Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,080,292
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 9 Hai Beautiful

Aku memulakan tugas pagi itu seperti biasa. By Aaron Furniture Design menjadi destinasi tujuanku. Aku sudah bekerja dengan syarikat ini sejak aku balik dari UK lagi. Tamat saja pengajian aku terus memilih untuk bekerja di sana dan menolak untuk bekerja di syarikat Abah. Minatku lebih kepada mereka bentuk perabot di studio berbanding membuat kertas kerja tentang dunia perniagaan di dalam pejabat.

Bertugas sebagai pereka perabot memerlukan aku sentiasa mempunyai idea-idea baru yang kreatif, mempunyai kemahiran melakar yang baik dan juga boleh menggunakan perisian-perisian komputer yang berkaitan dengan dunia seni reka. Bekerja untuk sebuah syarikat rekaan yang terkenal memerlukan aku untuk sentiasa membuat kajian tentang informasi dan maklumat terkini tentang rekaan perabot agar aku dapat memberi output produk yang terbaik untuk syarikat. Selain itu, kebanyakkan klien By Aaron Furniture Design juga datang dari pelbagai organisasi, syarikat dan hotel-hotel terkenal yang sentiasa mahukan rekaan yang terbaik yang dapat memberi kepuasan kepada mereka selain menepati cita rasa seperti yang mereka mahukan.

Baru-baru ini aku baru mendapat berita dari Aaron, pemilik syarikat ini yang juga merupakan rakan setugasku yang kami berjaya mendapat satu projek untuk mereka bentuk perabot bagi sebuah hotel berkelas 5 bintang di tengah bandar Kuala Lumpur. Pada mulanya memang aku teruja mendengar berita tersebut kerana sudah tentulah keuntungan yang kami akan terima nanti akan berlipat kali ganda. Namun bila aku fikirkan kembali, tugasku juga akan menjadi semakin rumit kerana aku perlu memberi banyak idea untuk mereka bentuk perabot termasuk meja, kerusi, katil, dan banyak lagi rekaan lain yang diminta klien dalam kuantiti yang banyak pula tu. Tempoh yang diberi untuk mencari idea dan membuat kertas kerja pembentangan reka bentuk pula hanya tiga bulan sahaja. Nampaknya aku bakal menghabiskan kebanyakkan masaku di dalam studio sajalah untuk projek kali ini.

Sampai saja di pejabat, Aaron terus memanggilku masuk ke dalam ruangan kerjanya. Dia menghulurkan sebuah kit pengenalan Gold Summit Palace Hotel and Resort kepadaku.

“That is your new baby to pamper.” Kata Aaron berseloroh.

Aku tergelak sambil aku menyelak helaian pertama dokumen pengenalan tentang hotel yang bakal beroperasi awal tahun hadapan itu.

“How much?” Aku mengangkat kening memandang Aaron.

Aaron mengangat lima jarinya. Wow! RM500,000 ribu banyak tu.

“Klien kita kali ni sanggup bayar tinggi untuk dapat hasil seperti yang mereka mahukan. Ingat Maya makin tinggi harga yang kita dapat, makin tinggi stress kita jadinya.”

Aku mengangguk bersetuju. “So...what should I do? And who else in this project?” Tanyaku.

“Just you and me....and Sarah. But this time I have special request for you.” Aaron memandangku penuh harapan. Tidak. Aku harap bukan permintaan yang selalu itu.

“The main design is for you.” Katanya.

“No...Aaron not me again!” Aku sudah mengangak permintaannya pasti yang itu.

“Kali ni klien mahukan reka bentuk dari perabot kayu tapi berciri mewah untuk bilik VIP suite, lobi dan ruang pejabat pemilik hotel tu . You adalah designer paling terbaik. Skill tukangan you paling memuaskan I. Please Maya... I janji kali ini je I bagi you tugas utama.”

Aku bukan tak mahu menerima tugasan ini. Tapi menerima tugas utama adalah merupakan tugas paling berat. Paling banyak menghadap kerenah pelanggan yang jarang sekali akan berpuas hati dengan hasil rekaan yang di cadangkan. Pernah sekali untuk projek sebelum ini, idea-idea yang aku berikan ditolak berulang kali oleh klien sedangkan due date semakin hampir. Oleh kerana aku terlalu mengejar masa bagi projek itu, aku menghabiskan masa seminggu duduk di dalam bengkel membuat kerja-kerja tukangan. Mungkin disebabkan kurang rehat, fokusku terganggu dan entah macam mana ketika melakukan kerja-kerja menukang, tanganku tercedera terkena mesin pemotong kayu. Teruk juga kecederaanku itu sehingga mendapat berpuluh jahitan di telapak tangan kiriku. Malahan meninggalkan parut sehingga ke hari ini.

“Okay lah. Tapi janji untuk kali in saja I buat.” Kataku.

Aaron mengangguk. “I janji. You can keep my promise.”

Aku meminta diri untuk memulakan tugas. Namun baru beberapa langkah, Aaron memanggil namaku.

“Maya minggu depan kita jumpa klien ni. Hari Rabu. You mesti suka sebab klien tu masih muda, hensem lagi. I bagi you peluang tau Maya. Dia singlelagi tu.” Aaron mengusikku.

Aku ketawa. “Oh...did him? Emm....I am not interested.” Aku membalas jenakanya.

Aaron turut ketawa. “Jangan menyesal Maya. Oh by the way...hati-hati I dengar dia tu playboy. You tu dah lah cantik.”

“The solution to that situation, I just say that I already married and have a child. Problem solved.” Tambahku sambilku melangkah keluar.

Ketika aku sedang membuat kerja-kerja mempatri kepingan besi untuk sebuah almari pakaian, Sarah masuk ke dalam bengkel.

“Maya ada orang nak jumpa you.” Kata Sarah.

“Siapa?” Soalku sambil membuka faceshield.

“Entah....I lupa nak tanya nama. Tapi dia kata dia kawan you dan nak ajak you keluar lunch.”

Aku teringat janjiku dengan Farhin pagi tadi untuk makan bersama tengah hari ini. “Okay...thanks dear.” Ucapku kepada Sarah.

Ketika aku melewati meja Sarah, aku sempat mempelawanya untuk makan bersama.

“Kat mana you nak lunch?” Soalnya.

“Italian food house. Barisan kedai depan tu je. You nak ikut?” Pelawaku lagi.

Sarah menggeleng. “I banyak kerja ni. Pukul dua nanti nak present. I kirim aje boleh? I nak spaghetti carbonara with beef strip.”

“Boleh darling.” Aku tersenyum.

Sampai saja di restoran itu, aku dan Farhin memilih untuk duduk di bahagian luar restoran. Aku terus mencapai dan menyelak menu yang terdapat di atas meja.

“Kau nak makan apa Ein? Aku rasa nak makan pizza lah.” Kataku teruja. Aku terasa lapar kerana aku tak sempat bersarapan pagi tadi.

“Emm....aku nak lasagna.” Ujarnya.

Aku mengangkat tangan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan kami. Ketika pelayan sedang mencatat pesanan, tiba-tiba datang dua orang lelaki dan terus duduk di di hadapanku. Aku terpaku. Tergamam. Terkejut.

“Hai beautiful.” Sapanya sambil tersenyum.

Aku masih lagi terpaku. Tidak bergerak. Dia memetik jarinya dekat dengan wajahku. Aku bagaikan baru tersedar dari di hipnosis. Berkelip-kelip mataku memandang lelaki yang selamba saja melemparkan senyumannya kepadaku itu.

“Kita jumpa lagi Ariana.” Firqin masih lagi tersenyum.

Aku telan air liur. Aku tidak bermimpi. Memang dia yang sedang duduk berhadapan denganku. Aku hanya tersedar apabila Farhin mencubit lenganku.

“Encik pilot! Err.....Firqin. How are you?” Aku ketawa pura-pura.

Dia turut ketawa. “Fine. Sihat sangat-sangat. Itu yang I boleh cari you sampai jumpa.” Balasnya. Pandangan matanya lain macam. Kalau ikutkan hati aku, ketika itu juga aku mahu cabut lari dari situ. Aku tak sangka langsung yang aku akan terserempak dengannya di sini. Macam-macam soalan berlegar di benakku tentang bagaimana dia boleh cari aku? Macam mana dia tahu aku di sini? Dan apa yang bakal dia lakukan kepadaku?

“Farhin...kenalkan ini Firqin.” Aku cuba mengubah topik.

Farhin hanya mengangguk dan tersenyum. Firqin juga begitu.

“I Azam.” Lelaki yang datang bersamanya memperkenalkan diri kepada Farhin.

Aku perasan lelaki yang lagi satu itu tidak lepas memandang wajahku. Tajam. Kemudian dengan selamba dia dan rakannya, Azam turut memesan makanan dan makan bersama kami tanpa aku pelawa.

Aku masih lagi diam. Aku dah tidak ingat sudah entah beberapa kali aku telan liur. Takutnya aku ketika itu tidak dapat aku gambarkan. Makanan di hadapan mata aku pandang sepi. Langsung tidak terusik. Hilang sudah seleraku.

“Makanlah. Kenapa dipandang saja makanan tu? Ke nak abang suapkan?” Selamba saja Firqin kata begitu. Bulat mataku memandangnya. Tapi dia nampak biasa saja.

Aku berdehem sebelum bersuara. “Nanti I pulangkan balik gelang tu pada you. You bagi alamat, nanti I poskan. I minta maaf. Sebenarnya I nak kirim gelang tu pada Adam, sepupu you masa dalam flight hari tu. Tapi I lupa.” Jelasku.

Firqin senyum.” Tak mengapa. Gelang tu bukan penting sangat. Yang penting abang dapat jumpa Ariana.”

‘Dia ni dah kenapa ber abang-abang dengan aku. Sekarang ni Farhin dan Azam dah pandang kami lain macam. Relax Maya, lelaki ni saja nak kenakan kau lah ni.’ Bisik hatiku.

“Awak sihat-sihat saja kan? Makanlah, dah sejuk nanti tak sedap.”

Aku mengetap bibir geram. Membahang tubuhku dengan reaksinya itu. Kenapa lelaki itu perlu berlakon pula.

“Awak ni dah kenapa? Awak tak perlu berlakon lagi Encik Firqin. Mana awak tahu saya di sini? Saya tak rasa ini satu kebetulan?” Soalku bertalu-talu.

Tapi dia tetap seperti tadi. Tenang. Selamba. “Relaks Ariana. Emm...tentang tu tak susah sebenarnya saya nak cari awak. Saya dah tahu nama penuh awak, tinggal di mana, kerja di mana. Semua dalam poket saya. Maya Ariana...sedap nama tu sama cantik dengan orangnya. Oh ya...saya sebenarnya tadi ke tempat kerja awak, tapi awak tak ada. Jadi kawan awak yang nama Sarah tu yang bagitahu saya awak makan di sini. Sebab tu saya ada di depan awak ni. Suprise! Tekejut kan...” Dia ketawa.

Aku menggeleng tidak percaya. Tanpa tunggu lebih lama, aku menyandang beg tanganku untuk beredar. “Maya nanti. Duduk dulu.” Firqin menghalangku. Dia memegang begku. Aku cuba menarik begku, namun dia lebih cepat merampasnya dariku.

Aku memadangnya geram. “Have a seat. Don’t worry...I akan bagi balik beg ni lepas you habis makan.” Ujarnya selamba sebelum dia menyambung menyuap makanan.

Farhin dan Azam lebih memilih untuk berbual berdua. Hanya sesekali mereka menjadi pemerhati ‘drama’ di antara aku dan Firqin.

Aku kembali duduk. “Baiklah Encik Firqin...awak nak apa dari saya sebenarnya ni?” Aku menyoalnya dengan nada yang paling lembut.

“Macam itu lah bakal isteri saya. Cakap dengan lemah-lembut. Baru sejuk hati saya ni.” Firqin nampaknya masih lagi dengan lakonannya itu.

Aku merengus.”Kalau awak tak nak cakap saya balik.”

“Okay. Janganlah marah-marah. Nanti cepat berkedut. Tu dah ada kat tepi-tepi mata tu.” Dia cuba mengusikku. Ketawanya lepas.

Aku semakin pelik dengan reaksi lelaki itu. Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Dia seperti merancang sesuatu. Hati aku rasa tidak enak.

“Encik Firqin baik awak terus terang saja. Apa yang awak rancang sebenarnya. Saya dapat rasakan awak ada merancang sesuatu. Awak nak malukan saya bukan? Aku cuba serkap jarang.

Dia meletakkan sudu dan garfu dari tangannya. “Hebat awak ni. Dapat baca apa yang ada dalam hati saya. Saya pun tengah fikir macam mana nak malukan awak depan orang ramai di restoran ni. Apa ya yang saya nak buat? Emm...awak ada cadangan?”

Aku memandangnya tajam. Penuh rasa benci. Kali ini lelaki ini yang cari pasal dulu.

“Auch! Tajamnya pandangan mata you...sampai tembus ke dalam hati I. Tak baik pandang bakal suami macam tu sayang.” Katanya yang semakin membuatkan wajahku semakin merah membahang. Menahan marah.

Namun belum sempat aku membuka mulut untuk membalas kata-katanya, mataku tertancap ke arah seseorang yang sedang melangkah menghampiriku. Tanpa aku sedar, kerana terlalu terkejut aku sudah berdiri. Aku benar-benar tidak sangka akan terserempak dengan orang itu setelah bertahun-tahun lamanya.

“Taufiq.” Namaku itu aku sebut.

“Yes...its me Maya.” Taufiq kini benar-benar berdiri di hadapanku.

Lelaki itu lengkap berkot hitam. Dia nampak sama seperti dulu. Cuma wajahnya saja nampak semakin matang. Aku hanya memandang dia meraih tanganku. Aku sempat menarik tanganku sebelum dia cuba mengucup tanganku itu.

Kali ini tubuhku betul-betul menggigil. Badanku mula rasa bahang berpeluh.

“Hai...Ein how are you? And of course how are you my beautiful Maya?” Taufiq memandangku. Tanpa aku jemput dia sudah menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk dekat denganku.

“Dah berapa lama kita tak jumpa. Lebih lima tahun kan. Last time kita jumpa masa di UK. You ingat lagi? Cantiknya you. Bertambah cantik I tengok.” Tambahnya.

Taufiq kemudian memandang ke arah Firqin dan Azam. “I Taufiq. Peminat setia Maya.” Dia memperkenalkan dirinya tanpa menghulurkan tangan.

Taufiq memandang Firqin. “I dengar tadi you bakal suami Maya. Betul ke? Terus terang I katakan I masih suka Maya. Kami berdua kenal antara satu sama lain dengan baik. Termasuk banyak rahsia. Betul tak Maya?”

“Dan I tak rasa you kenal Maya dengan baik. I lebih banyak tahu tentang dia. You nak I cerita ke rahsia besar Maya?” Taufiq memang menjengkelkan.

“Taufiq... aku tak rasa Maya nampak suka jumpa kau. Hentikan semua ni. Budak-budak sangat perangai kau.” Farhin menyampuk. Membelaku.

Wajahku ketika itu aku rasa memang sangat pucat. Aku terkejut kerana tiba-tiba saja Taufiq boleh muncul di sana. Sudah bertahun, kini dia kembali bagaikan menghantui hidupku. Aku kenal Taufiq sejak dari sekolah lagi. Dia terlalu obses denganku. Sudah berkali-kali aku menolak cintanya tapi dia tetap tidak berputus asa dengan menggangguku. Macam-macam yang diakukannya.

Taufiq tidak mempedulikan Farhin. Dia dengan selamba, menongkat dagunya dan merenungku. “You ni semakin I pandang, semakin tak jemu. Cantik sangat. I rindu sangat-sangat pada you Maya.” Dia senyum.

Aku memandang Taufiq sebelum mataku beralih kepada Firiqin yang kelihatan tertanya-tanya tentang siapa lelaki yang tiba-tiba muncul di antara kami itu.

“I balik dulu Firqin. Jom Ein.” Aku sudah bangun dari kerusi.

Aku tergamam bila Taufiq mencengkam lenganku. Dia bangun merapatiku. Bulat mataku memandang wajahnya. Matanya yang tajam, raut wajah yang nampak garang membuatkan aku menelan liur. Dia memang kacak di mata wanita lain tapi tidak di mata aku. Aku benci kepadanya. Macam-macam yang telah dilakukan kepadaku agar aku menerima cintanya. Tapi dia silap. Caranya salah. Dia kasar. Aku tak suka.

“Nantilah dulu. Awalnya you nak balik. Kita baru aje jumpa. You tak rindu I ke..tanya apa khabar I ke, ajak I minum ke dulu.”

Aku menelan liur. Aku tidak memandang tepat wajahnya. “I tak rasa nak makan dan I rasa tak ada apa-apa yang boleh dibualkan dengan you.”

Firqin bangun mendekatiku. Dia memandang Taufiq. Namun Taufiq masih selamba memegang tanganku. “Let her go.” Firqin nampak serius.

“Kalau I tak nak lepaskan you nak buat apa.” Taufiq memandang Firqin tajam.

“You have to. She is my fiancee.” Firqin membuang tangan Taufiq dari terus memegangku.

Taufiq ketawa. Nampak sangat jahat di mataku. “Mr. Fiancee. Hi Mr. Fiancee. Ini lelaki yang kali ke berapa? Agak-agak you jadi kahwin tak dengan lelaki ni? Atau yang lagi best Maya, agak-agak Mr. Fiancee ni nak tak kahwin dengan you bila dia dapat tahu rahsia you.” Taufiq bagaikan mengugutku.

Aku memandangnya. Mataku berair. Namun mulutku masih kaku. Aku tak tahu nak buat apa ketika itu. Aku takut bila-bila masa saja Taufiq akan bocorkan rahsia aku. Dia tahu segalanya. Dia juga tahu tentang arwah Adam.

“Kalau termasuk dia ni...empat orang lelaki you dah kenakan, termasuk I. Tapi I adalah orang yang paling cedera parah bila you tolak cinta I.”

“Apa you nak Taufiq?” Tinggi suaraku. Aku sudah tidak boleh bersabar lagi.

Dia ketawa. “Oh I baru ingat. Kekasih you....siapa nama dia, Fakhrul! Dia dah kahwin dengan perempuan lain kan. Kesian you. Mesti you kecewa kan. Dont worry...I kan ada.”

Aku terasa lenganku diraih. Firqin dekatkan dirinya denganku. Aku memandang wajahnya. “Kami minta diri dulu.” Pintanya.

Baru beberapa langkah, Taufiq mengeluarkan kenyataan yang membuatkan airmata aku terus menitis. “Apa khabar anak you? Mesti dah besar kan dia sekarang.” Aku kembali menoleh. Firqin juga. Kali ini wajah Firqin nampak serius. Penuh dengan tanda tanya.

Aku memandang tepat wajah Taufiq. Aku tahu dia memang sengaja buat begitu kerana dendam. Dendamnya terhadapku kerana aku telah menolak cintanya. Dia bengang bila dapat tahu yang Abah sudah menjodohkan aku dengan kawan baiknya, Abang Bukhary. Kemudian bila dia dapat tahu berita tentang aku mengandung, makin bertambah rasa bencinya terhadapku. Kerana Taufiq menganggap anak yang aku kandung itu anak Abang Bukhary.

Dia masih lagi ketawa. Wajahnya nampak gembira. Bagi aku Taufiq memang gila. Tiada emosi. Wajah dan hatinya penuh dengan rasa benci.

“Ops....maksud I anak luar nikah you.” Wajah Taufiq nampak langsung tidak bersalah ketika menuturkannya.

Aku menangis di dalam hati. ‘Sampai hati Taufiq memalukan aku sebegini.’

Dendamnya begitu dalam terhadapku. Walhal aku rasakan aku tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Salahku hanya satu iaitu menolak cintanya. Itu saja.

“So....Mr. Fiancee, you still nak terima Maya? You patut berterima kasih pada I sebab dah selamatkan you.” Taufiq masih lagi cuba menyakitkan hati aku.

Wajah Firqin nampak pucat. Dia memandang wajahku sebelum kembali beralih kepada Taufiq.

Pang! Farhin menampar Taufiq. “Aku tampar muka kau bagi pihak Maya. Lelaki tak guna. Pengecut!”

Aku terkejut dengan tindakan Farhin itu. Farhin kemudian meraih tanganku untuk beredar. Sebelum beredar dia sempat berpesan kepada Taufiq. “Jangan sesekali tunjuk muka kau depan Maya lagi. Lelaki macam kau memang tak guna langsung. Dendam tak berpenghujung. Muka elok tak guna, tapi hati busuk.”

Taufiq hanya ketawa apabila diugut. Dia nampak tidak takut langsung. Aku hanya ikut Farhin menarikku pergi dari sana. Namun telingaku sempat mendengar suara Taufiq. “Maya...I harap you masih ingat semua yang I dah buat pada you sebagai kenangan kita berdua. Termasuk I tolak you dalam kolam tu. Hati-hati selepas ni...I harap sekarang you dah tahu berenang."

Taufiq memang gila. Dia lelaki yang tidak takutkan apa-apa. Terlalu obses denganku. Hatinya penuh dengan rasa dendam. Aku tidak tahu dari mana dia boleh cari aku. Setahu aku dia sudah menetap di London. Aku juga tidak menyangka sama sekali yang dia akan muncul kembali di dalam hidupku.

Aku sudah tidak dapat menahan perasaan lagi. Aku melepaskan tanganku dari Farhin. Aku rasa lemah. Tidak bermaya langsung. Aku berhenti di belakang sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan. Teresak-esak aku menangis. Aku tak pernah rasa dimalukan seperti ini. Hal yang berlaku tadi terlalu mengaibkan aku. Kehadiran Taufiq tadi telah membuatkan aku mengingati banyak kisah silam yang mahu aku lupakan.

Sampai hati Taufiq buat aku seperti itu. Di hadapan orang ramai pula. Mana aku nak letak mukaku di hadapan Firqin? Azam? Apa persepsi mereka terhadapku apabila mendapat tahu tentang sejarah silamku. Taufiq memang melampau. Dia tidak tahu kisah yang sebenarnya apa yang telah terjadi kepadaku. Aku tak minta untuk digelar seperti tadi. Aku paling sedih kerana Taufiq juga telah menghina Adam. Sedangkan Adam tidak bersalah.

“Aku dah tak kuat Ein....” Aku masih lagi menangis.

‘Bila lah semua dugaan ini akan berakhir. Kuatkanlah hati aku untuk hadapi hidup ini. Aku hanya mahu teruskan hidup.’ Rintih hatiku.

Aku berpaling apabila ada seseorang menghulurkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku memandang wajah Firqin. Matanya bening memandangku. Aku berpaling memandang ke arah lain. Tidak menyambut hulurannya itu.

“Maya...” Lembut dia menyebut namaku.

Beberapa saat kemudian aku menoleh ke arahnya. “Awak patut berterima kasih pada Taufiq sebab dia dah tolong awak malukan saya. Awak tak payah susah-susah lagi fikirkan cara nak malukan saya. Tadi tu dah lebih dari cukup. Saya rasa kita dah saling tak berhutang lagi. Jangan cuba cari saya lagi. Saya janji gelang tu saya akan pulangkan. Saya tak nak jumpa awak lagi. Saya tak ingin tengok muka awak lagi. Saya benci. Benci sangat.” Aku terus beredar dari sana. Langsung tidak mempedulikannya yang memanggil namaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.