Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,080,306
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Teaser Bab 55- Putera Panda

Izzaz menguap. “Sekejap aje, aku betul-betul tak hilang penat lagi ni. Lagipun hari ni aku cuti lagi boleh lah jadi Panda yang tidur sepanjang hari atas katil empuk ni. Bukan macam kau rela tidur atas sofa kayu tu macam siput.” Izzaz mengejekku sebelum dia mula melelapkan matanya semula.

“Panda ya...mari aku buat kau jadi betul-betul macam beruang yang tinggal kat China tu. Ingat apa, aku yang kau panggil siput ni tak ada tangan ke? Hari ni aku akan tunjukkan bakat artis aku.” Aku berkata-kata sendiri sambil aku mencapai sebatang pen Marker dakwat hitam di atas meja bacaan lelaki itu. Aku menahan ketawa ketika sebuah idea untuk mengenakan lelaki yang suka mengusikku itu melintas di kepalaku.

Perlahan-lahan aku melangkah ke arah katil dan seboleh mungkin aku cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku melulut di tepi katil betul-betul bersebelahan dengan Izzaz yang sedang lena itu. Terbit sebuah senyuman di wajahku apabila tanganku aku mula melakar garisan berbentuk bulatan di kedua-dua belah mata dan hidung  Izzaz. Tidak ketinggalam misau ala-ala kucing di kedua-dua belah pipinya.

Aku mula merakam wajah lelaki yang sedang tidur lena itu sebelum aku memusingkan lensa telefon bimbit untuk fokus itu ke arahku. Dalam suara yang perlahan dan seakan berbisik, aku mula berdialog seperti yang biasa aku lihat di dalam rancangan dokumentari di kaca televisyen.

“Di belakang saya kini anda boleh lihat seeokor beruang Panda jantan sedang tidur lena sambil memeluk bantal busuknya. Para penonton jangan tertipu dengan rupa paras yang kacak dan menawan ini kerana di sebalik wajah Panda jantan ini, tersembunyi personaliti yang ganas, garang dan menyakitkan hati. Untuk pengetahuan anda lagi, beruang ini suka tidur dan sukar untuk bangun pagi kerana mungkin waktu tidurnya adalah sama penting dengan waktu makan. Anda tidak percaya? Mari saya buktikan. Panda ini tidak akan bangun walau saya cuba mengejutkannya.” Ujarku dan aku kembali menfokuskan lensa kamera ke arah Izzaz yang sedang berdengkur itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak lama selepas itu Umi kembali ke ruang tamu bersama sebakul buah rambutan, manggis dan beberapa buah-buahan tempatan lagi. Adam bangun dan mengambil bakul itu dari tangan Umi.

“Makan puas-puas Maya. Ini Umi bawak dari kampung tau. Iz suka betul dengan buah rambutan dari dusun arwah atuknya. Kalau dia makan, satu bakul ni dia sorang boleh habiskan.” Umi bercerita dan aku sekadar tersenyum mendengarnya.

Adam ketawa. “Lepas tu Abang Ngah Si hantu rambutan tu akan demam dan batuk-batuk sebab makan banyak sangat kan Umi? Tak serik-serik pulak tu, setiap kali musim buah memang begitu lah perangainya.” Ujar Adam sambil menggupas sebiji buah rambutan di tangannya.

Aku dan Umi turut tergelak mendengar cerita lucu tentang Izzaz yang keluar dari mulut Adam itu.

“Iz dengar nama Iz disebut-sebut. Kutuk Iz lah tu ya?” Suara yang datang dari arah tangga membuatkan kami berpaling.

“Hahahahaha....yang ni memang kelakar!” Adam berdiri sambil ketawa terbahak-bahak.

Terkeluar isi rambutan dari dalam mulutku tatkala aku melihat Izzaz berdiri di anak tangga terakhir itu. Aku yang juga tidak dapat menahan rasa kelakar terus terketawa tatkala melihat Izzaz Si Beruang Panda sedang menggaru-garu rambutnya yang aku rasakan dia langsung tidak menyedari yang aku telah menconteng wajahnya persis beruang Panda itu.

“Anak Umi...kenapa dengan muka tu?” Tanya Umi yang juga turut ketawa kerana mungkin digeletek rasa kelakar melihat wajah Izzaz yang diconteng sana-sini itu.

“Beruang Panda! Hahahaha padan muka kau bang. Selalu sangat kau usik aku kan, sekarang kau pulak yang kena. Kak Maya memang terbaik!” Adam menunjukkan tanda bagus kepadaku dengan ketawa yang masih bersisa.

“Panda? Umi cakap apa?” Izzaz yang nampak tidak tahu apa-apa itu terus berjalan menghampiri kami.


------------------------------------------------------------------------------------------------


“Ma...ya...” Izzaz mula mengejarku dan aku segera bersembunyi di belakang Umi.

“Iz...dah lah tu. Pergi mandi dulu boleh?” Ujar Umi.

Izzaz tarik muka kelat. “Umi memang sengaja nak bela Maya kan. Habis muka Iz dicontengnya. Sengaja lah tu nak kenakan Iz balik.”

“Eleh habis kau selalu conteng muka aku boleh je kan Umi? Apa salahnya kalau sesekali Kak Maya  buat kat kau. Barulah fair and square.” Adam pula membelaku.

“Banyaklah kau punya fair and square!” Balas Izzaz lalu dikejarnya adiknya.

Adam berlari naik ke tingkat atas sambil menjerit “Maafkan saya wahai tuan putera Panda! Hahahaha.”

Izzaz nampak bengang betul apabila diusik oleh Adam. Dia kembali duduk di atas sofa di ruang tamu itu bersama wajah kelatnya. Umi menarik lenganku memberi isyarat supaya aku memujuk tuan putera Panda.

“Pergi lah pujuk tuan putera Panda tu, karang merajuk susah nak elok semula. Umi tak sanggup nak pujuk. Maya selesaikan ya.” Umi terus menuju ke arah dapur dan meninggalkan aku berdua-dua dengan Izzaz sahaja di ruang tamu itu.

Aku menahan ketawa dengan berdehem-dehem beberapa kali sebelum aku mendekatinya. Aku duduk di sebelah Izzaz yang wajahnya masam mencuka itu.

“Iz...saya minta maaf. Saya main-main aje tadi. Itu pun sebab awak ejek saya dan awak sendiri kata nak tidur macam Panda.” Aku memujuknya dengan bernada manja.

Kiss pipi aku dulu. Baru aku maafkan kau.” Izzaz terus menyuakan pipinya mendekatiku.

“Tak nak lah saya. Malu lah nanti Umi nampak." Aku menolak pipinya menjauhiku.

Izzaz memandangku bersama wajah yang jelas nampak kecewa. “Sampai hati kau kan tolak permintaan suami sendiri.Dah lah kau conteng muka aku jadi Panda.”

“Iya-iyalah. Awak tutup mata cepat.” Balasku.

Terus terbit senyuman di wajahnya ketika aku berkata sedemikian. “Okay, aku dah tutup mata.” Izzaz nampak tidak sabar untuk mendapat sebuah ciuman dariku.

Ketika itu kebetulan Umi datang dari arah dapur dan aku segera memberi isyarat kepada Umi untuk mendekati kami dan mengantikan tempat aku untuk mencium pipi Izzaz!

Aku menerkup mulutku menahan ketawa dari meledak tatkala Umi mencium pipi Izzaz. Umi memang sporting! Aku tidak sangka Umi juga boleh tahan dalam bab-bab mengusik ini. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekarang aku sudah tahu dari mana Izzaz dapat perangai suka mengusiknya.

“Sekali lagi.” Izzaz membuat permintaan bersama senyuman yang lebarnya mungkin sudah sampai ke telinga itu.

“Sekali lagi?Awak nak sekejap ke lama?” Kataku.

Izzaz ketawa. Matanya masih terpejam rapat. “Lama. Nak dua kali!” Izzaz nampak lebih bersemangat kali ini.

Umi terus mencuim pipi Izzaz lama sebanyak dua kali seperti yang diminta. 

“Umi!” Panggil Izzaz sejurus dia membuka matanya.

“Mengada-ngada betul tuan putera ni ya. Mandi belum dah mintak cium.” Umi ketawa sebelum beredar naik ke tingkat atas.

Izzaz memandangku. “Umi yang nak cium. Saya tak boleh halang.” Aku memberi alasan.

“Tak kira, aku nak tuntut jugak dari kau.” Izzaz tidak mahu mengalah.

Aku mencubit kedua-dua belah pipinya geram. “Oh Izzaz, awak tahu tak betapa comelnya awak sekarang ni. Saya tolong bersihkan muka awak ya.” Aku mencapai sekotak tisu di atas meja dan mula mengelap dakwat di wajahnya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya aku mula masuk ke pejabat dan memulakan tugas seperti biasa  setelah bercuti lebih dari dua minggu. Aku disambut oleh Aaron dan Sarah yang tersenyum-senyum ke arahku.

“Hai pengantin baru! Seronok berbulan madu dengan Abang Pilot?” Aaron mengusikku sambil dia berjalan seiringan masuk ke dalam bilik kerjaku.

“Seronok tu seronok, tapi you tinggalkan I banyak kerja kan.” Ujarku sambil menunjuk ke arah beberapa dokumen dan pelan-pelan rekaan yang diletakkan di atas meja kerjaku.

“Yang tu I tak boleh bantu sebab klien yang request agar you yang reka. Jangan salahkan I. Maya...ceritalah cerita bulan madu you dengan Encik Izzaz tu?” Aaron mula mengusikku.

“Ish busy body lah you ni. Percutian I dengan suami I rahsia okay. Sibuk aje nak tahu.” Balasku.

Aaron ketawa. “Apa salahnya kongsi. Boleh kan?”

“Tak boleh.” Jawabku.

Aaron mengambil beberapa helai kertas pelan rekaan di atas rak sebelum dia menuju ke arah pintu. “Maya? Boleh lah cerita pada I husband you beli cincin tu berapa ribu?” Usiknya lagi sambil dia menjuih ke arah jari manisku.

Aku ketawa. “Aaron...stop it.”

“Kedekut.” Balasnya sebelum dia hilang di sebalik pintu.

Aku menggeleng-geleng sebelum aku mencapai dan membuka helaian pertama kertas kerja di hadapanku.

“Maya?” Panggil Aaron lagi.

Yes, I happy bercuti dengan Izzaz.” Jawabku namun wajah Aaron tidak aku pandang.

Really? Bagus lah.” Balas Aaron. Sekejap, itu bukan suara Aaron.

Aku mengangkat muka untuk melihat siapa yang sedang berdiri di muka pintu. Aku terus berdiri apabila aku tersedar yang sebenarnya Firqin sedang berdiri tidak jauh dariku.

“Fir...Firqin.” Aku menyebut namanya tergagap-gagap.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.