane
belajar mencintai lelaki itu.
“Benarkah
ini adalah cinta?” soal Laura Jane sendirian. Dalam usia yang muda remaja,
lebih kurang 17 tahun
dia jatuh
cinta pada Said. Sebelumnya dia tidak pernah menyukai sesiapa. Cintanya pada
Said, bukanlah sebuah cinta yangbenar-benar agung.Buktinya dia cepat
sekali melupakan lelaki itu setelah Said meninggal dunia.Tiada sedikit pun
usaha untuk menziarahi pusaranya. Setelah jasad kaku itu dihantar ke alam lain,
namanya terus lenyap dari ingatan Laura Jane.
Cuma
sekarang dia selalu teringat pada zuriat mereka,satu-satunya!
Laura Jane
teramat yakin ramai lelaki di luar sana yangtergila-gilakan dirinya. Jatuh
cinta kepadanya. Pun cinta itu bukan cinta yang suci. Cinta kerana dia cantik,
kaya, berjaya sebagai seorang pelakon. Dalam erti kata lain, mereka hanya ingin
menumpang glamor.
Bagaimana
pun, Laura Jane dapat berasakan bahawa kegilaan Khairil terhadapnya sedikit
menggerunkan. Khairil teramat kecewa apabila dia meninggalkan lelaki itu
terkulat- kulat selepas filem lakonan pertamanya menjadibox- office.Namun
Khairil tidak putus asa terus memburu dan mengganggunya. Dia rasa teramat rimas
dan bosan.
Lalu suatu
hari ketika Khairil datang menemuinya, diaseolah-olah hilang sabar.
“Hei! Kau
ni betul-betul tak tahu malulah Khairil! Aku dah tak nakkan kau lagi.
Kau tahu tak selama ni aku hanya peralatkan kau aje. Kau ingat, aku suka kat
kau? Kau ingat aku sudi nak layan kau? Aku getik... getik sangat tengok muka
kau yang menggerutu macam katak tu!”
Khairil
terperanjat sekali mendengar penghinaannya itu. Dia tambah berani apabila
merasakan kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Lakonan filem pertamanya
mendapat sambutan. Hubungannya dengan produser begitu rapat dan intim. Segala
kehendaknya dituruti. Dia menjadi anak emas kepada syarikat produksi milik
Encik Azman, Layar Meletup Sdn Bhd.(LMSB).Filem kedua,ketiga dan seterusnya
keluaran syarikat LMSB sentiasa menjadi filem box-office. Namanya
semakin melonjak dengan cepat.
Khairil
terkejut sekali dengan kata-kata Laura Jane. Wajahnya merah padam.
“Lebih baik
kau balik saja! Jangan kacau aku.Berambus!!!” kata Laura Jane sambil menutup
pintu.
Ketika itu
dia tinggal di kondo milik syarikat LMSB. Dia menandatangani kontrak selama 10
tahun.Dia akan berlakon filem dengan syarikat produksi terbabit sehinggalah
kontrak itu berakhir. Jika Laura Jane mahu dia boleh menandatangani kontrak
yang baru. Pilihan di tangannya. Namun dia tidak akan memperbaharui kontrak
itu. Sudah banyak syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon dan
menjanjikan bayaran yang lebih tinggi.
Sebelum
pintu itu ditutup, Khairil sempat memegang daun pintu dengan tangannya yang
tegap.
“Kau dah
mula sombong! Kau masih pelakon barulah Laila! Kau takkan
ke mana-mana. Nama kau akan tenggelam. Bila masa tu tiba nanti, kau
akan cari aku! Kau akan rayu aku dan melutut depan aku!”
Laura Jane
ketawa sinis.
“Hah! Siapa
yang nak cari jantan cabuk macam kau?
Lagipun aku
yakin, percaya masa depan aku cerah.Aku akan jadi pelakon nombor satu negara.
Kau bukan sesiapa pada aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi dalam hidup aku!”
Gigi geraham
Khairil bergerak-gerak menahan geram. Terasa ingin menampar mulut Laura
Jane. Tetapi dia tidak dapat berbuat begitu kerana Laura Jane berlindung di
sebalik pintu. Kemudian dia berkata dengan suara perlahan tetapi penuh dendam.
Suara yang datang dari dalam anak tekaknya.
“Kau...kau
takkan dapat singkir aku dari hidup kau, Laila! Aku akan jadi
macam bayang-bayang kau.Akan sentiasa ikut kau. Walaupun aku dah mati
sekalipun, aku tetap akan ikut kau!
Aku cintakan
kau, Laila. Kau sepatutnya jugak cintakan aku. Roh kita mesti bersatu, walaupun
jasad kita tidak,” ucap Khairil sebelum berlalu pergi.
“Gila!”
bentak Laura Jane.
Sejak itu
Khairil tidak pernah lagi muncul di hadapannya. Dia terus hilang.
Laura Jane
tersentak. Tengkuknya merinding tiba-tiba.Kata-kata Khairil suatu
masa dahulu terus bermain-main diminda.Terngiang-ngiang di
telinganya semula.
BEN termenung.
Malam kian larut. Dia bersendirian di balkoni kondo, menghadapi Sungai Klang.
Dari balkoni itu dia dapat melihat Jalan Ipoh yang lengang.Tetapi jika waktu
siang, jalan itu begitu sesak dengan kenderaan. Dia menebarkan pandangannya
lagi ke sebelah kiri. Terlihat bangunan Hotel Legend yang berdiri megah
bertentangan dengan bangunan PWTC, Jalan Putra.
Sekonyong-konyong dia
teringat pertemuan dengan Laura Jane kala makan awal malam ini di coffee
houseHotel Legend. Sebagaimana janjinya lewat telefon sebelumnya dia akan
berbincang mengenai hala tuju perhubungan cinta mereka.
“Ya,
bertunang tu boleh, I setuju.Tapi kahwin, I tak mahu terlalu cepat. Dua tiga
tahun lagi.”
“Tapi
kenapa?” tanya Laura Jane.
“Sekarang
you tengah topsayang! Kalau kita kahwin, karier you akan
hancur. You nak hancurkan karier you sendiri? You tak mahu terus mencipta nama?
Cari duit yang banyak.”
“Siti
Nurhaliza tu kahwin, terus jugak popular. Peminat dia tak lari pun. Ramai
jugak pelakon-pelakonyang dah kahwin, populariti dia orang bertahan.”
“Siti tu
masih muda. Cantik, manis,” jawab Ben bersahaja.
“Jadi I ni
dah tua kerepot?” Laura Jane naik angin satu badan.
Dia kerap
kali tidak dapat mengawal rasa marah. “Atau nak tunggu I menopause? Senanglah
you jadikan
alasan, kan?
I dah tak boleh beranak!”
Suara Laura
Jane terus meninggi tidak sedar dia berada di tempat yang ramai orang.
Ben terus
terdiam, dia menyedut minuman. Wajahnya terus tenang walaupun hatinya mulai
rasa tidak senang. Matanya mencuri pandang sekeliling ruang itu.Apakah orang
lain yang ada di situ terdengar kata-kata Laura Jane tadi.
Dia
mendapati orang lain sedang yang menikmati makan malam dalam suasana santai dan
tenang. Ada yang bergelak ketawa. Tiada sesiapa pun yang mempedulikan mereka.
Dia merenung wanita muda di hadapannya itu yang mempamerkan wajah masam
mencuka.
“Laura,
bukan macam tu, sayang. You ni kalau nakkan sesuatu tak boleh bersabar sikit
ke?”
Ben separuh
memujuk. Dia memaksa diri untuk melemparkan senyuman.
Tangan Laura
Jane di atas meja diurutnya lembut. Hati Laura Jane sejuk sedikit
mendengar kata-kata Ben.
“I nak
anak,Ben!Anak I dan you,” rayu Laura Jane sambil menggenggam tangan Ben.
“Jadi kita
mesti kahwin. You jangan bimbang soal duit. Biar I tanggung semuanya,” ujar
Laura Jane, meneruskan rayuan.
Hilang rasa
malu dek kerinduan pada anak yang pernah ditinggalkan.Atas rasa kehilangan yang
begitu mendesak itu kini dia terlalu ingin memiliki zuriat.
Ben terdiam.
Dia melepaskan keluhan berat.Tangannya yang sedang digenggam ditarik dengan
cepat. Perkahwinan dan anak belum ada dalam agenda pemikirannya. Dia masih
muda,belum puas hidup membujang.Apatah lagi hidup dalam dunia glamor yang
sentiasa di kelilingipelakon-pelakon cantik. Kalau berkahwin, langkah akan
terbatas. Dia bosan bila berbicara soal kahwin.
“Kita cakap
pasal lainlah,” kata Ben cuba mengubah haluan perbualan.
“Semalam I
dapat calldaripada Agnes, pengurus pemasaran syarikat pakaian
dalam wanita AB International. Mereka akan lancarkan produk baru dan you jadi
model serta jurucakap. Macam mana? I beritahu dia, akan bincang dengan you
dulu.”
Laura Jane
memandang tajam ke wajah Ben, dia mencebik.
“I tak mahu
cakap soal kerjalah!”
“Kerja tu
penting Laura. Sekarang you tengah laku, semua orang nak you mewakili mereka.
Takkan you nak lepaskan peluang. Bukan mudah nak dapat tawaran macam ni tahu?
AB International tu ada di mana-mana seluruh dunia. Peluang hebat
macam ni you nak lepaskan?”
“Argh! I
bosanlah! Bosan dengan kerja...24 jam!” “Laura, kenapa
sejak akhir-akhir ni you macam hilang semangat.
Dulu you tak macam ni.You bersemangat betul! You sanggup bersengkang mata.Tapi
bila kejayaan berada di depan mata, you cepat puas hati. Hidup kita ni jangan
terlalu cepat puas hati Laura! Alamatnya you akan tetap berada di takuk
lama.You mesti terus maju ke depan dan ke depan!”
“Hisy! Tak
boleh ke I nak berubah Ben? Tak boleh ke? I impikan sebuah keluarga bahagia.
Selama ni walaupun I berjaya, tapi I tak bahagia,” ujar Laura Jane perlahan,
matanya kelihatan berkaca. Hatinya sedikit pilu.
“Ah! Jangan
merepeklah! Tak bahagia you kata? Nama you sentiasa meniti di bibir peminat.
Wajah dan suara you menjadi igauan kebanyakan lelaki. Gelak ketawa you sentiasa
menghiasi bibir. Mustahil itu hanya satu lakonan?”
Laura Jane
tersentap. Kepiluan di hati berasa semakin menjerut. Dadanya berombak. Bibirnya
yang mungil itu menggeletar menahan tangisan dan air matanya hampir terburai.
“Selama ni I
kerja bermati-matian, siang malam.You tahu tak I penat. I nak settle
down, duduk rumah. Hidup tenang dengan family. Selama ni I tak
ada family, you tahu tak? You lainlah, you ada ada emak, ayah.You
ada adik-beradik, anak- anak buah ramai.Tapi I...I ni sebatang kara
tahu?”
Air mata
Laura Jane mulai merembes perlahan tanpa sedar.
Dia teresak-esak tanpa rasa malu.
Dia
bukanlah benar-benar sebatang kara. Dia ada anak tapi tak tahu di
mana. Dia ada kakak tetapi dia telah bersumpah tidak akan pulang ke rumah
wanita itu. Laura Jane juga ada anak-anak buah tetapi dia tidak kenal
lagi pada mereka. Kakaknya sudah pasti tidak kenal padanya lagi. Dia pun tidak
punya hati untuk menghubungi mereka.
Dia telah
memutuskan hubungan silaturahim dengan kakak kandungnya
itu gara-gara si abang ipar yang cuba merogolnya. Dalam usia 16 tahun
dia sudahpun lari dari rumah kakak kandungnya itu.
Wajah Laura
Jane segera menjadi merah. Hidungnya dipenuhi cecair. Dia menangis bersungguh-sungguh tanpa
menghiraukan keadaan sekeliling.
Setelah puas
menangis, dia membuka beg tangan lalu mengeluarkan sehelai tisu. Dia menghembus
hingus dengan tisu itu. Ketika itu kilatan kamera menyambar ke wajahnya. Begitu
dekat.
Laura Jane tersentak.
Terkejut bercampur malu. Tentu hodoh wajahnya yang sedang menghembus hingus
selepas menangis. Matanya bengkak dan hidungnya merah. Dia memandang ke arah
datangnya kilatan cahaya kamera itu.
Jurugambar
yang selalu ‘mencuri’ privasinya sedang menghalakan kamera ke wajahnya sekali
lagi. Dia naik radang lalu terus menjerit ke arah lelaki itu.
“Hei you!
Jangan kurang ajar ya! Siapa suruh you ambil gambar I?”
Laura Jane
terus berdiri tetapi dengan degilnya jurugambar itu terus mengambil gambar
wajahnya yang sedang berang.
“Hei! Jantan
tak guna! Haram jadah! Berhenti ambil gambarlah! Bodoh!” jerkah Laura Jane
sekuat hati.
Lelaki itu
terus bergerak keluar dengan pantas.Suara dia memaki hamun lelaki itu melantun
dengan kuat membuat orang-orang yang berada di coffee
houseitu memandang ke arahnya. Dia rasa malu yang teramat sangat dan
baru menyedari tindakannya itu salah. Dia khilaf.
Laura Jane
terus berlari keluar. Dia menyangka Ben mengejarnya keluar tetapi lelaki itu
masih di dalam coffee house. Sejurus dia menunggu di luar, barulah
Ben datang mendekati lalu memegang tangannya.
“I hantar
you balik.”
Dia masih
marah pada Ben. Dengan pantas dia merenjis tangan lelaki itu.
“Tak payah.
I balik sendiri dengan teksi.”
Laura Jane
terus berlalu menghala ke teksi stand. Teksi yang baru datang,
terus diterpa. Daun pintu dibuka dan dia mengarahkan pemandu teksi bergerak
pergi.
Mula-mula soal
kahwin kemudian anak pula. Akhirnya dia hanya memalukan diri sendiri depan
orang! rungut Ben sambil memegang gelas air putih yang sudah kosong di
tangannya. Dia tidak tahu apakah perhubungan dengan Laura Jane akan berlanjutan
atau setakat ini sahaja? Kalau dia mahu memutuskannya, dia harus mencari kerja
lain. Mencari kerja baru dengan gaji yang mahal bukan perkara mudah.
Ben
melepaskan keluhan.
“Teruskan
sajalah.Bertunang tak semestinya berkahwin,” bisiknya pada angin malam yang
datang menyapa.
Keesokan
hari, Laura Jane menelefon Ben dari Rumah Karya Rawal (RKR), syarikat produksi
kepunyaan Encik Rawal. Sudah hampir lapan tahun pula dia beralih ke syarikat
produksi itu selepas meninggalkan LMSB. Dia memberitahu Ben ada sesuatu yang
harus mereka bincangkan bersama Encik Rawal.
Ben bergegas
ke RKR, namun dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Apabila dia
tiba,Laura Jane menunggunya sendirian di ruang tamu pejabat. Encik Rawal dan
Mokhtar, pengarah filem syarikat sudah keluar. Mereka pergi ke RTM ada meetingdi
sana.
Wajah Laura
Jane nampak sedikit sugul, tetapi dia masih berpura-pura tersenyum
sewaktu berhadapan dengan Ben. Ben tertanya-tanya mengapakah wajah
itu kelihatan sedih. Apakah dia masih sedih dan marah dengan kejadian malam
semalam? Pagi ini ketika terbangun dari tidur,Ben mengambil keputusan untuk
meminta maaf dan bersetuju sekiranya Laura ingin bertunang secepat mungkin.
“Dah
sarapan?” tanya Ben sambil duduk di sisi Laura. “I dah minum hot
chocolatekat rumah tadi, sebelum
keluar,”
jawab Laura.
“Tadi Pak
Yop hantar I ke sini.Tapi dia minta izin hantar isterinya yang tak sihat ke
hospital lepas hantar I ke sini.”
“Okey. I
akan hantar you balik.”
Laura Jane
masih belum berganjak tiba-tiba dia tenggelam dalam menungan yang
panjang.
“Hei,
sayang! You masih marah dengan I?” Laura Jane menggeleng.
“Jom kita
pergi cari cincin pertunangan nak tak?” Ben memujuk, sambil tersenyum.
Dia berharap
idea itu akan menceriakan wajah Laura Jane. Laura Jane memandangnya tidak
berkelip, cuma tersenyum kecil. Dia tidak membalas ajakan Ben tetapi
memulangkan pertanyaan.
“You dah
tolak ke tawaran dari AB International tu?” Ben menggeleng.
“Belum.”
“Jom kita
pergi pejabat AB International tu sekarang,” Laura Jane terus bangun.
Ben
kehairanan namun mengikut sahaja.Ajakannya untuk mencari cincin pertunangan
dipandang sepi. Sudah berubah fikirankah untuk mengikat tali pertunangan?
Soalnya sendiri di dalam hati. Takkan dalam masa semalaman Laura Jane berubah
pendirian.